BYT | 26
Kaku.
Numb.
Itu yang aku rasakan sekarang. Dihadapan operation room , kami menunggunya bertarung nyawa. Hanya doa yang mampu dititipkan. Moga segalanya berjalan lancar.
Di sudut sana, ibunya sedang menangisi bala yang menimpa anak lelakinya.
Dan di sini, aku meratapi keKesalanku sendiri.
Tangisan Datin Analusia menyelubungi kehibaan ini. Mujur sahaja ada nenda disisinya, cuba memujuk wanita itu.
" —— apa salah Niel puan Sri... anak saya tak pernah ada musuh pun... siapa..siapa yang tega buat dia macam ni... "
Dia, tak salah. Aku yang bersalah. Musuh itu musuhku. Atau... itu yang aku percaya.
"Sabarlah Ana... kita serahkan semuanya pada pihak polis. Report pun kita dah buat tadi... kita serahkan segalanya pada mereka sahaja ya —— "
Aku bangum dari tempat duduk , menapak perlahan meninggalkan kawasan emergency itu.
Aku tahu nenda menyedari kepergian ku, tapi aku tak kuat untuk mendepani kekesalan ini. Kaki terus ku orak tanpa tujuan.
Aku perlukan ruang untuk bernafas dan berfikir sewajarnya.
Bangku kayu yang terletak di kawasan taman herba hospital ini ku tuju. Perlahan melabuhkan duduk di bangku itu. Dingin.
Sepantas kerdipan mata, fikiran melayang pada insiden itu. Masih segar di ingatan.
Tembakan demi tembakan. Keriuhan jeritan minta tolong dari orang sekeliling . Ada yang bersembunyi , berkejaran mencari tempat perlindungan meski sedar mereka bukan targetnya.
Pincu pistol dikunci ke sasarannya. Tepat disasarkan pada ku. Refleks, tubuhku hilang koordinasi,seakan terpegun menanti peluru itu menembusi tubuhku.
Namun, kehangatan tubuhnya membaluti kedinginan tubuh kaku ku. Wajahnya tidak ku sempat ku lihat kerana kepalaku ditahan ke dadanya. Seakan melindungi aku.
Tubuhnya bergetaran. Seakan menahan satu daya yang kuat menembusi tubuhnya hingga terasa di tubuhku jua.
Dan ia berlaku sekali lagi sebelum pelukannya terlerai diikuti tubuhnya yang melorot ke tanah.
Darah. Hanya darah menjadi saksi insiden ini. Memenuhi tubuhnya ,tanpa ku sedar darahnua terpalit jua ke wajahku.
" Maaf—— "
Aku toleh ke sisi, seorang jururawat wanita tersenyum padaku. Mesra.
"Cik Dhia Hazatul?"
"——Ya saya." Kedua kaki aku tegakkan , " Kenapa ye ?"
"Saya cuma nak maklumkan ada panggilan dari balai untuk Cik Dhia , mereka minta Cik Dhia untuk ke balai dengan segera. "
" uh, baiklah. Terima kasih."
"Sama-sama. " seusai itu , dia pamit meninggalkan aku kembali.
"Keluarga Encik Daniel Kelvin? "
Datin Analusia pantas meluru mendapatkan doktor berjubah hijau yang baru keluar dari ruangan OT itu.
"Saya ibu dia. Macam mana anak saya doktor? Anak saya tak apa-apa kan... "
"For now, operation berjaya keluarkan dua biji peluru. Tapi, salah satu peluru telah menembusi bahagian organ penting —— pendarahan dapat dikawal cuma ... buat masa ini kita cuma perlu menunggu pesakit sedar dan —— dignosis seterusnya akan dilaksanakan. "
Tubuh Datin Analusia hampir hilang imbangan namun sempat dipaut oleh nenda.
"Anak saya Puan Sri... "
Sekali lagi aku liarkan mataku ke seluruh kafe ini sebelum jatuh pada pegawai polis dihadapanku.
Aneh bercampur curiga dengan lokasi pilihan pegawai ini. Bukan sepatutnya hal ini dibahaskan di balai? Mengapa pula di kafe sebegini?
"Cik Dhia right—— , saya inspektor Luth bahagian jenayah berat . " ujarnya memulakan bicara.
Aku hanya menggangguk perlahan. Sesekali melirik kad idnya yang diletakkan di hujung meja bersama cap hitamnya.
"Urm.. maaflah kalau cik Dhia kurang selesa dengan tempat ni. Cuma saya rasa, kes cik Dhia ni special sikit. Sebab tu saya tak bincang di balai. "
"Maksud tuan ?"
"Macam ni lah Cik Dhia, saya straight to the point jelah—— " tangannya kini menyilang ke dada bersama wajah yang dingin.
" kenal Finn Qaees ? "
Terdiam. Terkebil-kebil mencari jawapan yang tepat. Sama ada aku perlu beri jawapan jujur atau ——
" cik Dhia tak perlu bimbang. Sebab saya tahu kalian memang kenal satu sama lain. "
Bibirnya terukir senyuman , namun tampak sinis pada pandanganku.
" report yang cik Dhia buat ... ada kaitan dengan Finn Qaees kan? Penjenayah yang menembak mangsa , Encik Daniel Kelvin bukanlah target mereka. Tapi cik Dhia sendiri. Betul ? "
Lelaki ini masih mendesakku dengan caranya hingga buat aku mati kata-kata.
"Who are you —— " selarku masih tersisa ketegasan meskipun keberanianku sudah lama meninggalkan jasadku.
Pertanyaanku hanya dibalas senyuman sebelum nama Finn Qaees disebutnya lagi, namun kali ini lebih kuat seakan memanggil orangnya.
"Luth —— "
Suaranya menyentak perhatianku. Sekelip mata, tubuhnya dihadapanku.
Matanya merenung ku dalam , tidak menghiraukan langsung Luth yang berada bersama.
" Lama tak jumpa... cik bidadari. "
" —— no , saya tak setuju. " kedua orang lelaki ini ku jeling sekilas. Tak akan aku korbankan Daniel hanya untuk kepentingan Finn Qaees!
Luth mengeluh berat sambil merenung sahabatnya. Bila aku dapat tahu sahaja hubungan mereka berdua ini ,anginku sudah memburuk. Finn Qaees benar-benar melampaui batas! Tergamak dia pergunakan sahabatnya untuk suruh aku gugurkan dakwaan ini!
" Saya tak akan tarik balik report ni! Awak sedar tak yang mangsa kes ni terlantar dekat hospital sekarang ni dan saya sendiri tak tahu apa keadaan terkini dia. Dan awak berdua —— dengan tiada hati perutnya ... cadangkan saya idea bodoh ni? " selarku tanpa berselindung lagi. Aku lihat pegawai itu mahu mencelah ,mungkin mahu membela dirinya namun pantas dihalang Finn Qaees yang sedari tadi membisu.
Aku larikan mataku darinya, tidak mampu bertentangan dengan manusia ini.
"KAlau tak ada apa-apa lagi, saya nak balik ! Ada pesakit yang perlu saya lawat ! "
" Kau jangan lupa —— " Finn Qaees tiba-tiba bersuara. Mematikan hasratku untuk beredar dari sini. Malah, kaki ibarat terpaku di lantai.
" — mungkin hari ni peluru tu tembus tubuh orang lain, tapi ... tak mustahil esok .. kau pula. " mendatar suaranya namun tepat menikam jantungku.
" —— dan cara kau dengan buat report ni, aku tegaskan... perbuatan bodoh kau ni akan memakan diri kau sendiri. Daripada target mula hanya kau... kemungkinan besar mereka akan target keluarga kau nanti —— "
TAnganku kepal kuat di sisi kaki. Saling bertentang mata dengan lelaki ini.
"Awak lupa sesuatu Finn Qaees. "Gigiku saling menggacip kuat ,menahan amarah yang menggunung tinggi. " —— semua ni terjadi kerana awak. Awak punca segalanya. "
Wajahnya berubah. Aku nampak. Jelas kata-kata aku memakan dirinya sendiri.
" Dan —— encik Luth. " kini pegawai itu jadi sasaranku.
" mana etika awak sebagai pegawai polis ? "
Tegang. Itu situasi antara kami. Tiada suara yang mencelah lagi. Hanya tenungan tajam berbalas menggantikan bicara.
"Aku cuma nak selamatkan kau. " perlahan seakan bisikan di telingaku. Finn Qaees membalas pandanganku,masih tidak mengalah.
"Selamatkan saya? Excuse me , saya salah dengar ke atau... Finn Qaees depan saya ni palsu? " selarku dengan senyuman sinis.
"Dengar baik-baik Finn Qaees, saya... tak perlukam bantuam awak . Ini hal saya jadi lebih baik awak jangan masuk campur hal ni. Awak dan saya tiada kaitan antara satu sama lain. Dan saya dah anggap—— pertemuan kita di pulau hari tu... hanya satu kesilapan——... saya balik dulu. "
Langkah ku atur namun kata-katanya sekali lagi membuatkan aku pegun.
"Takdir tak pernah silap Dhia. "
Did he knows that she hurt. Did she knowledge his past is hell. No, they know nothing about themselve. They keep hurting and dying.
Whose gonna help them out?
Faith.
Tbc
Vote
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top