44

-Some people will never support
you because they are afraid
of what you might become-

"Lucy." Sabrina menegur Lucy yang baru sahaja keluar dari kereta mewah milik keluarga Lucy. Terlihat di belakang Sabrina turut ada Victoria dan Natalie.

"Kau orang ini kenapa? Tak pernah-pernah nak tunggu aku. Asal tiba-tiba tunggu aku pula hari ini?" ujar Lucy. Sebelah keningnya diangkat.

"Kita orang takut." ujar Sabrina. Wajahnya kelihatan takut dan gusar.

"Kau nak takut apa?" tanya Lucy dengan hairan. Keningnya berkerut memandang Sabrina.

"Pasal hal Hazel itulah." balas Sabrina. Dia menggigit ibu jarinya.

"Pasal apa ini?" tanya Lucy pelik.

"Theo betul-betul viralkan benda itu! Kau tengok dekat web sekolah. Ramai yang komen pasal video itu." balas Victoria. Wajahnya kelihatan sangat gugup. Hanya Natalie dengan wajah tanpa riaknya.

"What?" Lucy mengeluarkan telefonnya dari poket jaket sejuknya. Web sekolah di buka. Video yang dirakam Theo semalam sudah ada di web sekolah dengan caption:

Ada masa kau akan jatuh. Here we go. Kemenangan yang kau agungkan itu dah dirampas. Kau kalah. Kebenaran dah terbukti. Selamat merasa kekalahan.

Lucy mengetap giginya. Terasa dirinya disindir dengan ayat tersebut walaupun hanyalah sekadar ayat kiasan. Video tersebut di hantar oleh Theo dengan nama pengguna 'TheoKacakz'.

Dia mula membaca komen. Semuanya adalah komen negatif. Bilangan komen sudah jejak ke angka 500.

Lucy menyimpan semula telefonnya. Dia mengurut perlahan pelipisnya. Dia sudah pening. Semua orang sudah tahu tentang kebenaran tersebut.

"Kita nak buat apa ini?" tanya Sabrina risau.

"Kita tengok siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah." kata Lucy. Dia memandang rakan-rakannya itu.

"Mestilah kita kalah. Kau nak tengok apa lagi? Sah-sah lah kita kalah." kata Natalie tidak puas hati.

"Kau diam boleh tak!" marah Lucy.

Natalie membuat muka menyampah. Lidahnya menolak bahagian pipi kirinya dari dalam.

"Bodoh." carut Lucy kepada Natalie. Dia menjeling Natalie menyampah.

"Eh kau apa hal?" marah Natalie. Dia ingin menyerang Lucy tetapi dia ditahan oleh Sabrina.

"Dasar bodoh." kata Lucy lagi. Natalie menahan sabar.

"Eh kau itu dah lah pembunuh!" jerkah Natalie dengan geram.

Beberapa pelajar yang ingin melangkah masuk ke dalam sekolah memandang ke arah mereka. Ada juga yang mula berbisik-bisik.

"Kau itu psycho! Kau yang bunuh Antalya!"

Lucy sempat memandang kiri dan kanannya. Ramai yang memandang ke arah mereka. Dia memandang tajam Natalie.

"Kenapa? Takut sebab rahsia kau dah terbongkar?" tanya Natalie dengan sinis.

"Kau kena ingat eh. Aku tak join kau buat kerja gila itu. Aku tak buli Antalya. Aku pun tak join kau letak barang terlarang itu dekat locker Hazel."

Lucy tergelak kecil. Kepala digelengkan perlahan.

"Aku lupa nak bagitahu. Semua benda bodoh yang kau buat ini aku dah rakam. Bukti ada dalam ini." Telefonnya ditayangkan.

Lucy meluru laju ke arah Natalie lalu rambut Natalie ditarik kuat. Natalie mengerang kesakitan. Lucy cuba merampas telefon Natalie.

Sabrina dan Victoria terkejut. Kedua-duanya hanya berdiri kaku sahaja tanpa ada rasa ingin meleraikan pergelutan antara Lucy dan Natalie.

"Lepaslah tak guna!" jerit Natalie.

Lucy tidak menghiraukan jeritan Natalie. Dia menolak Natalie sehingga jatuh terbaring di atas jalan.

Natalie masih cuba menyorokkan telefonnya daripada Lucy. Lucy pula masih berusaha ingin mendapatkan telefon Natalie.

Lucy merampas telefon Natalie. Dia bangkit berdiri lalu dibaling kuat ke atas jalan tar. Dipijak-pijak telefon tersebut dengan kuat.

Hancur habis telefon tersebut. Kad memori juga habis patah apabila dipijak di atas jalan tersebut. Lucy tersenyum puas.

Natalie bangun dari pembaringan. Dia memandang telefonnya yang sudah berkecai itu. Dia mendengus geram.

Pak! Pak! Pak!

"Wow! Ada filemlah dekat sini. Genre action lagi." seloroh Theo sambil menepuk tangan. Kepalanya digelengkan. Terlihat Jayden juga berdiri di situ bersebelahan dengan Theo.

"Natalie. Mana barang aku?" tanya Theo kepada Natalie yang masih berada di atas jalan itu.

Natalie bangkit berdiri dan jaket sejuknya dibetulkan. Dikeluarkan pendrive dari poket jaket sejuknya lalu diberikan kepada Theo.

"Aku dah agak dia hancurkan phone aku. So aku dah siap-siap copy dalam pendrive." ujar Natalie. Natalie tersenyum sinis ke arah Lucy.

"Fuh! Bagus kau ini. Kau memang cousin kesayangan aku." ujar Theo sambil mengusap kepala Natalie.

Semua di situ memandang Theo terkejut kecuali Jayden. Natalie menepis tangan Theo dari menyentuhnya.

"What? Oh lupa pula. Here my cousin, Natalie. Actually, sepupu belah mak." Theo tergelak kecil apabila memperkenalkan Natalie sebagai sepupunya itu.

"Eh Lucy. Hai." Theo melambai tangannya ke arah Lucy. Lucy memandang tajam Theo.

Jayden pula hanya diam sahaja. Dia tersenyum sinis ke arah Lucy. Suka melihat gadis itu sebegitu.

"Aku dah ada bukti. Tinggal tunggu send dekat Mr. Freddie dan boom!" Kedua tangan Theo yang tadi digenggam dilepaskan membuat gaya seperti meletup.

"Kau pun kena buang sekolah." Theo mengenyitkan sebelah matanya lalu tersenyum.

"Nah, Jay." Theo memberikan pendrive tersebut ke arah Jayden. Lucy meluru ke arah Theo ingin merampas pendrive tersebut.

"Ops!" Natalie tersenyum sinis ke arah Lucy yang terjatuh tersungkur itu. Ramai yang mentertawakan Lucy.

"Bagi pendrive itu dekat aku!" Lucy bangkit berdiri lalu meluru ke arah Jayden.

Theo memegang lengan Lucy lalu dilepaskan kasar. Terundur gadis itu beberapa tapak ke belakang.

"Kau ini kenapa ,eh? Tak penat ke buat masalah? Dah kalah itu kalah saja lah. Loser." ujar Theo.

Lucy cuba menyerang Jayden sekali lagi tetapi badannya ditolak kasar oleh Natalie sehingga terjatuh.

"Menyusahkan betullah kau ini." kata Theo.

"Kau perempuan! Dasar perempuan jalang!" Lucy bangkit berdiri ingin menyerang Natalie tetapi dihalang oleh Theo. Theo menarik Natalie ke belakangnya.

"Sudah-sudahlah itu." kata Theo kepada Lucy.

Tanpa disedari Lucy, Jayden membaling pendrive tersebut ke arah Ethan yang tidak jauh dari mereka.

Ethan menyambut pendrive tersebut. Macbook miliknya dikeluarkan dari beg sekolahnya. Dia duduk bersila di atas rumput. Pendrive dicucuk di bahagian USB.

Disalin video-video yang terdapat di dalam pendrive tersebut ke dalam macbook miliknya. Pendrive di simpan ke dalam poket jaket sejuknya.

Aplikasi WhatsApp dibuka lalu dia mencari nama Mr. Freddie di dalam kenalannya. Video-video tersebut di hantar kepada Mr. Freddie. Ethan tersenyum sinis.

"Aku dah send!" kata Ethan kepada Theo dan Jayden. Jayden mengangguk.

"Habislah kau, Lucy. Kena tendang dari sekolah ini tak lama lagi. Tinggal tunggu mister tengok saja video-video itu semua." Theo sengaja menakut-nakutkan Lucy lalu dia tertawa.

"Mister dah tengok!" ujar Ethan. Theo tersenyum suka. Jayden pula tersenyum sinis.

"Pernah dengar tak ayat ini? Jayden."

"Celebrate every win, no matter how small." ujar Jayden.

Lucy ingin bangkit berdiri tetapi ada yang merempuhnya dari belakang.

"Ops! Tak sengaja!" Lucas menutup mulutnya dan riak terkejut dipaparkan. Dia tergelak melihat Lucy yang jatuh tersungkur. Theo turut tergelak.

"Meh sini." Lucas menarik Sabrina dan Victoria lalu ditolak ke arah Lucy. Habis terjatuh mereka berdua menghentam Lucy.

"Aduh! Lawak!" Theo memegang perutnya.

"Party time!" jerit Lucas. Disimbah air di dalam baldi ke arah ketiga-ketiga pelajar perempuan itu lalu dituang tepung ke atas mereka. Menjerit ketiga-tiga pelajar perempuan itu.

Sejak tadi Lucas berdiri tidak jauh dari mereka. Dia sudah bersiap sedia ingin mengenakan Lucy, Sabrina dan Victoria. Lebih kepada memalukan Lucy, Sabrina dan Victoria.

"What you give, you get back, loser." kata Lucas. Dia tersenyum sinis.

"Jom, blah." ajak Jayden. Dia melangkah pergi terlebih dahulu.

Ethan dari jauh mengikuti langkah Jayden. Sempat juga dia mencampak pendrive Natalie ke arah Natalie.

"Kau akan menyesal!" jerkah Lucy ke arah Natalie. Natalie menayang wajah tidak peduli.

Lucy bangkit berdiri lalu melangkah pergi. Sabrina dan Victoria turut melangkah pergi kerana terlalu malu.

"Bye! Jangan lupa mandi! Takut orang tak boleh beza mana satu orang mana satu mumia!" jerit Lucas. Dia dan Theo melagakan tumbukan.

Pelajar-pelajar yang tadi menyaksikan misi pembalasan empat jejaka itu, mula melangkah masuk ke dalam sekolah.

"Thanks." ucap Theo kepada Natalie. Natalie mengangguk sahaja. Rambutnya dirapikan semula.

"Aku buat ini bukan sebab nak tolong Hazel tapi sebab nak balas dendam dekat Lucy." kata Natalie.

Natalie membuat semua itu kerana ingin membalas dendam kepada Lucy. Alasannya kenapa? Tiada siapa yang tahu.

"Apa lah yang kau tak suka dekat Hazel itu?" tanya Theo pelik. Dia rasa Hazel baik sahaja. Cuma sikap sombong yang ditunjukkan Hazel itu sahaja yang membuatkan Hazel kelihatan jahat.

"Suka hati aku lah." Natalie melangkah pergi.

Theo membuat muka menyampah.

"Dasar kerek. Annoying punya perempuan." kutuk Theo. Lucas tergelak.

Sebenarnya dia dan Natalie itu bukanlah rapat mana pun. Jarang bertegur tetapi disebabkan hendak membalas semula apa yang Lucy telah lakukan, Theo sanggup meminta tolong Natalie tetapi tidak disangka pula Natalie itu sudah lama ingin membalas dendam kepada Lucy.

"Jom, lah masuk kelas." Lucas menepuk bahu Theo. Theo mengangguk. Mereka berdua melangkah ke kelas masing-masing.


Yeszzzz! Confirm semua tengah berhuha bila Lucy dah kalah kan? Agagaga

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top