BYT | 4
Dhia Hazatul
Jari aku mainkan di seatbelt sambil mata pandang depan. Serius kekok saat ini. Air-cond pula terasa terlalu rendah suhu sampai kedinginannya menggigit lenganku. Yang penting----jangan toleh sebelah.
Kenapalah aku ikutkan sahaja pandangan Datin Analusia tu! Tengok sekarang,aku stuck dengan mamat beku ni!
"------so,kenapa tak nak stay dengan Puan Sri?"
Aku toleh padanya. Matanya masih tumpu pada jalan raya. Beku. Apa soalan dia tanya tadi? Uh--
"Rasanya topic ni dah dibahaskan dekat rumah,so--- I don't think its necessary to explain it again" tegasku biarpun kedengaram canggung di hujung suara. Aku toleh ke kiriku,melirik ke luar tingkap.
Dia mendengus sinis. Aku diam. Please,cepatlah sampai!!
Mataku terus melirik keluar, cuba memanipulasi mindaku yang kini serabut dengan manusia di sebelah aku.
"---kalau you nak terus diam macam batu I tak kisah, senang I bawa you balik appartment I terus kan--"
Terus menyirap darahku,lantas ku jeling padanya. Dia senyum senget.
"----its not my problem kalau you tak nak kasi I alamat rumah sewa you kan--" bibirnya yang merah mencebik.
Nafas berat ku hela, tanganku genggam kuat. Sabar..buat pekak jer...
Dengan rasa berat hati,aku beritahunya alamat rumah sewaku dengan sebutan satu persatu. Biar hadam terus!
"--taman ------"
Daniel Kelvin
Mata ku lirik cucu Puan Sri tajam. Handbrake aku tarik bila keretaku sudah berada di hadapan rumah sewanya. Sempat ku intai rumah itu.
Dan,konklusinya..perempuan ini bodoh. Rumah puan sri yang besar itu dibandingkan dengan rumah sewa yang ala kadar ni. Lawak. Belajar sahaja di kolej,tapi otak sengkek!
"Thanks!" Keras suaranya menampar gegendang telingku disusuli dengan tolakan kuat pada daun pintu kereta mewahku. Aku juling mata ke atas. Semak!
Saat aku ingin tarik handbrake, tiba-tiba ada noti dari whatsapp. Terus ku swipe Iphone ku.
Senyumanku melebar bila mana Ophelia mengajakku untuk lunch bersama hari ini. Cepat sahaja aku balasnya.
Deal.
Iphone ku muatkan ke dalam poket sebelum sebelah tangan ku tarik handbrake. Pedal minyak dipijak lalu kereta ku laju meninggalkan kawasan perumahan itu.
Dhia Hazatul
Ku duduk di birai katil usai ku simpankan kesemua pakaianku ke dalam almari.
Bingkai gambar keluargaku aku tatap sayu. Biarpun gambar itu bukanlah ganbar yang menunjukkan kebahagian kerana tiada seorang pun yang tersenyum dalam potret itu,tapi..hanya itu saja yang aku ada.
Namun,bila dikirkan situasiku sekarang buat aku loya memikirkan betapa aku pentingkan mereka biarpun aku dihina. Aku hanya terpesong jalan sedikit. Hanya terlencong sedikit. Perlu ke sampai hukumku begini. Ada orang yang lebih teruk dari aku, yang membunuh,merompak,berjudi dan melacur.
Perlukah menghukum sebegini rupa. Aku sedar aku salah. Aku masih berniat untuk berubah lebih baik. Tapi mengapa, keluarga yang aku sayang..yang sanjung.. tak beri aku walau sekelumit peluang..biar hanya sebesar zarah..aku dah cukup bersyukur.
Mungkin betul,mereka layan aku begitu..sebab aku bukan keluarga kandung mereka...aku hanya menumpang atap dan --- secebis kasihan dari mereka.
Berpijaklah di bumi nyata Dhia. Sedar diri kau.
Bunyi ketukan di daun pintu bilikku sekali gus membuatkan lamunanku mati.
"-----Dhia, baguslah kau balik..aku ada benda nak bincang dengan kau ni---" kelat sahaja suara roomate aku, Fathia.
"Apa dia?"
"Sorry..but kau kena keluar dari rumah aku hujung bulan ni jugak---" lancar sahaja Fathia berbicara. Dia berpeluk tubuh sambil melirikku sekilas. "----aku bukan nak halau kau , tapi--- kau tahukan aku dah tunang. Hujung tahun pulak tu nak nikah---so, " dia diam seketika. Memilih ayat untuk disambung. "---- so, aku nak jual rumah ni.. lagipun..papa aku dah belikan rumah lagi besar untuk aku.."
Aku terdiam.
Hela berat aku lepaskan,tanpa ku sedar aku dah tahan nafas sejak tadi.
"Aku minta maaf sangat..deposit aku bagi balik kat kau...so,sekarang----kau cari rumah sewa baru jer...ok? Lagipun..pembeli tu dah bayar half dari payment dia...kau cuma ada masa sampai hujung bulan ni jer...sorry ok?"
Senang kau cakap...
Daniel Kelvin
Senyuman aku melebar saat ku tatap wajah Ophelia yang gembira dengan restaurant yang aku pilih unuk lunch kami. Makin dia teruja bila melihat lauk pauk yang menjadi juadah di sini.
"---thanks sebab bawa I kat sini--" suaranya lunak bersama senyuman manis di wajahnya.
"Sedapkan makanan dia?" Soalku padanya. Lantas disambut anggukan darinya.
Dia mengelap sisi bibirnya. "---Uhm, ok ker yang majlis tajaan dekat Terengganu hari tu?"
Hirisan kecil daging masak hitam ku masukkan ke dalam mulut sambil angguk.
"--ok jer..macam biasalah--cuma---" tiba-tiba teringat pada cucu puan sri itu. Dhia Hazatul?
"Cuma??" Aku tersenyum dengan keletah Ophelia yang curious mengenainya. Betullah orang kata, kalau kita dah suka seseorang tu..even tengok expression dia yang sikit pun dah mampu buat senyum tak lekang dari wajah.
"Cepatlah--- you ni saja lah buat i curious---" bibir kecil iti mencebik mengundang tawa kecilku.
Garfu ku letakkan di dalam piring. Lantas ku satukan kedua tanganku seakan bertepuk . "----guess what--- puan Sri jumpa cucu kandung dia yang dah lama hilang...dekat Terengganu. "
Ophelia pegun seketika. Tampak comel dengan mulutnya yang slightly terbuka.
"Glad to hear that...tak sangka betul kan--- " Ophelia menyisip sedikit jus epalnya. Lantas bibir itu dikemam. Membuatkan jantungku berdegup hebat.
"Perempuan ke lelaki?"
Aku diam. Cuba meneliti riaksinya. "Why? Kalau dia lelaki you nak try lah ni?" Selarku nada menguji.
"Ngee you ni--- tak kan tak boleh..I pun nak jugak kenal lelaki lain selain you---mana tahu handsome---" meleret-leret suaranya.
Ku lapkan hujung bibirku dengan napkin sebelum tersenyum sinis.
" Unfortunately...its she not he--- so , you better stop your flattering what so ever. Ok?"
"Eleh, jelouslah tuh--" bentaknya dalam nada manja.
Yes..I'm jelous....too bad that you never realise my feelings.
Puan sri dan Datin Analusia masing-masing mengambil posisi di sofa kulit itu. Perbincangan dengan pekerja mereka baru sahaja tamat setelah dua jam bermesyuarat. Lelah dan penat masih belum hilang. Semakin tua semakin teruk kesan akibat keletihan bekerja.
"Minum dulu Puan Sri---" secawan teh disua pada wanita berusia itu.
Datin Analusia juga menyisip sedikit tehnya sebelum diposisikan tubuhnya mengadap Puan Sri.
"---- maaf saya menyibuk..tapi tak mengapa ker kalau puan Sri biarkan saja Dhia Hazatul tinggal di rumah sewa..tak ke lebih baik tinggal sekali bersama puan sri?" Datin Analusia mula mencucuk jarum.
Puan sri mengeluh. Cawan diletakkan di atas meja. Nafas berat berkali-kali dihela. "----memang ikutkan saya tak mahu dia tinggal di runah sewa----- tapi, tak naklah memaksa dia pula..lagipun..kami masih dalam sesi menyesuaikan diri.. risau juga saya kalau saya paksa takut dia makin menjauh..." luah puan sri. Jelas kekusutan di wajah yang dimakan usia itu.
"----tapi,ini demi kebaikkan dia..apa kata puan sri pujuk dia lagi...saya pun akam turut sama pujuk dia..pasti dia menurut nanti.." tambah Datin analusia. Wanita itu tetap mahu gadis itu tinggal bersama,barulah mudah nak mulakan misinya. Misi mengaut harta kekayan Puan Sri. Senyuman manis lagikan palsu dilemparkan kepada wanita tua itu.
Kau dah tua, memang tak akan bawa harta tu pun..jadi apa salahnya aku rampas dari kau. Malah,cucu kau pun tak rugi. Malah untung bila disatukan dengan puteraku.
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top