Bab 9-[Romantic Scene and The New King?]
Dua hari berlalu. Kini, mereka sedang melakukan aktiviti padang pula. Di mana acara utamanya adalah balapan, lompat jauh, lompat tinggi dan sebagainya.
"Huarg!"
"Menguap lagi? Kau tidur lambat ke malam tadi?"
Erix menggeleng.
"Mana ada. Aku cuma malas je."
"Apalah kau ni. Sepatutnya kau semangat pagi-pagi ni tau." Lara memarahi Erix yang bemalas-malasan.
"Hmm..."
"Erix jom. Acara kita nak mula dah ni," ajak seorang rakan kelas mereka.
"Okey."
Erix bangkit dengan malas dan mengekori langkah rakan sekelasnya itu.
Lara tersenyum sendiri melihat langkah Erix.
"Oit! Senyum apa seorang-seorang?" Kawan baik Lara, Rena menegur.
"Hish! Terkejut aku." Lara mengurut dadanya.
"Oh! Curi tengok Erix eh?" Rena cuba mengusik. Sejak dua menjak ini, seringkali dia melihat Lara berduaan dengan Erix. Mereka berdua seolah-olah ada hubungan berdua.
"Mana adalah."
"Eh. Jangan nak menipu la. Bukan sehari dua aku kenal kau. Hari-hari aku nampak kau berdua je dengan Erix. Selalunya ada Victor sekali, tapi sekarang dia dah tak ada. Kau ada apa-apa ke dengan Erix ni?" Rena bertanya lagi. Dia mahu terus mencungkil rahsia yang disimpan Lara.
"Tak. Kau pun tahu kan yang aku dengan Erix dah lama berkawan. Sejak kecil lagi. Victor pulak, aku pun tak tahu la mana dia. Dah lama tak lepak sekali dengan kami."
"Serius tak ada apa-apa ni?"
"Ya! Kau kenapa tiba-tiba je tanya soalan bukan-bukan ni?" Lara mula hilang sabar.
BANG!
Perhatian mereka teralih sekejap.
"Bukan apa... cuba kau tengok sana." Rena menuding jari ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang bersorak kuat.
"Erix laju lagi!"
"Jangan mengalah Erix!"
"Erix boleh!"
Ternyata sekumpulan pelajar perempuan itu bersorak untuk Erix.
"Sejak kebelakangan ni, Erix semakin terkenal dalam kalangan pelajar perempuan. Dah ramai peminat rahsia dia sekarang. Lebih mengejutkan, ada yang berani selitkan surat cinta dekat loker Erix. Jadi, aku nak pastikan betul ke kau dengan dia tak ada apa? Risau kalau kau cemburu bila aku beritahu kau semua ni."
Lara terdiam. Dia memandang pada Erix yang sudah sampai ke garis penamat.
Beberapa pelajar perempuan kelihatan menghampiri Erix lalu menghulurkan botol air buat remaja lelaki itu.
Erix tersenyum lalu menggeleng. Lelaki itu berlari anak menghampiri dua remaja perempuan itu.
"Dia datang." Rena berbisik.
"Aku menang!" Erix berkata dengan teruja.
Lara tersenyum senang melihat kegembiraan yang terlakar di wajah Erix.
"Baguslah. Nah, minum ni." Lara menghulurkan botol air milik Erix yang sudah dibukakan penutupnya.
Erix mengambilnya lalu meneguk air kosong itu.
"Terima kasih. Aku pergi dulu." Botol air dikembalikan kepada Lara. Erix berlari meninggalkan dua gadis itu.
"Comel betul korang berdua. Aku tak percaya kalau tak ada apa-apa antara korang berdua." Rena tidak habis dengan topik hangatnya itu.
"Sudah la kau. Tak habis-habis." Lara memarahi Rena.
Dalam masa yang sama, dia dapat merasakan sesuatu di dalam hatinya.
"Perasaan apa ni? Jangan cakap kau dah jatuh hati dengan Erix, Lara."
Lara menggeleng laju.
"Ha? Dah kenapa geleng kepala tu. Fikir benda bukan-bukan eh?" Rena tidak sudah dengan usikannya.
"Ish! Kotor la otak kau ni." Lara memukul Rena geram.
Rena hanya tertawa seronok.
Sejam berlalu. Saat mereka masih sibuk dengan aktiviti sukan, tiba-tiba angin kuat bertiup diiringi dengan human lebat yang mengejut.
Khemah yang dibina di tengah padang mula terbang ditiup angin.
"Semua! Cepat masuk ke dalam!" Jerit beberapa guru bertugas.
Semua berlari masuk ke bangunan utama.
"Semua ada ke?"
Semua pelajar memandang sekeliling untuk memastikan rakan-rakan mereka ada bersama.
"Tiba-tiba je hujan lebat. Basah dibuatnya." Lara merungut. Getah rambutnya dibuka bagi mengelakkan rambutnya berbau.
"Gunakan ni."
Sehelai tuala menutupi matanya. Lara mengambil tuala itu lalu dia memandang tepat pada Erix yang berdiri di sebelahnya.
"Keringkan rambut tu cepat," kata Erix.
Lara mengangguk akur.
Dia menunduk sambil mengelap rambutnya. Tanpa sedar, wajahnya sudah memerah dan terasa panas.
Rena yang melihat sudah tersenyum nakal.
Manakala pelajar perempuan yang lain pula berasa cemburu melihat Lara.
*****
Hari sekolah tamat jam 2 petang. Aktiviti mereka langsung terbatal disebabkan hujan lebat tanpa henti.
"Kau balik naik apa, Lara?" Erix bertanya pada Lara yang berdiri di sebelahnya. Mata memandang ke langit, memandang langit yang masih gelap dengan hujan yang turun tanpa henti.
"Mungkin pemandu aku akan ambil. Macam selalu."
"Oh!"
Beberapa minit kemudian, sebuah kereta biru laut berhenti di hadapan mereka berdua.
Nadia keluar daripada kereta. Dia turut membawa sekali payung. Senyuman manis terlakar di bibir saat melihat wajah Erix.
Langkah laju diatur menghampiri Erix.
"Maaf akak lambat. Jom kita balik, Erix," ajak Nadia dengan nada suara yang lembut.
Erix memandang Lara.
"Lambat lagi ke, Lara?"
Lara mengerling jam tangannya.
"Tak tahulah."
"Kalau macam tu, jomlah aku hantar kau balik. Duduk luar ni lama-lama nanti kau demam pulak," pelawa Erix yang sebenarnya risau dengan keadaan Lara.
Lara memandang wajah Nadia.
"Jomlah. Akak tak kisah pun." Nadia tersenyum lebar.
Lara mengangguk akur.
"Bagus! Ni payung Erix. Akak masuk kereta dulu, ya." Nadia memberikan payung kepada Erix.
Erix mengambilnya dan Nadia terus berlari ke arah kereta. Wanita itu tertawa kecil.
Payung dibuka.
"Jom."
Lara berdiri di bawah payung bersama Erix.
"Dekat sikit. Nanti basah pulak." Erix menarik Lara untuk mendekat.
Lara terkejut. Wajahnya sudah memerah.
Apabila tiba di kereta, Erix membukakan pintu bahagian penumpang untuk Lara.
Lara masuk di bahagian belakang manakala Erix pula duduk di bahagian penumpang hadapan.
Kereta bergerak meninggalkan perkarangan sekolah.
"Macam mana sekolah, Erix?" Nadia memulakan perbualan.
"Okey je. Aktiviti hari ni terbatal disebabkan hujan lebat," beritahu Erix.
"Oh."
Erix dan Nadia berbual mesra.
Nadia yang duduk di belakang hanya memerhati dan mendengar bicara Erix dan Nadia.
Di hatinya terdetik tanda tanya siapakah wanita dihadapannya itu dan apakah hubunganya dengan Erix.
"Kenapa diam je, Lara? Tak selesa ke?" Nadia tiba-tiba bertanyakan soalan kepada Lara.
"Ha? Tak... . Tak ada apa." Lara tersenyum kecil.
"Mesti kau pelik sebenarnya kan?" Erix meneka.
Lara mengangguk kecil.
"Kenalkan, ni akak angkat aku, Nadia namanya. Anak kepada bekas peguam keluarga kami." Erix memperkenalkan Nadia kepada Lara.
"Selamat berkenalan Lara." Nadia memandang Lara dari cermin pandang belakang.
Lara menundukkan kepalanya lalu tersenyum pada Nadia.
"Akak selalu dengar tentang kamu. Erix ni dari kecil lagi suka sangat bercerita tentang kamu. Sampaikan akak naik muak dengar cerita yang sama je." Nadia membuka cerita dengan niat mahu mengusik Erix.
Lara tertawa kecil mendengarnya.
Erix menjeling Nadia.
Sepanjang perjalanan, mereka bersembang tentang diri mereka.
Setelah menghantar Lara balik, Nadia terus memandu balik ke rumah.
*****
"Ergh! Sedapnya tidur." Erix akhirnya bangun setelah seharian Drake mengambil alih tubuhnya.
"Dah bangun? Bagus, sekarang belajar!"
"Eh?! Bagi la aku berehat kejap."
"Jangan nak mengada. Seharian kau tidur semua benda aku buat. Jadi, kau jangan nak mengelak pulak kali ni." Drake mula berasa geram dengan tingkah Erix yang selalu bermalas-malasan.
"Kau ni, rileks la. Lagipun esok cuti hujung minggu. Tak salahkan kalau aku nak berehat dan bersenang-senang?" kata Erix yang masih lagi berbaring di atas katil.
Drake menghadap Erix.
"Aku tak akan berikan kau masa untuk bermalasan dan bersenang. Esok kita akan ke hotel keluarga kau."
"Eh! Kenapa pulak nak ke sana. Bukan dah ada yang pantau ke?"
Drake berdiri lalu berjalan menghampiri katil Erix.
Dia menjentik dahi Erix dengan kuat sehingga menjerit kesakitan remaja itu dibuatnya.
"Itu adalah milik keluarga kau. Satu-satunya peninggalan ibu ayah kau. Kalau kau abaikan, siapa lagi yang nak jaga? Entah esok tahu-tahu hotel kau tu dah hilang ke mana. Aku pesan ni sebab aku dah berusaha penat untuk dapatkan balik semua harta benda kau. Aku cuma harap supaya kau hargai sikit usaha aku selama ni, dengan menjaga apa yang aku dapatkan semula." Drake bercakap panjang lebar.
Erix mengangguk perlahan.
"Ya, aku faham. Aku tak sepatutnya ambik kesempatan atas apa yang kau dah buat untuk aku."
Erix turun dari katil dan terus menghampiri meja belajar. Beberapa buah buku diambil dari tak dan dikeluarkan dari dalam beg.
Remaja itu mula mengulang kaji dan membuat kerja sekolah.
*****
"Setelah membuat perbincangan fan sedikit undian, maka saya, dari pihak menteri-menteri sekalian dengan ini sebulat suara memilih William sebagai pengganti takhta Raja Drake," umum seorang menteri utama.
Semua yang berada di dalam dewan itu bertepuk tangan buat William.
Mereka semua kelihatan gembira dengan pemilihan raja baharu.
Tetapi, tidak bagi Kyrie. Dia masih tidak berpuas hati dengan pemilihan William.
Dia tidak kisah siapa pun yang akan menggantikan kedudukan Drake. Namun, dia tak mungkin akan setuju jika William yang menggantikan tempat Drake. Kerana hakikatnya, hanya dia dan Drake saja yang tahu siapakah diri William yang sebenarnya.
Kyrie memandang William dengan pandangan tidak puas hati.
Dia berasa kesal kerana tidak dapat menghalang keputusan para menteri itu. Dan kini, dia terpaksa menerima semuanya meskipun hatinya memberontak tidak setuju.
Tiba-tiba pandangan William bertemu dengan pandangan Kyrie.
Bakal raja itu tersenyum sinis kepada Kyrie.
Kyrie segera menundukkan pandangannya.
"Aku menang, Kyrie. Sekarang, tak ada sesiapa pun yang dapat menghalang aku. Aku akan padamkan semua undang-undang dan prinsip yang abang kau guna dan mulakan pemerintahan aku sendiri."
William berasa bangga kerana berjaya mendiamkan Kyrie. Dia turut mula merangka sesuatu di dalam kepalanya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top