BYT | 15
Biarkanlah sayang cinta kita hilang walau kita tak rela...
_______________________________
Finn Qaees merenung dalam ke arah pantai. Desiran ombak menghantar satu ketenangan dalan dirinya.
Kapal layar yang berlayar di tengah laut kelihatan kecil di matanya namun cukup membuatkan ingatannya kembali semula pada kenangannya 4 tahun lalu.
Kekasih hatinya... bersamanya di atas kapal layar itu menikmati lautan biru.
" Qaseh... " nama wanita itu diserunya perlahan sambil matanya masih melihat kapal layar itu.
Segala kenangannya berulang kembali di birai matanya, di saat mereka bersama-sama menyambut hari jadinya dengan Qaseh. Their dance... her smile... thier hands..
" Qaseh Nur Ain, will you marry me....."
Di atas kapal layar itu, bersaksikan langit malam yang dibintangi bulan dan bintang... di tengah-tengah lautan ... dia melamar wanita kesayangannya...
" I will Finn Qaees...I wanna be with you till death ... "
Cincin bertahtakan permata itu disarungkan ke jari manis Qaseh yang tersenyum lebar , terpegun. Mereka berbalas pandangan dan senyuman tidak pudar dari bibir mereka.
" I love you Qaseh.." Finn Qaees menggenggam kedua tangan Qaseh.
" I know you do."
Lelaki itu tersenyum pahit. Sepatutnya dirinya sedar... wanita kesayangannya itu.. cinta mereka..hanyalah cinta yang tidak berbalas..ianya hanya berlandaskan simpati..dan hutang budi. Hanya dirinya sahaja yang memegang utuh cinta mereka meski wanita itu sudah lama melepaskannya.
Hanya cinta yang tidak berbalas... terikat kerana budi dan jasa. Simpati.
Jeritan suara -suara yang tiba-tiba riuh membuatkan Finn Qaees menoleh ke belakang. Dikecilkan matanya melihat beberapa pengunjung yang berkumpul di satu tempat. Dia sedar kawasan di situ tadi menjadi tempat bermain bola tampar oleh beberapa pengunjung. Pantas kaki panjangnya menghampiri kumpulan itu.
Tubuh-tubuh yang menghalangi laluannya ditolak ke tepi , berusaha dia maju ke hadapan sehinggalah matanya jatuh pada figura yang amat dikenalinya.
" Uni?"
Kanak-kanak itu pantas mendongak , dengan matanya yang sembap dan esakan kecil yang berlagu.
"-- Finn.... " jemari kontotnya menunjuk pada Dhia yang sudah terbaring .
Daniel Kelvin menguap dek kantuknya yang memakan dirinya. Entah mengapa malam ini terasa bosan.. bosan dengan perbualannya dengan Olivia. Wanita itu tidak habis-habis dengan ceritanya mengenai teman sekolejnya. Bosan.
Kalau sebelum ini, memang boleh berborak berjam-jam lamanya namun entah mengapa kini dia mulai kenal erti bosan. Daniel Kelvin memejamkan matanya dan hela berat dilepaskan.
" -- Its was so stupid ... How could she fall in love with him huh? Right?"
" -- Niel?? You there?"
Sebelah tangannya diletakkan di atas dahi sambil matanya merenung siling.
" -- Olivia.. can we stop now..I penat sikit malam ni.. sorry."
"Uhm... if you say so... erm.. so...good night sayang-- hihi.."
Daniel Kelvin hanya meng'hurm'kan sahaja kerana dia lebih tahu makna 'sayang' bagi wanita itu. Sayang bagi Olivia adalah sebagai kawan... tak lebih.. itu yang ditegaskan oleh wanita itu bila mana Daniel Kelvin cuba menyatakan hasrat hatinya.
Telefon dilempar bersahaja ke tepi, mendarat betul-betul di sebelah kakinya.
" -- Dhia... "
Terkejut dengan apa yang terluah di mulutnya dia pantas bangun dari perbaringannya. Kantuknya hilang serta merta. Terkebil-terkebil dirinya kebingungan.
" -- apa yang aku fikir ni... " gumamnya.
Ku tatap Auni yang sudah tertidur di sebelahku , tidur berlapikkan lengannya.
" -- dia tidur dah?" Soalnya dalam intonasi berbisik. Kepalanya menjengul menjeling sekilas pada adiknya.
Aku angguk. Lalu tubuh kecil itu pantas dikendong olehnya, dibawa ke sofa. Jaketnya dibuka lalu dialaskan ke tubuh itu sebelum direndahkan tubuhnya mencium ubun-ubun kanak-kanak itu.
Melihatkan situasi itu , hatiku terusik. Tanpa paksaan, bibirku tersenyum sendiri.
" -- dongak-" arahannya membuatkan aku terakur tanpa sedar. Matanya merenung tajam wajahku. Sesekali keningnya bertaut lantas rahangku ditariknya. Terdongakku menghampiri wajahnya.
" -- bengkak... hold on--" tutur lalu dia beredar keluar dari bilik rawatan itu. Tak sampai seminit dia menghampiriku semula , kali ini dengan bungkusan ais.
Aku hanya memerhati dirinya yang sudah duduk di kerusi tempat Auni menungguku seharian tadi.
"Muka kau hala sini." Arahnya lagi dengan wajah polosnya.
"Cepatlah.." gesanya lagi namun aku masih pegun membuatkan dirinya hilang sabar gamaknya hingga sekali lagi wajahku ditariknya. Jemari runcingnya mencengkam kemas dirahangku. Tidak kuat hanya biasa sahaja cengkaman itu. No harm.
" -- apalah yang kau fikir sampai tak nampak bola tu.." gumamnya lebih kepada memarahiku. Matanya merenungku tajam. Menghantar satu rasa kejutan dalam nadiku.
" ke ..kau tengah fikir pasal boyfriend kau..?"
"Ish-- saya cakapkan yang dia tu bukan boyfriend saya.. ayat yang mana yang awak tak faham huh? Bukan pakwe saya..ada faham?" Selarku perlahan , masih sedar akan kewujudan Auni yang tidur di sofa.
Dia mencebik, masih menuam pek ais di dahiku.
"careless-- lain kali bukak mata tu luas sikit time berjalan..ni tak..asyik tenung aku je-- ingat aku tak nampak?"
Aku terdiam. Dia tahu. Segera ku larikan mataku darinya. Tak betah lagi meneruskan perbualan ini.
Lagi-lagi dengan manusia sepertinya.
" kenapa diam? Malu?"
Dia ni memang dah lama tak makan penampar gamaknya. Ku jelingnya tajam sebelum ku tepis tangannya yang masih merawat dahiku.
" merajuk pulak?" Usikannya menambahkan lagi bahang maluku. Sudah-sudahlah..hati aku tak sado weh!!
" Hey" telingaku menangkap hela beratnya, mengeluh sebelum dia menyambung, "look at me.."
Bibirku ketap geram. Ku genggam kuat cadar putih itu. " Awak ni dah kenapa? Pergi baliklah..saya nak rest"
Belum sempat aku nak menaruk selimut menyelimuti wajahku , tanganku ditariknya. Ku toleh padanya.
" -- marah aku?"
Aku diam , membiarkan pertanyaannya bagai angin lalu.
" - kalau macam tu..pandang jelah.."
Keningku bertaut. Pandang?
What?
"Maksud aku..pandang jelah aku... aku izinkan.. tenung aku puas-puas.."
Aku baru rasa nak naik telapak tanganku namun bila dia menyambung kata-katanya ..aku kaku.
" -- sebab at the end.. kita akan berpisah juga."
Gelodak di hatiku ...terasa aneh... kurang enak..namun, aku diamkan sahaja kerana kata-katanya benar. Ini hanya satu perhentian rehat kami. Hala tuju kami berbeza.. masih panjang.
Tetapi...mengapa wujud rasa asing ini...
Datin Syahira mengenggam erat cincin emas di jarinya. Dahinya berkerut menambahkan lagi kerutan di wajahnya yang semakin berusia itu. Biarpun ditutup dengan pemakaiannya yang mewah dan elegan namun tidak mampu mengubah kenyataan bahawa dirinya harus akur pada usianya yang makin lanjut. Disebabkan itu, dia memerlukan anak lelakinya bagi mewarisi syarikatnya. Tidak mahu syarikatnya itu jatuh pada orang lain meskipun orang itu adalah anak tirinya sendiri. Tidak, dia bukan meragui kemampuan anak tirinya itu namun, syarikat itu hasil titik peluhnya sebelum dia berkahwin dengan suami keduanya itu. Dengan itu, anak kandungnya lebih layak mewarisinya. Finn Qaees perlu dipaksa berada di sisinya walau dengan cara apa sekali pun.
Ini yang terbaik buat anaknya.
" Datin.." panggilan dari salah seorang pembantu rumahnya menyedarkan dirinya.
" ya?"
" -- Tuan muda Haqiem ada di depan."
Terkedu wanita itu dengan berita itu. Terus terpacak berdiri dengan wajah terperanjatnya. Anak tirinya sudah pulang dari Dubai. Anak yang menjadi satu-satunya saingan buat anak kandungnya. Gusar diwajahnya terpancar.
Tbc
Vote and comment 》
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top