Prologue
Hwang Hae Yoon
Aku benci akan hidup aku sendiri. Kenapa? Kenapa aku ada kebolehan ni? Aku terseksa. Setiap kali aku melihat cermin. Aku pasti akan melihat masa silam yang sangat menyakitkan.
Masa silam yang tak dapat aku lupakan. Aku ada satu kebolehan yang mungkin hanya 30% daripada jumlah manusia dibumi ini mempunyai kebolehan ini. Aku dapat lihat masa silam seseorang. Lebih tepat lagi. Masa silam gelap seseorang. Aku hanya dapat melihat masa silam seseorang itu dengan hanya melihat matanya. Tapi tidak semua begitu. Kadang aku dapat melihatnya kadang tak. Orang mungkin akan menganggap aku bertuah kerana mempunyai kebolehan ini. Tapi tidak.
Mereka salah.
Aku terseksa. Aku sentiasa melihat masa silam gelap aku sendiri. Masa silam yang terjadi 1 tahun yang lalu. Dimana ibu ku dirogol lalu dibunuh oleh sekumpulan penjenayah yang merompak rumah aku pada malam itu.
Adik aku. Aku tak tahu apa yang terjadi pada dia sekarang. Aku hanya dapat melihat senyumannya yang menunjukkan dirinya pasrah akan semua yang berlaku pada masa itu. Aku hanya sempat melihat tangan dan kaki adikku diikat. Lalu mereka mengoyakkan bajunya.
Aku pula?
Aku dibawa ke luar negara iaitu New York. Aku tak tahu apa tujuan mereka membawaku kesini. Aku dikurung seperti dalam penjara. Aku makan makanan yang diberikan oleh mereka setiap hari. Aku hanya diberikan makanan 1 kali sehari iaitu pada waktu tengah hari. Pagi dan malam aku terpaksa menahan lapar.
Dalam masa 1 tahun. Aku dah rancang banyak cara untuk larikan diri dari semua ni.
Aku tak akan biarkan diri aku terus terperangkap dalam neraka ini. Aku nak balas dendam.
Aku akan bunuh mereka satu persatu oleh tangan dan jari aku sendiri.
The V102
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top