Bab 7-[Drake and Test-Part1]


"Hmm... Minggu ni kita ada apa-apa aktiviti ke?" Erix bertanya pada Lara. Dia berasa hairan apabila melihat para pelajar berkeliaran sambil membawa peralatan sukan bersama mereka.

"Eh! Maaf Erix. Aku lupa nak beritahu kau yang minggu ni minggu akademik." Lara berasa serba salah. Sungguh, dia lupa hendak memberitahu Erix tentang perkara penting itu.

Muka Erix terus memucat. Satu, kerana dia langsung tak membawa baju sukan. Kedua, sebab dia memang tidak suka dengan minggu akademik!

"Kau tak beritahu Erix ke, Victor?" Lara bertanya pada Victor yang sejak tadi leka dengan dunianya.

"Ha?" Victor memandang wajah Lara dan Erix silih berganti.

"Kau tak beritahu Erix yang minggu ni minggu akademik ke?" Lara mengulangi pertanyaannya.

"Oh! Maaf, aku sendiri pun lupa nak beritahu. Sibuk sangat." Victor beralasan.

Sejujurnya, remaja lelaki itu sengaja tidak memberitahu hal itu pada Erix. Semuanya kerana tidak mahu Erix melarikan diri dari menghadapi minggu akademik seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Dalam masa yang sama, remaja itu menyimpan niatnya yang tersendiri.

"Jangan risau, aku akan uruskan semuanya." Drake mencelah disaat Erix disapa kerisauan.

"Betul ke ni?"

Drake tersenyum sendiri.

"Aku tak akan mungkir janji, Erix."

Erix berasa tenang apabila Drake berjanji mahu membantunya.

Loceng berbunyi, menandakan waktu kelas akan bermula.

Tiga sekawan itu melangkah masuk ke dalam kelas.

Setelah selesai mengambil kehadiran dan memberikan jadual akademik, guru kelas itu segera melepaskan anak-anak muridnya untuk menjalankan ujian akademik mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Erix dan Victor berjalan bersama, menuju ke bilik loker bahagian lelaki untuk menukar seragam sekolah mereka.

"Wah! Tak sangka kau akan datang untuk ujian kali ni." Seorang rakan kelas menegur Erix.

Erix hanya berdiam diri. Dia menyibukkan diri dengan menukar pakaiannya.

"Bertahun kau belajar dekat sekolah ni, tak pernah sekali pun kau tunjuk muka masa ujian akademik. Mimpi apa kau datang tahun ni?" Seorang lagi menyindir Erix.

"Mungkin dia nak tunjukkan kebodohan dia kut."

Semua pelajar lelaki yang berada di dalam ruangan itu mentertawakan Erix. Namun, remaja lelaki itu langsung memekakkan telinga.

Dia terus melangkah keluar setelah selesai menukar pakaiannya. Erix meninggalkan Victor yang rancak berbual dengan rakan kelas yang lain.

"Erix." Drake menyapa. Dia tahu apa yang dipendam oleh remaja lelaki itu.

"Tolong aku tebus balik maruah aku, Drake." Erix merayu seolah-olah terdesak.

"Semestinya." Drake tersenyum sendiri. Dia pula yang berasa teruja untuk membalas dendam bagi pihak Erix.

"Erix" Lara melambai pada Erix yang baru masuk ke dalam dewan.

Erix sekadar tersenyum. Langkahnya diatur menghampiri Lara yang sudah berbaris menunggu gilirannya.

"Victor mana?" Lara bertanya sambil mata memandang pada pintu utama dewan.

"Ada dalam bilik loker. Bersembang dengan yang lain."

"Oh..."

"Jadi, aktiviti apa untuk pagi ni?" Erix bertanya ingin tahu.

"Lawan pedang."

Erix menjongket kening.

"Tak sangka dekat dunia ni pun ada lawan pedang." Drake berkata sendiri.

"Macam menarik," katanya perlahan.

"Memang pun!" Lara menyahut dengan penuh keterujaan. Remaja itu memang gemar dengan aktiviti lasak seperti itu.

Erix tersenyum.

"Hoi! Kau tak tunggu aku pun kan. Jalan macam tu je." Victor yang baru tiba, menyapa Erix. bahu rakannya itu dipeluk mesra.

Erix menjeling tangan Erix yang memeluk kemas bahunya.

"Maaflah. Aku tak ada masa nak tunggu kau." Tangan Victor ditolak dari bahunya.

"Kau marah ke dengan apa yang diorang katakan tadi? Alahai, janganlah ambik hati sangat. Gurau kawan-kawan je."

"Aku tak kisah la apa diorang cakapkan sekali pun. Nak mati sekalipun aku tak kisah."

Victor dan Lara memandang tepat pada Erix. Mereka disapa kejutan saat mendengar kata-kata Erix yang agak kasar pada pendengaran mereka. Manakan tidaknya, rakan mereka itu tidak pernah mengeluarkan kata-kata sekasar itu meskipun dalam keadaan marah.

"Perhatian! Perhatian!" Suara seorang guru berjaya menarik perhatian mereka semua.

"Sila plih pasangan masing-masing. Ujian kita akan bermula dalam setengah jam lagi," umum guru itu sebelummemadamkan semula mikrofonnya.

"Kita berpasangan, ya." Victor terus mengajak Erix menjadi pasangannya tanpa berfikir panjang.

Erix mengangguk. Akurkan saja memandangkan dia langsung tidak tahu mahu berpasangan dengan siapa. Lara pula sudah pergi memilih pasangan perempuan yang lain.

Setengah jam berlalu.

Semua pelajar sudah siap dengan seragam putih yang selalu dipakai sebagai pelindung semasa bermain pedang.

Erix berdiri di hujung dewan sambil membelek pedangnya.

"Hmm... Pedang ni halus dan ringan." Erix menghayun pedangnya secara rawak.

"Mudah lentur dan langsung tak berbahaya. Memang sesuai untuk latihan macam ni."

"Weh, tengok tu. Cakap sesorang. Dah gila agaknya." Seorang rakan kelasnya berbisik pada yang lain.

Semua mata tertumpu pada Erix. Mereka tertawa kecil sambil berbisik-bisik tentang Erix.

Erix hanya memekakkan telinga. 

"Baiklah, semua dah ada pasangan ke?" Sekali lagi, suara guru bertugas itu berjaya menarik perhatian mereka dari terus memandang dan berbisik tentang Erix.

"Ada sesiapa yang sukarela mahu mula dulu?" Si guru bertanya.

Seseorang segera mengangkat tangan tinggi.

"Oh, Victor! Bagus! Siapa pasangan kamu?"

Victor menoleh.

"Erix!" Victor memanggil.

Semua memandang pada Erix.

Erix berjalan menghampiri Victor dan dalam masa yang sama, terpaksa melalui kelompok rakan kelasnya.

"Erix ke pasangan Victor?"

"Tak sepadan langsung."

"Budak lembik ni? Mesti kalah punya. Victor tu dah la wakil sekolah dalam lawan pedang. Dah dua tahun berturut-turut menang pingat emas pulak tu."

Berbagai-bagai pandangan dilemparkan terhadap Erix.

Dalam pada itu, seseorang sedang menyorokkan senyuman sinisnya. Dia berpuas hati melihat Erix yang terus-menerus dipandang serong oleh rakan-rakan yan lain.

"Aku akan buat kau malu dan menyesal datang ujian akademik tahun ni, Erix." Dia sudah merancang semuanya sejak awal lagi dalam memalukan Erix pada tahun terkahir mereka di sekolah.

"Kau termenung apa lagi tu, Victor? Cikgu dah tunggu tu." 

"Oh! Maaf." Victor ketawa janggal.

Mereka berdua menghampiri guru bertugas.

"Baiklah. Kamu berdua boleh masuk dalam bulatan merah tu."

Mereka berdua akur. Pelindung muka segera dipakai apabila masuk saja ke dalam bulatan itu.

"Peraturannya sama saja seperti sebelum ni. Jatuhkan lawan kamu, ataupun keluarkan pihak lawan dari bulatan. Baiklah itu saja. Kamu berdua bersedia?"

Mereka berdua mengangguk tanda sedia.

"Jangan risau, Erix. Aku akan berlembut dengan kau," kata Victor dengan senyuman sinis terlakar di bibir. 

Erix berdiri tenang dipenjurunya. Tangan kanan menggenggam pedang dengan kemas, manakala tangan kirinya diletakkan di belakangnya.

"Kau yakin kau boleh lakukannya?" Erix yang sebenar bertanya pada Drake yang mengawal.

"Ini permainan aku, Erix." Drake tersenyum sendiri.

"Mula!"

Perlawanan bermula. Suara para pelajar bergema, bersorak untuk Victor.

Victor mengacah mahu menyerang, tetapi Erix masih tegak berdiri seolah-olah menantikan serangan mula dari Victor.

Victor tidak dapat menunggu lagi. Dia segera menyerang.

Erix menepis setiap serangan dengan mudah. Pergerakannya sangat tenang dan lembut. Seolah-olah remaja lelaki itu sudah terbiasa dengan teknik dan strategi dalam perlawanan pedang.

Sorakkan yang tadinya riuh, kini semua terus terdiam. Mereka langsung tidak menduga yang perlawanan itu lebih berpihak kepada Erix. Bukannya Victor pujaan semua.

Victor terus-menerus mengasak Erix yang masih berdiri tenang di tempatnya.

"Giliran aku pulak." Erix berkata perlahan saat Victor mula kelelahan.

Kini giliran Erix pula menyerang. Gerakannya sangat pantas hinggakan menggelabah Victor mahu menghadang dan menepis setiap serangan itu. Mekipun begitu, Erix tetap tenang daam menyerang.

"Kenapa, Victor? Bukan ke kau juara dalam perlawanan macam ni? Takkan kau nak kalah dengan orang lembik macam aku ni, kan?" Erix mempermainkan Victor.

Erix terus menyerang hingga mendorong Victor untuk mengundur. 

Langkah Victor semakin menghampiri bulatan merah.

Erix tersenyum sinis.

Senyuman itu seolah-olah satu povokasi bagi Victor. Victor menyerang, namun Erix berjaya menepis lalu mengembalikan serangan itu.

Hujung pedang diacukan pada leher Victor.

Victor kaku ditempatnya. Tiada jalan keluar baginya lagi. Dirinya juga sudah hampir keluar dari bulatan. Jika dia menyerang, kemungkinan untuk dia terkeluar dari bulatan itu sangatlah besar.

Akhirnya, Victor jatuh terduduk. Dia kepenatan dan kebuntuan. Buat kali pertamanya, dia kalah bertanding dengan Erix yang selalu dianggap lemah dan lembik.

Semua pelajar tidak percaya dengan apa yang berlaku. Mereka langsung tidak menduga yang Victor akan kalah dengan Erix.

"Kau tak apa-apa?" Erix menghulurkan tangan untuk membantu Victor kembali berdiri.

Victor memandang kosong huluran tangan itu lalu berdiri dengan sendirinya.

"Permainan yang bagus," kata Victor dengan seribu satu perasaan yang terpendam.

Remaja lelaki itu terus berjalan keluar dari kawasn perlawanan. Sut seragamanya ditanggalkan.

"Aku pergi tandas sekejap."Victor berlalu keluar meninggalkan dewan.

Erix sekadar memandang pemergian Victor. Dia menyembunyikan senyuman puas kerana berjaya mengalahkan pelajar yang selalu disanjung tinggi oleh semua.

"Wah! Hebat gila kau tadi." Lara menyapa dengan teruja.

"Terima kasih." Erix tersenyum sipu.

"Lepas ni boleh la kau aja aku, kan?"

"Err...."

"Lara! Giliran kita!"

"Baik. Kita sembang lagi nanti ya. Sorak untuk aku tau."

Erix sekadar tersenyum.

Dalam pada itu, Victor mengurungkan diri di dalam tandas.

Dia menahan amarah dan malu selepas dikalahkan oleh Erix. Dia masih tidak berpuas hati kerana kemenangan berpihak pada Erix. Awalnya dia merancang mahu memalukan Erix, akhirnya, ia berbalik pada diri sendiri.

Victor berasa malu yang amat hingga tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan rakan sekelasnya yang lain.

"Sabar, Victor. Masih banyak ujian yang lain lagi. Lepas ni, kau tak akan kalah lagi. Kau tunggu, Erix. Aku akan balas balik apa yang kau dah buat pada aku. Aku akan malukan kau lepas ni." Victor berkata dengan penuh dendam.




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top