BYT| 32
Kaki terus menapak tanpa tuju. Hati aku kosong , kosong tanpa sebarang perasaan lagi-lagi selepas panggilan telefon dari pembantu nenda, Datin Analusia.
Bibir ku tersenyum pahit , mengembalikan kembali perbualan itu ,
" aunty call cuma nak maklumkan kamu untuk pulangkan semula kunci kereta dan segala kemudahan yang Datin Sri berikan pada kamu ——
" —— credit card kamu dah diblock , hanya bayaran kolej kamu sahaja , dibayar sepenuhnya untuk sem ni — itu pun kerana belas dari Puan Sri , kamu patut bersyu—
Tubir mataku hangat , tanganku kuat menggenggam beg pakaian.
Aku bukan kisahkan perihal duit ataupun kereta itu hanya, hati aku pedih menerima hakikat ini.
Kaki aku terus melangkah ke arah bus stop , namun terpegun seketika apa bila melihat insiden di hadapan mataku.
Sepasang kekasih bertengkar , lelaki itu bertegas menarik wanita itu keluar dari kereta.
Tanpa sedar, aku menghampiri mereka ,
" I dah cakapkan sebelum ni! I tak nak ada kena mengena dengaan you lagi ! " tengking wanita itu sebelum menolak tubuh lelaki itu menjauhinya.
"—— hey ! You jangan ingat senang-senang je you nak buang I ! Ingat sikit siapa yang merayu bagai nak balik dekat I ! You jugak kan—— "
Kali ini , lelaki itu mencengkam kuat lengan kekasihnya apabila wanita itu ingin meloloskan diri ke dalam kereta ,
Pergelutan berlaku dan sekelip mata , aku menjerit bila mana lelaki itu ingin menghayun helmetnya ke arah kekasihnya,
" —— aku tak tahu , " gumam Haqiem Reynold , kepalanya menunduk menekur lantai simen.
Qaseh tersenyum sinis, wanita itu duduk bersandar di sel besi , tersengguk-sengguk kepalanya ketawa kecil. Pantas membuatkan adiknya terdongak, merenung kosong kakaknya.
"Qaseh—— , lupakan jelah dia hum ? " lembut lelaki itu merayu , anak matanya mencari mata Nur Qaseh .
Namun tidak bagi wanita itu, rayuan itu langsung tidak menjejaskan dirinya. Malah, jelingan maut diberikan olehnya mematikan segala hasrat adik lelakinya.
" aku suruh kau bawa dia datang jumpa aku , bukan nak menasihat aku ! " selar Qaseh menambahkan kerutan di dahi Haqiem Reynold.
Kegusaran bermaharajalela dalam diri lelaki itu , mendepani wanita ini.
" —— aku nak jumpa dia Haq, aku rindukan dia ... , kau tak kesiankan aku ? " kali ini , dia menggunakan taktik lebih halus , memerangkap lelaki itu dalam simpati.
Haqiem Reynold melarikan pandangannya ke arah lain kerana dia tahu benar taktik wanita itu. Dia sudah masak dengan sikap kakaknya. Sisi wanita itu yang pelbagai mengikut matlamat yang ingin dicapainya.
" atau, kau bawa aku jumpa dia ... boleh —— "
Haqiem Reynold terdiam, jelas wajahnya terpempam dengan cadangan Qaseh . Namun wanita itu hanya tersenyum lebar , seakan cadangannya langsung tidak bertentangan dengan undang-undang. Polos merenung Haqiem Reynold.
" bawa aku keluar dari sini Haq —— "
" thanks again , " ucapnya sambil menggenggam erat kedua tanganku.
Wanita ini, yang hampir dipukul oleh bekas kekasihnya tersenyum manis padaku. Mujur sahaja lelaki itu terus beredar selepas mendapati ada orang yang melihat perbuatannya. Kalau tidak ,pasti aku pun tak akan berdaya nak tandingi seorang lelaki. Aku masih perempuan.
"I tak tahulah kalau you tak ada tadi... thankyou sangat Dhia, "
" tak ada apalah, saya kebetulan ada dekat situ. Tapi, awak ok ke? Nak pergi klinik atau balai —— "
Dia menggeleng lemah sebelum menyambung , " its okey, nothing serious , and btw , I Velerie , just call me Vel —— , "
Senyumannya ku balas , sebelum deringan telefon mengejutkan kami berdua. Melihat sahaja nama FinnQaees tertera di paparan skrin , terus aku jawab.
"—— kau pergi mana? Bukan aku suruh kau stay je dekat rumah ke ? "
Entah mengapa bibirku tersenyum seusai mendengar suaranya,
" saya keluar jalan-jalan, lagipun —— awak bukan suami saya yang kena minta izin sebelum keluar bagai , "
" huh, kalau nak kahwin cakap jelah , tak perlu nak sindir aku —— "
Wajahku berbahang serta merta, telefon aku alihkan ke telinga kiriku ,sesekali melirik ke arah Velerie yang tersenyum padaku.
" saya tak ada sebut pun pasal tu ! Awak jangan nak pandai -pandai —— " gigiku kacip, berbisik sedikit padanya.
Dia mengeluh kuat , " —— apa-apa jelah, kau hantar location sekarang , aku datang ambil "
Sejurus itu dia mematikan panggilan ini tanpa sempat aku bersuara .
"Boyfriend ye ? " pertanyaan Velerie secara mengejut ku balas dengan gelengan.
Tiada apa-apa antara kami, andai ada sekali pun , aku tak tahu apa hubungan ini —— kawan? Atau hanya orang asing ?
Surat makluman dari pihak kolej itu ku renung kosong. Aku fikir surat ini mungkin salah alamat namun selepas membuat panggilan pada pihak kolej dan diberi kata putus , keluhan berat tidak mampu ku tahan dari terletus di bibirku.
Finn Qaees merampas surat itu dari tanganku, membaca isi surat itu dengan teliti sebelum bibirnya tersungging sinis.
" tsk, social work ? " sindirannya ku hiraukan, menaikkan volume televisyen.
Dia melabuhkan duduk di sebelahku , tidak terlupa ketawa sinisnya menyindirku sebelum sekali lagi remote control dia tarik dari tanganku. Volume diperlahan sebelum tubuhnya memusing , berdepan dengan ku.
Sebal dengan sikapnya, aku sudah berura-ura mahu beredar namun dihalangnya apabila lenganku digenggamnya.
Wajahnya berubah dari sinis kepada serius. Anak matanya tajam menatapku buat sesaat dua sebelum senyuman kecil terlakar di bibirnya.
" —— malam ni dinner dekat rumah mummy aku. Auni, rindukan kau , "
Auni,mendengar sahaja namanya membuatkan aku tersedar sudah lama aku tak menemuinya, sejak ... kes halau ——
" I'm sorry " lembut suaranya memancing perhatianku. Membuatkan aku sedar bahawa aku masih tidak mengenali lelaki ini, lelaki yang mempunyai sisi tersembunyi , sama ada baik atau sebaliknya . Tanpa sedar aku terperangkap di dalamnya.
" aku tak berniat pun nak halau kau masa tu , " ujarnya masih menatapku dengan tatapan yang tidak dapat ku cerna maksudnya.
" —— memandangkan kau 'terikat' dengan aku , jadi aku rasa , tak salah kalau aku pun 'terima' kehadiran kau dalam hidup aku kan—— lagipun , takdir tak pernah salah ... "
"—— dan takdir 'mengikat' kita berdua dengan cara yang tak disangka , " dia tersenyum sebelum menyambung lagi , " jadi lebih baik 'kita' tak cuba 'lari' dari realiti ni kan—— "
Jantungku berdetak kuat , bukan kerana terharu mahupun gembira, namun kerana terkedu , menyedari bahawa sudah tiada lagi jalan keluar lorong hitam ini.
Aku terperangkap dalam lorong hitam yang tidak berpenghujung , setiap langkah ku biar maju ke hadapan mahupun berundur ke belakang menjurus aku ke dalam kegelapan , dan aku tidaa pasti apa yang menantiku di hujung lorong ini
Haqiem Reynold menghampiri Datin Syahirah yang sedang meluangkan masa dengan sahabat persatuannya, berbual rancak sehingga tidak sedar kepulangan lelaki itu.
"Uh, Haq , balik dah —— "
Haqiem Reynold mengangguk perlaham sebelum melirikkan senyuman kecil pada tetamu ibu saudaranya,
" Uni tidur ke aunty ? Haq tak nampak pun dia —— "
Datin Syahirah menyisip tehnya sebelum menjawab , " dekat laman belakang , kawan Finn datang nak jumpa Uni , "
" kawan ? " soal lelaki itu aneh dengan pernyataan ibu saudaranya. Tanpa membuang masa , dia terus meluru ke belakang rumah. LAman dituju dan sejurus kakinya menapak di atas rumput hijau itu, kakinya pegun .
Dihampiri kanak-kanak itu yang sedang berbual dengan seorang lelaki. Haqiem Reynold masih ragu-ragu kerana lelaki itu membelanginya, tidak dapat ditebak identiti lelaki itu.
Sesekali tawa halus Auni bergema, nampaknya lelaki asing itu tidak berniat buruk pada kanak-kanak itu bamun masih tidak mampu menghilangkan debaran di hati Haqiem Reynold.
" Uni —— " panggilan darinya membuatkan mereka berdua tersedar akan kehadirannya. Auni pantas berlari ke dalam dakapannya , meninggalkan lelaki asing itu bersendirian.
" kau siapa —— "
Lelaki itu membisu, anak mata merenung ke arah Auni yang berdiri di sisi Haqiem Reynold .
" aku Lufasz , " ujarnya memberi tenungan tajam pada Haqiem Reynold sebelum menyambung , "—— her father , " matanya melirik Auni menegaskan kenyataan itu .
" dan aku nak ambil anak aku balik —— "
Tbc
Vote
Comment
By : eun
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top