BYT | 18
Satu tumbukan pada mengenai wajahnya membuatkan bibirnya pecah. Finn Qaees mengesat darah yang mengalir dari tepi bibirnya. Anak mata tajam menikam lelaki yang menumbuknya.
Buk!
Sekali lagi kepalanya terteleng akibat ditendang oleh lelaki sama. Tubuhnya yang melemah diangkat kasar oleh anak buah lelaki itu. Dua orang lelaki menahan tubuhnya ,pergerakan terkunci serta merta.
"Aku nak barang aku setan!" Jerkahan lelaki itu langsung tidak menggentar Finn Qaees malah diludah pula tepat pada wajah itu.
"Kau ingat aku main-main ke bodoh!" Tengking lelaki itu masih menjeling tajam pada Finn Qaees yang termegah-megah akibat dipukul tadi. Tangan dikepal penumbuk lalu sekali lagi tumbukan mengenai perutnya.
Anak mata Finn Qaees naik menikam lelaki dihadapannya, kakinya sudah menapak ke hadapan ,bersiap sedia mahu membalas tumbukan lelaki itu namun sekali lagi,dirinya ditahan. Salah seorang anak buah samseng itu menekan belakang lututnya, automatik Finn Qaees jatuh melutut. Dengusan dan carutan terkeluar dari bibirnya ,menahan keperitan kepala lututnya.
"— jangan sampai aku bunuh adik kau bodoh!!" Kali ini telapak tangan Finn Qaees yang kebetulan di atas lantai simen itu dipijak tanpa belas.
Finn Qaees menahan erangan sakitnya,tidak mahu tunduk pada mereka. Gigi diketap kuat menahan kesakitan jemarinya yang tersepit antara kasut but lelaki itu dan simen.
"AKU KATA AKU TAK AMBIK ANJING!" satu persatu butir perkataan itu diludah pada muka samseng itu. Anak matanya tajam membalas pandangan ketua samseng itu.
"Baik— aku akan gunakan cara aku untuk paksa kau. Jangan kata aku tak bagi warning!" Ugut ketua samseng itu lalu memijak lumat tapak tangan Finn Qaees sebelum beredar meninggalkan tempat itu. Tubuh Finn Qaees yang lemah ditinggalkan oleh anak buahnya ,sempat tubuhnya ditendang buat kali terakhir.
Finn Qaees mengetap kuat bibirnya dan perlahan-lahan dia mengesot ke arah dinding. Dada ditekan perlahan saat dirinya terbatuk -batuk. Darah yang mengisi ruangan mulutnya diludah ke tepi. Desah nafasnya kuat mengisi ruang stor kosong itu. Senyuman sinis terbit di bibirnya, bukan kerana kemenangan namun kerana menangisi kesialan hidupnya.
Senyuman itu memudar saat otaknya kembali mencerna ugutan terakhir ketua samseng itu. Keningnya bertaut.
"—— Auni . "
________________
Sebulan sebelum,
Finn Qaees melakukan rutin biasanya yang bekerja di bahagian dapur pub itu. Matanya sesekali melirik sekitar pub , kelihatan beberapa pemuda berkumpul di satu tempat.
Finn Qaees memusingkan bola matanya saat menangkap perbuatan manusia-manusia itu yang berbalas -balas bungkusan kecil dadah.
" Finn, hiraukan saja . Buat tak nampak je— " sampuk Dani yang juga salah seorang staf di situ. Masing-masing sudah lali dengan aktiviti selingan yang berlangsung sekali dua dalam seminggu itu. Hendak dilaporkan kepada tuan pemilik, risau pula nyawa jadi galang ganti. Sudahnya,hanya mampu mendiamkan diri. Lumrah bekerja dalam bidang sebegini lagi-lagi di tempat itu.
Finn Qaees membisu, tidak membalas perbualan itu malah menyibukkan diri dengan tugasnya.
Gelas-gelas tinggi dilap hingga kering sebelum disusun di ruangannya. Dani yang jelas dengan sikap dingin lelaki itu hanya sengih sebelum gelas yang tersusun diambil .
"Bro, Kau ni aku tengok terlebih rajin. Cuba jangan overwork sangat. Bukan dapat lebih pun— "
"Daripada kau bazir tenaga kau macam tu je, baik kau ayat mana -mana perempuan. "
"— mana tau sangkut yang lubuk emas ke en. Dapat juga merasa. "
Pak!
Gelas ditangan Finn Qaees diletak kasar di atas kaunter. Anak matanya menjeling tajam pada Dani, serta merta membuatkan lelaki itu terdiam. Malah,sesiapa sahaja yang melihat renungan helang lelaki itu pasti gentar jua.
Dani senyum kelat, faham dengan tenungan maut itu lantas kedua tangan diangkat tanda surrender.
"Sambung kerja kau, a-aku balik pada kerja aku. Uhm...bye."
Finn Qaees diam sambil matanya melirik kepergian Dani. Kepalanya digeleng perlahan sambil bibir tidak habis mengeluh berat.
Deringan dari telefon di belakang poket seluar menghentikan segala urusannya. Telefon ditekap ke telinga dengan menggunakan bahu sementara tangan lincah mengelap meja kaunter pula.
"Tolong datang ke hospital sekarang ! "
Mendengar sahaja perkataan hospital ,terus tubuhnya statik. Kaku sesaat kerana rasa bimbang dan cemas yang merodak naik. Tanpa menunggu lebih lama,terus sahaja kerjanya ditinggalkan. Beg galas hitamnya diambil sebelum bergegas keluar.
"Weyh! Nak pergi mana ni? Shift kau tak habis lagi ni!" Ujar Christopher yang sedang mendulang minuman.
Finn Qaees hiraukan segalanya malah tubuh rakan sekerjanya dirempuh kasar.
Sekali lagi ,nasib tidak menyebelahinya bila dia merempuh pengunjung lain yang memasuki pub itu.
"Weh!!apa ni!!"
"— butakah!!"
Cercaan mulai mengisi pintu masuk pub itu sehinggalah memaksa pengawal keselamatan pub itu sendiri bagi menyuraikan para pengunjung yang beratur di situ. Namun, bayang lelaki bernama Finn Qaees sudah menghilang di balik manusia-manusia itu.
Mungkin bayangnya sudah tiada,namun sesuatu miliknya tertinggal di situ.
Tag namanya dikutip oleh seorang wanita yang kebetulan juga sedang beratur di muka pintu itu.
Senyuman melebar di wajah wanita itu lalu tag nama Finn dimasukkan ke dalam tas tangannya.
________________
Aku memanjangkan leher mencari bayang pekerja-pekerja resort ini. Sudah, ke mana pulak dah dorang ni. Time-time genting nak menghilang!!
"Akakkkkkk—" laungan suara halus itu membuatkan aku berpaling. Tubuh kecil Auni yang ku letakkan di sofa ruangan lobi itu ku hampiri lantas aku labuhkan duduk di sampingnya.
"— akit perut ...." rengekannya tidak terhenti sejak tadi. Malah,ini menjadi satu-satunya faktor utama mengapa aku dan diringa berada di luar bilik pada waktu sebegini. Bukan sengaja aku nak cari nahas mengingkari arahan si kepala dingin itu.
" tahan sikit yer Uni... jap je lagi... akak nak minta ubat dekat pihak resort ni.. " mata aku kerlingkan ke arah kaunter. Kosong . Balik tidur ke apa dorang ni?!
"Hurm...Finn manaaaaa— Uni akit niiii..." aku lihat Auni sudah memulas-mulas perutnya. Hela berat aku lepaskan lantas tubuhnya ku angkat ke atas ribaku.
"Finn tak tahu Auni sakit...kan Auni ajak Finn main sembunyi-sembunyi tadi — " dalihku cuba menghilangkan tumpuannya pada kesakitan yang dialami. Rambutnya aku elus perlahan sambil ku cium ubun-ubunnya.
Mana awak Finn.... mana awak pergi ni —
" hurm... kesian Finn..mesti cari Uni tak jumpa." Lemah nada suaranya menyentakkan aku. Terus aku tunduk melihat keadaannya. Bibir pucat, wajah berpeluh-peluh.
"Uni....tahan sikit ye..jangan buat akak risau... muka Uni pucat dah ni— "
"Pucat tu ape? Muka Uni tukar biru eh...macam octopus..."
Kalau tak mengenangkan dirinya yang sakit dah lama aku gelak,tapi... senyum kelat je mampu aku ukirkan buat Auni. Detik yang berlalu makin menambah kegusaran hati aku,lagi-lagi seorang pekerja resort ni pun aku tak nampak! PAntas, aku dukung tubuh kecil Auni yang lesu.
"Kita balik bilik dulu eh... akak tuamkan perut Uni ,nanti kita cari ubat ye— " pipinya ku usap lembut apabila dia mengangguk lemah. Hatiku makin berat ,risau akan keadaannya . Takut andai sakit perutnya disebabkan oleh keracunan. Dengan langkah yang berat ku aturkan kembali semula ke bilikku. Namun, langkah ku terhenti seketika saat menangkap figura asing yang berkeliaran di hadapan bilik salah seorang tetamu resort ini. Dan tetamu itu, adalah Finn. Seakan penyamun lelaki-lelaki itu menceroboh ke dalam biliknya lantas sekelip mata segalanya jelas di fikiranku. Satu-persatu kepingan puzzle bercantum membuatkan bola mataku membulat. Dengan langkah perlahan-lahan aku berpusing mahu meninggalkan tempat itu secepat mungkin.
"Berhenti!!!"
Tidak sama sekali!! KAlau kau berhenti itu namanya sengaja cari nahas!!
Lantas kaki ini yang tidak pernah menyertai apa-apa larian anjuran sekolah lagi-lagi sewaktiu aktiviti sukan tahunan malah kaki sembunyi bila dipanggil ketua rumah sukan untuk turun latihan kini mencipta rekod baru!
Dengan membawa beban seorang kanak-kanak dalam anggaran kurang 30kilogram, larian aku dikira pecut juga.
Pap!!
Ok!!aku mengalah!! Kaki aku tak akan mampu lari pecut sebab dah lama pencen!!
Tbc
Vote
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top