47

-Great friends are part of
memories, which time can
never erase when life is blessed
with friend like you sweeter
memories still remain-

Hazel mengambil tempat duduk di meja semalam. Seperti hari-hari yang biasa, dia akan duduk di kafe kegemarannya itu.

"Miss." Hazel mendongak memandang Aeris. Dia tersenyum manis ke arah gadis itu.

"Miss nak order apa?" tanya Aeris. Gadis usia belasan tahun itu menarik senyuman manis ke arah Hazel.

"Hot green tea and red velvet cake." Aeris mengangguk seraya itu melangkah pergi.

Hazel memerhati suasana di luar kafe itu. Dia tersenyum nipis. Langit yang cerah di pandang dari dalam kafe itu. Kenangan. Dia terkenangkan kenangan.

"Miss." Aeris meletakkan secawan teh hijau panas dan sepiring kek red velvet di hadapan Hazel.

"Thanks, Aeris."

"Welcome, miss. Have a nice day." Aeris melangkah pergi usai menghabiskan kata-katanya. Gadis pelayan itu ingin menyambung kerjanya.

Hazel menyisip sedikit teh hijau panasnya. Kek red velvetnya di makan. Telefonnya dikeluarkan dari poket jaket sejuknya.

Takut-takut jikalau Puan Rozy ada menelefonnya atau menghantar mesej. Setelah melihat tiada notifikasi, dia meletakkan telefonnya di atas meja.

Dia menunduk memandang atas meja. Matanya merenung tangannya yang memegang secawan teh hijau panas itu. Dia termenung seketika.

Lamunannya terhenti apabila mendengar nada dering dari telefonnya. Tangannya mencapai telefon yang terletak di sebelah cawan. Telefon dilekapkan ke telinga.

Hazel sudah mengagak Puan Rozy akan menelefonnya. Tambahan lagi dia keluar dari rumah tanpa memberitahu kedua ibu bapanya.

''Hazel pergi mana?"

"Ada dekat luar ini."

"Kenapa keluar tak bagitahu? Risau tahu mama."

Hazel tergelak kecil.

"Sorry. Hazel lupa."

"Jangan buat lagi. Hazel dekat mana ini?"

"Okey. Hazel ada dekat tempat biasa."

"Pukul berapa nak balik ini?"

"Kalau tak balik?"

"Nak kena ke!"

Hazel tergelak lagi. Seronok mengusik ibunya itu.

"Gurau sikit pun kena marah. Hm Hazel balik sebelum pukul 10 malam."

"Tak lewat sangat, ke? Cuaca tengah sejuk ini. Mama tengok ramalan cuaca katanya hari ini mungkin akan turun salji."

"Tak. Hazel bagi peluang dekat mama nak sweet dengan papa. Katanya papa nak bawa mama pergi candle light dinner."

"Hazel!"

Tawanya buat kesekian kalinya terlepas. Terhibur dengan Puan Rozy.

"Enjoy your moments. Hazel janji balik sebelum pukul 10. Bye."

"Ha..."

Hazel mematikan panggilan lalu aplikasi WhatsApp dibukanya. Dia melihat mesej yang baru dihantar oleh papanya.

Sebuah gambar yang mempunyai meja yang terhias cantik. Romantik. Itu yang boleh dia beritahu. Gadis itu tersenyum. Dia membalas ringkas memuji papanya yang begitu romantis.

Badannya disandarkan ke kerusi. Telefonnya diletakkan semula di sebelah cawan. Matanya fokus memandang ke luar tingkap kaca semula. Dia memerhati setiap orang yang lalu-lalang di situ.

Earphone dikeluarkan dari poket jaket sejuknya lalu dicucuk ke telefon. Earphone disumbat di kedua belah telinganya.

Aplikasi galeri dibuka lalu fail bernama 'The Stupidos' ditekan. Di situ terdapat video-video dan gambar-gambarnya bersama Lucas, Theo, Ethan dan Jayden.

Sepanjang dia berkawan dengan empat jejaka itu, dia mengumpul semua itu untuk dijadikan kenangan. Sebelum ini, dia simpan di dalam komputer ribanya tetapi dia sudah mengalihkannya ke dalam telefonnya.

Hazel tersenyum melihat video-video tersebut. Kadangkala dia tergelak kecil dengan keletah mereka. Lagi-lagi video Lucas mencium Theo semasa mereka bercuti di rumah Ethan.

Dia menghabiskan masa hampir dua jam di kafe itu. Dia sangat suka menghabiskan masanya di situ. Apatah lagi kafe itu mempunyai aroma kopi yang menenangkan.

Matanya melihat jam di pergelangan tangannya. Dia bangkit berdiri. Jam sudah menunjukkan ke angka 4 petang. Dia membayar harga teh hijau panas dan kek red velvetnya.

"Thank you."

"Welcome."

Telefonnya diselukkan ke dalam poket baju sejuk labuhnya itu. Dia berjalan keluar dari kafe itu. Kakinya hanya berjalan tanpa tujuan.

"Agak-agak bila salji pertama turun?" bisiknya perlahan.

Langit di pandang. Musim luruh sudah lama berlalu. Musim sejuk sudah lama tiba. Hanya menunggu salji pertama untuk turun sahaja.

Dia mengeluh perlahan. Musim sejuk? Dia teringat kenangan. Hari terakhir dia meninggalkan England ketika itu salji pertama turun. Lagi, lagi dan lagi. Kenangan sahaja yang selalu menemani harinya.

Langkah Hazel terhenti. Dia teruja apabila salji mula turun. Matanya memandang langit. Tidak sangka kata-kata Puan Rozy bahawa hari ini bakal turun salji yang pertama untuk musim sejuk kali ini.

Tangannya yang berada di dalam poket baju sejuknya itu dikeluarkan dan ditadah. Sebelah lagi hanya dibiarkan di dalam poket. Salji jatuh ke telapak tangannya. Tidak sangka salji turun ketika dia baru saja bermonolog menanyakan tentang bila salji akan turun.

Hazel memerhati sekeliling. Ramai orang yang tersenyum melihat salji yang turun. Dia turut tersenyum.

"Hazel?" Hazel tersentak. Badannya berpaling ke belakang. Mata bertembung dengan mata jejaka yang sangat dikenalinya.

"Ethan." gumamnya perlahan.

"Ethan. Kau ini tak reti nak tunggu, ke?"

Mata Hazel tertancap ke arah Theo yang membebel. Di belakangnya terdapat Lucas dan Jayden yang mengekori.

Lucas, Theo dan Jayden tergamam memandang Hazel yang berdiri tidak jauh dari mereka. Ethan pula masih merenung Hazel. Mata Hazel berkaca.

"Hazel!" Terkejut Hazel dibuatnya apabila badannya dipeluk oleh empat orang jejaka itu. Siapa lagi kalau bukan Lucas, Theo, Ethan dan Jayden. Nasib sahaja dia tidak jatuh.

"Hazel! Kita orang rindu kau!" ujar Theo setelah melepaskan pelukan. Hazel menyeka air matanya yang mengalir.

"Aku pun. Aku minta maaf. Semua salah aku." balas Hazel dengan esakan kecil. Lucas, Theo, Ethan dan Jayden tersentuh mendengar ucapan maaf gadis itu.

"Kita orang pun minta maaf sebab tak ada waktu kau nak pindah." ujar Jayden.

Hazel mengangguk kepalanya.

"Dah. Janganlah menangis. Kau buat aku rasa nak menangislah." pujuk Lucas. Dia berdehem perlahan. Hingusnya disedut.

"Kau dah menangis." usik Hazel lalu tertawa.

"Mana ada." Pelitup hidung dan mulut dipakai semula. Diturunkan sedikit topinya menutupi wajahnya. Cuba menutup kebenaran bahawa dia menangis.

Hazel tergelak.

"Lucas menangis." ejek Theo.

"Diamlah!"

"Sorry." ucap empat orang jejaka itu serentak. Masing-masing memandang Hazel yang hanya menunduk sejak tadi.

Hazel hanya memandang tangannya yang memegang secawan kopi. Minum lagi. Dia mengangkat wajahnya lalu mengukirkan senyuman.

"Tadi kan dah minta maaf."

"Tapi still rasa bersalah lagi." kata Ethan. Hazel tersenyum.

"Kita orang dah tahu perkara sebenar." ujar Theo.

Lucas, Ethan dan Jayden memandang Theo tajam. Mereka sudah berjanji tidak mahu membuka lagi cerita tentang itu tetapi Theo membangkitkannya pula. Theo ini kan!

"Maksud kau?" tanya Hazel dengan keliru. Keningnya berkerut menandaka dia tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan Theo itu.

"Pasal sepatutnya kau kena gantung sekolah." balas Theo. Hazel menunduk lalu tersenyum senget.

"Semuanya angkara Lucy, kan?" tanya Theo kepada Hazel.

Hazel hanya diam. Theo mengharapkan bahawa Hazel akan tahu cerita yang sebenar.

"Lucy dengan geng dia yang letak beer dengan rokok dalam loker kau." Hazel mengangkat wajahnya memandang Theo.

"Lucy?" tanya Hazel. Tak sangka. Mereka mengangguk sebagai jawapan. Walaupun dia sudah mengagak Lucy yang melakukannya tetapi tetap dia tidak sangka.

"Kau orang buat apa saja dengan dia orang?" tanya Hazel ingin tahu. Dia sangat mengenali empat jejaka itu. Lagi-lagi Lucas yang pantang dicabar itu.

"Prank. Fun gila." ujar Lucas teruja. Teringat bagaimana dia memalukan Lucy, Sabrina dan Victoria di hadapan pelajar lain. Victoria. Sudahlah nama sama dengan kakak Jayden.

"Nasib tak gila." celah Theo. Lucas mencekik leher Theo.

"Tak guna kau." kata Lucas geram.

Hazel tersenyum. Rindu dengan mereka berempat. Theo dan Jayden sekadar memerhati.

"Hm so we are still gonna be best friends again, right?" tanya Ethan.

Hazel memandang ke arah Ethan. Dia tersenyum lebar. Ethan turut menarik senyuman.

"Ethan Einsteirn." Ethan menghulur tangannya.

Hazel tergelak kecil lalu menyambut huluran. Mereka bersalaman.

Masih segar diingatan Hazel salam perkenalan mereka di bilik tahanan dahulu. Hazel tersenyum lebar. Flashback, ha?

"Jayden." ujar Jayden.

Gadis itu tersenyum lalu mengangguk ke arah Jayden seperti yang dilakukannya ketika di bilik tahanan dahulu.

"Hola! Soy Theo Zander! Mucho gusto!"

Hazel tergelak kecil lalu mengangguk. Mereka berdua bersalaman.

"Lucas Harvey and sorry pasal hari itu." Lucas tergelak kecil apabila dia mengulang ayat lima tahun yang lalu. Hazel turut tergelak lalu mengangguk kepalanya.

"¿Cuál es tu nombre?"

"Hazelizz Zachary."

Mereka berlima tergelak. Eh salah. Empat saja. Jayden pula tersenyum memandang sahabat-sahabatnya.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top