BYT| 33
Double update ;)
Deruan kereta mewah meninggalkan rumah agam ini membuatkan Finn Qaees memberhentikan seketika motorsikal berkuasa tingginya di hadapan rumah. Cermin helmet dinaikkan sementara anak matanya melirik tajam kereta itu.
" awak kenal ke ? " soalku apabila riaksi wajahnya agak tegang setelah melihat kenderaan tadi.
Dia hanya menggeleng, membisu sehingga kami menapak masuk ke dalam rumah agam ini.
" kak Dhia —— ! " seiring dengan jeritan Auni , kaki ku dipeluknya. Seperti biasa, tubuh kecilnya ku dakap erat sebelum melirik Finn Qaees yang berbual dengan Haqiem Reynold .
Kurang pasti akan perbualan mereka , namun jelas kelihatan lelaki itu marah , rahangnya diketap bersama kerutan di dahinya dengan setiap butir bicara Haqiem Reynold.
" kak Dhia , " mataku refleks jatuh pada Auni . Kanak-kanak ini memeluk erat kakiku sambil terdongak mempamirkan senyuman lebarnya.
" kak Dhia akan tidur sini ke ? Dengan Uni ? " soalnya dengan wajah yang mengharap. Senyumanku memudar .
" Uni , kak Dhia bukan tak nak tidur sini tapi ... kak Dhia kena balik rumah lepas dinner nanti —— " jawapanku pantas membuatkan dia menjauh. Genggaman pada kaki ku longar sebelum dia berundur lagi beberapa tapak ke belakang.
" kalau dia dah tak sudi, tak perlu kita nak paksa —— " suaranya menyampuk , sebelum bahu Auni digenggamnya, sambil menjeling ke arahku.
" kau memang —— , " kata-katanya terhenti seketika , melirik pada Auni yang masih bersama kami , mendengar segala perbualan ini. Wajahnya tegang sebelum dia berbisik pada kanak-kanak itu. Tidak sampai beberapa saat , tubuh kecil Auni berlari meninggalkan kami berdua , bersendirian memandangkan Finn Qaees sudah hilang entah ke mana, mungkin ke biliknya.
" aku tak nak buang masa so , I'll straight to the point ... jauhi sepupu aku , " tegas suaranya menandingi kebisuan antara kami.
Hela berat aku lepaskan , menatap wajah lelaki ini.
Cuba mencari di mana titik yang membuktikan kecenderungannya ke arah jantina sama.
" kalau awak risau saya rebut Finn Qaees dari awak, baik awak simpan je kerisauan awak tu. Saya... tak ada hubungan melibatkan apa-apa jalinan perasaan pada sepupu kesayangan awak tu —— "
Selarku , merapatkan kedua tangan ke dada.
" suka hati kau nak fikir apa, yang pasti kau jauhkan diri dari dia " tegasnya lagi , sambil merenung ku tajam . Seakan menembusi mataku , mencerna segalanya hingga ke kornea mataku.
Buat seketika, aku melihat sinar kehibaan dalam anak matanya namun hilang seusai suara Finn Qaees menyampuk perbualan kami.
Refleks, aku berpusing melihat lelaki ini menghampiri kami. Wajahnya tegang , melirik sepupunya buat seketika sebelum kembali menikam wajahku.
" kau ada alergik dengan seafood ? " pertanyaan itu membuatkan aku terpegun sesaat sebelum dia berdehem bagi mendapatkan jawapan dari ku.
" tak ? "
Keningnya terjungkit , ketegangan yang merasuk wajah itu memudar digantikan dengan senyuman sinis yang menjadi trade mark lelaki ini.
" its that an answer or a question princess ? " mendengar sahaja panggilan itu meniti di bibirnya pantas membuatkan aku pusingkan bola mata ke atas. Tawanya terletus namun jenaka itu tidak diterima baik oleh sepupunya yang masih berada bersama kami. Menyaksikan babak murah ini.
Dengusan kasar melenyapkan tawa Finn Qaees yang kini melirik sepupunya yang sudah meninggalkan kami berdua.
Aku mengeluh berat , turut sama melirik kepergian lelaki gay itu ,sehinggalah Finn Qaees bersuara.
" kau hiraukan je Haq tu, dia cuma risaukan Uni —— "
" kenapa pulak dia nak risaukan Uni ? Apa kena mengena dia dengan Uni ? " selarku tanpa sempat mencerna baik buruk pertanyaaan ku.
Jelas , pertanyaan itu menggangu lelaki ini. Rahangnya diketap kuat , matanya tajam melirikku dengan pandangan maut. Membuatkan aku terkejut dengan perubahan drastiknya.
" the least you know, the better princess —— " perlahan namun cukup menegaskan isi bicaranya.
" macam mana kau jaga dia? AKu dah suruh kau tengokkan dia kan?! " tengkingan Finn Qaees membisukan Haqiem Reynold. Lelaki itu tertunduk, menyesali kesilapannya. Kalau sahaja dia tidak keluar melawat kakaknya ,pasti dapat menghalang lelaki itu berjumpa dengan Auni.
" Finn, aku tak sengaja ... aku ke—— " bicaranya mati serta merta saat mata Finn Qaees menikam wajahnya.
" kau pergi mana sampai lupa yang aku minta jagakan Uni ? Apa yang lebih penting dari Uni huh —— " mendatar pertanyaan Finn Qaees namun cukup menyerlah ketegasan dalam butir bicaranya.
Alasan. Haqiem Reynold membisu .
" aku salah , " hanya itu menggantikan alasan sebenarnya. Kerana dia tidak mampu memberitahu hal sebenar kepada sepupunya. Tidak dalam situasi begini. Hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sudah sedia tegang.
Finn Qaees mengeluh berat , kedua tangan dikepal kuat di sisi kaki.
" apa yang dia cakap ? "
Haqiem Reynold menelan liurnya, membasahkan bibir sebelum menjawab pertanyaan sepupunya,
" dia nak Uni —— "
Hanya dengan tiga perkataan itu sahaja sudah mampu membuatkan sepupunya melodak marah. Almari pakaian yang bertemakan cermin itu ditumbuk olehnya , serpihan kaca berderaian memenuhi lantai bersama titisan darah merah yang jatuh dari tangan Finn Qaees.
Chat dari salah seorang classmate aku , Reza ku tatap kosong bersama keluhan berat. Masing-masing berbincang hal mengenai social work yang terpaksa kami laksanakan mengikut jumlah jam yang diperlukan bagi mendapatkan markah.
260 jam perlu dihabiskan untuk kerja sukarelawan ini.
" kak Dhia suka Uncle Haq yer ? " tebakan mengarut oleh Auni membuatkan aku tercengang. Suka ! Huh!
Berpasir mulut aku mendengar perkataan suka itu lagi-lagi bila ditujukan pada lelaki itu.
" akak tak suka pun dekat Uncle Haq ... lagipun, uncle Haq suka kat orang lain tahu? Uni nak tahu tak siapa ? " sengaja aku memancing kanak-kanak ini. Biar padan muka si gay tu !
" siapa? Beritahulah dekat Uni... Uni nak tahu... hum.." lenganku digoncang olehnya bersama bibirnya yang dimuncungkan bak itik .
Senyumanku melebar , bersedia memberi jawapan jujur kepada kanak-kanak itu hinggalah tiba-tiba ada tangan yang menekup mulutku dari belakang.
" lebih baik Uni tanya uncle Haq je daripada tanya perempuan ni —— " suara itu bukan sahaja mengejutkan aku malah membuatkan aku terbangun dari sofa cuba meloloskan diri darinya.
Sejurus sahaja berjaya, aku berpusing menatap wajah HAqiem Reynold yang memberi jelingan maut padaku.
Aku kena basuh mulut aku dengan klorox !
" kau jangan memandai-mandai nak kotorkan pemikiran budak ni eh ! "
" kotor? Saya nak kotorkan ? Eh, sedar sikit awak tu yang tunjuk teladan songsang dekat dia , "
"Songsang kau cakap —— "
"Memang, awak ni tut.tut kan? Mengaku jelah —— " selarku menambahkan lagi kemarakan amarahnya . Lewat ekor mataku, aku melihat dia sudah berura-ura ke depan sambil menyinting lengan bajunya.
Tawa ku meletus meski kedengaran kekok, apabila melihat perbuatannya yang kebudak-budakkan itu.
" nak gaduh ke ? Marilah, ingat saya takut —— " lengan baju turut aku sinting ke siku , bersedia untuk turut serta dalam pergaduhan ini.
Belum sempat aku mahu menapak ke arahnya, tubuhku terasa di awangan. Kaki tidak terjejak di lantai sekali gus haruman maskulin meresap ke rongga pernafasan membuatkan jantung mengepam darah dengan kelajuan maksima.
" Never know that you're a fighter princess —— , I'm impress " nafas hangat menyucuk di belakang kepalaku, dengan lengannya yang melingkar di pinggang membuatkan aku sedar keadaan ku tika ini.
Uh, tidak dilupakam penonton setia yang berada bersama kami. Auni dengan mata yang membulat dan Haqiem Reynold dengan muka menyampahnya.
Namun ,yang paling tidak boleh diterima adalah babak ini disaksikan oleh Datin Syahirah juga yang tersenyum ke arah kami dengan maksud yang misteri.
Tbc
Vote
Comment
By: eun
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top