Bab 13-[Erix Excitement]


Erix turun sarapan pagi dan duduk bersama Nadia. Mereka berdua bersarapan dengan senyap, langsung tidak bertegur sapa seperti sebelum ini.

Keadaan mula berasa kekok setelah Nadia mengetahui segalanya.

"Mana lelaki tu?" Nadia tiba-tiba bertanya tanpa memandang pada Erix.

Erix terkejut apabila Nadia bertanyakan keberadaan Drake. Fikirnya wanita muda itu langsung tidak mempedulikan Drake. Ternyata telahannya salah dan kini Nadia bertanya tetang Drake.

"Ada dekat sini." Erix menunjuk pada dirinya, menandakan bahawa Drake ada di dalam tubuhnya.

"Akak nak bercakap dengan dia sekejap."

Sekali lagi Erix terkejut mendengar permintaan itu.

Serta-merta Drake mengambil alih tubuh Erix.

"Apa yang kau nak?" Personaliti Erix berubah dalam sekelip mata dan tahulah Nadia yang dia kini sedang berdepan dengan Drake.

"Aku nak bercakap dengan kau secara privasi."

Drake menggeleng.

"Bukan sekarang. Aku kena ikut Erix ke sekolah dan lindungi dia." Drake menolak permintaan Nadia.

"Kalau macam tu, lepas habis waktu sekolah? Ataupun lepas makan malam?"cadang Nadia yang tetap mahu bercakap dengan Drake secara privasi.

Drake mengangguk setuju. Dia tidak kisah jika Nadia mahu bercakap dengannya pada waktu yang dicadangkan itu.

"Okey, bagus."

Drake mengundur diri dan Erix kembali.

Suasana kembali sunyi.

Sesudah mereka bersarapan, mereka berdua meninggalkan ruang makan dan terus ke garaj kereta.

*****

Erix ditinggalkan di depan pagar sekolah dan remaja lelaki itu terus berjalan sendiri memasuki perkarangan sekolah.

"Erix." Langkahnya terhenti apabila tedengar namanya dipanggil.

"Selamat pagi." Lara menyapa dengan senyuman terukir di bibirnya.

"Selamat pagi." Erix membalasnya dengan senyuman.

Mereka berdua berjalan beriringan sehingga ke kawasan loker masing-masing.

Apabila Erix membuka pintu loker miliknya, beberapa keping surat terjatuh keluar.

"Surat apa pulak ni? Sejak bila orang hantar surat masuk loker?" Erix mencangkung lalu mengutip surat-surat yang terjatuh itu.

Erix kembali berdiri sambil membaca tulisan yang tertera di atas permukaan surat-surat itu.

Tiba-tiba mata Erix membulat besar. Mukanya mula kemerah-merahan sedikit.

"Surat apa tu, Erix?" Lara muncul dan cuba mengintai surat yang berada di tangan Erix.

"Tak ada apa." Erix cepat-cepat meletakkan semula surat-surat itu ke dalam loker dan ditutup pintunya.

"Kenapa muka kau memerah ni? Tadi okey je." Lara mendekat dan cuba untuk menyentuh dahi Erix. Namun, Erix segera mengundur dan mengelak.

"Jom ke kelas. Dah lambat ni." Erix segera berpaling dan berjalan laju meninggalkan Lara.

Lara berasa pelik melihat tingkah laku Erix yang tiba-tiba berubah. Dia ingin bertanya lebih lagi, namun terhenti niatnya apabila loceng waktu pertama mula berbunyi.

Waktu persekolahn berjalan sepeti biasa. Tetapi, tidak bagi Lara yang tidak sudah memerhatikan tingkah Erix yang kelihatan lain macam pada pandangan matanya.

Sahabat baiknya itu kelihatan sangat gembira dan ceria. Bukan itu saja, lelaki itu turut menegur rakan-rakan sebaya mereka meskipun tidak sekelas.

Tanda tanya itu membuatkan Lara tidak fokus dan sering terganggu apabila mengingati sikap Erix.

Waktu persekolahan tamat begitu saja.

Erix segera pergi ke lokernya dan mengambil surat-surat yang disorokkannya dari Lara dan segera berjalan keluar dari bagunan akademik. Disebabkan tidak mahu ditangkap oleh Lara, remaja itu sanggup meninggalkan sahabat perempuannya itu.

Apabila ternampak kelibat kereta Nadia yang sudah menunggu, Erix melajukan langkahnya dan segera memasuki kereta.

Nadia menjeling Erix.

"Kamu dah kenapa?"

"Tak ada apa." Erix menggeleng laju.

Nadia tidak bertanya lebih meskipun dia berasa hairan melihat tingkah Erix.

Setibanya di rumah, Erix terus berlari naik ke biliknya dan mengurung diri.

"Dah kenapa budak ni?"

Nadia tidak terlalu mengambil kisah kerana dia terpaksa pergi ke pejabat semula untuk menyelesaikan kerja-kerja yang masih tersisa.

*****

Selepas makan malam, Erix kembali berkurung di dalam biliknya.

Kali ini, Nadia tidak dapat menahan diri dari rasa ingin tahu. Dia terus menuju ke bilik Erix setelah selesai mengemas meja makan.

Pintu bilik Erix diketuk beberapa kali. Namun langsung tiada sahutan dari dalam.

"Erix..."

"Nadia." Sapaan dari Drake membuatkan tingkah Nadia terhenti.

"Jom ke bilik bacaan. Kau kata ada sesuatu yang nak dibincangkan, bukan?"

"Oh! Ya."

Nadia berjalan mendahului Drake.

Mereka berdua duduk bersendirian di dalam bilik bacaan peribadi milik ayahnya Erix. Mereka berdua duduk bertentangan agar mudah untuk mereka berbincang.

"Jadi, apa yang penting sangat tu?" Drake bertanya dahulu.

"Sebelum tu, aku nak tanya. Erix tu dah kenapa? Lain macam je aku tengok dia. Dari balik sekolah lagi." Nadia terus bertanya tanpa lengah. Dia mahukan jawapan dengan segera hanya untuk mengusir rasa ingin tahu.

Drake menggeleng.

"Pagi tadi dekat sekolah, dia terjumpa beberapa keping surat dari peminat yang ditujukan kepada dia. Sebab tu perangai dia berubah gembira lain macam tu. Masa balik sekolah pulak, muka dia cuak sebab dia lari dari Lara. Dia tak nak Lara tahu tentang surat yang diterimanya tu." Drake memberitahu segala yang perlu diketahui oleh Nadia.

Nadia tertawa kecil sambil menggeleng. Dia berasa terhibur apabila mendengar cerita Drake itu.

"Nampaknya ini kali pertama dia terima surat yang macam tu. Disebabkan tu dia gembira lain macam."

Drake mengangguk setuju.

Nadia berhenti tertawa. Riak wajahnya berubah serius.

"Baiklah, kita akan ke topik utama perbincangan. Jadi, lama mana kau nak bersama dengan Erix? Apa perancangan kau selepas ni?" Nadia bertanya dengan serius.

"Tak lama pun. Kalau dia setuju untuk menemani aku mencari seseorang dan kami berjumpa, aku dan Erix akan berpisah."

"Cari seseorang? Kenapa kau perlukan Erix dan kenapa kau tak gunakan saja kebolehan kau tu?" Nadia memandang tajam pada Erix.

"Satu, sebab aku tak boleh tunjukkan diri aku sangat. Kedua, seseorang tu berada di dunia manuia cumanya pada masa yang berbeza."

"Apa maksud kau tu?" Nadia berkerut dahi.

"Tika aku berada di dunia ni dan zaman ni, seseorang tu berada di masa lampau. Ini disebabkan kesalahan yang dilakukannya, dia tersangkut di masa lampau dan aku perlu lakukan sesuatu untuk bawa dia kembali ke dunia sana."

"Dalam erti kata lain, kau nak bawa Erix bersama kau? Pergi ke masa lampau?"

Drake mengangguk.

"Tak. Aku tak setuju. Aku adalah penjaga Erix yang sah dan aku tak akan izinkan kau bawa Erix ke mana-mana. Lagipula, dia diperlukan selepas dia tamat persekolahan." Nadia bersuara dengan tegas.

"Aku tahu. Cuma satu je aku nak beritahu kau. Erix tak bersedia lagi untuk ambil alih tugas ayahnya dan dia perlukan lagi banyak pengalaman sebelum mengendalikan syarikat tu."

"Dia boleh peroleh pengalaman dari syarikat tu."

"Macam mana pula dengan pengalaman hidup?"

Nadia terdiam.

"Sebelum ni, dia menghadapi banyak kesukaran dalam hidup dia dan tak ada sesiapa di sisinya untuk mempertahankan dia. Disebabkan tu, dia jarang bergaul dengan orang sekeliling dan sering mendiamkan diri walaupun dia dibuli dengan teruk. Aku pula muncul dalam hidup dia sebab aku nak berikan dia pengalaman lain dalam hidup dia.

Aku nak dia tahu apa itu kebahagiaan, kejayaan dan kebanggaan. Dan aku nak dia rasa semua tu atas bantuan seseorang dan usaha dia sendiri. Manusia ataupun makhluk macam aku, kita tetap memerlukan seseorang untuk belajar sesuatu yang baru. Aku nak dia belajar dan tahu, penderitaan tu bukannya cara untuk hidup. Tapi sebaliknya."

Nadia masih terdiam mendengar setiap kata-kata Drake.

"Penderitaan bukannya pengakhiran hidup, tapi permulaan hidup. Dari rasa derita, ia membentuk seseorang yang baru dan untuk membentuk diri yang baru, mereka perlukan sokongan dari orang sekeliling. Kau fahamkan maksud aku?"

Nadia tersentak apabila Drake menujukan soalan itu pada dirinya.

Perlahan-lahan Nadia mengangguk. Ini kerana, hidupnya juga dulu penuh dengan penderitaan dan ibu bapa Erix adalah manusia yang berjaya menarik dia keluar dari penderitaan itu lalu merema membantuk dirinya yang sekarang.

"Jadi, izinkan aku untuk membwa Erix ke masa lampau."

"Untuk berapa lama?"

"Tengok pada keadaan dan aliran masa."

Nadia memandang tepat pada Drake.

"Baiklah, aku akan izinkan kau bawa Erix ke sana. Dengan syarat, kau kena pastikan Erix sentiasa dalam keadaan yang selamat. Faham!" Nadia terpaksa bersutuju. Ini kerana dia tahu, hanya Drake saja yang mengetahui luar dalam diri Erix.

Drake tersenyum kecil.

"Baiklah, aku faham."

"Ada apa-apa lagi ke yang kau nak cakapkan?" Drake bertanya.

Nadia menggeleng.

"Terima kasih sebab sudi berbincang dengan aku aan maaf andai perkara ni membuang masa kau."

"Tak perlu minta maaf. Kita berdua adalah penjaga Erix dan kita yang bertanggungjawab untuk menjaga dan membentuk diri dia."

Nadia tersenyum senang apabila mendengar kata-kata Drake. Dia mula mempercayai lelaki itu sedikit demi sedikit.

Drake berdiri.

"Aku masuk tidur dulu."

"Oh!" Nadia turut segera berdiri.

"Terima kasih sekali lagi."

Drake berjalan menghampiri pintu.

Sebelum dia membuka pintu, dia sempat menoleh dan menegur Nadia.

"Jangan pakai baju nipis malam-malam macam ni. Sejuk, nanti demam pulak."

Wajah Nadia berona merah tiba-tiba.

"Selamat malam." Drake berlalu keluar, meninggalkan Nadia yang terkaku sendiri.

*****

"Tak sudah lagi baca surat-surat tu?" Drake menyapa Erix yang duduk di atas katil sambil membaca surat-surat yang diperolehnya.

"Bukan selalu dapat." Erix membalas sambil tersenyum-senyum sumbing.

Drake hanya mampu menggeleng melihat tingkah Erix.

"Kau dah ulang kaji?"

"Dah!"

"Okey."

Drake berbaring di atas sofa. Matanya dipejam rapat dengan lengan kiri diletakkan di atas dahi.

Tumpuan Erix beralih pada Drake. Dia berasa pelik melihat Drake.

Selalunya lelaki itu akan melihat semua kerja sekolahnya. Tetapi tidak dilakukannya kini.

"Drake?"

Tiada sahutan dari lelaki itu.

Erix menolak tepi semua surat-surat yang berada di depannya.

"Drake?"

Lelaki itu masih tidak menyahut dan Erix segera turun dari katil dan menghampiri Drake.

"Dah tidur ke?" Erix mengintai wajah Drake.

Ternyata lelaki itu sudah terlena.

"Eh? Awalnya tidur. Selalunya dia tidur lepas aku tidur. Hmmm... penat mungkin."

Erix mengambil selimut dari dalam almari lalu dia menyelimutkan Drake.

"Selamat malam. Terima kasih untuk hari ni."

Lampu ditutup dan dia turut melekapkan mata.

*****

Maaf andai jalan cerita ni lambat sikit. Bahagian yang mencabar agak jauh sikit... Tapi jangan risau, author akan buat yang terbaik!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top