BYT| 25
Kau hanya ilusi , cinta kita dikotori obsesi.
Sliding door aku sentuh, pegun seketika kaki ini dari melangkah ke luar apabila terdengar sayup-sayup suara Daniel Kelvin.
" —— aku tak nak tahu pasal keluarga dia, aku cuma nak tahu hubungan dia dengan Dhia. "
Aku? Apa maksudnya... atau—
"Selain daripada budak kecik tu, —— kau ni tahu buat kerja ke tak! Tak kan satu benda pun pasal dia yang kau tak dapat?! " selarnya makin membuatkan aku gemuruh, lagi-lagi bila ianya ada kaitan dengan aku.
Budak... jangan-jangan pasal Finn?
Semakin aku hampirinya yang membelakangiku , telefon setia menekap di telinganya.
"Jadi, kau nak cakap kat aku yang dia ada orang backup ? " nada suaranya makin tinggi, tidak seperti tadi yang seakan berbisik-bisik.
"—— kau dengar sini, aku tak kisah berapa banyak yang kau perlu bribe pegawai polis tu! Aku perlu rekod silam dia supaya —— "
Prang!
Mataku membulat , tubuh automatik pegun di posisi asal. Sumpah seranah ku telan saat melihat pasu yang didekorasikan di sisi sliding door itu pecah.
Tentu dia dengar. Aku pasti dia dengar !
Ku lirik selilingku ,cuba mencari akal dalam tempoh singkat memandangkan telingaku menangkap derap langkahnya menghampiri.
Senyuman terukir , kucing parsi belaan nenda ku tatap penuh minat sebelum tubuh haiwan peliharaan itu ku angkat.
Kau penyelamat aku. Cooky.
Finn Qaees meletakkan kembali kepingan pizanya ke dalam kotak. Kini, tumpuan lelaki itu pada Haqiem Reynold yang baru pulang.
" Kau pergi mana?—— "
Haqiem Reynold terdiam. Tubuhnya perlahan-lahan berpaling pada sepupunya. Renungan tajam lelaki itu memaku kakinya .
" Lepak— kenapa?" Soalnya bersahaja cuba memperdayakan sepupunya.
Finn Qaees membisu. Dia bangun dari sofa lantas menapak ke arah lelaki itu.
"—— mummy cari kau pagi tadi. Kau —— lepak dari semalam , pagi ni baru balik? " masih mencari kebenaran di sebalik alasan lelaki itu. Finn Qaees meliriknya sekilas , sebelum anak matanya menikam tepat pada leher lelaki itu. Matanya refleks mengecil, melirik kesan jari yang mencengkam leher itu. Jelas , tersisa darah kering mungkin dari tikaman kuku.
Perempuan.
Anak matanya kembali menikam wajah Haqiem Reynold bila sepupunya itu berdehem.
"Biasalah, lama tak jumpa. Tu yang lama sampai tidur rumah dorang tu. Urm, aunty cari aku kenapa? "
Finn Qaees hanya mengangguk, polos.
"Pasal—— kes mahkamah tu, mummy nak minta pendapat kau — "
"Uh. Tak apalah, lepas aku bersihkan diri aku jumpa dia. Aunty tak masuk pejabat kan ? "
" hmm. " pendek balasan Finn Qaees sebelum berpusing , namun baru beberapa langkah dia berhenti.
"— uh,Dan ... kau tak pandai menipu . Dan aku hairan macam mana kau boleh jadi lawyer—— " ayat terakhir digumam perlahan olehnya namun isi bicaranya jelas membuatkan Haqiem Reynold mati kata-kata.
15 tahun lepas
Si abang , Adam Kelvin yang berumur 10 tahun mengejar adik lelakinya yang baru berumur 4 tahun di laman belakang rumah mereka. Jeritan riuh si abang diiringi tawa halus sang adik ,Daniel Kelvin menghiasi rumah mereka.
Tak semena-mena , si adik tersepak batu lalu terjatuh menyembah tanah. Tawa bertukar esakan sekelip mata namun pantas ditangani si abang. Tubuh kecil sang adik diusap sementara luka di kepala lutut adiknya ditiup perlahan.
Jeritam nyaring dari dalam rumah mengenjutkan dua beradik itu. Adik berhenti menangis dan kini mata bulatnya melirik ke dalam rumah. Tidak seperti sang abang yang sedar situasi yang berlaku dalam keluarganya itu.
Tengkingan dan jerkahan yang jelas dari mulut ibu bapa mereka sendiri semakim kuat hinggalah tiba-tiba tubuh bapanya berada di hadapan dua beradik itu diiringi ibu mereka.
"You jangan nak tipu I lagi Kelvin! You ingat I bodoh ke huh?! "
"You yang tak percaya dekat I! Berapa kali I cakap I tak ada apa-apa hubungan dengan Syahirah! Tak faham bahasa ke ! "
Daniel Kelvin mula teresak-esak menangis membuatkan si abang pantas mendakapnya. Kedua telinga sang adik ditekup, tidak mahu adiknya menyaksikan semua ini.
"—— sudahlah! I dah muak dengan perangai gila you ni!" Selar bapa mereka sebelum tiba-tiba merentap kuat fua beradik itu. Lengan kecil sang adik ditarik bapanya.
"You nak bawa anak I pergi mana huh! You jangan berangan nak ambik anak I untuk hidup bahagia dengan perempuan tuh!"
Ibu mereka pula berebut sang adik. Tidak menghiraukan Adam Kelvin yang berada di tengah-tengah cuba meleraikan dua orang dewasa itu.
Entah di mana silapnya , sang ibu tertolak Adam Kelvin yang kebetulan berada hampir dengan kolam renang itu.
Tubuh sang abang hilang imbangan lantas terhantuk tangga kolam renang itu sebelum tubuh kecilnya tenggelam ke dasar kolam dan disaksikan sendiri oleh kedua orang ibu bapanya. Juga, adik bongsunya.
Darah merah bercampur klorin ,menyaluti permukaan air itu.
Bahuku yang disentuh membuatkan lamunan ku terbang pergi. Wajah Daniel Kelvin ku tatap seketika. Masih kebingungan sebelum mataku meliar ke sekeliling kami.
Uh, fun fair.
" — fun fair? Kejap... I'm a bit lost. Awak nak bawa saya pergi fun fair? "
"Yeah. Boleh kan. Date dengan aku? "
"But, why? Tiba-tiba je — "
Senyumannya melebar namun langsung tidak melegakan aku tanbah-tambah selepas terdengar perbualannya yang lepas.
" —— take it easy. Anggap je date kali ini sebagai satu langkah untuk kita rapat. Or...lainlah kalau kau tak sudi..."
"Hey , Dhia... "
"Yes? " terkebil-kebil aku menatapnya, senyuman pahit ku ukirkan buatnya.
" sorry... , uhm, so, kita nak start dengan apa?" Pertanyaanku dibalas dengan senyuman lebarnya.
Sekelip mata, tanganku diraih dalam genggaman tangannya.
Tangannya meraih pinggangku. Kaku. Mataku menghangat. Setiap das tembakan yang bergema membingitkan telinga, semakin utuh tubuhku didakapnya.
"Daniel—— " suaraku tenggelam timbul , tubuhnya yang semakin lemah ku papah.
Lewat ekor mataku, ku lihat penembak yang membonceng motorsikal berkuasa tinggi itu mulai meninggalkan lokasi ini selepas dua tembakan dilepaskannya.
"Ergh..."
Tumpuanku tertumpu pada Daniel Kelvin yang mengerang kesakitan. Tangannya pantas aku genggam erat, tak ku hiraukan darahnya yang mengotori pakaianku.
"Tolong! Awak ..bertahan...tolong... Sesiapa tolong saya ! "
Manusia mula mengelilingi kami, jeritan minta tolong , keriuhan pelbagai suara menggamit keadaan .
Hanya satu perkara yang menguasai benak fikiranku.
Those was not a random shot.
Target mereka...
Aku.
Tbc
Vote
Comment
By: Eun
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top