Who...are you?

Akademi Swasta Sakura

"Kring!!Kringgg!!!!"
Lonceng berbunyi menandakan waktu rehat pelajar tahun atas sudah tamat.Di satu sudut taman bunga,kelihatan dua orang pelajar perempuan sedang terkocoh-kocoh menyimpan bekal mereka.

"Yoshh! Sedap Okaasan kau masak Hyoura"

Kata Shuna sambil sendawa. Sandwich daging dan donut berkeju,bekalan Hyoura tadi amat menyelerakan. Mereka selalu bertukar-tukar bekalan ketika waktu rehat.

Hyoura terdiam seketika namun dia terus membalas kata-kata Syuna dengan ceria.

"Mengada laa kau ni. Dah laa makan banyak,siap sendawa lagi. Hahahahahaha"

"Ehehehe..hontoni? Alaa..bukan selalu Hyoura. Eh..jangan cakap pasal sendawa macam tu. Kene cover ayu laa >_< "

"Banyak laa ayu kau.Jangan sampai Kyousuke nampak kau macan tu sudah"Usik Hyoura.

"Hyoura!!!"

Jerit Shuna dengan muka merah padam sambil mengejar Hyoura dan mereka pun ketawa bersama.

"Auchh..!!!"

Hyoura tiba-tiba sahaja terlanggar orang yang berjalan di hadapan nya hampir jatuh tersungkur ke hadapan.
Namun ada tangan yang menghalangnya jatuh.

"Hey..bukak laa mata tu.."

Hyoura mula membuka matanya yang terpejam rapat.

Saat itu lah,bersama deruan angin yang lembut menyapa muka.Seorang lelaki yang kacak memeluk erat pinggangnya dengan senyuman yang sangat manis.
Dunia seakan-akan berwarna warni.

"Awak okay..?"

Tanya lelaki tersebut. Hyoura seakan-akan tersedar lalu terus menolak lelaki tersebut dengan muka merah padam.

"S-saya tak apa-apa. Ma-maaflah saya terlanggar awak."

"Ah..daijoubu. Takde pape pun"
Kata lelaki tersebut dengan senyuman manis.

Tiba-tiba Hyoura terpandang kotoran kopi di baju kemeja lelaki tersebut dengan cawan di tangannya.

"Ba-baju awak"

Kata Hyoura tergagap gagap. Dia tahu dia punca kemeja lelaki tersebut kotor.

Pada mulanya mata lelaki tersebut agak terkejut melihat kemeja nya yang kotor.

Tali ketika terpandang muka Hyoura yang naif meminta maaf itu. Dia tersenyum.

Lalu dia berpura-pura berkata.

"Ah..sayangnya.Baju ini baju kegemaran saya. Ayah saya membelinya semasa di Switzerland"

Houra terkejut lalu memohon maaf berulang kali.

"Gomennasai..gomennasai.."

Dia sudah tidak peduli renungan orang lelaki tersebut. Dia tahu dirinya yang salah. Walaupun dia mampu menggantikan balik baju tersebut,tapi dia tahu nilainya tidak sama.
Pada masa itu,fikirannya melayang pada bapanya..

Tiba-tiba lelaki tersebut memegang dagu Hyoura lalu mendongakkannya dan menatap muka Hyoura yang kemerahan akibat malu.

"Ah..tkde ape la. Saya maafkan. Tapi , ada syaratnya. Dan syarat tu awak akan tahu jugak. Jumpa lagi ya.. Nakawa Hyoura"

Ucap lelaki tersebut dengan senyuman lalu berlalu meninggalkan Hyoura.

"Ma..macam mana dia tahu nama aku"

Kata Hyoura.

Seketika dia melihat jam tanganya.

"Huwaaaaaa...aku dah lambat masuk kelas 0_0 " Lalu Hyoura berlari.

Sampai sahaja di kelas, dia terus mengambil tempatnya di belakang Shuna.

"Wei..kau pergi mana tadi. Aku masuk kelas ingatkan kau dah ada" tanya Shuna.

"Ahh...tadi..." Bicara Hyoura terhenti apabila ternampak guru kimia mereka memasuki kelas.

Hyoura yang tidak mempedulikan orang lain terus mengambil keluar buku catatannya. Dia berasa agak pelik mengapa orang mula berbisik-bisik.

Apabila dia mengangkat mukanya..

"Awak boleh mengambil tempat dibelakang Hyoura"

Semua mata tertumpu pada Hyoura apabila "seseorang" itu melangkah mendekati Hyoura,bukan ke mejanya.

Kemuadian dengan senyuman dia berkata..

"Hey..we meet again"

Lelaki itu......







Author: Moo Gomennasai minna..tkde idea nak tulis pnjng2..esok skolah and aq langsung tk sentuh keje skloh..〒▽〒 maybe lambat plak update..Ape2 sy akan trus berusaha..arigatou minna-san *bow*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top