BYT| 52



T H E   S U R V I V A L

C H A P T E R

5 2






∽∽∽

Tangan aku basuh . Membiarkan air mengalir menemui kedua tanganku. Supaya ia bawa pergi sekali rasa sakit di dadaku , bagai air yang mengalir .

Keluhan berat aku hela, menilik wajah sendiri di cermin. Terbias wajah pucat ku dalam pakaian pesakit polkadot biru putih. Bawah mata yang terbias lingkaran hitam, kusam tidak bermaya seakan nyawaku terbang pergi sedangkan aku masih di sini.

"  aku cinta kau , selamanya "

Andai benar cinta , mengapa harus melepaskan...

Andai hati mencintai , maka mengapa ada perpisahan...

Andai jiwa saling melengkapi, mengapa harus saling menyakiti ...

Kenapa awak pergi ... finn , kenapa ... harus ungkapkan kata cinta andai ianya hanya sebuah ungkapan perpisahan..

Bunyi pintu dikuak dari luar membuatkan aku tersedar , lantas aku keluar dari tandas melirik ke luar .

Mungkin Lufasz atau Lucas memandangkan hari ini aku boleh discharge ,

Sekurang-kurangnya aku boleh keluar dari bilik ini , bilik yang menjadi saksi ... saksi perpisahan kami ——



Baru sahaja aku mahu melangkah ke katil , tubuhku ditolak ke dinding , kasar belakang tubuhku melekap ke dinding .



" boleh tak you stop sakitkan hati I ! "  selarannya membuatkan aku membisu, meneliti wajah Daniel Kelvin yang begitu dekat denganku , nafasnya hangat menampar wajahku . Namun, bauan arak yang kuat melekat di tubuhnya menjadi satu warning alarm dalam diriku.

" daniel —— s—saya tak faham kenapa awa—— " pertuturanku juga tidak lancar , cuba menangkis segala rasa takut yang mulai menggila dalam diriku.

"Diam !" Jerkahnya menumbuk kuat dinding di sisi wajah kiriku, refleks mataku terpejam , mengemam bibir menahan jeritan kecilku.


" Sampai hati you , I yang lamar you dulu then tiba-tiba you bertunang dengan lelaki lain pulak ? Perempuan jenis apa you ni huh ?! " selarnya mencengkam kuat kedua bahuku , menekan rapat tubuhku ke dinding .


" a—apa maksud y—you ni ? I tak — "

" you jangan nak tipu I lagi, you ingat I bodoh ke huh ! Siapa lelaki tu ? Lufasz ?! Huh? Kaya sangat ke dia sampai you sanggup tolak I demi dia ?! "

" answer me ! " suara naik seoktaf, mengejutkan deria pendengaranku ,

" di—dia ... ini salah faham ! Saya tak tipu ! " pintasku apabila dia sudah menarik lenganku kasar , cuba mengheret tubuhku .


" I nak tengok berapa banyak lagi mulut you tu nak tipu I ! " marahnya menguatkan lagi cengkaman di lenganku , sebelum tubuhku ditarik ke arah katil .


" you ingat ugutan I hanya main-main kan ? So, now I tunjukkan kat you ! " lenganku ditarik lagi namun ku tepis kasar , cuba menjauhi dirinya apalagi selepas mendengar ungkapan nya tadi.


" I once touched you , so I'll do that again and again —— "



" please Daniel —— saya tak tipu awak " lirih aku merayunya namun amarahnya masih tidak berkurang , 

" please dengar saya dulu —— " rayuku lagi , kedua lenganku dicengkamnya kasar menarik lagi tubuhku ke arah katil ,


" Tolo—— " jeritanku mati bila mana tangannya menekup kuat mulutku, pergelutan demi pergelutan sehinggalah sedar-sedar sahaja aku terbaring di atas lantai dengan keadaan dirinya di atas tubuhku, kedua tangan ku dikunci sementara mulutku ditekup kuat.



Air mata sudah membasahi wajahku, pandanganku berbalam-balam , 

"  I'm sorry " tuturnya tenggelam timbul sebelum leherku terasa ngilu saat jarum halus suntikan itu menikam dalam kulitku,




" I love you "














Lucas  menumbuk kuat wajah Daniel Kelvin yang sedang digari oleh pegawai polis , amarah si abang meluap tinggi , tidak lepas memandang lelaki itu yang hanya tertunduk menekur lantai .



Lufasz cuba menahan perbuatan Lucas yang sudah hilang pertimbangan , kewarasan lelaki itu semakin menipis diamuk amarah yang menebal.


Kerana tindakan bodoh lelaki itu menyuntik cecair asing yang diyakni dadah membuatkan adik perempuannya koma dan sedang dirawat di unit rawatan rapi.



" aku bunuh kau ! Kau tunggu ! " sekali lagi Lucas ingin menumbuk lelaki itu namun sempat Lufasz tahan tubuhnya , mengarahkan pegawai polis itu membawa pergi pesalah itu.



" sial ! " suara Lucas naik seoktaf , bergema di seluruh koridor hospital itu . Dia meloloskan diri dari Lufasz , bergerak ke arah pintu bilik ICU itu, menanti penuh sabar adik kesayangannya.



Manakala, Lufasz pula berdiam diri, matanya tidak lepas dari melirik kepergian lelaki bernama Daniel Kelvin itu , aneh terasa di benak fikirannya. Segala insiden ini seakan ... ganjil. Matanya kembali melirik Lucas yang berdiri di ruangan menunggu .



Dia tahu ada yang tidak kena dengan perkara ini .
And he was too eager to find the truth.
























Air kosong  ku sisip hingga habis , melawan rasa kering tekak yang menebal hingga suaraku berubah garau. ANak tekak terasa dicarit-carit dengan benda tajam. Anak mataku lirik pada Lufasz yang membisu , tidak seperti abangku yang tidak henti-henti mengomel tentang kebimbangan perihal aku. Gelas kosong dia letakkan di meja sebelum kedua tangan dia genggam lembut , anak matanya lirih menatap wajahku  , sayu dan sepi menyelubungi kami.
Wajah Lucas digamit kerisauan , wajahnya kusam seperti kurang tidur berhari-hari , susuk tubuhnya juga susut .




" thank god , you are fine " tangannya mengelus sisi wajahku , menolak beberapa helain rambut ke belakang telingaku.





" snowflake... Lucas betul-betul risau ... jangan buat macam ni lagi please —— "



" I'm sorry , " pendek balasanku sambil ku lirik kedua -dua lelaki itu . Lufasz lebih memilih untuk mendiamkan diri, wajahnya tegang bersama kerutan di dahinya .





Seketika kemudian, deringan telefon milik Lufasz kedengaran membuatkan kami masing-masing tertumpu padanya ,




" what ?! Korang dah check betul-betul ke ? ! " suara lantang Lufasz bergema , membuatkan kami masing-masing terpinga-pinga dengan situasi ini.





" I got it " lemah balasan Lufasz , bersama keruhan di wajahnya lantas panggilan itu dia matikan, menjatuhkan pandangannya pada Lucas sebelum dilirik ke arahku.





" he's dead "
































Surat yang berlipat ini ku genggam , kekosongan sekali lagi menghuni jiwaku ,
Air mata sudah kering , malah menyakitkan lagi pancainderaku , menyeksa sanubari ini tatkala diberitahu realiti pahit ,





Kematian ... Daniel Kelvin,




Jantung ini seakam terhenti berdegup , saat wajah kakunya ku lirik di balik kain putih yang melindungi tubuhnya.


Getaran hebat melanda segenap tubuhku , tiada lagi esakan halus ... hanya esakan tanpa suara ... menangisi keadaan dirinya yang sudah tidak bernyawa.




Hati aku sudah tidak kuat, kematian demi kematian aku ratapi... jiwa ini sudah terpalit kekosongan abadi.
Sehingga nafasku terasa beban , bebanan yang menyeksakan.




"  dia sengaja ... sengaja lakukan semua ini .. suntikan pada tubuh Dhia ... bukanlah suntikan racun.. " pernyataan Lufasz membisukan keadaan, mata melirik abangku yang tertunduk kaku ,


Beberapa pegawai polis turut sama berdiskusi hal ini, ditemani seorang doktor yang mulai mengemukakan penjelasan saintifiknya ,



" cecair yang disuntik dalam tubuh cik Dhia hanyalah cecair yang memberi simptom palsu yang menyerupai simptom dadah ,  mangsa akan mengalami gangguan internal organ ... terutama jantung ... denyutan yang abnormal sehingga membuatkan mangsa koma , kerana otak menyalah tafsir , atau salah interpret data dari jantung , hal ini.. sememangnya di luar jangkaan kami ... "




" dengan itu, kami syaki Encik Daniel Kelvin sengaja memalsukan cubaan membunuh cik Dhia , dan menggunakan dadah sebenar untuk membunuh dirinya sendiri —— "



" mungkin sahaja, dadah sebenar itu pada mulanya dirancang untuk disuntik ke tubuh mangsa namun kemungkinan besar ... pesalah menukar rancangannya dan menyuntik cecair lain yang memberi kesan sama , " pernyataan pegawai polis itu memegunkan diriku, tiada kata-kata terbit di bibirku, kaku mendengar segalanya ,




"  tidak , " selaran Lufasz memancing perhatian semua, " dia rancang segalanya, dia memang nak gunakan cecair itu pada Dhia dan gunakan dadah sebenar untuk akhiri nyawanya sendiri , lagipum , waktu dia serang Dhia , dia tidak mabuk "



" tak mungkin ! Saya sendiri bau —— "


" tak Dhia " selar Lufasz membuatkan aku terkesima,
" Daniel tak mabuk waktu itu, hanya pakaian dia sahaja yang berbau arak , mungkin dia buat macam tu supaya kau fikir dia tak waras waktu tu —— but no, he totally know what he is doing ... dia cuma nak akhiri semua ni.. dan dia mungkin nak jumpa kau ... buat kali terakhir ... "







Lipatan surat itu ku buka, membiarkan jemariku menyentuh setiap penjuru helaian surat itu ,


BArisan perkataan , tulisam tangannya menambah kehibaan dalam dada ini ,





Dhia Hazatul ,

I'm sorry for doing this to you.. I tahu ..cinta tak boleh dipaksa...dan tak semestinya dimiliki... meski I buat macam mana sekali pun... hati you tak akan terbuka buat I ... mungkin I lewat... lewat menyedari cinta I pada you..and terus bazir masa I sampailah hati you dimiliki orang lain.... You tak salah...I yang salah... I biar hati I menipu diri sendiri... I tipu diri I yang you hanya mainan masa bosan I ... kerana cinta I masih pada Olivia... Setiap hari I tipu hati I ..

Sampailah, bila mummy kasitahu yang dia nak jodohkan I dengan you... untuk dapatkan harta nenda ... I bangkang...tapi sebab mummy ... I ikut sahaja... I stop fikir pasal Olivia...I tumpu pada you...I cuba kenal hati budi you... I cuba rapat dengan you... sebab I fikir kalau I buka hati I sedikit untuk cinta you mungkin bahagia itu bakal jadi milik I .... mungkin you fikir I nak kan harta nenda macam mummy I , but no... sayang I pada you tulus ... cinta I pada you ikhlas...dari hati I ...


Waktu I lamar you ...I dah tahu pasal finn qaees... I tahu you jumpa dia dekat pulau tu ... I jadi takut..
Takut you pilih dia dari I sebab cinta I pada you dah bercambah... I tak sanggup hilang you..

I tak mampu hidup tanpa you...then... mummy suruh I berhenti... berhenti kejar you bila you dihalau keluar dari rumah nenda...


I fikir mummy buat macam tu hanya sebab you dah digugurkan sebagai pewaris nenda tetapi... rahsia lebih besar lagi yang tersingkap..


I dapat tahu... papa I dulu ...pernah berhubungan dengan ibu finn qaees... and pasal abang yang I hilang gara-gara hal sama... abang I yang I tak pernah ingat kewujudan dia... Adam Kelvin mati... mati disebabkan mummy and papa gaduh...
I mula salahkan finn qaees... lagi-lagi bila you makin dekat dengan dia..I makin tak puas hati... keluarga I hancur sebab dia...papa tinggalkam mummy sebab ibu dia...abang I mati sebab ibu dia...segalanya sebab mereka. Jadi I tak sanggup hilang you pada lelaki itu... I tak nak...



Then, I rancang ... untuk dapatkan you balik... plan I hanya nak dapatkan you..tapi perempuan tu hancurkan segalanya... perempuan bernama Velerie tu...dia hasut perempuan gila tu...bunuh you dengan adik lelaki dia tu ...


I cuba nak halang tapi masa sama mummy dimasukkan ke wad ... dia cuba kelar diri sendiri..sebab dia kata...abang I datang jumpa dia...dia nak mummy teman dia... mummy I dah tak waras lagi... I hilang punca dhia... I tak tahu pada siapa I nak mengadu nasib... nenda pun buang kami.. sebab dapat tahu mummy seleweng dana syarikat. Segalanya hancur dhia. Sekelip mata.



Masa tu.. yang I fikir hanya you...I perlukan you untuk teruskan hidup ni...I perlukan you untuk I kuatkan hati I... so, I buat apa yang I rasa patut. You mesti  agakkan ... I yang sebar hal you dekat media... I tak salahkan you...itu salah I...salah I sebab mabuk then split all those secret to her... velerie. Dia yang sebarkan segalanya...



Banyak benda I saksikan... kematian ..pembohongan.. penghianatan... I rasa mual. I rasa dunia ini seakan mempermainkan I.... I rasa tak selamat...

Sebab I ... budak tu mati. Auni namanya kalau I tak salah. KAlau lah I cuba selamatkan budak tu..tentu dia tak mati..tentu you tak sedih... tapi I gagal..I pejamkan mata I , I kuburkan rasa kemanusian I ...I biar perempuan gila tu bunuh budak tak berdosa tu , Qaseh...perempuan tu...betul-betul gila..
Dia boleh ajak I celebrate malam tu ...sebab anak kandung dia mati. I rasa I dah cukup saksikan semua benda gila ni...

ANd I plan hal ni...sebab I rindu nak jumpa you... I rindukan you sangat-sangat tapi I tahu you bencikan I... I musnahkan hidup you... so, I plan benda ni . Sorry sebab libatkan you... I terpaksa... I cuma... nak ingat memori I dengan you buat kali terakhir.. itu sahaja...

Dhia... I truly love you... tapi mungkin cinta I pada you hanya obsesi ataupun delusi... sebab cinta ini buat you terseksa... I rindu sangat nak tengok senyuman you pada I waktu dulu-dulu..sebelum I buat perkara bodoh tu pada you... I salah langkah...dan terpaksa hadap impaknya pada I... I'm sorry...

Thank you for being in my life... than you for your smile...for your laugh that make my day beautiful...


Cincin ini...I hadiahkan untuk you... cincin yang I cari untuk lamar you...

Maafkan I Dhia, maafkan mummy I , I harap you bahagia...



Sincerly,
Daniel kelvin








Tbc
Vote comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top