BYT| 23



Anak matanya ku cari, cuba menebak pemikirannya atau sekurang-kurangnya, sinar kejujuran. Atau... ini hanya satu helah?

"Boleh ulang balik -- saya , rasa macam salah dengar... "
Perkataanku buat dirinya hanya membisu. Tidak menjawab persoalan ku,hanya merenungku dalam-dalam.

Tangan aku lambaikan di hadapan wajahnya saat dia mengelamun, tenggelam dalam lamunan sendiri.

" Aku nak kenal kau. Lebih...rapat. "

Pegun. Tidak terucap di bibir ku. Renungan anak matanya yang redup membuatkan aku mati dalam kata-kata.

" Right, -- tapi.. "

" - aku suka kau. "

Wow, tak mampu aku halang diriku dari terlopong dek ketegasan dan gaya brutalnya itu. Keningku jungkit sebelum berbicara, " Well, saya pun suka awak. But not your attitude. " senyuman sinisku dibalas sengihan darinya.

Sekurang-kurangnya, situasi ini tak sejanggal tadi. Ku lihat Daniel menggeleng kepalanya bersama tawa yang bersisa. Dan entah mengapa, ku rasa ssperti ada sesuatu yang mempengaruhi kata-katanya tadi.

" You're really different now. Aku rasa kau dah banyak berubah sejak ..., " jeda seketika sebelum dia cuba mengembalikan semula suasana . " -- aku suka kau yang sekarang. Lebih kuat . " pujiannya ku balas dengan jungkitan bahu.

Iya, mungkin. Kesukaran dan kesakitan yang kau alami ...sedikit sebanyak...merubah kau.

" Aku harap... kau terus kuat-"sambungan bicaranya membuatkan keningku bertaut. NAmun, aku hanya menghiraukan rasa ingin tahu itu. Kerana , dalam hidup ada sesuatu yang kau perlu tahu dan....yang tersembunyi itu kekal tersembunyi supaya kau tak terluka.... kerana boleh jadi, kau tak akan mampu ...menghadapi keterlukaan itu...

" So, saya tertanya-tanya...apa yang awak suka pasal saya huh sampai call saya banyak kali hari tu?" Sengihku mengusik dirinya sebelum ku sambung lagi , " - atau awak rindu saya?"

Daniel Kelvin menyengetkan wajahya dan sekali lagi anak matanya merenungku dalam. Bibirnya melengkung ke bawah.

" you don't know how much I miss you miss... "










_________


Darah menitis di atas lantai, jelas kotor dengan kesan darah yang masih segar itu. Tubuh seorang lelaki terkujur lemah di sisi sofa. Menekup bahagian abdomennya yang terkoyak dek pisau.

Meski dalam keadaanya yang parah, lelaki itu masih tercari-cari seseorang dalam keadaan ruang bilik yang berselerakan itu. Bantal berterbangan , pasu pecah dan tidak terkecuali lampu meja yang terbalik. Seakan dimasuki perompak. Namum, dia lebih tahu apa yanh berlaku.

Sebelah tangan berusaha berpaut pada lengan sofa.Memaksa dirinya untuk berdiri dalam keadaan membungkuk.

Setapak demi setapak memaksa kakinya menghampiri pelaku itu. Pelaku yang sudah menikamnya.

Anak matanya jatuh pada sekujur tubuh yang berpeluk tubuh di sudut bilik itu. Dengan sebilah pisau yang masih kukuh dalam genggaman eratnya, jika dilihat oleh orang normal pasti dijauhi . Namum , tidak lelaki ini. Perlahan-lahan dia berlutut dihadapan susuk itu. ANak matanya sayu melirik keadaan wanita kesayangannya. Hancur jiwa lelakinya. Luluh.

"-- Qaseh.... " seruan nama itu membuatkan wanita iti mendongak. JElas di penglihatannya, wanita ini menangis ,pucat dan seakan-akaan terpinga-pinga. Sepasang mata itu kosong dari sinar kehidupan.

Perlahan-lahan anak matanya jatuh pula pada pergelangan tangan wanita bernama Qaseh itu. Jiwa menjerit melihat sendiri garis-garis merah yang kelihatan mengering mengelilingi pergelangan tangan itu.

"Finn... Qaseh...Qaseh tak sengaja..." esakan wanita itu merentap kuat sekeping hatinya. Senyuman kecil dilemparkan buat wanita itu sebelum kedua tangannya naik menemui wajah mulus yang sudah basah dek air mata. Diseka air mata wanita itu dengan lemah lembut. MAlah, dia menyeka pipi itu bila mana tersisa darahnya sendiri .

"Tak apa... Finn tak marahkan Qaseh... Finn faham... " lembut nada suaranya memujuk meski dirinya sedar bila-bila masa dia bakal hilang kesedaran sendiri lagi-lagi bila melihat sendiri betapa parah luka tikaman itu.

"Tapi, Qaseh...buat Finn ...luka..." anak mata wanita itu jatuh pada baju lelaki itu yang dipenuhi darah.

Dengan tangannya yang dipenuhi darah kering , Qaseh menyentuh wajah Finn Qaees. Bertentangan mata dengan lelaki itu.

"Finn... Qaseh ... I'm not good for you. Qaseh minta maaf...Qaseh tak dapat kawal diri Qaseh.... "

Jari telujuk ditekan perlahan ke bibir wanita itu. Mata redupnya merenung dalam kedua mata Qaseh dengan penuh kasih.

" Finn pun bukan yang terbaik untuk Qaseh...atau sesiapa. Tapi, Finn yakin... kita boleh bahagia... "

Tanpa dia sendiri ketahui, segalanya ... salah sejak awal lagi.





_________




Haqiem Reynold melirik kosong sepupunya dari balkoni. Finn Qaees yang sedang duduk berseorangan di hadapan kolam renang itu jadi tumpuannya.

"Kau tak sepatutnya bertemu dengan perempuan tu Finn. Two person with broken heart... shouldn't met in this way. Kesilapan ... yang kecil ni... mungkin akan jadi bencana terbesar buat kamu berdua... "

Kini matanya melorot pada Finn Qaees yang mulai terjun ke dalam kolam renang itu. Langsung tidak terjejas meski malam sudah menjelma dan kedinginan malam menusuk tulang belulang. Kebal.

Kebal dengan perasaan? Kesakitan? Atau... kewarasan?




Deringan telefon menggangu konsentrasi Haqiem Reynold. Wajah bertukar tegang saat menatap pemanggil yang tertera di paparan telefonnya.

Qing's medical centre and health mental care



"Kau dan dia... saling menyakiti dan melengkapi...namun, hanya kemusnahan yang kau berdua bakal bawa. Kemusnahan diri kamu sendiri... "



_________



" BArang kau dah cukup ke?" Pertanyaan Daniel ku balas anggukan sambil melirik kedua tanganku yang dipenuhi plastik bag.

Sengaja aku keluar menggantikan pembantu rumah membeli barang dapur. Salah satu cara untuk aku sibukkan diri juga. Dari memikirkan hal...atau..seseorang mungkin.

"Cukup ker? Bukan aku tak tahu..kau makan banyak..mesti tak cukup ni.." bebelan Daniel luntur bila aku sudah berura-ura mehu menyepak kakinya. Sengihannya melebar mencuit hatiku sedikit sebanyak. Sikit. Tak banyak.

"Betulkan?"

Bola mata ku pusingkan ke atas. JElek. " iya, saya makan banyak. Tak salah kan?" Selarku lantas mempercepatkan langkahku meninggalkannya. Perempuan seperti aku agak sensitif ...hanya kerana isu makan.

Baru beberapa langkah sahaja, laluanku sudah dihalang tubuh lampainya.
Berpeluk tubuh melirikku dengan senyuman sengetnya.

"Even kalau kau berisi pun aku still suka. "

Automatik kaki ku memijak kakinya tanpa belas kasihan. Melihat dirinya yang terkinja-kinja dengan satu kaki menjadi bahan lawakku. Bahuku dia jadikam tempat berpegang,bagi menstabilkan dirinya yang berdiri sebelah kaki. Bibirnya memuncung sambil tidak habis mengadu sakit.

"Sakit taw... " ngomelnya masih berpaut pada bahuku sebelum tiba-tiba wajahnya menghampiri wajahku menghantar satu kejutan dalam salur darahku.


"Tapi aku makin suka - "

Satu saat...dua saat...tig-

Tawanya meletus membuatkan aku ketap bibirku kuat. Berbahang sudah wajahku ini lantas ku larikan pandanganku.

Deg.


Salur pernafasan ku seakan tersekat saat mata ini menikam susuk tubuh yang berdiri tidak jauh dari kami. Merenung tepat ke wajahku.

Dia...
Finn Qaees. Berdiri pegun di sana berbalas pandangan dengan ku. Seakan halusinasi saat mataku menangkap senyuman ...segaris senyuman di bibirnya.
Dan tanpa ku sedar , kakinya melangkah..

Melngkah terus ke arah aku.






They are not mean to be together, yet to care for each other when their past are hell hole that kept them alive but dying.

Tbc
Vote
Comment

By: Eun

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top