Bab 5-[New Erix]
Dua hari kemudian
Hari ini seperti biasa, Lara akan melawat Erix dan membawa bekal makanan buat sahabtnya itu.
Hati remaja perempuan itu berbunga riang. Entah mengapa, tiap kali bertemu dengan Erix, dia pasti akan berasa gembira. Senyuman tidak lekang di bibir. Wajahnya pula memancarkan seri kegembiraan.
"Erix." Pintu dibuka luas. Lara terus terkaku di hadapan pintu wad Erix.
"Kau nak ke mana, Erix?" Lara bertanya. Dia disapa kehairanan apabila melihat Erix mengemas katil serta bilik yang menempatkan remaja lelaki itu.
"Aku dah boleh balik." Erix menjawab tanpa memandang pada Lara.
"Balik?"
Lara terkejut. Manakan tidak, beberapa hari lepas sahabatnya itu baru kehilangan nyawa. Meskipun seketika, ia tetap merisaukan hati kecilnya. Tetapi tidak sangka pula hari ini Erix sudah boleh balik.
Erix menjeling Lara.
Di tangan gadis itu terdapat sebuah beg kecil.
"Kau bawakan makanan untuk aku ke?"
Lara mengangguk. Senyuman mekar terlakar pada bibir.
"Kita makan sama-sama, ya."
Erix mengangguk saja.
Lara meletakkan beg itu di atas meja pesakit. Beberapa bekas dikeluarkan dari dalam beg itu lalu disusun elok di atas meja. Bekas itu kemudian dibuka penutupnya.
Lara menghulurkan sebiji pinggan plastik kepada Erix.
Erix menyambutnya lalu terus mencedok nasi dari salah satu bekas yang dibawa.
Lara tersentap sekejap. Niatnya mahu mencedokkan nasi buat lelaki itu, tetapi Erix lebih pantas membuat kerja tanpa memerlukan bantuannya.
"Ambil ni." Lara terkejut. Dia tidak menyangka nasi dan lauk-pauk yang dicedok oleh Erix tadi sebenarnya untuk dirinya.
"Tak nak ke?"
"Nak." Lara pantas menyambut pinggan itu. Hatinya berbunga riang.
Erix mengambil satu lagi pinggan lalu dipenuhkan pinggan itu dengan nasi dan lauk.
Mereka berdua makan dengan senyap. Beberapa minit kemudian, Erix bersuara.
"Kenapa kau datang sini? Kenapa tak ke sekolah?" Tanpa berpaling, Erix bertanya pada Lara.
Suapan Lara terhenti.
"Kau ponteng semata-mata sebab nak jenguk aku ke? Kau tak sepatutnya buat macam ni. Pelajaran tu lebih penting berbanding aku ni," nasihat Erix dengan lembut dan tegas.
"Aku tak sihat sebenarnya. Sebab tu aku tak ke sekolah."
Erix berpaling. Wajah Lara ditenung lama.
Dengan kedudukan mereka yang agak rapat, barulah Erix perasan akan perubahan yang ada pada Lara.
"Kau demam ke?" Melihatkan wajah Lara yang memerah, Erix dapat meneka dengan tepat.
Lara mengangguk perlahan. Teragak-agak dia mahu berkata jujur.
Erix meletakkan belakang tangannya di atas dahi Lara. Lara tersentak dengan tindakan Erix, namun dibiarkan saja.
"Kenapa kau datang jugak? Kau sepatutnya berehat dekat rumah." Riak wajah Erix sudah berubah risau.
"Aku datang sebab risaukan kau." Lara menjawab perlahan.
"Sudah. Aku nak kau balik sekarang. Makan ubat dan berehat sepuasnya."
"Tapi..."
Erix mengambil pinggan Lara. Makanan yang ada di atas pinggan itu langsung tidak terluak. Mungkin disebabkan demam, Lara langsung tidak berselera untuk makan.
"Balik, Lara."
"Kau ikut aku, ya. Aku hantarkan kau balik ke rumah."
Erix menggeleng. Dia menolak pelawaan Lara.
"Aku ada urusan sikit. Kau baliklah dulu."
Lara menunduk. Dia tidak tahu mahu membalas apa lagi. Jika dia sihat, ada kemungkinan Erix akan dipaksanya, namun disebabkan sakit, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
"Mari, aku hantarkan kau sampai ke bawah."
Lara mengangguk akur.
Erix mengemas semula bekas makanan yang dibawa Lara. Makanan Lara tadi diletakkan di dalam satu plastik dan diikat kemas. Setelah membersihkan apa yang patut, bekas-bekas itu dimasukkan semula ke dalam beg.
"Jom."
Erix dan Lara berjalan beriringan. Beg bekas dibawa oleh Erix.
Semasa berada di dalam lif, Lara curi-curi jeling pada Erix. Entah mengapa, dia merasakan ada satu kelainan pada Erix. Sesuatu yang tidak ada pada Erix yang dikenalinya selama ini.
TING!
Bunyi lif menyentakkan lamunan Lara.
Mereka menapak keluar dari lif.
"Kau datang ke sini naik apa?"
"Pemandu ayah aku. Dia ada menunggu dekat depan sana."
Erix mengangguk faham.
Mereka berjalan keluar dari ruangan lobi itu. Lara berjalan mendahului Erix kerana mahu menunjuk kereta yang membawanya ke situ.
Tiba saja di kereta yang dimaksudkan, seorang lelaki separuh abad membukakan pintu untuk Lara.
"Jumpa kau esok." Lara berkata.
"Aku cuti selama seminggu. Doktor berikan aku cuti rehat."
"Oh." Terselit kekecewaan pada nada suara Lara.
"Jaga kesihatan kau." Erix berpesan.
Lara hanya mampu mengangguk. Dia melangkah masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup rapat oleh lelaki tua tadi.
Lelaki tua itu mengambil tempat memandunya. Gear ditukar dan minyak ditekan. Kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan hospital.
Lara melambai-lambaikan tangannya. Erix membalas lambaian Lara.
"Haih." Lara mengeluh berat.
Pemandunya menjeling dari cermin pandang belakang. Senyuman kecil terlakar di bibir.
'Budak-budak.' Dia berdesis di dalam hati.
Setelah pemergian Lara, Erix berjalan menghampiri sebuah telefon awam yang berada di bahagian tempat rehat pelawat.
Dompet dikeluarkan. Duit syiling serta beberapa keping duit syiling dikeluarkan dari dalam dompet itu.
Gagang telefon diangkat. Duit syiling dimasukkan ke dalam lubang syiling. Kertas putih yang berlipat kemas itu dibuka. Sebaris nombor tertulis di atas kertas itu dengan nama pemilik nombor itu sekali.
Erix menekan nombor pada telefon awam itu berdasarkan nombor yang tertulis di atas kertas.
TUT! TUT!
Kertas dilipat dan dimasukkan ke dalam poket.
Beberapa ketika kemudian, panggilannya diterima.
"Hai, saya Nadia dari syarikat perguaman. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
"Hai. Nadia, saya ni, Erix Noah ."
"Tuan Erix! Ada apa-apa yang boleh saya bantu."
"Awak lapang tak sekarang."
"Lapang, tuan."
"Bagus. Tolong ambil saya di Hospital Tiara."
"Baiklah. Saya akan sampai dalam setengah jam lagi."
"Okey. Terima kasih."
Talian terputus sendiri tanda syiling sudah digunakan habis untuk mendail.
Erix duduk pada bangku kosong. Mata meliar memandang suasana hospital.
Sejujurnya, Drake tidak pernah pergi mahupun masuk ke dalam hospital dan dia tidak menyangka yang hospital di dunia manusia mempunyai banyak kemudahan serta peralatan yang canggih.
Setengah jam berlalu, dirinya disapa leh seseorang.
Erix mendongakkan kepalanya.
"Awak Nadia ke?"
"Ya, Tuan Erix."
Erix segera berdiri dan berpaling pada wanita awal 20-an itu.
"Jom, ikut saya. Ada sesuatu yang saya nak tunjukkan pada awak."
"Baik, tuan."
Nadia mendahului Erix.
Apabila mereka masuk saja ke dalam kereta, Nadia terus menanyakan sesuatu pada Erix.
"Apa yang Tuan Muda Erix buat dekat hospital ni?"
"Hmmm... Mak cik saya tak beritahu awak apa-apa ke?"
Nadia menggeleng.
"Saya akan ceritaka segalannya sepanjang perjalanan ke rumah saya."
"Baiklah." Kereta dipandu keluar dari kawasan hospital dan Erix mula menceritakan segalanya dari awal hingga akhir.
"Tak sangka mak cik tuan sanggup lakukan semua ni." Nadia menggeleng penuh kesal. Patut sajalah wanita itu sering berdalih apabila dirinya mahu bercakap dengan Erix. Rupanya ada sesuatu yang disembunyikan oleh wanita itu daripada pengetahuannya.
"Awak ada bawa dokumen yang berkenaan?"
"Tak ada tuan. Saya ingatan tuan hanya mahu saya datang ambil dan hantar tuan pulang."
"Tak apa. Kita singgah pejabat awak dulu dan kemudian kita ke hotel keluarga saya sekejap."
Nadia mengangguk akur.
'Aku akan dapatkan balik semua yang sepatutnya menjadi milik kau, Erix. Ini adalah janji aku.' Drake berbisik di dalam hatinya.
*****
Dua biji kereta berhenti di hadapan sebuah rumah mewah. Pagar rumah itu tertutup rapat dan dikawal oleh dua orang pengawal.
Salah seorang dari pengawal yang menjaga rumah itu menghampiri kereta pertama.
Pemandu kereta tersebut menurunkan cerminnya.
"Ada apa-apa yang saya boleh bantu, cik." Pengawal itu bertanya penuh hemah.
"Puan Felix ada?"
Pengawal pertama memandang pengawal yang kedua. Mereka seolah-olah berbicara dengan isyarat mata.
"Maaf, cik. Puan Felix tak ada di rumah."
"Buka pagar tu sekarang." Suara seorang lelaki mengarah.
Si pemandu segera menyandarkan tubuhnya.
Pemilik suara tadi menoleh. Dia memandang tepat pada wajah si pengawal dengan riak tegas.
"Tuan Muda." Pengawal itu kelihatan terkejut dengan kemunculan pewaris rumah agam itu.
"Bukakannya sekarang." Dia mengulang.
Si pengawal mengangguk akur. Dia segera membuka pagar untuk dua biji kereta itu.
"Oi! Apa yang kau buat ni? Bukan ke Puan Felix dah beri amaran sebelum ni. Jangan benarkan orang luar masuk."
"Memang la. Tapi masalahnya, yang datang ni Tuan Muda Erix. Pewaris sebenar rumah mewah ni."
Rakan sekerjanya itu kelihatan terkejut mendengar kata-katanya.
Erix melangkah keluar dari kereta.
Nadia dan dua orang lelaki turut keluar dari kereta masing-masing lalu menghampiri Erix.
"Apa yang kita nak buat sekarang ni, Tuan Erix?" Kevin, pengurus hotel keluarga Erix bertanya.
"Nadia, ketuk pintu tu."
Nadia mengangguk akur.
Pintu rumah diketuk beberapa kali hinggalah dibuka oleh seorang pembantu perempuan.
"Ya, cari siapa?" Wanita itu bertanya. Riak wajah berkerut. Mungkin terkejut melihat tetamu yang diberi masuk.
"Saya Nadia, peguam keluarga Tuan Noah. Puan Felix ada di dalam?" Nadia bertanya lembut.
"Sekejap, ya. Saya panggilkan Puan Felix ke sini."
Pintu ditutup semula.
Nadia menoleh dan mengangguk pada Erix. Erix tersenyum nipis.
Beberapa ketika kemudian, pintu rumah kembali dibuka. Ibu saudara Erix, Puan Felix berdiri di muka pintu dengan senyuman di bibir.
"Nadia, ada apa datang ke sini?"
Nadia tidak menjawab. Dia beranjak ke tepi, memberi ruang buat Erix untuk masuk.
Puan Felix terkejut melihat kehadiran Erix yang tidak diduganya.
"Erix. Kenapa balik tak bagi tahu mak cik? Mak cik boleh suruh Jonah ambil kamu dekat asrama. Kamu balik dengan siapa ni?" Puan Felix bertanya seolah-olah mengambil berat terhadap Erix. Riak wajahnya cuba dikawal.
Erix tidak membalas pertanyaan ibu saudaranya. Malah, dia terus menerjah masuk ke dalam rumah tanpa pelawaan Puan Felix.
Nadia, Kevin dan Ricky turut masuk ke dalam rumah. Membuntuti Erix yang sudah duduk di atas sofa.
Puan Felix turut duduk pada sofa. Dia mengarahkan pembantu rumah untuk menyediakan minuman buat tetamunya.
"Erix, pergi naik atas rehat ya." Puan Felix mengarah dengan tujuan tidak mahu Erix menyampuk urusannya.
Erix langsung tidak berganjak. Dia berpeluk tubuh sambil merenung tepat pada ibu saudaranya itu.
"Erix nak selesaikan semuanya hari ni juga. Pak cik mana?"
"Selesaikan apa ni, Erix. Kamu penat sangat ni, sebab tu cakap yang bukan-bukan je ." Tanpa sedar, suara Puan Felix kedengaran sedikit bergetar. Peluh mula membasahi tubuh. Dia mula merasakan akan berlaku sesuatu terhadap dirinya suami isteri.
"Eh! Ada apa ramai-ramai ni?" Edwin, suami Puan Felix memasuki ruang tamu.
"Baguslah semua dah ada dekat sini. Mari kita mulakan perbincangan." Nadia bersuara.
"Perbincangan apa ni?" Edwin menghampiri isterinya lalu duduk di sisi.
Nadia membuka sebuah fail.
"Pagi tadi saya menjemput Tuan Erix di hospital dan dia telah menceritakan semuanya pada saya. Boleh saya tahu, kenapa puan dan tuan tidak memberitahu saya tentang Tuan Erix?" Nadia bersuara tegas.
"Kami tak mahu awak berasa risau je. Lagipun, Erix cuma deman panas dan terpaksa ditahan di wad, kan Erix." Edwin bersuara dengan berani.
Erix tidak membalas.
Nadia menoleh pada Erix. Dia mahukan jawapan daripada remaja itu meskipun semuanya telah diceritakan.
"Teruskan, Nadia."
Nadia mengangguk akur.
"Saya ada mendapatkan laporan kesihatan dari hospital. Tuan Erix disyaki terlebih dos ubat dan keadaannya kritikal. Jantungnya berhenti berfungsi selama beberapa minit sebelum berfungsi semula. Persoalannya, dari mana datangnya demam panas yang tuan katakan tadi?"
Edwin terdiam. Dia langsung tidak menyangka yang wanita muda dihadapannya itu menyiasat sehingga sedalam itu.
"Saya juga diberitahu bahawa selepas setahun kematian Tuan dan Puan Noah, awak berdua telah menempatkan Tuan Erix ke sebuah rumah flat yang mana merupakan rumah awak berdua, manakala awak berdua pula tinggal di dalam rumah yang sepatutnya menjadi milik Tuan Erix. Ada apa-apa yang nak diperkatakan tentang tu?"
"Sebenarnya kami hanya menjaga rumah ni je. Tentang Erix tinggal di sana, ia memang tak betul. Rumah tu kami dah sewakannya pada orang lain." Puan Felix pula bersuara.
Nadia mengeluarkan sesuatu dari sebuah sampul. Beberapa keping gambar diletakkan di atas meja.
"Ini adalah gambar rumah tu. Saya ada juga mengambil rakaman suara dari beberapa orang jiran yang membuktikan bahawa Tuan Erix langsung tidak dimasukkan ke asrama dan telah menghuni rumah itu selama tiga tahun."
Nadia memainkan rekod suara yang dirakamnya menggunakan telefon bimbitnya sendiri.
Pasangan suami isteri itu sudah memucat wajahnya.
"Ada apa-apa lagi yang puan dan tuan mahu katakan?" Nadia bertanya setelah mematikan rekod suara itu.
Pasangan itu diam membisu. Mereka hilang kata-kata dan idea untuk menipu mereka.
"Kevin, giliran awak pula." Erix mengarah.
Kevin mengangguk akur lalu mengeluarkan dokumen tentang pembangunan hotel.
"Ini merupakan dokumen aliran tunai Hotel Kiera. Selepas kematian Tuan dan Puah Noah, saya lah yang banyak menguruskan perkembangan hotel ni dan memandangkan Tuan Erix masih muda, semua kerja diamahkan kepada saya." Kevin memulakan bicara.
Dokumen aliran tunai dibuka.
"Pada tahun lepas, kami telah berjaya mengumpul hampir 5.06 juta, hasil dari semua cawangan Hotel Kiera. Namun, pada awal tahun ni, wang yang dikumpulkan itu berkurangan dan yang tinggal hanyalah suku dari jumlah yang kami peroleh."
"Jadi, apa kena-mengenanya hal ni dengan kami?" Edwin bersuara setelah sekian lama berdiam. Meskipun dia berasa takut, namun dia berusaha menyembunyikan ketakutannya. Dia tidak mahu mereka tahu apa yang telah dilakukannya.
"Kami telah menyemak data dan ternyata wang yang terkumpul itu dah dipindah masuk ke dalam akaun seseorang. Setelah disemak, nama pemilik akaun itu adalah Robert Helmi. Pihak kami telah bertemu dengan Tuan Robert dan dia telah menceritakan segalanya pada saya."
Erix mengangkat tangan, mengarahkan Kevin agar berhenti.
Kevin berhenti membentangkan permasalahan Hotel Kiera.
"Robert adalah pemilik sebuah casino dan merupakan kawan sekolah ayah. Dia beritahu saya yang pak cik berhutang dengannya setelah kalah dalam beberapa pertaruhan yang bernilai tinggi. Dan nilai yang dikatakan adalah sama dengan jumlah duit yang hilang dari simpanan Hotel Kiera."
"Jadi, kau memang nak salahkan aku la ni, ya?" Edwin menengking Erix. Dia langsung tidak mempedulikan tiga orang tetamunya itu.
"Sayang." Puan Felix cuba menenangkan suaminya. Dia tidak mahu perkara yang tidak diigini berlaku terhadap mereka berdua.
Erix menghela nafas.
"Biar saya berterus terang jelah. Kedatangan saya pada hari ni sebab nak tuntut semula hak saya yang telah mak cik dan pak cik ambil."
"Hak apa yang kau cakapkan ni? Semua harta ni ayah kau serahkan kepada kami. Kau cakap jangan nak sebarangan cakap je. Kau tu budak lagi, bukannya tahu apa pun."
"Nadia."
"Semua harta ni adalah milik Tuan Erix. Tuan Noah sekadar mengamanahkan hartanya kepada tuan dan puan untuk menjaganya dan serahkannya semula pada Tuan Erix apabila umurnya mencukupi 17 tahun. Ini adalah buktinya." Nadia mengeluarkan surat wasiat yang ditulis oleh ayah Erix sendiri sebelum kematiannya.
Mereka suami isteri membaca kandungan wasiat itu.
Selesai membacanya, Edwin terus mengoyakkan surat itu.
"Wasiatnya dah koyak. Maksudnya, ia dah tak ada nilai dan tak bermakna."
"Itu hanyalah salinan."
Mereka berdua terkedu.
"Tindakan tuan dan puan ini boleh dibawa ke mahkamah dan dikenakan tindakan. Masalah yang dilakukan adalah, mencabuli amanah yang diberikan serta menggunakan duit Hotel Kiera."
Edwin berdiri.
"Keluar! Keluar dari rumah kami sebelum aku mengamuk." Wajah Edwin sudah memerah.
Erix berdiri.
"Pak cik tak ada hak nak menghalau kami. Ini adalah rumah saya, dan saya berhak untuk menghalau mahupun menerima sesiapa saja ke dalam rumah ni."
"Kau jangan nak merepeklah, budak. Ni harta aku! Milik aku!"
Edwin menerpa ke arah Erix.
Ricky muncul lalu menghalang laluan Edwin.
"Kau jangan nak menyampuk!" Edwin menghayun buku lima.
Ricky pantas mengelak. Pergelangan Edwin dicengkam, lalu tangan lelaki itu dikilaskan ke belakang. Dengan sepenuh tenaga, Ricky merebahkan Edwin di atas lantai dan menahan lelaki itu daripada bangkit.
Puan Felix sudah melutut di atas lantai.
"Erix jangan buat kami macam ni. Tolonglah jangan usir kami dari rumah ni." Puan Felix merayu dengan mata yang berkaca.
"Semasa saya di hospital, tiada siapa yang menguruskan saya dan peduli tentang saya. Malah mak cik mengharapkan agar saya mati pada tika tu. Bil hospital pula diselesaikan oleh Nadia memandangkan mak cik langsung tak mahu membiayai kos hospital. Selepas apa yang berlaku, mak cik rasa saya boleh maafkan mak cik ke?" Riak wajah Erix tenang, namun kata-katanya menunjukkan kemarahan yang dipendamnya.
"Keluar dari rumah saya, atau saya akan lakukannya dengan cara paksa." Tegas Erix lagi.
"Nadia, Kevin, Ricky, jom pergi. Kita akan bincangkan hal ni dekat tempat lain."
Mereka bertiga akur lalu melangkah keluar dari rumah.
Semua memasuki kereta dan meninggalkan perkarangan rumah. Semasa melintasi pagar, Erix mengarahkan Nadia untuk berhenti seketika.
"Bila saya balik nanti, pastikan mak cik dan pak cik saya dah keluar dari rumah saya, faham." Erix berpesan dengan tegas.
"Faham tuan."
Erix kembali menaikkan cermin. Kereta dipandu keluar.
Erix menghela nafas lega.
"Tuan Erix?"
"Tak ada apa, Nadia. Saya nak berehat sekejap. Kejutkan saya bila kita dah sampai."
"Baiklah, Tuan Erix."
Erix memejamkan matanya.
'Aku dah berjaya dapatkan balik hak kau, Erix. Kita akan ke langkah seterusnya pula.'
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top