BYT|1 2
Kau hanya hadir sebagai pelengkap jiwaku yang rapuh.
______________________________
Finn Qaees merenung sekali lagi cek yang jelas tertera jumlah angka yang besar. Cukup besar untuk menanggung segala kos pembedahan adiknya.
Matanya berkongsi rasa apa yang terlintas di hatinya namun segera dipejamkan matanya. Nafas panjang dihela berat lantas cek itu dilipat sebelum kembali dimasukkan ke dalam poket jeans.
Dia menapak keluar dari perkarangan rumah agam itu tanpa menoleh walau sekejap. Zahirnya terukir sepi dan kekosongan.
Pada masa yang sama, Tengku Syahirah memandang anak lelakinya yang sudah berjalan melepasi pondok guard. Biarpun tadi dia sudah mendesak agar pemandunya yang menghantar lelaki itu, tetapi Finn Qaees tetap dengan keputusannya.
Sampai bila kamu nak salahkan mummy Finn...
Aku terpaku dihadapan perkarangan kubur itu. Kaki ini seakan tidak sanggup lagi bertahan menanggung bebannya. Wajah-wajah yang ku kenal mengelilingi pusaranya. Pusara abah.
" -- Dhia... mari--"
Ku toleh pada nenda yang dipimpin oleh Datin Analusia memasuki kawasan perkuburan itu. Namun, kaki aku masih pegun dihadapan pintu masuk. Tubuhku hilang fungsinya.
" Dhia... be strong... aku ada." Di saat nenda dan Datin Analusia sudah kehadapan hanya dia yang masih menemani diriku.
" Kalau kau tak sanggup nak teruskan lagi.. kita balik ...aku bawa kau balik ok?"
Ku geleng. Mataku masih melirik pusara itu dari jauh. Melihat bagaimana Acap menjirus air dan kak long yang setia menitipkan doa.
Kelopak mataku memberat bersama bebanan di dadaku.
" Dhia..." namaku diserunya lagi bersama dengan rangkulan dibahuku.
" I'm fine Daniel-" balasku lemah lalu ku tolak perlahan lengannya yang masih merangkul bahuku dan melangkah masuk ke dalam perkarangan kubur itu.
Finn Qaees membasahkan wajahnya yang kelesuan dek menunggu pembedahan yang memakan masa 6 jam selesai. Matanya melirik pantulan sendiri sekali gus mengembalikan semula perbualannya di rumah agam itu.
" so-- apa yang buat Finn datang cari mummy ni.."
"-- atau Finn ada masalah? Finn beritahu jer...mummy akan tolong... "
" Its about Auni."
" Kenapa dengan budak pungut tu?! Mummy dah cakap kan..tinggalkan dia..dia tu bukan tanggungjawab Finn..buat apa Finn susah -susah nak bela dia!!"
" Can you shut up for a seconds? "
Jeda.
"Fine... talk."
" She got sick... and need an operation- so you know the rest."
Jeda.
" Finn...mummy still tak dapat nak ....faham Finn..why..why you jaga dia sanpai macam tu sekali even dia langsung tak ada kaitan dengan kita..our family.."
"There is no family in my life. I don't need it either in present nor future."
Jeda.
" Sampai hati Finn kan..mummy ni apa? I'm still your mother..biological mother! Yet you treat me like a stranger... "
" I don't wanna continue these conversation... if you doesn't want to coorperate then I'll leave."
"Fine! Mummy bagi duit tu..but-- after that silly kid awake ... you must stay with me..in this house... and follow all my order... you will be my son and leave that kid! "
Jeda.
" Take it or leave it Finn... Its your choice."
Sejurus semua beransur pulang , aku masih statik dihadapan pusara abah. Nenda dan Datin Analusia juga turut sama menyusul pulang. Hanya tinggal aku, Daniel dan keluargaku.
Acap menggulung tikar itu sementara kak long menapak ke hadapan.
" -- puas hati kau kan? Abah dah mati macam yang kau nak!" Selaran kak long membuatkan aku terpaku.
" Acap tak sangka...kak Dhia buruk hati macam ni... kak Dhia ni memang syaitan bertopeng manusia-"
Aku terdiam. Tidak memahami maksud mereka berdua. " A-apa yang Acap cakap ni? Kak long?"
Acap berdiri dihadapan kak long, betul-betul berdepan denganku. Matanya tajam memerhatiku --tak matanya nerenung Daniel di sisiku.
" Apa tak cukup duit melacur pada anak datin ni sampai nak rebut harta abah juga huh-!!!" Kata-kata Acap membuatkan darahku menggelegak lantas tanpa sedar ku tamparnya.
" sampai hati Acap hina akak macam tu sekali-- Acap sedar apa Acap cakap tadi!!"
"Aku sedar dan apa yang aku cakap tadi memang layak untuk kau- betul kata kak long... kau cuma pura-pura baik depan kami... kau perempuan yang tak tahu malu-"
Sejurus itu, Acap terus berlalu meninggalkan kami. Kelopak mataku hangat. Tangan yang masih terasa sengal ku genggam kuat.
" Padan muka kau-"
Ku toleh ke sisi,berdepan dengan kak long pula. Senyuman sinis di wajahnya menambahkan lagi perit di dadaku.
" apa yang kak long cakap dekat Acap huh?!! Apa yang kak long tipu dia!!"
Kak Long hanya berpeluk tubuh. Tidak ada rasa untuk menjawab pertanyaanku. Matanya menjeling Daniel disisiku.
" kau bawak baliklah betina kau ni yer... tak nak lah nanti dia meraung sawan bagai kat depan kubur abah aku... tak pasal-pasal masuk hospital gila pula ...rugi je muka lawa tapi otak mereng--"
"Along!!" Jeritanku hanya dibuat tuli olehnya yang sudah menapak keluar dari perkarangan kubur ini.
" Jom balik."
Ku tepis tangannya yang menggenggam lenganku namun dia makin menguatkan genggamannya membuatkan aku merenungnya tajam.
" Please...biar aku bawa kau balik...hum?"
Seorang wanita yang berada di atas kerusi roda itu merenung penuh minat ke arah bulan purnama yang bersinar di langit kelam itu.
Setiap malam, wanita itu meminta pada kekasihnya supaya membawa dia keluar untuk melihat langit malam.
Kekasihnya hanya mampu akur pada permintaannya meskipun keadaan kesihatannya membimbangkan.
" Indah kan?" Soal wanita itu masih menatap bulan. Pabila tiada balasan dari kekasihnya, dia melirik ke sisi. Terdongak melirik lelaki itu. Penuh bergaya dengan aura maskulin dan misterinya lagi-lagi bila dipayungi langit yang disinari bulan purnama. Indah.
" Qaees..." seru wanita itu membuatkan lelaki itu tersedar dari lamunannya. Senyuman kecil terbit di bibir Finn Qaees lantas dia mencangkung di sisi wanita itu. Tangan wanita itu digenggamnya erat.
Senyumannya dibalas. Wanita itu lantas mengelus lembut rambut kekasihnya. Tanpa bicara. Hanya dua pasang mata yang saling menatap satu sama lain dengan penuh rasa yang terbina antara mereka, yang mengikat jiwa mereka.
" Benci awak..." tutur wanita itu dengan senyumannya yang sedikit sebanyak memudar dek kerana tubir matanya yang berat dengan air mata.
" Aku cinta kau. " balasan dari Finn Qaees membuatkan tangisan wanita itu pecah. Esakannya meniti dibibir lantas kekasihnya segera merangkul tubuh itu dalam dakapannya. Mengusap lembut belakang bahunya sambil bibir membisikkan kata-kata cinta.
" Betul kau tak perlukan apa-apa? Makanan? Or..kau nak aku ambilkan buat kau? " soalnya pabila tanganku sudah memulas tombol pintu bilik tidurku.
" Thanks..but I just need some rest...and alone." Balasku tanpa menoleh padanya. Jujur hati aku sudah tiada rasa. Kosong. Seakan ada satu lubang di jiwaku.
" Aku faham... rest well ok?" Ku balas dengan anggukan sebelum ku tutup daun pintu itu.
Hela berat ku lepas lantas aku hampiri katilku. Ku lirik bilikku sebelum mataku terpaku pada bingkai gambar keluargaku. Keluarga yang aku tidak pernah miliki..dan selamanya tak mungkin aku miliki... malah...sudah diragut pergi dariku...
Aku..sepatutnya berhenti fikir bahawa aku akan punya keluarga...no..aku patut berhenti berangan.. aku tak layak berkeluarga... aku hidup demi diriku meski aku bertarung nyawa sekali pun.. aku ... berkorban demi diri aku..kebahagian aku..
Aku tekad. Biarlah aku teruskan hidup aku dengan cara aku. Frame itu ku balikkan lantas aku buka almariku. Luggage bersais sederhana itu ku keluarkan lantas ku campak ke atas katil.
Dahi kanak-kanak perempuan itu diusap lembut. Finn Qaees menatap dalam kanak-kanak yang bersemangat menikmati bubur buatannya itu. Sesekali disua bibir gelas ke bibir kecil itu.
" Finn... Uni dah sihat kan?" Bundar kedua mata itu melirik Finn Qaees. Lelaki itu menggangguk lalu mangkuk bubur yang sudah kosong itu diambil dari tangan kanak-kanak itu.
" Uni nak pergi pulau ?" Soal Finn Qaees tanpa selindung. Dia sudah memikirkan hal ini memandangkan deal yang sudah dia persetujui dengan mummynya.
" Pulau? Wah..bestnya... ada pantai tak?"
"Mestilah..."
"Bila kita nak pergi.."
" Lepas Uni discharge. "
TBC
VOTE
COMMENT
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top