Bab 12-[Secret is Revealed]
Setelah selesai mandi, Erix terus duduk di atas katil dan menghadap Drake yang sedang berdiri di luar balkoni biliknya.
"Kenapa, Drake? Kau nampak risau. Kau fikirkan tentang makhluk dekat sekolah tadi ke?" Erix memandang Drake dengan serius.
"Aku rasa ada seseorang yang cuba untuk kucar-kacirkan dunia luar dengan membuka pintu dimensi." Nada suara Drake langsung tidak bernada seperti dia sedang bergurau.
"Jadi, apa yang kau nak buat sekarang ni?"
"Aku boleh je tutup pintu dimensi tu semula. Tapi aku hanya akan tutup pintu dimensi yang melibatkan dunia ni je. Sebab aku nak tengok apa lagi perancangan orang disebalik semua ni."
Erix mengangguk faham.
"Mereka ni berbahaya ke?"
"Ikut jenis jugak. Tapi dah namanya pun dari dunia kegelapan, maka secara semula jadinya dia ni memang berbahaya."
"Wow! Tapi kau tak berbahaya pun."
Drake berpaling dan memandang tepat pada Erix.
"Kau nak aku jadi berbahaya ke?" Riak wajah Drake berubah serius. Matanya turut berubah warna kepada hitam penuh.
Riak wajah Erix berubah cuak.
"Maaf! Aku tak akan cakap yang bukan-bukan lagi." Erix menekup mulutnya.
Drake menyembunyikan senyumannya. Riak wajahnya berubah tenang dan warna matanya berubah coklat semula
"Bagus."
Tok! Tok!
"Erix, jom turun makan malam." Nadia bersuara dari luar bilik.
"Sekejap kak." Erix menjawab.
"Pergi turun makan dulu. Lepas ni kita belajar untuk ujian minggu depan." Tegas Drake yang sudah sedia maklum dengan sikap Erix yang malas mengulang kaji pelajaran.
Erix mencebik dan berjalan keluar bilik dengan malas.
*****
Setelah makan malam, Erix kembali ke biliknya untuk mengulang kaji.
Erix duduk di meja belajar sambil menghadap kerja rumahnya. Manakala Drake pula berdiri di belakang Erix sambil berpeluk tubuh.
Drake memantau remaja lelaki itu menyiapkan kerja sekolahnya.
Soalan pertama matematik diselesaikan dengan mudah.
Masuk saja ke soalan empat, Erix terus kebuntuan. Dia termenung, memandang lama pada soalan panjang itu tanpa ada rasa mahu menyelesaikannya.
"Kau tenung apa? Soalan tu tak akan selesai dengan sendirinya." Drake menegur setelah melihat tingkah Erix yang langsung kaku selama seminit.
Erix tersentak mendengar teguran dari Drake.
"Aku tak tahulah." Erix menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Lain kali tanya! Apa gunanya aku berdiri perhatikan kau dekat sini." Kali ini, Drake bernada marah pula.
Dengan bantuan Drake, Erix berjaya menyelesaikan beberapa soalan yang tidak diketahuinya.
Dalam pada itu, Nadia yang mahu menjenguk keadaan Erix, terbantut tindakannya apabila terdengar suara seorang lelaki memarahai Erix.
Nadia melekapkan telinganya pada pintu bilik Erix.
"Solan ni macam soalan awal tadi. Cumanya diterbalikkan je," kata lelaki itu dengan nada yang tinggi.
"Siapa dekat dalam dengan Erix ni? Setahu aku, tak ada sesiapa pun yang datang." Nadia mula berasa risau dan fikirannya mula memikirkan perkara yang negatif.
Nadia kembali ke biliknya. Sebatang kayu besbol diambil dari dalam almari bajunya dan dia kembali semula ke bilik Erix.
Kayu besbol itu digenggam erat. Dia mengambil nafas dan menghembusnya perlahan.
BAM!
Pintu dibuka dengan kasar.
Erix dan Drake menoleh, memandang tepat pada Nadia yang berdiri di muka pintu dengan kayu besbol di tangan.
"Nana! Ada apa ni?" Erix bertanya dengan nada terkejut. Dia sempat menoleh sekilas pada Drake.
"Siapa lelaki dekat sebelah kamu tu, Erix?" Nadia bertanya dengan nada serius.
"Lelaki? Lelaki mana ni kak?" Erix berpura-pura tidak tahu.
Tiba-tiba Drake menyentuh bahu Erix.
Erix menoleh, memandang tepat pada Drake.
"Dia dah nampak aku."
Riak wajah Erix berubah. Dia kembali memandang Nadia.
"Nana, saya boleh jelaskan."
Nadia tidak bersuara. Pandangannya tepat pada Drake. Dia berasa sangat curiga dengan lelaki tidak dikenalinya itu.
Ini kerana lelaki itu tiba-tiba saja berada di dalam bilik Erix tanpa pengetahuannya.
"Biar aku yang uruskan."
Drake menghampiri Nadia.
"Jangan dekat."
Drake langsung mengabaikan ancaman dari Nadia.
Nadia terus menghayunkan kayu besbol itu apabila Drake berdiri di depannya.
Drake menangkap kayu besbol itu. Dia menggenggam kayu itu sehingga berderai.
Nadia terkjut. Dia terus mengeluarkan sepucuk pistol yang disembunyikan di belakang bajunya dan terus mengacukannya ke arah Drake.
"Nadia!" Erix terus berdiri dari kerusi. Dia terus cuak melihat tindakan Nadia.
Drake tidak peduli. Dia membuka satu lagi langkah untuk mengepung Nadia yang sudah tersandar pada dinding.
Tanpa berfikir panjang, Nadia terus melepaskan tembakan sambil memejamkan matanya.
BANG!
Erix tersentak apabila mendengar bunyi tembakan dilepaskan.
"Drake!" Erix berlari menghampiri Drake yang berdiri kaku.
"Kau tak apa-apa?" Erix bertanyakan keadaan Drake dengan penuh risau.
"Jangan risau, aku tak apa-apa."
Nadia membuka matanya dan dia terkaku apai melihat peluru pistol yang dilepaskannya tadi terapung di udara dan langsung tidak mengena pada Drake.
Peluru berdenting jatuh ke lantai.
"Duduk dulu, aku akan ceritakan semuanya pada kau," kata Drake, ditujukan pada Nadia.
Erix segera mendapatkan Nadia. Dia menarik wanita itu ke arah sofa dan mendudukkannya dengan tenang.
Gelas kaca dicapai, lalu dituangkan air ke dalam gelas itu. Gelas air itu diberikan pada Nadia.
Nadia menerimanya lalu meneguk air kosong itu untuk menenangkan diri.
Drake mengambil tempat bertentangan dengan Nadia.
Nadia mengangkat kepala. Matanya bertemu dengan sepasang mata milik Drake.
"Siapa kau? Macam mana kau boeh ada dekat dalam bilik Erix tanpa pengetahuan aku?" Nadia terus menanyakan soalan bertubi-tubi.
Drake diam seketika setelah Nadia meluahkan segala persoalan yang timbul di dalam kepalanya.
"Cerita aku ni mungkin pelik pada pendengaran kau. Kau mungkin jugak tak akan percaya dengan apa yang bakal aku ceritakan. Tapi, itulah hakikatnya."
"Jangan nak bermukadimah bagai dengan aku. Ceritakan je semuanya!" Nadia membalas penuh tegas.
Drake akirnya menceritakan segalanya. Tentang asal dirinya, pertemuannya dengan Erix sehinggalah perkara yang telah dirancangnya.
Setelah Drake habis bercerita, Nadia langsung tidak memaparkan sebarang reaksi di wajah.
"Nana?" Erix menegur kerana risau.
"Ini bukan cerita fantasi macam yang dalam buku tu tau. Kau fikir aku akan senang-senang percayakan kau?" Nadia bersuara dengan tegas. Baginya, semua cerita yang diceritakan oleh Drake itu hanyalah rekaan semata-mata.
"Kalau macam tu, boleh kau jawab, kenapa tembakan kau tu tak kena langsung pada aku?"
Nadia terus terdiam.
"Terpulanglah pada kau. Aku hanya beritahu apa yang kau nak tahu je. Kau percaya atau tak, bukan masalah aku."
Nadia memandang Erix.
Erix tersenyum tawar.
"Betul, kak. Drake dah banyak tolong saya. Dia selamatkan saya dari mati, selamatkan saya dari terus hidup ditindas oleh mak cik dan pak cik. Drake dah banyak luangkan masanya hanya untuk pastikan saya dalam keadaan baik dan selamat."
"Hah." Nadia mengeluh panjang.
Nadia kembali memandang Drake. Dia mahu megatakan sesuatu, namun apabila melihat Drake yang sudah terpejam matanya, terus terbantut niatnya.
"Tak apalah. Esok kita bincang lain. Dah malam ni, pergi tidur je la." Nadia sudah berdiri dan bersedia untuk keluar dari bilik itu.
"Kejutkan kawan kamu tu. Lepas ni suruh je dia tidur dekat mana-mana bilik yang kosong," pesan Nadia tanpa memandang Drake mahupun Erix.
Erix tersenyum sendiri. Dia berasa senang mendengar kata-kata itu meskipun ia kedengaran agak dingin.
Nadia terus beralu keluar dari bilik itu.
"Dah, bangunlah. Tak payah nak berpura-puraa tidur depan aku." Erix tiba-tiba bersuara.
Drake membuka sedikit matanya, mengintai Erix yang duduk di depannya sambil berpeluk tubuh.
"Tahu-tahu je aku tak tidur lagi." Drake tersenyum.
"Aku agak je. Kau dengarkan apa yang Nana katakan tadi? Jadi, kau dipersilakan tidur dekat bilik lain dan jangan nak menyemak dekat dalam bilik aku ni." Erix terus bertindak menghalau Drake.
Namun, Drake seolah-olah tidak mahu berganjak dari tempatnya.
"Kau lupa ke? Aku tak akan ke mana-mana, walaupun ke bilik sebelah."
Erix mencebik.
"Ikut suka kaulah. Asalkan kau tak menyusahkan aku."
Erix menghampiri meja belajarnya. Buku kerjanya ditutup lalu dikemas dengan rapi. Jadual kelas dirujuk dan beberapa buah buku disumbat masuk ke dalam beg. Akhirnya, Erix menutup lampu belajarnya.
Langkah diatur menghampiri katil.
"Tolong tutupkan lampu tu nanti, ya." Erix terus merebahkan diri di atas katil dan memejamkan matanya.
Dake mendengus tidak puas hati. Namun diturutkan juga permintaan Erix.
Akhirnya kedua-dua mereka tertidur dengan lenanya.
*****
"Macam mana dengan anak kami?" Seorang lelaki bertanya kepada seorang doktor perempuan yang baru saja keluar dari bilik pembedahan.
Di sisi lelaki itu, si isteri sedang menangis teresak-esak.
"Maafkan kami encik, puan. Kami dah cuba yang terbaik. Anak encik tak dapat kami selamatkan."
Si isteri terus meraung kuat setelah mendengar perkhabaran itu.
Si suami terus berasa lemah satu badan.
"Kami harap encik dan puan dapat bertabah menghadapi ujian ni."
Si suami mendapatkan isterinya lalu memeluk si isteri dengan erat.
"Doktor, ada sesuatu berlaku dekat dalam. Boleh doktor masuk semula?" Tiba-tiba seorang jururawat yang berada di dalam bilik pembedahan itu keluar lalu membisikkan perkara itu.
Mereka berdua terburu-buru memasuki bilik pembedahan itu semula.
Keajaiban telah berlaku. Kanak-kanak perempuan yang tadinya tidak bernafas dan sudah hilang detak jantungnya, kini kembali stabil.
Mereka melakukan prosedur terakhir sebelum menamatkan pembedahan mereka.
Lampu merah pada atas pintu bilik pembedahan itu terpadam. Menandakan yang pembedahan sudah tamat.
Sebuah katil pesakit ditolak keluar dari bilik itu.
Si ayah dan ibu kepada kanak-kanak itu berdiri dan segera mendapatkan si doktor setelah melihat anaknya ditolak keluar.
"Anak encik dan puan telah selamat. Keajaiban berlaku dan ia telah memilih anak encik dan puan."
Suami isteri itu terus berpelukan dan menitiskan air mata kegembiraan.
"Encik dan puan boleh ikut saya untuk urusan pendaftaran pesakit."
Mereka berdua akur lalu mengekori langkah si doktor.
Tanpa mereka ketahui, seseorang yang bukannya dari dunia mereka telah menyelamatkan anak mereka berdua.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top