Chapter 1
To my beautiful police agent,
Bila baca surat ni mesti awak akan marah dan geram lagi kan?? Hahaha. Awak tahu tak? Saya suka sangat bermain dengan awak macam ni. Walaupun saya tahu ia akan membahayakan diri saya sebab awak adalah polis. Tapi apa boleh buat. Lesung pipit awak buatkan saya tak dapat tidur malam. Semoga berjumpa lagi.
LITTLE THIEF
Raiwa merenyukkan kertas itu setelah selesai membacanya. Hanya itu yang ditinggalkan oleh pencuri itu.
"Nampaknya tak ada apa-apa lagi kat sini." Luhan mendengus kuat setelah memeriksa seluruh kedai emas itu.
"Mana Agent Xiumin.?" Tanya Raiwa.
"Dia dan Agent Emma tengah tanya soalan pada pemilik kedai." Luhan memandang ke arah dua orang anggota polis yang sedang sibuk bertanyakan soalan.
Raiwa mendengus kuat lalu memegang dahinya. Dia dapat merasakan kepalanya sedang berasap dan akan meletup pada bila-bila masa sahaja.
"Dia tinggalkan nota untuk awak lagi ke.?" Tanya Luhan.
"Tak guna punya pencuri!" Raiwa merengus. "Apa yang dia nak.?? Asyik nak main-main dengan saya."
Luhan ketawa kecil melihat wajah Raiwa yang merah padam. "Dah berapa banyak nota yang dia tinggalkan untuk awak.?"
"Entah." Raiwa mengangkat bahunya. "Saya pun dah tak pasti lagi. Setiap kali dia buat hal, setiap kali itu jugalah dia tinggalkan nota."
"Apa sebenarnya tujuan dia buat macam ni.?" Luhan bercekak pinggang sambil menggigit bibirnya.
"Apa lagi.???" Raiwa menjeling tajam ke arahnya. "Kalau bukan nak buat kita marah sebab tak dapat tangkap dia!"
Belum sempat Luhan berkata apa-apa, dua rakan setugas mereka menyertai dalam keadaan wajah yang tidak dapat dibaca.
"Macam mana.?" Tanya Raiwa.
Xiumin menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa-apa yang kita boleh kesan. Semuanya bersih."
"Langsung tak ada.??" Raiwa membesarkan matanya agak terkejut seolah-olah itu adalah pertama kali.
"Nak terkejut apa.??" Emma mengangkat keningnya. "Dah hampir setahun macam ni kan.?? Mereka terlalu licik."
Ya. Ini melibatkan 'mereka'. Maksudnya penjenayah yang mereka kehendaki selama hampir setahun ini bukan seorang. Tapi lebih dari seorang. Tidak dapat dipastikan berapa jumlah yang tepat.
Mereka adalah pencuri yang kini semakin terkenal atas dasar tiada apa yang boleh dijadikan bukti atau yang lainnya. Liputan media dan akhbar sentiasa mengeluarkan cerita mengenai mereka. Dan yang paling tidak masuk akal, ada diantara masyarakat yang menyokong mereka. Membuat blog atau laman sesawang mengenai mereka. Senang cerita sebagai 'peminat'.
Pihak berkuasa terpaksa mengawal segala aktiviti seperti itu untuk keselamatan. Kenapa masyarakat perlu menyokong pencuri yang sudah mencuri lebih dari jutaan nilai harta.?
Pada mulanya, kumpulan pencuri ini hanya mencuri nilai wang dan barang yang hanya mencecah ribu. Akan tetapi, ia menjadi semakin teruk apabila mereka mula mencuri kedai emas dan berlian. Dan lebih teruk lagi bank. Mereka tidak dapat dikesan kerana strategi yang amat teliti sehingga menyebabkan tiada sesiapa yang perasan bagaimana cara mereka mengambil kesemua benda tersebut. Orang hanya sedar apabila ia sudah hilang dan tiada sapa tahu identiti mereka.
Petunjuk diperoleh sedikit apabila Agent Kris, ketua polis yang terkenal ditanggungjawabkan ke atas kes tersebut. Dan kesemua ahli dibawahnya akan keluar bekerja dan menyiasat setiap tempat kejadian. Kelihatannya, pencuri itu berminat kepada salah seorang agent iaitu Agent Raiwa.
Bermula lima bulan yang lalu, kumpulan pencuri ini berani meninggalkan nota setiap kali mereka menjalankan 'operasi' mereka. Kesemua nota itu tidak berunsurkan ugutan atau sesuatu seperti itu. Semuanya bertujuan untuk menyakat salah seorang anggota polis itu. Dan ia menggelarkan dirinya sebagai 'Little Thief'.
Bagi menyatakan kenapa mereka dikatakan lebih dari seorang adalah apabila sebulan selepas nota itu mula ditinggalkan, mereka hampir sahaja tertangkap dan dapat dilihat mereka dalam kumpulan. Itu adalah sebab salah seorang dari mereka terjatuh ketika melompat dari sebuah tembok dan mengeluarkan bunyi mengerang yang kuat.
Akan tetapi, selain dari itu tiada apa yang boleh dijadikan bukti. Kesan cap jari atau apa sahaja benda yang boleh dikaitkan dengan mereka juga tiada. Mereka mula mendapat 'peminat' apabila video mereka hampir tertangkap tersebar di media. Ia jelas menunjukkan mereka adalah sekumpulan lelaki dengan bentuk fizikal yang baik dan masih muda.
"Apa ilmu yang mereka pakai sebenarnya.??" Gumam Luhan. "Bagaimana mereka boleh lakukan perkara macam ni tanpa tinggalkan kesan sedikit pun.?"
"Entah lah, Lu." Xiumin hanya mendengus perlahan. "Mungkin mereka dilatih kot. Saya pun tak tahu."
Keadaan sunyi sepi seketika. Masing-masing sedang berfikir apa yang perlu dilaporkan di ibu pejabat nanti.
"Tak mengapa lah." Raiwa menarik nafas panjang. "Kita balik ke pejabat dulu. Nanti kita bincang perkara ni."
-----------------------------------------------------------------------
Byun Baekhyun duduk di sofa rumah kecil itu sambil makan kerepek yang diambil dari dapur sebentar tadi. Mata sepetnya tertumpu kepada televisyen yang terpasang dengan kuat di hadapannya.
"Apa awak buat, Baekkie.?" Kai merebahkan diri di sebelahnya sambil merampas kerepek itu.
"Nak tengok berita." Selamba Baekhyun menjawab sambil menanggalkan sisa makanan yang tersangkut pada giginya. Dia langsung tidak mengalihkan perhatiannya walau sedikit pun.
"Apa yang awak nak tengok.??" Kai bertanya juga masih memandang ke arah televisyen. "Muka kita terpampang di situ.?"
"Itu mustahil, Kai." Sehun menyertai mereka sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah. Dia baru sahaja selesai mandi. "Mereka masih belum tahu identiti kita sehingga kini."
Kai mengerutkan dahinya seketika. "Habis tu apa yang budak ni nak tengok sangat kat sini.?"
"Dia nak tengok kekasih idaman hatinya tu lah." Sehun menyindir. "Macam saya tak tahu."
Baekhyun hanya menjeling tajam ke arahnya.
"Saya dah buat laporan." Chen yang baru datang dengan telefo bimbit ditangan segera menyertai mereka.
"Apa boss cakap.?" Soal Kai.
"Dia akan bagi kita gaji esok." jawab Chen. "Lagipun dia nak jumpa kita. Ada kerja lagi."
Serentak ketiga-tiga lelaki itu menderam.
"Tak boleh ke kita berehat sekejap.??" Keluh Sehun.
Chen hanya mengangkat bahunya. "Kita tengok lah apa yang jadi esok."
"Nampaknya ada pencuri yang masih dikehendaki menjalankan operasi mereka sekali lagi...."
Suara pemberita itu menarik perhatian keempat-empat jejaka itu ke televisyen. Mata mereka membulat sambil mendengar dengan tekun.
"Penjenayah 'Little Thief' masih lagi berkeliaran dan polis yang bertugas asih belum dapat melaporkan apa-apa mengenai kes ini..."
Sehun ketawa mendengar kenyataan itu. "Nampak sangat polis sekarang ni bodoh dan kurang cekap."
"Jangan hina mereka, Hun." Chen tersenyum sinis. "Kita yang terlebih cekap dalam hal mencuri."
Serentak kedua-dua lelaki itu ketawa.
"Agent Raiwa tidak mampu memberi keterangan lanjut mengenai ini kerana tiada apa yang boleh dijumpai..."
Baekhyun segera membetulkan kedudukannya apabila terdengar nama itu disebut. Matanya tertumpu pada televisyen itu.
"Kami masih tak dapat buat apa-apa..." suara kecewa Agent Raiwa kedengaran di televisyen dengan wajahnya yang agak bengang. "Sekali lagi tiada bukti yang dijumpai."
"Nampaknya agent kesayangan Baekhyun dah muncul di kaca tv." Sehun menyindir sambil memutarkan bebola matanya.
"Apa yang awak suka sangat dengan budak ni, Baek.?" Chen mengerutkan dahinya sambil merenung wajah Agent Raiwa di kaca tv itu.
"Kamu tak nampak ke.??" Baekhyun bertanya. "Dia sangat comel dan cantik. Seronok kacau dia."
"Ya." Kai menderam. "Tapi dia anggota polis, Baekkie."
"Jadi.??"
"Jadi.???" Ulang Kai dengan nada tidak percaya. "Cuma itu yang awak mampu cakap.?! Sedar lah diri. Dia bertugas untuk menangkap kita."
"Tapi tak salah kan kalau nak kacau dia sikit.??" Baekhyun mengukir senyuman sinis sambil melirik ke arah lelaki itu.
"Jangan sampai awak bahayakan kita sudah lah." Kai menggerutu. "Saya tak nak kita berada dalam posisi yang bahaya."
"Jangan risau lah." Baekhyun hanya tersenyum. "Saya tahu apa nak buat."
A/n: Yeayy!!! First chapter. What do you think about it?? Any comment?? Mula chapter 2 nanti baru nampak semuanya. Hehehe~
I dedicate this chapter to narajae91 coz Agent Raiwa cast is her! Hehehe~ Just change a few letter though. Hope you enjoy reading this.
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top