BYT| 8
____Bukan Yang Terpilih____
8 : Dejavu
Dhia Hazatul
"--you suka?"
Mataku naik menemui Daniel Kelvin sebelum ku lirik semula pantai di hadapanku. Keindahan matahari terbenam ditemani dengan langit yang kekuningan menambahkan lagi suasana. Bila ku lirik ke kiriku, terlihat beberapa pengunjung juga bersama-sama kami menikmati keindahan alam ini.
"---its beautiful-" balasku sambil mata masih menatap kebesaran-Nya.
"-thanks to you-" ku tatap dirinya yang berdiri di sisiku. Senyuman kecil ku lemparkan buatnya.
Anak matanya merenungku lama. Setiap detik berlalu begitu lambat. Buat diriku kekok dalam tatapannya.
"No, thanks to you... I boleh tengok sunset dengan bidadari.." senyuman meleret di bibirnya.
Terus ku larikan pandanganku darinya. Bukan kerana malu tetapi----rasa kelakar... Aku tidaklah begitu innocent sampai termakan oleh ayatnya. Ku sembunyikan senyumanku.
Bidadari-that's lame.
Namun--saat tanganku terasa dirangkul oleh tangan hangatnya terus aku rentap.
"Oups--sorry, I tak tahu yang you ni jenis---tertutup..but its ok.. " tangannya meninggalkan tanganku seakan tanganku buatnya terbakar. Sepantas kilat sebelum dia tersenyum buat aku.
Aku diam. Kembali menatap matahari terbenam.
Ter--tutup---
Dulu sememangnya aku begitu...aku----jahil?
Malam itu, aku menemani Daniel makan malam. Lagipun,memang aku dah kelaparan kerana hanya sempat makan roti sahaja tadi petang.
Suasana kafe agak sesak dengan pengunjung-pengunjung hotel yang terdiri daripada anak kecil hinggalah warga tua.
Tuk.tuk.
Jemarinya mengetuk meja.
Aku lihat dirinya yang menjungkit keningnya. "-you nak makan apa?"
Mataku segera jatuh pada menu di hadapanku. Ku lirik sekilas sahaja. "-Nasi Ayam dengan---milo ais..." ku lempar senyuman pendek pada pelayan yang setia di sisi meja kami.
Sementara menunggu pesanan kami disediakan , ku lirik bersahaja kawasan kafe ini. Saat mataku meliar ke sekitar, terpandang seorang warga tua bersama keluarganya sedang makan. Ku tundukkan sedikit wajahku sambil ku selit senyuman yang turut dibalasnya mesra.
"--buruk sangat ke muka I ni sampai You lagi sanggup tengok orang tua dari I?" Pertanyaannya ku kira agak biadab dan kurang berasas.
"-suka hatilah mata saya kan?" Selarku pantas kerana mataku menangkap pelayan membawa minuman kami.
Daniel ingin menangkis selaranku tetapi mendiamkan diri bila mana pelayan mula menghidangkan minuman kami.
"-you still marah sebab hal tadi petang ke--or I salah cakap hum?" Soalnya sejurus pelayan itu pergi.
"Can we stop talking bout this --type of topic? " straw aku gunakan mengacau air miloku sementara mataku melirik sekilas padanya.
"-fine, whatever!"
Daniel Kelvin
Iphone aku keluarkan dari poket seluar sesaat bunyi notification. Chat dari Olivia buat aku tersenyum lebar.
You bercuti tak ajak!!! Nak merajuklah! 😒
Aku senyum membaca chatnya. Segeraku balas, tidak mahu buat dia tertunggu-tunggu.
To: Olivia
I'm sorry babe...its urgent..tu yang I pergi tanpa inform u dulu..ok..u tell me u nak apa..I belikan ..everything for u..juz name it
Tanpa menunggu beberapa saat ,satu lagi noti darinya ku baca.
Ngee--I tak nak hadiah..I nak jalan-jalan dengan u... holiday sekali-sampai hti u pergi seorang-wait..u pergi seorang ke berteman??
Aku senyum sahaja dengan keletahnya. Ku garu sedikit di sisi keningku sambil basahkan bibirku.
To: Olivia
I'm alone.. makan seorang --tu lah..kalau I bawa u tak adalah I boring cmni-
Ting!
Siapa suruh tak bawak I? Padam muka u..makan sorang-sorang😏
Dengan pantas jemariku menari di atas keyboard. Sambil bibirku tersenyum sungging mataku naik sekejap meliar mencari wanita itu. Tadi cakap sekejap je nak pergi toilet--berjam pula.. semak betullah!
To: Olivia
U ni kan--sengaja kan buat I geram..kalau u ada depan I ni..dh lama i cubit-cubit pipi u sampai lebam tahu-
Ting!ting!
Eleh--cubit jer--🙈
I kental ok!
"-ooh..kental eh--"
To: Olivia
Kental eh--kalau I kiss baru u taw!
Ting!
Kiss me if u can catch me Niel-😉💋
Aku menggeleng kepala berkali-kali. You have no idea babe...
Dhia Hazatul
Mataku melirik beberapa orang berpakaian jubah dan baju kurung berkumpul di hadapan sebuah--mataku naik membaca papan tanda. Surau?
Kenapa kumpul ramai-ramai ni--leher ku panjangkan cuba melihat ke dalam surau.
Seorang makcik melaluiku lalu tanpa sedar ku paut lengannya,membuatkan diriku tumpuannya saat ku hentikan langkahnya.
"Urm----ada apa ni kak?" Soalku sambil ku juih pada orang ramai yang berkumpul di hadadapan pintu surau itu.
"Oh--ada jenazah dik, tu yang ada buat bacaan yasin.."jelas wanita itu ,ramah. Ku hanya angguk faham lantas membiarkan wanita itu kembali memasuki surau itu.
"Assalamualaikum-"
"Waalaikum-salam.." seraya ku toleh ke belakang. Seorang remaja perempuan yang berbaju kurung tersenyum padaku lalu tanpa bersuara dia menyua buku berkulit nipis padaku dan berlalu masuk ke dalam surau.
Aku tunduk melihat buku nipis itu.
Yasin
Mataku naik semula pada pintu surau yang terbuka luas itu. Bibirku basahkan ,cuba menghilang rasa gemuruh. Berfikir.
Dan-aku pilih untuk ikut kata hatiku. Selendang putih yang sentiasa ku simpankan di dalam tas, aku keluarkan. Aku bawa selalu dengan harapan untuk kembalikan semula pada pemiliknya...lelaki di masjid itu. Tapi--nampaknya...selendang ini masih punya khidmat buat diriku...
Seorang lelaki yang berdiri di hadapan pintu ruangan lelaki surau itu disapa seorang remaja perempuan.
"-dah?" Soal lelaki itu mesra sambil tangannya memakaikan songkok hitam ke kepalanya.
"Dah--" remaja itu tersenyum lebar. "--urm..tapi tak perlu ambil balik ke?"
Lelaki itu tertawa halus sambil menggeleng kepalanya. "---ada kegunaan pada dia juga nanti... Insyaallah..." gigi tersusun indah saat lelaki itu tersenyum.
Remaja perempuan itu menggangguk faham sambil matanya melirik penuh tanda tanya pada lelaki itu.
"Kenapa?" Soal lelaki itu saat dipandang sebegitu.
"-abang suka kakak tadi yer?"
Lelaki itu diam. Hanya tersenyum manis sambil mata memandang sekilas pada ruangan wanita.
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top