BYT| 24



Just to remind you, chp sblum ni bca dh ke ;) , kalau dh you may continue..








Setapak ...
Degup jantungku seakan berhenti bila derapan kakinya berhenti betul-betul di sebelah ku. Bahu saling bertentangan . Mataku ...tubuhku pegun, meski aku sedar Daniel sedang berbual dengan ku namun, satu butir pun telingaku tidak dapat dengar. Tertutup. Hanya mataku melihat pergerkan mulutnya.




Masa terus berdetik, hanya hayalan aku sahaja andai berfikiran jarum jam statik hanya kerana dia melalui sebelah ku. Derapan langkahnya bersambung , juga pergerakan manusia lain di kawasan pasaraya ini.





" Hey, kau ok tak ni? Dhia? " suara Daniel mengejutkan aku dari hayalan palsu. Senyuman pahit ku lemparkan sementara dia masih lagi berbual mengenai topik yang tidak ingin aku hiraukan.



Tanpa sedar, aku menoleh  melirik tubuh Finn Qaees yang membelakangiku itu. Dia terus berjalan tanpa menyedari kewujudan ku. Atau... dia tidak perasan.



Mengapa...hanya kerana pertemuan secara kebetulan ini ...mampu buat jantung aku selaju ini.

Mengapa...
Mengapa hanya dengan pertembungan yang langsung tidak bersentuhan ini... menghadirkan rasa aneh dalam dada aku...

Mengapa...mengapa dia...






_______________





Datin Analusia menyisip minumannya sementara matanya melirik majalah fesyen itu.

Bunyi gelas pecah tiba-tiba menghiasi ruangan kafe itu. Memancing perhatiannya serta merta ke arah kaunter.


Seorang pelayan tergesa-gesa meminta maaf pada wanita yang mungkin dilanggarnya. Gelas minuman jelas berada di lantai.



Datin Analusia mengecilkan matanya melirik wanita itu. Benak memorinya seakan mengenali wanita itu.


Lantas ,tidak mahu terus dalam ragu-ragu dirinya menghampiri mereka. Saat tubuh wanita itu membelakanginya memang sukar mahu menebak , namun sejurus wanita itu berpusing mungkin sedar akan kehadirannya , tebakannya mengena tepat sekali.




" Sy-Syahirah?"


Datin Syahirah terpempam. Tidak sama sekali menyangka pertemuan ini. Masing-masing terkejut.


" Ana?"





________



"Is it true ?"



Finn Qaees statik, genggaman pada cawan minumannya dieratkan sebelum dibawa ke bibir. Pertanyaan salah seorang sahabatnya itu dibiarkan tergantung.


Luth mengeluh berat. Tergeleng kepalanya apabila Finn Qaees menceritakan hal yang berlaku di pulau .


"Kau memang tak lari dari masalah kan. Macam magnet—— " selaran Luth membuatkan dirinya hanya tersenyum senget.


" Nampaknya memang macam tu lah... so, kau boleh tolong aku tak? " soalnya pada Luth , dibalas dengan keluhan malas.



"Itulah kau, bila ada masalah memang akulah yang kau cari kan—— kau ingat aku ni urus hal kau seorang je ker kat balai tu huh? Berlambak-lambak tahu tak report yang aku kena uruskan... " bebelan Luth melucukan Finn Qaees. Meski dia tahu sudah banyak kali dirinya menyusahkan lelaki itu, namun... hanya sahabatnya yang satu itu sahaja yang dia mampu bergantung.


" — apa -apa pun, sekarang apa cerita dengan mummy kau? Masih berkeras pasal jawatan CEO tu?"



Finn Qaees angguk. Kedua tangan dirapatkan ke dada bersama keluhan malas. " The worst part is , dia gunakan Auni. Kau tahukan ... kalau pasal Auni, aku memang—— "


"Aku faham." Luth diam sejenak. Matanya melirik dalam sahabatnya. Mulutnya terbuka namum tiada kata-kata yang terkeluar dari anak tekaknya. Hanya keluhan mampu terluah.



" Auni— dah lama aku tak jumpa dia.. mesti dah besar kan ... umur berapa dah sekarang ?" Topik diubah sekelip mata.


Senyuman melebar di bibir Finn Qaees saat nama kanak-kanak itu disebutkan. Seakan nama itu sahaja mampu beri sinar kehidupan buat dirinya yang sudah lama mati.



Dan, Luth jelas melihat sinar itu dalam diri Finn Qaees. Dirinya tahu, bukan kanak-kanak itu sebenarnya yang menjadi punca kebahagian yang terpancar di wajah lelaki itu. Punca utama... tak lain tak bukan wanita itu. Wanita kesayangannya.


Qaseh Adriana

5 tahun lalu,

" —— this insane Finn ! "

Matanya merenung tajam Finn Qaees yang terbaring di katil itu. Balutan yang masih baru membaluti bahagian abdomen lelaki itu cukup membuatkan Luth kembali memalingkan perhatiannya.


" kau tak boleh terus lindungi dia macam ni! Dia tak stabil Finn! "

Finn Qaees tertunduk. Sebelah tangannya menyentuh balutan di bahagian abdomennya itu.


"Kau je boleh tolong aku Luth. Tolonglah... kali ni je.. aku minta kau tolong gugurkan kes ni. Qaseh...dia... , dia perlukan aku. Kau tak boleh penjarkan dia. Aku-aku tak boleh —— "




"Finn, dia tak akan dipenjarakan. Tapi dia perlu dihantar untuk dapatkan rawatan. Kau tak boleh biarkan dia . Satu-satunya cara kau untuk tolong dia.. adalah dengan cara ini — "


" — tapi, aku... sayangkan dia. Dia perlukan aku Luth! Aku tak boleh tinggalkan kat tempat macam tu ! "


Luth tergeleng dengan kedegilan lelaki itu.


"Jangan buta dengan perasaan kau Finn. Ini bukan cinta. Kau dan dia, —— bukan cinta tapi obsesi. Perkataan cinta, rindu, kasih...hanya ilusi buat dia ... dan kau.. dalam sedar jatuh dalam perangkap dia juga. Sedarlah Finn. "


"—— tolong sedar sebelum kau betul-betul hanyut "





Luth kembali melirik sahabatnya yang masih bercerita mengenai kanak-kanak itu.

Kesal. Dirinya kesal kerana lelaki ini tidak berjaya untuk diselamatkan.



Kau lemas Finn Qaees. Dan kau, sedar. Kau biar diri kau lemas tanpa usaha untuk survive.






____________





Tas tangan berjenama diletakkan di atas katilnya. Datin Analusia melabuhkan duduk , tangannya yang bergetaran digenggam kuat.
Pertemuan semula dengan sahabat baiknya itu adalah malapetaka. Anak matanya gelap.



"Sya..syahirah... " gigi mengetap kuat ,menahan rasa yang menikam dadanya. Sudah lama luka itu berdarah, namun dendam itu masih bersisa dan makin memuncak setinggi gunung. Hanya menunggu masa ianya bakal terletus.




" Aku ...tak akan biar kau bahagia Syahirah. Tidak semasa aku menderita. Aku nak kau rasa... "

Gambar lama disentuh dengan jemarinya. Potret keluarganya. Dirinya, suami... dan ....dua anak lelakinya.


Daniel Kelvin dan... abang sulungnya...




Adam Kelvin.


"—— aku akan buat kau ,keluarga kau..lebih derita atas kematian anak aku. Kehilangan...suami aku.... bapa kepada anak aku. Kau akan menyesal... "











____________






Haqiem Reynold merenung kosong wanita dihadapannya itu. Gerigi besi menjadi pemisah antara mereka.


Wanita itu menyeringai. Ketawa sinis sambil merenung wajahnya. Anak mata itu kosong, seakan tiada langsung memberi ancaman pada sesiapa, namun doktor dan jururawat di situ lebih tahu kebenarannya.




" —— kali ini apa?" Soal wanita itu sinis sambil jemarinya mengetuk-ngetuk gerigi besi itu.


Haqiem Reynold diam. Mengambil masa untuk membuka bicaranya.



"Qaseh—— "


"Shu! " selar Qaseh pantas dengan jari telunjuk ditekan ke bibir sendiri. Sengihannya melebar.


"Sebut nama aku lagi... " arahnya sambil menatap lelaki itu. " —— aku dah lama..tak dengar nama aku disebut... " wanita itu merapat ke gerigi besi itu.



Haqiem Reynold mengeluh berat. " Qaseh, aku—— " belum sempat dia menyambung, lehernya sudah dicekak oleh kedua tangan Qaseh.

Mata wanita itu mencerlung padanya, menunjukkan personaliti sebenar Qaseh Adriana.




Kukunya menikam leher Haqiem Reynold dan terus menerus menyekat saluran pernafasan lelaki itu.



"Tapi aku nak dengar suara Finn. Bukan kau sial! Mana Finn aku ! "setinggi nada suaranya seiringan dengan cengkamannya pada leher lelaki itu.


Haqiem Reynold diam, langsung tidak memberi reaksi meski dalam keadaan sebegitu. Anak matanya merenung terus ke dalam anak mata wanita itu.




"Kau janji kan... nak bawa aku jumpa ..."


"—— Finn ... kan, "



"— adik ?"






The truth have been reveal but the culprit still unknown.
Look into your surrounding, may luck be on your side .




Tbc
Vote
Comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top