Bab 6-[Warning]

Seminggu kemudian

"Huargh." Erix menguap sambil mengeliat.

Entah mengapa, dia merasakan yang tidurnya pada malam tadi sangat lena. Dia langsung nyenyak hingga tidak sedar waktu berjalan dengan pantas.

"Kau dah bangun rupanya." Suara seorang lelaki yang menyapa membuatkan Erix terkejut.

Erix memincingkan mata. Memandang tepat pada susuk seorang lelaki yang duduk di meja belajarnya.

Lelaki itu menoleh.

"Argh!" Erix menjerit terkejut.

"Kau dah kenapa? Macam nampak hantu pulak."

"D-Drake?"

"Akulah ni. Kau dah kenapa?" Drake bekerut dahi melihat tingkah Erix.

"Maksudnya ni bukanlah mimpi." Erix berbisik sendiri.

"Memang bukan mimpi pun. Kau dah tidur selama seminggu, tak sangka pulak kau dah lupa segalanya."

Erix menggeleng.

"Aku tak lupa semua benda yang terjadi. Cumanya, aku ingatkan semua tu sekadar mimpi je. Tak sangka kau memang wujud rupanya."

Drake tidak membalas apa.

Melihatkan tiada reaksi dari Drake, Erix memandang sekeliling biliknya. Entah mengapa, baginya seperti ada suatu kelainan di dalam biliknya itu. Bilik itu dirasakan seperti biliknya yang ada di rumah keluarganya.

"Drake, apa kau buat selama aku tidur?" Erix bertanya ingin tahu.

"Aku tunaikan janji aku pada kau. Aku dapatkan semula semua harta milik kau yang telah disalah gunakan oleh mak cik dan pak cik saudara kau."

"Maksudnya sekarang ni aku..."

"Ya, kau berada dekat ruah keluarga kau dan ini adalah bilik kau yang asal."

Erix terdiam. Dia tidak yang menyangka yang Drake sanggup mendapatkan semula haknya. Lebih mengejutkan, Drake sanggup melakukan semua itu meskipun mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Tok! Tok!

Pintu bilik dibuka dari luar. Seorang lelaki muncul di muka pintu.

"Tuan muda bercakap dengan siapa?" Dia bertanya sambil mata meliar memandang segenap bilik.

Erix mengerling ke arah Drake yang masih tetap di meja belajarnya.

Drake menggeleng perlahan.

"Mana ada. Saya baru je bangun ni." Erix berdalih. Dia sendiri pun tidak tahu hendak menipu apa.

Lelaki itu diam lalu mengangguk.

"Saya bawakan baju sekolah baru untuk tuan. Ia dah siap digosok." Lelaki itu menunjukkan sepasang baju sekolah yang masih baru. Cantik, putih malah sudah siap digosok cantik.

"Oh! Terima kasih." Erix mahu turun dari katil untuk mengambil baju itu, namun si lelaki terlebih dahulu memasuki bilik dan menyangkut baju itu pada penyidai.

"Saya tinggalkan dekat sini. Saya keluar dulu, tuan."

Erix mengangguk.

Si lelaki berjalan keluar. Pintu bilik ditutup rapat.

"Dia tak nampak kau ke?" Erix terus menanyakan soalan sejurus saja lelaki tadi pergi.

"Tak. Cuma kau seorang je mampu melihat aku. Orang yang tertentu je yang mampu melihat aku."

"Oooo..."

"Sudah! Cepat bersiap. Kau dah lambat nak ke sekolah."

"Oh! Okey."

Erix bergegas mendapatkan tualanya lalu berlari masuk ke dalam bilik mandi.

*****

Setelah selesai bersiap, Erix bergegas turun ke ruang makan untuk sarapan pagi.

"Selamat pagi, tuan muda."Seorang wanita yang sibuk menghidang sarapan pagi untuk Erix menyapa remaja lelaki itu.

"Selamat pagi..."

"Sara." Drake membisik.

"Selamat pagi, Sara." Erix tersenyum mesra kepada wanita itu.

Erix mengambil tempat duduk. Dia menikmati sarapannya dengan tenang.

"Tuan muda."

Sara bersuara.

"Ya?"

"Cik Nadia akan menghantar tuan ke sekolah hari ni." Dia memberitahu.

Erix disapa kekeliruan. Dia langsung tidak mengenali siapakah gerangan yang bernama Nadia.

"Nanti kau tahu la."

Erix mengangguk tanda faham.

Setelah selesai mengambil sarapan, seorang wanita muda yang lengkap berpakaian kemas memasuki ruangan makan itu.

"Tuan Erix dah selesai? Kalau dah, jom, saya hantarkan tuan ke sekolah."

"Ha? Oh! Okey."

Erix membuntuti langkah Nadia.

"Tuan tak bawa beg ke?" Nadia bertanya apabila Erix baru mahu menapak masuk ke dalam kereta.

"Eh!"

"Tuan muda!" Sara berlari anak menghampiri mereka berdua. Wanita itu memeluk erat beg sekolah Erix.

"Terima kasih, Sara."

Sara tersenyum senang.

Mereka berdua meninggalkan perkarangan rumah. Nadia memandu tenang dengan tumpuan yang hanya tertumpu pada jalan.

"Nadia?"

"Ya, Tuan Erix?"

Erix diam sejenak.

"Boleh tak lepas ni awak panggil saya Erix je?"

Nadia menoleh sekilas.

"Kenapa?"

"Saya rasa tak selesa dengan panggilan 'tuan' tu. Saya faham, ia adalah panggilan hormat, tapi, saya dah anggap awak macam kakak saya sendiri, Nadia."

Kereta berhenti kerana lampu isyarat merah. Nadia menoleh pada Erix.

"Apa maksud Tuan Erix?"

Erix mengeluh.

"Awak dah banyak membantu saya, Nadia. Awak dah macam keluarga saya sejak sebelum kematian ibu dan ayah saya lagi. Kematian mereka berdua tak membuatkan hubungan kita berdua berubah, Nadia. Awak tetap keluarga saya sampai bila-bila." Erix bersuara dengan lembut.

Nadia terharu mendengarnya. Sememangnya dirinya sudah dianggap seperti keluarga sendiri di dalam keluarga Erix. Malah, dirinya dilayan seperti anak sendiri oleh pasangan Noah.

"Terima kasih, Erix." Nadia mengelap matanya yang sudah digenangi air mata.

Pon!

Hon kereta dari kereta belakang membuatkan mereka berdua terkejut.

Nadia menggelabah menukar gear dan menekan minyak.

Mereka berdua tertawa bersama. Asyik sangat melayan perasaan hingga tidak perasan lampu isyarat sudah bertukar hijau.

Sepanjang perjalanan mereka asyik saja bersembang hinggalah tumpuan Erix beralih.

Jalan yang dilalui mereka tika ini sangat dikenalinya.

"Nadia, turunkan saya dekat sini."

"Eh? Kenapa pulak? Sekolah dekat depan sana je."

"Berhentilah dulu."

Nadia akur lalu berhenti di tepi jalan.

"Kenapa?"

"Saya nak jalan kaki ke sekolah."

"Tapi..."

"Untuk hari ni je. Boleh kan?" Erix membuat muka, meminta kebenaran Nadia.

"Baiklah. Untuk hari ni je. Nanti petang balik sekolah akak jemput."

"Okey!" Erix menyandang beg sekolahnya.

"Hati-hati jalan." Nadia sempat berpesan sebelum Erix keluar dari kereta.

"Iya." Erix keluar dari kereta. Dia melambai tangan pada Nadia.

Nadia berasa teragak-agak untuk meninggalkan Erix berjalan kaki sendirian. Namun terpaksa ikutkan saja kehendak remaja lelaki itu.

Kereta dipandu perlahan meninggakan kawasan itu.

Erix berjalan kaki seperti yang dirancang.

"Apa yang kau nak buat ni, Drake?" Erix bertanya pada Drake yang sudah mengambil alih tubuhnya.

"Duduk diam dan tengok saja."

Erix ikutkan saja kehendak Drake. 

Beberapa minit berjalan, tiga orang remaja lelaki tiba-tiba muncul. Mereka keluar dari balik semak yang berhampiran.

Mereka  berdiri di situ seoah-olah menunggu ketibaan Erix yang berjalan tenang menuju ke arah mereka.

"Apa lagilah yang diorang nak ni?" Erix yang hanya memerhati sudah mengeluh sendiri.

"Berhenti." Telapak tangan Zaen mendarat tepat pada tengah dada Erix.

"Kau nak apa pagi-pagi buta ni? Aku dah lambat nak ke sekolah." Drake yang mengawal tubuh Erix bertanya dengan nada dingin.

"Oh! Dah pandai tinggi suara dekat aku sekarang ni ya. Hantu apa yang merasuk kau sepanjang kau tinggal dekat hospital?" Zaen terasa marah tiba-tiba apabila Erix yang selama ini pendiam, kini sudah berani meninggikan suara di depannya.

Erix berdim diri. Berdiri kaku dengan pandangan mata penuh geram.

Berasa marah dengan cara Erix memandang diri, Zaen menapak satu langkah dan terus menghayunkan buku limanya. Tumbukannya disaarkan tepat pada perut Erix.

Erix terbongkok apabila ditumbuk.

Zaen tersenyum puas. Saat dia mahu mengalihkan tangannya, Erix tiba-tiba kembali berdiri dengan tegak.

Zaen terkedu. Tumbukannya langsung tidak mengena pada sasarannya. Malah, buku limanya digenggam kemas oleh Erix.

"Maaf, tapi aku bukannya Erix yang kau kenal selama ni."

Erix mengepal buku lima lalu menumbuk tepat di tengah-tengah dada Zaen.

Zaen jatuh terduduk dalam keadaan terbatuk-batuk. Dadanya terasa sempit, nafasnya seolah-olah tidak sampai ke peparunya.

"Kau tak apa-apa ke?" Dua orang kawannya bertanya kerisauan.

"Kurang ajar. Selesaikan budak tu." Zaen mengarah dalam keadaan marah.

Dua orang budak suruhan Zaen menerpa ke arah Erix dengan serentak.

Erix mengelek dengan tenang semua tumbukan dan sepakan yang ditujukan pada dirinya.

"Orang yang otaknya kecik saja yang akan menyerang sebarangan macam korang ni."

Sepakan yang dihayun tepat pada perut, ditangkap.

Bawah dagu si penyerang dihentak dengan telapak tangan.

Remaja itu terundur ke belakang. Mulutnya mengalirkan darah. Mungkin tergigit lidahnya tersendiri akibat hentakan di bawah dagu.

Seorang lagi menyerang dengan sebatang kayu yang entah dari mana dapatnya.

Erix menahan kayu itu dari terkena kepalanya.

Kayu itu digenggam dengan kuat hingga retak.

"Jangan ganggu aku."

Katu itu pecah.

Tiga remaja itu teqrkejut dan terkedu.

Erix menyepak perut si penyerang hingga tergolek-golek dibuatnya.

Zaen terkaku di tempat duduknya. Semua yang berlaku terlalu pantas hingga susah untuk dia percaya yang remaja lelaki yang kini berdiri di hadapannya adalah Erix.

Erix mencangkung di hadapan Zaen.

Pipi Zaen ditepuk-tepuk.

"Ingat amaran dari aku ni. Jangan ganggu aku dan jangan munculkan diri kau depan aku lagi. Aku bukanlah Erix yang mudah dibuli seperti dulu, ya." Erix tersenyum sinis.

Senyuman Erix itu membuatkan Zaen rasa terhina. Rasa marahnya semakin membuak-buak kerana merasakan diri seperti diperbodohkan oleh Erix selama ini.

Erix berdiri lalu berjalan perlahan meninggalkan mereka bertiga.

Beberapa langkah berjalan, telinganya menangkap bunyi derapan kaki.

Ketika dia menoleh, kelihatan Zaen menerpa ke arahnya sambil menghunuskan sebilah pisau lipat.

Pergelangan Zaen terus ditangkap, dipulas kebelakang dan tubuh Zaen ditolak ke dinding.

"Nampaknya kau tak dengar amaran aku tadi."

Erix menghasilkan elektrik pada telapak tangannya.

"Jangan!" Erix menghalang.

"Kau nak bunuh dia ke apa?"

"Jangan risau, sekadar nak beri pengajaran je." Senyuman sinis terlakar.

Tubuh Zaen terus direnjat dengan elektrik bervoltan sederhana.

Erix melepaskan Zaen.

Zaen terkulai tidak sedar diri.

"Huh! Puas hati aku."

"Dia... Tak apa-apa ke...?"

"Jangan risaulah."

Erix berlalu pergi dari situ. Langkahnya dibuka luas kerana mahu mengejar masa.

Tiba saja di sekolah, dia bertembung dengan Lara yang baru saja keluar dari kereta.

"Aku serahkan pada kau." Drake bersuara lalu menukar tempat dengan Erix.

Erix kembali mengawal tubuhnya.

"Selamat pagi, Erix." Lara menyapa dengan senyuman lebar terukir di wajah.

"Selamat pagi, Lara."

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke dewan utama.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top