Chapter 14


Raiwa duduk di mejanya sambil mengelamun sendirian. Rakan-rakannya yang lain kini sedang melakukan kerja di tempat masing-masing. Kejadian yang baru sahaja berlaku tidak diceritakan pada mereka. Dia memberitahu bahawa ada orang mahu membunuhnya. Tapi dia tidak memberitahu mengenai pencuri itu menyelamatkan nyawanya. Dia tidak mahu menjawab persoalan lain yang terlalu banyak.

Sehingga kini dia masih tidak habis fikir kenapa pencuri itu menyelamatkannya. Sedangkan mereka bermusuhan selama hampir setahun. Raiwa adalah orang yang memburunya dan kenapa lelaki itu tidak membiarkannya mati? Adakah benar apa yang rakan-rakannya katakan bahawa pencuri itu suka padanya? Sebab itu dia menerima nota-nota itu setiap kali ada kes.

"Raiwa!!!"

Raiwa tersentak kemudian menoleh pantas. Emma kini sudah berdiri ditempatnya sambil bercekak pinggang. Kawan-kawannya yang lain turut memandang ke arahnya dengan wajah bingung.

"Apa.?"

"Saya panggil awak lima kali awak tak dengar." Emma menggerutu.

Raiwa berdehem tanpa sebab sambil memandang rakan-rakannya yang kebingungan dengan perangainya. "Ada apa.?"

"Awak nak bermalam kat tempat saya tak malam ni.??" Tanya Emma masih bercekak pinggang.

Raiwa mula membuat riak muka menagih simpati. "Kalau saya bermalam lagi boleh kan.??"

"Boleh je." Emma menggolekkan bebola matanya agak menyampah. "Tak perlu buat muka macam tu."

"Elok lah tu." Luhan mencelah. "Bahaya kamu nak tinggal seorang diri. Dah tak boleh duduk diam kita."

"Awak nak ke mana, Xiumin.??" Raiwa memekik apabila ternampak lelaki itu kelam-kabut berlari keluar sambil membawa barang-barangnya.

"Nak balik lah." Selamba Xiumin membalas.

"Eh..." Raiwa mengerutkan dahinya lalu memandang jam ditangannya. "Saya dah tak sedar masa."

"Apa yang awak fikirkan sampai tak ingat dunia ni.??" Luhan kini berpeluk tubuh merenung gadis itu.

"Entah lah." Raiwa bingkas bangun untuk berkemas. "Saya pun tak tahu apa yang saya fikir. Macam-macam."

"Okey lah. Saya balik dulu. Risau dengan kawan seorang diri kat rumah tu." Xiumin segera melambai lalu beredar.

--------------------------------------------------------------------------

Kyungsoo tidur dengan nyenyak di dalam biliknya setelah memastikan Xiumin sudah pulang dari kerja. Sejak kejadian dia diculik, dia hanya pulang ke rumah setelah kawan baiknya itu selesai bertugas kerana takut apa-apa yang tidak diingini akan berlaku. Tambahan lagi, kejadian yang menimpa Raiwa membuatkan Xiumin bertambah ingin melindungi lelaki itu.

Tepat pukul dua pagi, Kyungsoo bergerak sedikit. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang bergerak di dahinya. Dia tidak membuka mata, sebaliknya hanya bergerak sedikit untuk membuatkan dia lebih selesa. Sesuatu yang bergerak itu sudah tidak terasa lagi membuatkan Kyungsoo lebih tenang.

Akan tetapi, tidak lama kemudian Kyungsoo dapat merasakan perkara itu lagi. Sesuatu sedang bergerak perlahan dan lembut di dahinya. Dia menggerak-gerakkan matanya perlahan kemudian membuka untuk melihat sekeliling. Dalam keadaan yang samar-samar, dia dapat melihat sesuatu sedang bergerak. Semakin lama dia membetulkan penglihatannya semakin jelas dia melihat. Ternyata ia adalah seseorang!

Kyungsoo bingkas bangun dan membuka mata bulatnya dengan luas. Seseorang berpakaian serba hitam kini berjalan berundur dari katilnya. Belum sempat dia menjerit, orang itu melompat ke arahnya lalu menekup mulutnya dengan erat. Mereka bergelut seketika bagaimanapun segera terhenti apabila ternampak dengan jelas wajah orang itu. Dia adalah penculik yang menghantarnya tempoh hari.

Kyungsoo tergamam tidak berkelip. Kai melepaskan genggamannya perlahan-lahan setelah yakin lelaki itu tidak akan bersuara. Mereka berdiam diri seketika. Kyungsoo hanya merenung lelaki itu. Cuba untuk memproses semua keadaan. Kai pula hanya tunduk teragak-agak.

"Apa awak buat kat sini.?" Kyungsoo bertanya dengan suara berbisik yang mana dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat begitu. Dia boleh menjerit terus bagaimanapun tidak melakukannya.

"Saya... Um... Er..."

"Awak nak culik saya lagi ke.??" Kyungsoo merenung lelaki itu tajam.

"Tak!" Kai segera membalas. "Bukan itu."

"Habis tu.??"

Kai terdiam lagi. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu. Terlalu sulit baginya. Kyungsoo pula hanya merenung lelaki itu. Dia takut apa-apa akan terjadi lagi. Dia tidak mahu menjadi mangsa.

"Jawab lah!" Kyungsoo membentak.

"Saya tak dapat kawal diri saya!"

Kyungsoo terdiam seketika. Apa.? Walaupun mereka membentak, nada suara mereka tetap dalam keadaan berbisik.

"Apa.??"

Kai mendengus perlahan. "Saya tak boleh kawal diri saya daripada datang ke sini untuk tengok awak."

"Dan kenapa pula macam tu.??" Tanya Kyungsoo sambil mengerutkan dahinya.

Kai mengangkat keningnya memandang lelaki itu dengan wajah tidak percaya. "Seriously.?? Awak tak faham lagi ke.??"

Kyungsoo masih berkerut. Jelas tidak dapat menangkap apa-apa daripada kenyataan lelaki itu.

"Saya suka dengan awak! Takkan tak faham lagi?!"

Kyungsoo terkedu mendengar ayat lelaki itu. Mata bulatnya kini semakin besar. Kerutan di dahinya kini hilang.

"Awak ingat senang ke ikut awak setiap hari pulang kerja.??" Kai memandang lelaki itu. "Masuk sini tengah malam untuk tengok awak.??!"

Kyungsoo menelan air liurnya tidak bergerak.

"Saya tak tahu apa yang awak buat pada saya, Kyungsoo." Kai segera tunduk memandang tangannya tanpa sebab.

"Awak..." Kyungsoo bersuara agak tersekat-sekat. "Awak... Su... Suka pada... Lelaki ke.??"

Kai merenung wajah Kyungsoo kemudian menggeleng perlahan. "Tak. Tapi awak berbeza."

"Apa yang berbezanya.?"

"Awak saja satu-satunya lelaki yang saya suka."

Kyungsoo mengelipkan matanya seketika. Dia cuba memproses semua perkara yang mereka katakan. Kali terakhir dia ingat dia masih suka pada perempuan. Dan tiba-tiba sahaja lelaki ini datang kepadanya. Lebih teruk lagi dia adalah penjenayah. Kyungsoo juga hampir mempersoalkan kenapa dia tidak mengheret Kai kepada polis. Kenapa dia rahsiakan benda yang dia tahu hanya untuk melindungi lelaki ini.?

"Kyungsoo..."

"Keluar!"

Kai terdiam memandang lelaki itu. "A... Apa.?"

"Keluar dari sini sekarang!" bentak Kyungsoo.

"Kyungsoo..." Kai memegang lengan lelaki itu. "Tengok saya."

"Keluar!!" Kyungsoo menepis kasar masih tidak memandang lelaki itu. "Keluar dari sini sebelum saya menjerit."

Kai terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Ingin sahaja dia membentak. Dia tahu lelaki itu keliru.

"Keluar!!" pintas Kyungsoo lagi.

Kai hanya mampu menurut. Dia segera berjalan menuju ke tingkap. Tempat dari mana dia masuk.

"Awak tak tengok saya pun, Soo." Kai bersuara perlahan.

"Saya tak..." Kyungsoo memejamkan matanya seketika. "Tolong pergi dari sini je. Tolong lah."

Kai mengeluh perlahan.

"Saya tak suka pada lelaki!" Kyungsoo membentak walaupun dia sendiri sudah tidak yakin dengan kenyataan itu.

"Awak keliru..."

"Tak!" Kyungsoo memintas. "Pergi dari sini dan jangan jumpa saya lagi. Kalau saya nampak awak... Saya akan beritahu polis."

Kai hanya mampu mendengus kemudian segera beredar. Kyungsoo tidak berupaya untuk melihat bagaimana cara lelaki itu keluar. Dia terus sahaja menutup tingkap kemudian memejamkan matanya. Benar apa yang pencuri itu katakan. Kyungsoo mula keliru. Dia sebenarnya tidak kisah jika dia benar-benar suka pada lelaki. Tapi kenapa lelaki itu mesti seorang penjenayah yang dikehendaki?


A/n: Okay, KaiSoo moment here is.... Hmmm~ Hahaha. Speechless. I don't know what to say. Haha. Leave me your feedback. How is the story so far.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top