Chapter 10
Xiumin kini sedang duduk di mejanya sambil menekup muka. Dia sendiri tidak tahu apa yang sudah dilakukannya. Dia kini sudah melanggar peraturan yang besar. Sama ada sebagai masyarakat biasa. Ataupun sebagai seorang anggota polis. Dia sendiri tidak tahu kenapa dan bagaimana dia boleh berada pada situasi itu.
Dia sudah mengkhianat. Dia sudah mengkhianat rakan-rakan sepasukannya yang selama ini bekerja keras bersama-sama dengannya. Dan yang paling utama lagi, dia sudah mengkhianat ketuanya sendiri. Kris.
Apa yang boleh dilakukannya lagi? Sahabat baiknya berada di tangan pencuri merbahaya itu. Apa sahaja boleh mereka lakukan dan tiada jalan lain yang boleh dibuatnya selain menurut apa kemahuan mereka. Sekurang-kurangnya dia hanya perlu menghapuskan bukti dan bukannya mencederakan sesiapa. Dia tidak tahu apa balasan kepadanya dengan berbuat demikian.
"Kenapa boleh jadi macam tu??"
Suara itu membuatkan Xiumin menurunkan tangannya. Kawan-kawannya mula masuk ke dalam pejabat itu satu-persatu.
"Tak tahu." Emma mengangkat bahunya. "Yang kita tahu benda tu dah hilang dari makmal."
Raiwa mendengus perlahan kemudian segera duduk di kerusinya lalu bersandar dengan wajah kecewa.
"Bila benda tu dilaporkan hilang?" tanya Luhan pula.
"Pagi ni." Emma menjawab. "Saya dengan Xiumin pergi tengok untuk sambung buat ujikaji. Tapi dah hilang."
"Semuanya??" tanya Luhan lagi.
Emma hanya mengangguk-anguk.
"Tak guna betul." Luhan menggerutu. "Dah hampir. Kita dah hampir nak dapatkan mereka."
Xiumin hanya mampu melihat pertengkaran itu tanpa mencelah. Rasa bersalah kini mula menguasai dirinya. Dia tahu ini adalah kesalahannya. Dia tidak akan menuding jari. Dia yang menghapuskan bukti-bukti itu.
"Apa reaksi Kris bila dapat tahu benda ni?" tanya Luhan.
"Dia marah habis lah." Emma mengangkat bahunya. "Nampak sangat kekecawaan pada muka dia."
"Kasihan dia." Luhan mendengus perlahan. "Mesti pihak atasan panggil dia lagi nanti ni."
"Kalau lah saya boleh gantikan tempat dia." Ujar Raiwa.
"Macam mana pencuri-pencuri tu boleh masuk ke sini??" Luhan mengerutkan dahinya.
"Entah lah." Emma mengangkat bahunya. "Tapi memang tak ada apa-apa tanda pun yang boleh dijadikan bukti bahawa makmal tu dipecah masuk oleh sesiapa. Langsung tak ada tanda."
"CCTV??" Raiwa mengangkat keningnya.
"Dimatikan." Emma menjawab selamba.
"Macam mana boleh dimatikan??" tanya Raiwa lagi. "Kan ada pengawal yang jada tempat tu. Dia tak buat kerja ke?"
"Dia cakap tiba-tiba je system down waktu tu."
"System down??" ulang Luhan.
"Ya." Emma mengangguk-angguk. "Ada orang potong semua sistem kat pejabat ni membuatkan semuanya tak berfungsi seketika."
"Wah..." Luhan kelihatan tercengang. "Saya boleh katakan pencuri ni memang hebat betul kalau dia boleh hack ke dalam sistem kita."
Xiumin menelan air liurnya. Itu adalah pekerjaannya. Sebab itu semuanya menjadi mudah dan tiada sesiapa yang tahu. Dia hanya menggunakan kata laluannya untuk masuk ke dalam semua sistem dan mematikannya. Pada masa itulah dia ke makmal untuk hapuskan bukti. Dia masuk menggunakan kunci sebab itu tiada apa-apa tanda yang mengatakan ia dipecah masuk.
"Nampaknya berlanjutan lagi lah kes kita." Raiwa mengeluh. "Padahal dah hampir dah tu."
"Yalah." Luhan mengangguk bersetuju. "Kita terpaksa rancang semuanya balik untuk tangkap mereka."
"Kris mesti kecewa sangat." Emma mencelah. "Dahlah dia yang dapatkan sampel tu. Sekarang semuanya dah tak ada."
Pada ketika itulah, Xiumin tidak dapat mengawal dirinya lagi. Dia hampir sahaja mengeluarkan air matanya kerana diselubungi rasa bersalah. Mengenangkan bagaimana wajah Kris yang kecewa dengan semua itu. Kris adalah orang yang paling dihormatinya. Dan kini orang yang paling dikhianatinya.
"Semua..."
Serentak mereka semua menoleh ke pintu. Suho berdiri dengan wajah serius dan tegang dari biasanya.
"Meeting."
"Kris macam mana?" tanya Luhan serta-merta.
Suho mendengus perlahan kemudian menelan air liurnya. "Parah. Dia kena teruk dengan pihak atasan."
------------------------------------------------------------------
Baekhyun kini sedang duduk di atas sofa sambil memandang ke arah televisyen yang terpasang. Dia tidak begitu fokus menonton filem yang sedang ditayangkan itu. Chen pula sibuk melakukan sesuatu yang tiada sesiapa tahu apa yang sedang dia lakukan. Sehun baring di sofa berdekatan Baekhyun sambil menutup matanya tapi dia bukan tidur. Dia hanya merehatkan mindanya seketika.
"Mana Kai?" Baekhyun bertanya tanpa mempunyai sasaran siapa penjawabnya. Dia terlalu malas untuk menoleh.
"Kat bilik dengan budak tu." Chen menjawab setelah beberapa minit soalan itu tidak terjawab.
"Apa dia buat.?" Tanya Baekhyun lagi.
Chen mengangkat bahunya walaupun tiada siapa memandang ke arahnya. "Entah. Dia cuma cakap nak tengok-tengok budak tu je."
Sehun membuka matanya secara tiba-tiba kemudian segera duduk untuk menghadap kawan-kawannya itu. "Hei..."
"Kenapa.?" Baekhyun memandang ke arahnya, manakala Chen pula tidak memberi sebarang tindak balas tetapi tetap memasang telinganya.
"Kamu tak rasa pelik ke dengan Kai.?"
"Pelik apa pula.?" Baekhyun mengerutkan dahinya.
"Pelik lah." Sehun bersuara. "Sejak kita jadikan budak tu tahanan. Kamu tak rasa ada apa-apa yang pelik.?"
"Biasa je." Chen menjawab sambil masih meneruskan kerja yang dilakukannya dan tetap tidak menoleh.
"Biasa??" Sehun mengulang dengan nada tidak percaya. "Takkan kamu tak perasan langsung??"
Baekhyun hanya mengerutkan dahinya. Berusaha memikirkan jika ada yang pelik pada lelaki itu.
"Kai adalah orang yang paling malas nak buat sesuatu kerja remeh macam ni..." Sehun memberitahu. "Takkan tak nampak lagi??"
"Well, betul juga." Baekhyun mengangkat bahunya. "Dia adalah orang terakhir yang akan rela diri."
"Ada satu hal lagi."
Baekhyun segera memandang Sehun, manakala Chen pula masih meneruskan kerjanya yang tidak dapat dipastikan.
"Malam tadi dia tiba-tiba tanya satu soalan yang pelik."
"Soalan yang pelik??" ulang Baekhyun.
Sehun mengangguk-angguk. "Dia tanya macam mana saya boleh pastikan yang saya berminat pada lelaki."
Baekhyun membesarkan matanya agak terkejut. Kali ini, Chen memandang Sehun. Kenyataan itu benar-benar mengejutkannya.
"Saya jawab je lah." Sehun mengangkat bahunya. "Lepas tu dia tak cakap apa-apa lagi. Nampak macam dia tengah berfikir sangat."
Baekhyun dan Chen berpandangan seketika.
"Berita terkini mempunyai pencuri yang masih dikehendaki oleh polis..."
Suara itu menarik ketiga-tiga pasang mata itu untuk memandang ke televisyen. Berita sedang dimainkan pada waktu itu.
"Ibu pejabat polis melaporkan bahawa satu-satunya bukti untuk menjejaki penjenayah itu telah dihapuskan..."
"Yes!!!" serentak Baekhyun, Chen dan Sehun memekik.
"Menurut anggota polis di sana... Ini adalah perbuatan pencuri licik tersebut kerana tiada apa-apa kesan yang ditinggalkan di sana..."
"Hei!!" Chen menggerutu. "Bukan kami lah."
"Kita patut bersyukur dia tak cakap apa-apa pasal ugutan kita." Sehun bersuara. "Kalau tak habis lah kita."
"Ya." Baekhyun bersetuju. "Sekarang kita kena pulangkan budak tu."
A/n: Kesian Xiumin~ Kena blackmailed. Hahaha. Tak apa. Demi Kyungsoo dia kena buat. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top