Bab 2-[Committed Suicide]


Pagi itu seperti kebiasaannya, Victor akan menyinggah rumah Erix untuk mengajak sahabatnya itu ke sekolah bersama-sama.

Pintu rumah flat itu diketuknya buat beberapa kali. Namun, langsung tiada sahutan dari dalam.

"Erix, aku dah sampai ni! Jom la sebelum kita lambat." Victor bersuara sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah rakannya itu.

Seperti tadi, langsung tiada sahutan dari rakannya itu.

Victor mengundur beberapa tapak, lalu menundukkan sedikit tubuhnya. Dia cuba melihat dari bahagian bawah pintu. Dia berdiri, lalu berpeluk tubuh.

"Gelap je rumah. Tak bangun lagi ke?" Victor bergumam sendiri.

Tiba-tiba dirinya disapa oleh jiran sebelah rumah.

"Tunggu Erix ke?" Wanita separuh usia itu bertanya ramah.

"Ya, mak cik."

Wanita itu memandang sekilas pintu rumah Erix sebelum kembali memandang wajah Victor dengan senyuman kecil terlakar di bibirnya.

"Erix dah ke sekolah awal pagi lagi. Mak cik tengok kelam kabut dia bergerak pagi tadi."

Victor terus terdiam mendengar kata-kata iran rakannya itu.

"Tak apalah macam tu. Terima kasih, mak cik."

Wanita itu tersenyum mesra.

Victor terus berjalan pergi. Dia menuruni satu persatu anak tangga sambil memikirkan tentang Erix.

"Pelik betullah." Langkahnya terus dipercepatkan. Tiba saja di tingkat bawah, Victor terus menaiki motornya yang saja tidak dimatikan enjinnya. Motor terus ditunggang laju menuju ke arah sekolah.

Dalam pada itu, Erix yang sudah tiba di sekolah terlebih dahulu, duduk berseorangan di dalam kelas. Pandangannya tertumpu ke luar. Memandang bukit yang jauh nun di sana dari kelasnya yang berada di tingkat tiga.

"Haih."

"Awal-awal pagi lagi dah mengeluh." 

Erix terkejut kerana disapa secara mengejut.

"Lara."

Lara mengambil kerusi dari tempat duduk hadapan, lalu memusingkannya agar menghadap Erix sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

"Awal kau datang. Victor mana?"

Erix menggeleng sebelum kembali memandang keluar.

"Pelik. Selalunya korang berdua akan ke sekolah sekali. Kenapa? Korang gaduh ke?" Lara bertanya ingin tahu.

"Tak ada apa pun yang jadi. Tak payah nak tahu sangatlah."

Lara tersentak dengan gaya Erix bercakap dengannya.

"Betullah ni korang gaduh?" Lara masih mahu meneka.

Erix tidak menjawab. 

"Erix, jawablah." Lara mendesak mahu tahu. Dia mahu tahu juga, apakah penyebab dua sahabat baik itu bergaduh dan tahap manakah pergaduhan mereka berdua.

Erix yang mula rimas dengan persoalan Lara, mengambil keputusan untuk berlalu pergi. Dia berdiri, tetapi Lara pantas menghalang laluan remaja lelaki itu dengan mendepakan tangannya.

"Jawab dulu soalan aku." Lara memaparkan ketegasannya. Tiba-tiba matanya terpandang akan luka di bawah dagu Erix serta calar pada kedua-dua belah tangan rakannya itu.

"Apa jadi dekat kau? Diaorang buli kau lagi ke? Jom aku bawak kau ke bilik rawatan." Lara mencapai tangan Erix.

Erix segera menepis hinggakan Lara terundu beberapa tapak ke belakang.

Lara terkedu dengan tindakan Erix. Tekejut kerana Erix tidak pernah berkelakuan seperti itu.

"Tak payah nak tunjuk baik sangat. Menyampah aku tengok. Lagi satu, tak payah la nak ambik kisah sangat tentang aku ni." Erix terus berjalan melepasi Lara yang terkedu dan terkelu mendengar kata-kata Erix.

Bergenang air mata Lara apabila dilayan sebegitu kasar oleh sahabat baiknya itu.

"Erix." Beberapa minit setelah Erix pergi, Victor muncul dari pintu belakang kelas.

"Lara, kau ada nampak Erix tak?" Victor betanya sambil menapak menghampiri Lara yang berdiri kaku.

"Wei! Kenapa kau menangis ni?" Victor disapa kejutan dan risau.

Lara segera mengesat air matanya.

"Kau bergaduh dengan Erix ke?" Lara bertanya tanpa menjawab soalan tadi.

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Tak ada apa. Cumanya tadi aku nampak dia macam tengah marah je."

"Lepas tu, dia lepaskan marah dia dekat kau ke?"

Lara menggeleng menafikannya.

Victor menggaru kepalanya.

"Aku pun tak tahu apa kena dengan kawan kita seorang tu. Semalam balik tak bagitahu aku, lepas tu pagi ni pergi sekolah sendiri tak tunggu aku pun."

"Mungkin dia tertekan dengan sesuatu kut. Sebab tadi aku ternampak luka dekat bawah dagu dan calar-balar dekat tangan dia. Aku risau kalau dia kena buli lagi."

"Betul ke?" Victor terkejut mendengarnya.

Lara mengangguk mengiakannya.

"Kejap. Aku pergi cari dia." Tak sempat Victor mahu keluar dari kelas, loceng pun berbunyi tanda kelas akan dimulakan.

Para pelajar mula memasuki kelas dan memenuhkan tempat masing-masing. Victor tiada pilihan lain selain kembali duduk ke tempatnya.

Guru mengajar pada awal pagi itu masuk. Kelibat Erix langsung tidak kelihatan. Remaja itu seolah-olah sengaja memonteng kelas pagi itu.

*****

Waktu sekolah pada hari itu pun tamat. Seharian kelibat Erix tidak kelihatan. Kelas pada hari itu semua dipontengnya. 

"Aku nak ke rumah Erix ni. Kau nak ikut sekali tak?" Victor bertanya tika dia sudah menaiki motornya.

Lara memandang motor Victor dengan riak cuak. Tidak pernah-pernah dia menaiki motor sepanjang hidupnya.

"Tak apalah kut. Aku tak berani nak naik motorlah."

Victor mentertawakan Lara.

"Apa yang kau gelakkan, ha!" Lara memarahi dengan wajah yang memerah.

"Jangan risaulah, aku akan bawak elok-elok. Nah, pakai ni." Sebuah helmet dihulurkan.

Teragak-agak Lara menerimanya.

"Macam mana nak pakai ni?"

"La, tak pandai pakai ke? Meh, aku pakaikan." Victor kembali mengambil helmet itu dan menyarungkannya ke kepala Lara dengan lembut. Helmet itu dikunci dan diketatkan mengikut saiz kepala Lara.

"Okey, comel. Dah, naik cepat."

Motor dihidupkan. 

Tergak-agak Lara menaiki motor itu. Pinggang Victor terus dipeluk erat.

Victor terus memecut motornya menuju ke rumah flat Erix.

Setelah beberapa minit berlalu, mereka kini tiba di hadapan flat yang menjadi tempat tinggal Erix.

"Aku tak sangka dia memang betul-betul tinggal dekat sini." Lara berkata dengan perasaan yang bercampur-baur.

Manakan tidaknya, Erix yang dikenalinya semasa kecil amatlah mewah hidupnya. Tinggal di dalam rumah yang besar, dimanjakan dengan kemewahan dan harta. Tetapi segalanya berubah setelah ibu bapa sahabatnya itu meninggal ketika dia berusia 10 tahun.

Rumah flat yang diduduki oleh Erix sekarang sebenarnya adalah rumah ibu saudaranya, iaitu adik kepada ayahnya. Kekayaan dan kemewahannya telah dirampas oleh ibu saudaranya sendiri. Amanah yang diberikan untuk menjaga harta milik Erix, dilanggarnya begitu saja. Erix yang tidak mampu berbuat apa-apa, hanya pasrah dan menerima segalanya hinggakan ibu saudaranya itu sanggup menempatkan dirinya di rumah flat itu semata-mata tak mahu berkongsi harta dan dalam masa yang sama, menutup niatnya dari pengetahuan peguam Erix dengan menyatakan bahawa Erix kini berada di asrama.

Lara dan Victor kini sudah berada di depan rumah Erix.

"Aku rasa dia ada dekat dalam lah. Tengoklah, ada kasut sekolah dengan beg lagi dekat depan pintu ni."

Lara mengangguk setuju.

Pintu rumah diketuk kuat.

"Oh! Anak pagi tadi, rupanya." Jiran sebelah yang menyapa Victor pagi tadi pula yang keluar setelah mendengar ketukan pada pintu ruamh Erix.

Victor tersenyum mesra sebelum bertanya.

"Erix dah balik ke mak cik?" 

"Dah. Jam 11 pagi tadi lagi dia dah balik. Mak cik ada jugak tanya dia, tapi dia buat tak tahu je. Terus masuk rumah." Mak cik itu bercerita.

"Terima kasih, mak cik." Mak cik itu mengangguk sebelum kembali masuk ke rumahnya.

"Jadi betullah dia ponteng sekolah hari ni."

"Apa masalah dia ni?" Victor mula berasa marah dengan tindakan Erix.

"Erix! Aku dengan victor datang ni. Kami tahu kau ada dekat dalam. Bukak pintu ni, Erix." Lara mencuba sambil mengetuk pintu rumah itu bertalu-talu.

"Berhenti, Lara. Kita akan cuba cara lain pulak."

Lara menghentikan tindakannya.

"Cara apa?"

Tanpa memberitahu rancangannya, Victor terus menendang pintu rumah hingga terkopak dan terbuka luas.

"Erix!" Lara menerpa ke arah Erix yang terbaring kaku di tengah-tengah ruang tamunya.

"Erix, bangun!"

Victor menghampiri dan hujung kakinya tiba-tiba tersepak sesuatu.

Botol putih itu diambil dan dibaca sekilas. Matanya terus terbuntang luas.

"Telefon ambulans, Lara. Erix terlebih dos ubat tidur ni!" Victor bersuara cemas.

"Apa maksud kau ni?"

Victor terus menunjukkan botol putih itu.

Lara segera menelefon ambulans menggunakan telefon rumah Erix.

"Bodoh! Apa yang kau fikirkan ha?"

*****

Erix dikejarkan ke wad kecemasan. Keadannya sangat lemah hingga merisikokan nyawanya sendiri.

Victor, Lara dan ahli keluarga ibu saudara Erix menunggu laporan dari doktor yang merawat keadaan remaja lelaki itu.

"Menyusahkan betullah. Nak mati, mati jelah. Lagi nak libatkan orang lain." Lara terdengar bebelan yang diluahkan sendiri oleh ibu saudara Erix.

Lara terus menunduk kecewa.

Beberapa ketika kemudian, doktor pun keluar dari ruang kecemasan itu.

"Macam mana dengan keadaan kawan saya doktor?" Laju saja Lara bertanyakan tentang keadaan Erix.

Riak wajah doktor membuatkan hati Lara tidak tenteram.

"Keadaan dia sangat tak baik. Menyelamatkan dia sangatlah mustahil. Kita hanya mampu berharap yang keajaiban akan berlaku saja." Doktor itu berkata.

Lara sudah lemah lutut mendengarnya. Nasib baik dirinya senpat disambut oleh Victor.

"Jadi, macam mana keadaan dia sekarang ni?" Ibu saudara Erix menyampuk.

"Buat masa ni dia hanya bergantung dengan oksigen yang kita bekalkan saja."

Wanita ibu mengangguk-angguk faham.

"Terima kasih, doktor." Victor mencelah. Lara segera didudukkan.

"Kenapa dia buat benda bodoh ni?" Lara menangis.

Victor tidak mampu berkata apa. Dia cuba memujuk Lara dengan menumpangkan bahunya sebagai tempat gadis itu melepaskan kesedihannya.

Mata menjeling sekilas pada keluarga ibu saudara Erix. Dia mahu melihat sendiri bagaimanakah reaksi keluarga itu. 

Mereka langsung tidak berasa sedih. Malah memaparkan kebosanan mereka menunggu di luar bilik kecemasan itu.

Victor tidak tahu hendak memberikan reaksi apa. Dia hanya mampu berdiam saja kerana hakikatnya, di dalam dirinya, dia sama sahaja seperti keluarga itu. Langsung tidak peduli akan keadaan Erix melainkan hanya menemani Lara di situ.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top