Bab 4-[Pertemuan Drake dan Erix]

"Argh!" Erix bangun secara mengejut. Seluruh tubuhnya dibasahi keringat.

"Aku dekat mana ni?" Dia memandang sekelilingnya yang hanya berlatarkan kegelapan.

"Aku dah mati ke?" Erix mencubit pipinya sendiri dengan sekuat hati.

Tiba-tiba seluruh kawasan itu diselubungi oleh kabus yang entah dari mana datangnya. Dari balik kabus itu, muncul satu susuk lelaki yang berpakain serba hitam.

"Dapat juga aku bertemu dengan kau." Lelaki itu bersuara dengan senyuman kecil teerlakar pada bibirnya.

"Siapa kau? Aku dekat mana ni?" 

"Aku Drake. Selamat berkenalan, Erix." Tangan kanan diletakkan pada dada lalu Drake menundukkan sedikit tubuhnya.

"Macam mana kau tahu nama aku?" Erix semakin cuak. Riak wajahnya jelas memaparkan ketakutan yang ada di dalam dirinya kala itu.

"Aku dah lama perhatikan kau dan aku berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang kau."

"Ha? Apa kau merepek ni?"

Drake tersenyum kecil.

"Kau mahu mengubah hidup kau?"

Erix diam. Remaja itu seolah-olah memikirkan sesuatu.

"Kalau kau mahu, aku akan tunaikannya."

"Macam mana?"

"Berikan tubuh kau pada aku. Aku akan mengawalnya, sekaligus mengubah kehidupan kau daripada yang teruk itu, kepada yang lebih baik."

"Jangan nak merepek! Mana mungkin ada orang yang mampu buat benda macam tu. Lagipula, kenapa aku kena berikan tubuh aku kepada kau. Ia adalah hak milik aku!"

Drake tersenyum sinis.

"Cuba kau ingat kembali, bagaimana kehidupan kau selama ini."

Paparan memori Erix muncul pada ruangan gelap itu.

Satu persatu ia memaparkan segala perkara pahit yang dihadapinya. Kekejaman manusia terhadapnya tidak pernah berhenti sejak kecil lagi. Dibenci, dibuli dan dikhianati oleh sahabat sendiri, adalah satu penderaan fizikal dan mental yang sering terjadi terhadap dirinya.

"Renungkan semula, Erix. Kalau aku mengambil alih tubuh kau, aku akan buat semua orang yang membuli kau tunduk pada kau. Tiada siapa yang akan membenci kau lagi. Semua akan hormat dan takut akan kau."

Erix menunduk memandang lantai. Buku lima dikepal tanda menahan marah yang selama ini dipendamnya.

"Kau tak mampu membuat keputusan? Tak mengapa, aku akan berikan masa untuk kau. Aku harap kau akan membuat keputusan yang tepat. Jika kau sudah berfikir sehabis baik, seru saja nama aku dan aku akan datang."

"Kau akan ambil alih tubuh aku untuk selamanya ke?" Erix bertanya buat kali terakhir.

"Jika itu yang kau mahukan, aku akan tetap berada di dalam tubuh kau sehinggalah kau mati."

Erix diam kembali.

"Tak mengapa, aku berikan masa untuk kau berfikir. Aku pergi dulu."

Drake terus menghilang dalam sekelip mata. Kabus yang mengelilingi kawasan gelap itu turut menghilang bersama-sama dengan Drake.

Erix berdiri bersendirian di ruang gelap itu. Berdiri kaku sambil kepala memikirkan tawaran yang diperkatakan oleh Drake sebentar tadi.

Lama dia bertingkah sebegitu sehinggalah satu suara yang amat dikenalinya bergema di ruang gelap itu.

"Lara?" Erix tercari-cari arah suara itu.

Tiba-tiba wajah Lara terpapar bagaikan ada satu skrin di ruang itu.

Riak wajah kerisauan Lara membuatkan hatinya berasa serba salah. Serba salah kerana bertindak bodoh dan sanggup mengambil nyawanya sendiri.

"Erix, bangunlah. Jangan buat aku risau macam ni." Lara menangis tersedu-sedan di sisi Erix.

Erix terasa sakit tatkala melihat air mata sahabatnya itu. Ingin saja dia menyapu pergi air mata itu, namun dia tidak mampu untuk melakukannya. Kesedihan  Lara jelas memaparkan keihklasan dan keprihatinan gadis itu terhadap dirinya.

"Lara." Victor muncul. Bahu gadis otu diusap lembut.

Erix mengetap gigi. Rasa marah dan bencinya terhadap Victor membara-bara sejak mengetahui pengkhianatan remaja lelaki itu.

Paparan wajah Lara dan Victor menghilang dalam sekelip mata.

"Tunggu!"

Erix menunduk memandang lantai. Keputusan dibuat dan dia bertekad tak akan mengubah keputusannya itu.

"Drake!"

Dalan sekelip mata Drake muncul di ruangan itu.

"Kau sudah berfikir sehabis mungkin ke?"

Erix mengangguk penuh yakin.

"Aku akan serahkan tubuh aku di bawah kawalan kau dan aku tak akan berpaling dari keputusan aku, Drake."

Drake tersenyum kecil.

"Kau yakin?"

"Jangan dipersoalkan lagi keputusan aku kalau kau tak mahu aku mengubah fikiran," kata Erix tegas.

"Baiklah, kalau itu yang kau pinta."

"Tapi sebelum tu, boleh aku tahu, apa yang membuatkan kau tertarik dan memilih aku walhal ada ramai lagi manusia yang lain."

"Aku memilih secara rawak. Lagipula, memang niat aku mahu mengenali lebih lagi tentang kehidupan manusia seperti kau. Aku mahukan cabaran kerana kehidupan aku terlalu senang dan langsung  tidak mencabar."

"Maksudnya?"

"Kau akan tahu juga suatu hari nanti, Erix. Bukan aku tak mahu beritahu kau, tetapi kewujudan makhluk seperti aku sepatutnya menjadi rahsia."

Erix mengangguk tanda faham.

"Tak apa. Selagi kau mengawal tubuh aku, selagi itu kau boleh bercerita pada aku."

Drake tersenyum saja.

"Kau dah bersedia, Erix?"

"Ya."

"Aku akan rehatkan kau. Tiba masanya, kau akan bangun semula."

"Berapa lama tu?"

"Jangan risau, kau akan aku tidurkan saja. Berehatlah sepuasnya."

"Baiklah, aku faham."

Kabus tebal mengelilingi tubuh Erix. Kesejukan dan kehangatan kabus itu membuatkan Erix mengantuk dalam sekelip mata.

Matanya tidak larat untuk dibuka. Kelipak mata semakin memberat. Pandangan semakin kabut.

"Serahkan saja segalanya pada aku, Erix. Aku akan dapatkan semula hak kau."

Pandangan Erix terus bertukar gelap.

Dalam pada itu, Lara yang masih setia berada di sisi Erix terkejut apabila menitor nadi menunjukkan garisan mendatar. Bunyi 'tit' kuat menunjukkan sahabtnya itu todak lagi bernyawa.

"Erix? Kenapa dengan kau, Erix?" Lara menjadi kabut.

Butang merah yang berada di atas kepala katil ditekannya berkali-kali.

"Lara, kenapa ni?" Victor yang menunggu dari luar terus menerjah masuk ke dalam wad itu apabila tiba-tiba lampu merah yang berada di luar wad bernyala menandakan kecemasan.

"Aku tak tahu." Lara menangis lagi.

Seorang doktor perempuan dan tiga orang jururawat memasuki wad kecemasan itu.

Doktor menjalankan beberapa prosedur terhadap Erix.

"Sediakan defibrillator sementara saya lakukan CPR." Doktor perempuan itu mengarah kepada jururawat yang bertugas.

Seorang jururawat bergegas keluar.

"Adik, sila keluar dulu ya."

"Tapi..."

"Lara." Victor memujuk lalu membawa Lara keluar dari wad itu.

Lara sempat berpaling, memandang wajah Erix yang pucat lesi sebelum pandangannya dihadang oleh pintu.

Lara duduk di bangku berhampiran. Semangatnya bagaikan terbang meninggalkan jasad. Kakinya lemah tak mampu menampung diri.

"Doktor kata Erix tak lepas tahap kritikal. Tapi kenapa jadi macam ni?" Lara menekup wajahnya dengan telapak tangan.

Victor duduk di sebelah Lara.

"Janganlah macam ni, Lara. Kalau dah tiba masanya untuk dia pergi, kita lepaskan saja dia pergi. Tak perlu bersedih macam ni."

Kata-kata Victor bagaikan tidak didengarinya. Kesedihan di dalam diri membuatkan dia malas hendak mendengar kata-kata lelaki itu.

Di dalam hatinya, dia berharap agar Erix tak apa-apa dan akan pulih dengan segera.

*****

Pintu bilik diketuknya beberapa kali.

Selepas menggerakkan para pengawal untuk mengetatkatkan kawalan dan menangkap penyerang hendap itu, Kyrie mengambil keputusan untuk menjenguk keadaan Drake.

Rasa risaunya tak dapat dibendung meskipun dia tahu Drake bukannya lemah mana pun.

"Drake, kau ada dekat dalam ke?" Sudah beberapa kali dia memanggil si abang, namun langsung tiada sahutan. Hatinya bertambah risau.

"Aku masuk, ya." Tombol dipulas dan ternyata pintu bilik itu langsung tidak berkunci. Pintu ditolak, kepala dijengah masuk.

"Drake?" Kelibat abangnya langsung tidak kelihatan di dalam bilik itu.

Kyrie menapak masuk. Pintu ditutup rapat.

"Abang, kau dekat mana?"

Kyrie meneroka bilik Drake, namun langsung tidak kelihatan Drake di dalam bilik itu.

"Mana pulak dia pergi ni?"

Kyrie melabuhkan dirinya di atas katil Drake. Matanya tiba-tiba ternampak sehelai lertas putih di kaki katil.

Kertas itu diambil. Lipatannya dibuka dan tanpa disangkanya, terdapat nota di atas kertas itu.

"Aku akan pergi buat masa yang lama. Janganlah kau risau tentang aku. Kau jaga diri dan tunggu sampai aku balik. Aku akan balik juga suatu hari nanti. Ke mana aku pergi, tak usahlah kau fikirkan. Yang pasti, aku akan jaga diri aku. -Drake-"

Kyrie menggenggam kertas itu.

"Ke mana kau pergi, Drake? Apa yang perlu aku katakan kepada semua orang tentang ni?"

Kyrie berasa marah dengan tindakan yang diambil oleh Drake. Tiba-tiba saja menghilangkan diri tanpa memberitahu ke manakah dia pergi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top