Chapter 12



TOK! TOK! TOK!

Chen yang sedang makan snek segera memandang ke pintu dengan dahi yang berkerut. Dia kemudiannya memandang Sehun yang sedang baring di sofa juga memandang ke pintu agak kebingungan. Baekhyun yang berada di dalam bilik segera keluar apabila mendengar bunyi ketukan pintu itu.

TOK! TOK! TOK!

Mereka berpandangan lagi. Masing-masing kini mula risau. Tiada siapa yang tahu di mana tempat tinggal mereka walaupun tiada siapa yang tahu identiti sebenar mereka. Mereka tiada saudara-mara terdekat yang akan melawat ke situ pada bila-bila masa pun. Jadi tiada sebab untuk mereka menerima pelawat.

TOK! TOK! TOK!

Baekhyun berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu. Dia mengintip di lubang kecil itu untuk melihat siapa yang datang. Dia memandang wajah Chen dan Sehun dengan ekspresi yang mendatar kemudian segera membuka pintu itu tanpa teragak-agak.

"Hai!" seseorang menyapa dengan ceria dari luar.

Sehun dan Chen membesarkan mata mereka apabila mendengar suara yang cukup mereka kenali itu. Seorang lelaki berwajah bingung dengan senyuman ceria melangkah masuk ke dalam tanpa di pelawa.

"Lay..." Chen mengerutkan dahinya. "Apa awak buat kat sini.?"

"Tak boleh ke saya datang melawat rakan-rakan sekerja saya.?" Lay membuat muka terkejut lalu duduk tanpa dipelawa.

"Jangan nak buat lawak lah." Baekhyun turut menyusul untuk duduk di ruang tamu itu. "Apa tujuan awak datang.?"

Lay segera tersenyum sinis. "Nampaknya kamu boleh jadi penyiasat juga."

Chen hanya menggolekkan bebola matanya, Sehun pula baring semula di sofa kerana terlalu malas melayan Lay, manakala Baekhyun hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat lelaki itu.

"Saya ada benda nak beritahu."

Tiada sesiapa yang menunjukkan reaksi berminat pada apa yang Lay cakapkan sebentar tadi.

"Saya rasa kamu mesti berminat dengan berita ni."

"Apa dia.?" Chen mengangkat keningnya.

Lay tersenyum sinis lagi. "Boss ada rancang sesuatu. Saya terdengar secara tak sengaja."

"Rancang apa.?" Tanya Chen lagi.

Lay memandang Baekhyun sekali imbas yang hanya fokus memandangnya. "Dia rancang nak bunuh pasukan polis yang memburu kamu."

Kenyataan itu membuatkan Chen terkejut. Baekhyun pula membesarkan matanya tidak percaya dan Sehun segera duduk sambil memandang ke arah Lay dengan mata terbuka luas.

"Apa.??" Kai yang muncul entah dari mana dengan tuala tersangkut di bahunya bersuara tidak percaya. Rambutnya basah dan jelas menunjukkan dia baru sahaja selesai mandi.

"Boss nak membunuh.??" Tanya Chen. "Kenapa pula.?"

"Apa awak maksudkan dengan 'kenapa'.?" Lay mengerutkan dahinya. "Awak fikir boss kita tu orang yang berhati perut ke.?"

"Maksud saya..." Chen menelan air liurnya seketika. "Kenapa dia tiba-tiba nak membunuh.? Saya ingatkan dia hanya minta kita untuk mencuri je."

Lay ketawa mengekeh. "Oh, Chen... Awak tak tahu pun apa yang jadi kat markas tu. Saya tinggal kat sana selama ni dan saya tahu apa yang jadi."

Keempat-empat mereka hanya mengeras memandang Lay.

"Ini bukan kali pertama dia keluarkan arahan membunuh." Beritahu Lay. "Dah banyak pun orang yang dia bunuh selama ni."

"Kenapa tak keluar kat berita.?" Tanya Kai.

"Ada keluar." Lay memandang lelaki itu. "Tapi saya rasa kamu terlalu fokus hanya pada berita mengenai kamu."

Baekhyun, Kai, Chen dan Sehun berpandangan.

"Sebenarnya..." Lay bersuara lagi membuatkan keempat-empat mereka memandang lelaki itu. "Saya terkejut juga sebab ini adalah pertama kali dia tak membunuh. Biasanya dia akan hantar orang untuk bunuh sesiapa yang masuk campur."

"Kenapa dia tak beritahu kami pasal ni.??" Sehun bertanya. "Maksud saya... Sebab kami in charge untuk ni."

"Dengan Baekhyun ada crush dengan agent tu.?" Selamba Lay membalas. "Saya tak rasa awak boleh berfikir lebih dari itu. Semua orang tahu apa yang Baekhyun selalu buat. Sebab tu dia tak nak kamu tahu."

Baekhyun mendengus kuat. Dia tidak mahu itu berlaku. Dia tidak mahu apa-apa berlaku pada anggota polis itu.

"Hanya ini saya boleh tolong." Lay mengangkat bahunya. "Selebihnya saya serahkan pada kamu untuk buat keputusan."

"Apa kita nak buat.?" Sehun bersuara risau.

Chen tidak memberi sebarang reaksi. Dia tiada apa-apa motif untuk menghalang. Akan tetapi, dia juga tidak suka perkara itu berlaku. Kai hanya berdiri tercengang. Buat seketika, dia gembira bahawa Kyungsoo bukan salah satu anggota polis. Tapi dia boleh bayangkan betapa sedihnya lelaki itu jika sesuatu berlaku pada kawan baiknya, Xiumin. Pasti dia lebih benci pada Kai.

"Kita kena bagi amaran pada mereka." Baekhyun bersuara terdesak. Wajahnya jelas menunjukkan kerisauan.

"Tapi macam mana.?" Tanya Sehun.

"Hanya ada satu cara je." Baekhyun mengangkat bahunya. Memikirkan bagaimana nyawa Agent Raiwa dalam bahaya pada ketika ini.

-----------------------------------------------------------------

Raiwa masih duduk di mejanya dengan minda yang bercelaru. Dia masih tidak tahu apa yang perlu difikirkan pada ketika itu. Dia membaca nota yang berada ditangannya berulang kali. Tidak tahu apa yang perlu diputuskan.

Dia mendapat nota lagi. Ada kecurian berlaku dan penjenayah-penjenayah itu berjaya melarikan diri. Nota yang ditinggalkan itu seperti biasa untuk Agent Raiwa. Kali ini sepertinya itu adalah satu operasi yang dirancang.

Agent Raiwa,

Awak mungkin terkejut sebab kali ini nota saya agak berlainan. Saya memang nak tulis macam biasa. Tapi ada sesuatu yang perlu saya beritahu. Sesuatu yang lebih penting. Saya nak awak sentiasa berhati-hati. Bukan setakat awak... Tapi seluruh kumpulan polis awak. Ada seseorang yang mengejar kamu. Seseorang yang menghapuskan kamu dan saya hanya mampu beri amaran.

LITTLE THIEF

Raiwa mendengus kuat. Cara penulisan nota itu masih sama. Bentuk tulisan tangannya juga sama. Cuma ayat panggilan pertama agak berlainan. Tapi apa maksudkan dengan 'seseorang yang menghapuskan kamu'.? Apa maksud bahaya yang dia maklumkan ini.? Apa semua ini.?

"Awak masih bingung pasal nota tu ke.?"

Raiwa menoleh pantas. Kawan-kawannya yang lain kini mula masuk ke dalam pejabat itu satu-persatu.

"Macam tu lah." Raiwa mendengus kemudian meletakkan nota itu di atas meja sebelum menghadap kawan-kawannya.

"Apa awak fikir pasal tu.?" Luhan kini sudah duduk dimejanya.

"Apa awak akan fikir.??" Raiwa mengangkat keningnya. "Kenapa pula saya perlu percaya pada dia.?"

"Wa..." Xiumin mencelah. Lelaki itu masih belum duduk dimejanya. "Kenapa pula dia nak main-main pasal benda macam tu.?"

"Oh, tolonglah..." Raiwa menggolekkan bebola matanya. "Penjenayah yang kita buru memberi amaran pada kita bahawa nyawa kita terancam.?? Logik ke.?"

"Kalau kami mungkin tak." Xiumin mengangkat bahunya. "Tapi awak tu lain cerita lah."

"Kenapa pula.?" Raiwa mengerutkan dahinya.

"Macam lah kita tak boleh nak teka yang pencuri tu suka kat awak." Luhan membalas. "Dia pun manusia. Ada perasaan juga."

Raiwa hanya menggerutu.

"Apa Kris cakap pasal ni.?" Emma mencelah.

"Dia tak percaya." Raiwa mengangkat bahunya. "Tapi dia percaya juga. Maksudnya dia suruh kita berhati-hati. Kalau yang memburu kita ni bukan mereka... Maksudnya kita betul-betul dalam bahaya."


A/n: Awwww.... Even though Lay is clumsy, he knows his mates better. Dia tetap bagi amaran. WE ARE ONE! Hahaha

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top