Bab 8-[Drake and Test-Part2]
Ujian pedang tamat dengan jayanya. Semua bersurai untuk berehat sebelum melakukan ujian yang lain.
"Apa pulak lepas ni?" Erix bertanya pada Lara.
"Ada ujian pertahanan diri, memanah, balapan, lumba kuda..."
"Dekat sini ada kuda?"
"Eh, kau ni. Macam baru hari ni belajar dekat sekolah." Lara ketawa kecil.
Erix tersenyum janggal.
"Menarik la permainan dekat sini. Kenapalah kau tak ikut serta?"
"Malas aku. Semua pandang rendah dekat aku. Makanya, daripada aku dipermalukan, lebih baik aku tak masuk apa-apa langsung." Erix berpeluk tubuh.
Drake terdiam.
"Hoi! Termenung. Jom ke kantin."
"Oh! Okey."
"Manalah perginya Victor ni. Langsung tak muncul lepas perlawanan tadi." Lara menjengah-jengah mencari kelibat Victor yang sememangnya tidak kelihatan.
"Mungkin dia dah ke kantin dulu."
Lara mengangguk.
Mereka berdua keluar bersama menuju ke kantin.
Apabila berada di kantin dan sesudah membeli makanan, mereka berdua mengambil tempat untuk makan.
"Dia tu ke yang kau cakapkan tadi?"
"Ya. Dialah yang dah kalahkan Victor tadi. Semua terkejut dan tak percaya."
"Mungkin dia menipu ke. Mana mungkin dia boleh memang dengan juara bertahan kita tu."
"Entah la. Tapi bagi aku, dia langsung tak menipu. Cara dia bermain tadi pun macam seseorang yang pakar sangat."
Suara-suara terus berbisik tentang Erix.
Lara berasa tidak selesa apabila mereka berbicara tentang sahabatnya itu. Tetapi, apabila melihat riak tenang Erix, dia pula yang terlebih risau.
"Erix, kau tak kisah ke mereka cakap yang bukan-bukan pasal kau?" Lara berbisik.
"Biarlah. Aku datang sini sebab nak makan. Aku lapar. Abaikan je diaorang, makan makanan kau tu."
Lara akur. Dia menyatap nasi goreng ayamnya dalam keterpaksaan.
*****
Waktu rehat tamat.
Erix dan rakan sekelasnya diarahkan untuk ke padang untuk menjalankan ujian yang seterusnya.
Semasa di padang, Erix disapa oleh Victor yang baru muncul.
"Kau ke mana?" Erix bertanya acuh tak acuh.
"Aku pergi melepak dengan budak-budak lain tadi."
Erix berdiam saja.
"Kau dah sedia untuk ujian yang seterusnya? Kali ni aku akan kalahkan kau."
"Hmmm..." Erix malas melayan.
"Baiklah, semua dah ada?" Seorang guru bertanya.
"Dah!" Sahut mereka semua serentak
"Bagus. Ujian yang seterusnya adalah ujian memanah. Cikgu harap kamu semua berpegang dengan prinsip berhati-hati dan jangan bermain dengan busur. Faham!"
"Faham!"
"Bagus. Sekarang cikgu nak lima orang pelajar sukarela untuk memulakan ujian kita ni."
Victor menggenggam tangan Erix lalu mengangkat tangannya dan Erix serentak.
Setelah cukup lima orang pelajar yang dipinta, masing-masing mula mengambil panah dan anak panah yang telah disediakan. Kemudiannya, mereka berbaris dalam satu barisan melintang, menghadap papan target yang 10 meter jauhnya.
Victor yang berbaris bersebelahan dengan Erix, menjeling rakannya itu. Dia cuba membaca tingkah Erix yang tenang dan bersedia untuk memanah. Namun dia langsung tidak dapat membaca dan mengagak.
"Sedia, mula."
Panah diangkat. Anak panah yang sudah diletakkan pada tali, ditarik.
Erix mengambil nafas dalam. Dia melepaskan nafas lalu melepaskan anak panahnya dalam masa yang sama.
PAP!
Anak panah menghentam permukaan target dan terkena tepat pada tengah papan target.
Erix mengambil anak panah yang seterusnya. Dia melakukan hal yang sama sebanyak sembilan kali dan ternyata, kesembilan-sembilan anak panah terkena tepat pada tengah papan target.
Erix mengambil anak panah yang kesepuluh. Dia berdiri penuh sedia. Nafas ditarik dan tali ditarik.
"Hah!" Erix melepaskan nafas sekaligus melepaskan anak panahnya.
Anak panah itu membelah angin dengan lajunya. Ia membelah anak panah yang kesembilan lalu terbenam sehingga separuh badannya.
Semua terlopong luas.
Anak panah yang dilepaskan Erix semuanya tepat. Anak panah yang digunakan pula pasti akan membelah anak panah yang ada pada sasaran.
Erix selesai. Panahnya diletak dengan elok lalu dia berlalu dari kawasan memanah.
Victor mengetap gigi. Anak panahnya langsung tidak terkena pada sasarannya. Malah ada satu anak panah yang terlajak melepasi papan target.
"Hebat gila!! Aku tak pernah nampak orang buat macam tu. Kau memang gila!" Lara berkata dengan penuh teruja.
"Biasa je la. Ni pun dah lama aku tak memanah sebenarnya." Erix menghayun-hayunkan tangannya untuk menutup rasa bangganya.
"Sejak bila kau pandai memanah?" Victor tiba-tiba bertanya. Nadanya seolah-olah tidak berpuas hati dengan Erix.
"Dah lama," jawab Erix singkat.
Victor terdiam.
Ujian memanah berakhirnya dengan jayanya. Maka, berakhirlah ujian mereka untuk hari itu.
Erix dan Victor pergi ke bilik loker untuk menukar pakaian sukan mereka.
"Jadi, apa perancangan kau untuk hari ni? Kemas perpustakaan lagi ke?" Victor bertanya sambil menukar bajunya.
"Aku nak balik terus. Ada hal sikit."
"Hal apa yang sibuk sangat tu? Rileks la, rumah kau tu tak lari ke mana pun. Jom ikut aku melepak main game."
Erix menggeleng.
"Tak apalah. Aku tak berminat." Beg galas terus dicapai. Erix segera berlalu keluar dari bilik itu.
Victor membuat reaksi bosan.
Erix berjalan menuju ke pintu pagar. Memandangkan waktu sekolah sudah tamat, makanya dia perlu segera pulang ke rumah.
"Erix!" Seorang wanita melambai-lambai dari depan pagar sekolah.
Lara yang turut sama mahu memanggil Erix, terus terbantut niatnya. Dia hanya memandang pemergian Erix bersama dengan wanita yang tidak dikenalinya itu.
"Siapa dia tu?"
*****
"Kenapa datang?" Erix bertanya pada Nadia.
"Kenapa? Tak suka ke?" Nadia menjeling pada Erix.
"Mana ada. Nana pun tahukan yang Erix tak nak semua tahu identiti sebenar Erix."
"Maaflah. Akak cuma teruja nak menjemput adik akak seorang ni. Erix marah ke?"
Erix menggeleng.
"Taklah. Jangan risau ya, Nana." Erix tersenyum.
Nadia membalas senyuman Erix.
"Macam mana dengan sekolah?"
"Bagus! Erix rasa bersemangat untuk mulakan hari-hari yang seterusnya."
"Wow! Erix nampak gembira dan seronok. Ada apa-apa yang berlaku ke? Cuba bagitahu sikit." Nadia berasa teruja mahu mengorek rahsia Erix.
"Tak ada apalah. Erix cuma rasa seronok sebab dapat markah tinggi dalam ujian akademik tahun ni," kata Erix dengan bangganya.
"Wah, baguslah. Kenapa, sebelum ni tak elok ke markahnya?" Nadia bertanya ingin tahu. Kalau boleh, dia mahu tahu segala kegiatan Erix selama mereka berdua terputus hubungan.
"Hmm... biasa-biasa je." Tiba-tiba Erix ketawa seronok. Entah kenapa, dia berasa seronok dan gembira sangat. Hatinya kini berbunga-bunga kegembiraan
Nadia tersenyum senang melihat senyuman Erix.
"Akak dah masak masakan kesukaan Erix. Kita makan sama-sama, ya?"
"Semestinya!"
*****
Selepas makan malam, Erix dan Nadia terus masuk ke bilik masing-masing. Mereka perlu menyiapkan kerja masing-masing sebelum masuk waktu tidur.
Erix duduk di meja belajar sambil termenung memikir cara untuk menjawab soalan. Manakala Drake pula duduk di atas katil sambil membaca sebuah buku.
"Drake, tolong aku jawab ni." Erix memanggil
"Maaf, aku tak nak terlibat. Aku dah tolong kau dengan ujian akademik. Aku tak akan tolong kau dalam pembelajaran pula ya. Buat sendiri," jawab Drake tanpa mengalihkan perhatiannya.
"Janganlah macam tu, Drake."
Drake memekakkan telinga. Malas mahu melayan dan tidak mahu terlalu memanjakan Erix dengan bantuannya.
"Yelah!" Erix mengalah. Dia menjawab soalan itu tanpa bantuan dari Drake sehinggalah selesai semuanya.
Setelah tiga jam mengulang kaji pelajaran, Erix akhirnya mengambil keputusan untuk menutup buku dan tidur.
"Dah, berambus dari katil aku." Erix menghalau Drake yang selesa berbaring si atas katilnya.
"Kedekut kau ni." Drake berganjak sehingga ke hujung katil.
Erix berbaring.
"Ah! Penatnya." Erix mengeluh panjang.
"Kau sakit badan tak?"
"Ada la sikit. Tak pernah-pernah badan aku buat semua benda tu. Sebab tu sakit sikit." Erix mengadu sambil mengurut-ngurut bahunya.
"Kau berehat je la. Esok pagi hilanglah sakit tu."
Erix mengangguk.
"Selamat malam, Drake."
"Selamat malam."
Lampu bilik ditutup.
Hari semakin larut malam. Dalam Erix lena diulit mimpi, Drake mengambil keputusan untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh Erix.
"Kau dah berusaha keras. Tahniah, Erix."
Setelah selesai menghilangkan kesakitan pada tubuh Erix, Drake berjalan menghampiri tingkap bilik remaja lelaki itu. Dia mendongak, memandang langit yang dihiasi ribuan bintang.
"Maafkan aku, Kyrie. Aku janji akan pulang ke istana bila semuanya dah selesai. Buat masa ni, biarlah mereka memilih raja yang lebih sesuai untuk mentadbir kerajaan tu dulu." Drake berkata perlahan seolah-olah adiknya itu berada di depan mata.
*****
"Berapa lama lagi kami kena tunggu ni, Kyrie? Raja Drake tak mungkin akan pulang," luah seorang menteri tertinggi di kerajaan itu.
"Betul tu, Kyrie. Kau tahu undang-undang kerajaan ni, kan. Kita kena pilih raja setelah dua minggu. Tapi sekarang dah nak masuk sebulan, Kyrie. Tanpa raja, siapa yang nak uruskan semua hal kerajaan ni?" Sokong seorang lagi.
Mereka semua risau dengan keadaan yang dialami tika ini. Tanpa raja yang mengarah, kerajaan mereka mampu goyah dan mudah terdedah dengan serangan luar. Lebih-lebih lagi serangan dari Kerajaan Cahaya.
"Tapi..."
"Sudah la, Kyrie. Drake tetap tak akan muncul. Terimalah hakikatnya." Seseorang bersuara. Dia melangkah masuk ke dalam bilik perbincangan itu.
Kyrie sudah mengetap gigi. Dia langsung tidak suka dengan kemunculan lelaki itu. Dia tahu niat sebenar lelaki itu.
"Apa pendapat tuan Will?" Seorang menteri bertanya pada lelaki yang baru muncul itu.
"Kita akan teruskan dengan tradisi tu. Pilih raja dan lakukan undian di antara pihak menteri. Seperti biasa," ujarnya dengan keputusan sendiri.
"Baiklah, kami sokong." Semua menyokong kata-kata William tanpa bantahan langsung.
William memandang tepat pada Kyrie. Senyuman sinis terlakar di bibir.
"Baiklah, semua boleh bersurai."
Semua bersurai seperti yang diarahkan oleh William. Kini, tinggallah William dan Kyrie saja di dalam bilik itu.
"Apa yang kau rancangkan ni, Will?" Kyrie memandang William penuh curiga.
"Apa? Salah ke apa yang aku buat? Aku cuma ikutkan tradisi, kau je yang melengah-lengahkan keadaan sekarang ni."
"Jangan nak pura-pura suci depan aku, Will. Abang aku percayakan kau dan kau belot dia! Semua kotor yang kau buat, semua dia bersihkan. Tapi kau masih tak kenang budi dia!"
"Aku tak suruh pun dia bersihkan kotoran aku tu. Dia sendiri yang nak bersihkan."
Kyrie mengetap gigi.
"Aku akan pastikan kejahatan kau terbongkar, Will. Tunggulah saatnya nanti."
William berpeluk tubuh. Senyuman sinis terlakar.
"Cubalah kalau boleh. Semoga berjaya."
Kyrie tidak mampu menahan sabar lagi. Sebelum dia bertindak lebih jauh, dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik itu. Meninggalkan William sendirian.
"Kau masih mentah, Kyrie. Banyak benda yang kau tak tahu tentang dunia ni. Jangan kau cabar aku, Kyrie."
William ketawa sendiri apabila memikirkan setiap rancangannya yang sudah siap dirangka dan hanya menunggu masa untuk dilaksakan saja.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top