BYT| 27
Finn... sayang ? —— awak ?'
Suara seorang wanita bergema , sayup -sayup kedengaran mengisi ruang gelap ini.
Lelaki ini pegun, terpegun dalam kegelapan. Tiada sebarang cahaya yang dapat menyinar ruang itu. Kedinginan telapak tangannya , menyentuh lantai simen. Juga kakinya. Menyentuh terus lantai itu.
Dia di mana...
Dia ingin berdiri, bergerak ... namun tubuhnya seakan diikat... dengan ikatan hayalan. Anggota tubuh badannya kaku, hilang fungsinya.
' Finn.... tolong saya... saya perlukan awak... Finn ' sekali lagi suara itu bergema halus.
Suara itu kedengaran dekat namun jauh. Jauh... namun hakikatnya hampir.
' jangan lupa janji awak Finn ... jangan hampakan saya.. '
Finn Qaees menyelak helain fail di pejabat Luth. Bersahaja duduk di atas meja sahabatnya , manakala Luth pula duduk di sofa tunggal.
"Tak kan nak biarkan je perempuan tu ? " pertanyaan Luth menghentikan seketika pergerakan Finn Qaees.
" Then, kau nak aku buat apa? Dia sendiri nak urus hal ni . "
Luth mengeluh. Tergeleng dengan sikap lelaki itu. Kurang sesaat , fail di tangan Finn Qaees direbut sebelum dilempar kasar ke meja.
" boleh tak sekali ni je kau serius? Ini melibatkan kau! Kalau kes ni diteruskan—— , aku terpaksa soal siasat kau juga , masih tak sedar -sedar lagi?!"
Finn Qaees mengeluh , anggukan seakan faham meski tampal terpaksa.
Dia turun dari meja lantas menepuk perlahan bahu sahabatnya.
"Aku tahulah nak uruskan, kau buat kerja kau ja. " sejurus itu Luth hanya melirik kepergian lelaki itu .
Tangannya kuat menggengam hujung meja itu sambil menghela nafas berat yang ditahan buat kesekian kali. Tanpa sedar dia mengeluarkan dompetnya, anak mata merenung penuh kekesalan pada gambar yang diselit di dalamnya.
Wajahnya ku tatap hiba, sebelum jatuh pada balutan di tubuhnya yang terselindung di balik kemeja pesakit berwarna biru putih itu.
Tak terungkap rasa kesalku melibatkan dia dalam hal ini. Tak terlintas di hati .
Panggilan namaku yang berulang mengalihkan pandangan aku ke wajah wanita itu. Datin Analusia melirikku dengan senyuman kecil.
"Tolong tengokkan Niel kejap, aunty nak ke toilet, boleh kan—— "
Anggukan pengganti suaraku. Entah mengapa sejak berada di hadapannya, suaraku ibarat tersekat di kerongkong. Perit untuk menuturkan satu perkataan pun.
" Earth to Dhia. " Daniel merenungku polos. Mangkuk bubur di tangannya diletakkan di meja bersebelahan katil.
Baru tersedar , ibunya sudah keluar meninggalkan kami bersendirian.
"Awak ok —— ? " canggung tapi itulah pertanyaan yang keluar dari mulutku.
Ku dengar tawa halusnya. Tidak sinis , namun kelat .
"Aku yang patut soal kau. Are you really ok ? Sebab apa yang aku nampak sekarang, you are not good. You are terrified . "
Terdiam. HAnya mampu terpegun menatap matanya. Mulut ingin berbicara namun kata-kata tak terlekat di suara. I'm lost of words. Hopeless.
" Dhia.... jawab aku—— " suaranya separuh merayu. Merayu sebuah jawapan dari aku. Explanation.
"I'm sorry. " rintihku , menjatuhkan pandangan pada kedua lututku. Air mata yang ingin mengalir ku tahan seadanya.
"Dhia... aku tak perlukan kata maaf kau. I just need your explanation... Dhia...pandang aku —— "
Bibir aku pagut lemah , menyambung tautan mata kami. Sepasang anak matanya yang meraih kejujuran. Jawapan dari aku.
"Maaf Daniel... I'm truly sorry. " gelenganku membuatkan sinar matanya luntur. Kerutan di dahinya berganti.
Tak sanggup lagi bertahan, kaki aku tegakkan ,berpusing membelakanginya. Aku tak boleh tarik dia dalam hal ni. Tak. Aku akan urus sendiri. YAng pasti, aku tak akan lepaskan Finn Qaees. Dia perlu bertanggungjawab atas segala malapetaka ni. Dia punca segalanya!
" Its better you know nothing Daniel. " balasku lemah sebelum kaki aku menapak ke arah pintu keluar sebelum, sebelum kata kata itu keluar darinya. Automatik buat tubuh aku berpusing memandangnya .
Anak matanya merenungku dalam. Seakan mahu menegaskan butir bicaranya.
" Let me protect you then, —— marry me Dhia. "
Dua hari berlalu begitu sahaja selepas 'lamaran'nya. Dan sejak itu , aku menjarakkan diri darinya. Kekok, sampai aku tak tahu apa yang patut aku respon. Lamarannya yang terlalu drastik hingga buat aku ragu-ragu. Sama ada dia tahu hal sebenar. Jawapan sebenar , orang-orang itu...atau lagi teruk...dia tahu kisah aku dengan Finn Qaees. Buntu.
Kesejukkan air yang menyapa kulitku membuatkan aku tersedar bahawa gelas yang tadinya kosong kini dipenuhi air sejuk hingga melimpah keluar. Botol air aku biarkan di atau kaunter sebelum bergegas mendapatkan tisu.
Air yang melimpah hingga tumpah ke lantai aku lapkan kering. Terpaksa melutut hinggalah lantai itu benar-benar kering. Mungkin.
Berdiri sahaja aku dikejutkan dengan susuk tubuhnya yang hampir denganku. Membuatkan aku hampir tergelincir ke belakang namun sempat lengannya memaut pinggangku dan ditarik rapat ke dadanya.
"Daniel—— " kedua tanganku tekap ke dadanya,berhati-hati agar tidak tersentuh luka jahitannya, lantas ku tolak jauh dari ku. Jarak terbina antara kami namun dia pantas mendekatkan kembali. Kedua lengan aku diraih.
"Jangan buat aku macam ni Dhia. Please... "
Sekali lagi aku cuba meloloskan diri darinya , tidak berhasil. Dia masih dengan kedegilannya dan aku.. masih dengan ketegasanku.
" Dhia please... "
"Daniel tolonglah, saya tak nak luka jahitan awak terbuka nanti. "
"Asalkan kau janji. Kau tak lari dari aku kalau aku lepaskan tangan kau —— " permintaan yang sukar untuk aku penuhi kerana itu sememangnya pelanku. Namun , beralah dengan situasi ini. Aku anggukan sahaja.
Perlahan-lahan dia melepaskan tanganku . Dapat ku rasai tenungannya tepat menembusi wajah.
"Kenapa... kenapa kau mengelak dari aku. Atau, sebabkan —— "
" Saya tak lari dari awak ..atau, mengelak! " penipuan, dusta belaka.
"—— saya cuma... its too sudden, saya tak terkata apa-apa dengan ..... " keluhan berat meniti di bibirku. "Daniel, saya rada awak perlu fikir semula.... perkara yang awak luahkan kat saya,"
Melihatkan wajahnya yang berubah buat aku ketap bibirku. Luluh.
"—— you din't believe me? You think that I just fuckin' around and propose anyone hun? How —— "
Aku ingin menidakkan segela tanggapannya namun kehadiran salah seorang pembantu rumah di sini mematikan hasratku.
"Cik Dhia...uhm, Encik Daniel—— " sapaan dari maid itu ku balas senyuman sementara Daniel hanya pegun. Tidak mahu tampak aneh di mata maid itu lantad aku mendapatkannya. Sempat aku melirik pada dulang minuman di tangannya.
"Nak bawakan ke depan ke ?" Soalku, sesekali melirik Daniel yang masih kaku di tempat tadi.
"Ye Cik Dhia. "
"Kalau macam tu , biar saya bawakan, sebab saya pun nak ke depan... " dulang itu ku ambil lalu dengan segera keluar dari dapur itu.
Saat kaki memijak ruangan tamu itu, mataku pantas mencerlung pada susuk tubuh itu. Tambah gusar bila mana seakan ada perbincangan antara mereka.
Sedar kewujudan ku, pantas dia berdiri. Meraih perhatian nenda yang turut sama menoleh memandangku dengan pandangan yang sukar untukku tafsir.
"N— nenda, a— apa dia buat dekat sini? " soalku tanpa melihat lelaki itu.
Nenda mengeluh, menambahkaan lagi kegusaranku lagi-lagi bila mataku menangkap senyuman sinis di bibirnya.
"Nenda tak tahu, yang Dhia bersama dengan dia selama Dhia hilang hari tu. " kelam sahaja suara nenda.
Dia beritahu segalanya? Tapi kenapa?
" Nenda..Dhia cuma —— "
"Jadi betullah kamu dengan dia —— " pintas nenda tanpa sempat ku habiskan kata-kata.
Dia betul-betul ceritakan segalanya!
"Ya nenda tapi Dhia —— "
"Nenda kecewa . " balasan nenda membuatkan aku kelu. Tidak memahami maksud respond nenda yang agak aneh ini. Kecewa? Kenapa?
Seakan merasakan masanya untuk bersuara muncul, Finn Qaees menapak ke hadapan membuatkan aku sedar kembali kehadirannya.
Anak matanya merenung ku dalam, dan ada sesuatu dalam matanya yang memberikan aku aura negatif. Negative vibes.
" it might a bit harsh and ..rude, but we slept together and —— we kind of forgot about a small things called .... , protection. " pengakuannya yang lancar itu membuatkan jantungku seakan berhenti berdegup.
Prang !
Bukan gelas di dulangku, namun .... gelas di tangan Daniel Kelvin yang menyembah lantai.
Tbc
Vote
Comment
By:Eun
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top