41
-No more tears, because
I didn't lose you. You lost me-
Hazel menggenggam kedua belah tangannya antara satu sama lain. Dia mengemam bibirnya. Menahan tangisannya daripada terlepas.
"Please lah." Sesekali dia memandang skrin telefon yang gelap. Berharap ada notifikasi atau panggilan daripada empat jejaka itu.
"Aku perlukan kau orang sekarang ini." rintihnya perlahan. Ibu jarinya digigit.
"Aku perlu bagitahu kau orang yang aku kena pergi jauh. Aku takut tak dapat jumpa kau orang lagi." gumamnya. Dia menunduk. Air matanya diseka.
Dia perlu beritahu Lucas, Theo, Ethan dan Jayden bahawa dia akan berpindah jauh dari negara itu. Hari di mana dia mendapat surat gantung itu, dia meminta sekali borang untuk perpindahan sekolah.
Encik Zachary dinaikkan pangkat dan harus berpindah. Ayahnya telah memberitahu hal itu pada hari di mana Hailey sedar dari koma.
Mengingatkan kakaknya yang meninggal tiga hari lalu membuatkannya bertambah sedih. Air matanya yang mengalir kerana tidak dapat ditahan lagi kesedihannya diseka.
"Dia orang dah benci aku, ke?" Dia menangis teresak-esak. Dia masih mempunyi lima minit sebelum dia perlu berangkat ke lapangan terbang.
Hazel mencapai telefonnya. Nombor Lucas didail. Peti suara masuk. Dia menukar kepada nombor Theo pula. Sama juga.
Perkara yang sama berlaku apabila dia membuat panggilan dengan Jayden dan Ethan. Beberapa kali dia menelefon empat jejaka itu. Masih tidak dapat. Hanya kedengaran suara operator sahaja.
__________
THE STUPIDOS💩
Guys
Kau orang dekat mana?
Aku nak jumpa kau orang
Sekejap pun jadilah
Please
Kau orang
Aku minta maaf
Please
Aku call kau orang tak dapat
__________
"Hazel. Kita dah kena pergi." Hazel mendongak memandang Encik Zachary yang berdiri di ambang pintu.
Dia menganggukkan kepalanya. Dia bangkit berdiri dari birai katil. Sekeliling biliknya dipandang buat kali terakhir. Jaketnya dicapai dan dipakai.
Bagasinya ditarik keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup rapat. Dia melangkah keluar dari rumah itu. Pintu rumah ditutup. Satu keluarga itu melangkah ke lif.
"Kereta papa dengan mama macam mana?" tanya Hazel.
"Papa dengan mama dah jual cash. Nanti dekat sana beli kereta baru." Hazel mengangguk mendengar jawapan Encik Zachary.
"Dah bagitahu kawan-kawan Hazel kita nak pindah? Dia orang tak datang jumpa Hazel?"
"Dia orang sibuklah, mama. Dia orang ada hal. Lagipun kita orang dah jumpa dekat sekolah hari itu." Hazel memberi alasan.
Dia terpaksa menipu. Puan Rozy mahupun Encik Zachary tidak tahu-menahu tentang masalah yang dihadapinya. Bagasi diletakkan ke dalam bonet teksi.
Hazel menadah tangannya apabila terlihat sesuatu berwarna putih jatuh ke atas jalan. Kepalanya mendongak memandang langit. Salji pertama telah turun.
Kelihatan Encik Zachary, Puan Rozy dan pemandu teksi tersenyum memandang salji yang mulai turun. Hazel hanya memandang salji yang turun tanpa riak di wajahnya.
"Jom, Hazel. Nanti kita lambat." ujar Puan Rozy.
Hazel menganggukan kepalanya. Dia memboloskan diri ke dalam bahagian penumpang belakang. Kedua orang tuanya pula masuk ke dalam teksi lagi satu.
Matanya memandang skrin telefonnya yang gelap. Langsung tiada notifikasi yang dia dapat. Dia mengeluh. Air mata yang mengalir diseka.
Lebih kurang 40 minit, dia tiba di lapangan terbang. Tambang dibayar lalu dia mengeluarkan bagasinya dari bonet kereta. Hazel melihat mesej di grup WhatsApp tadi. Masih tiada sesiapa yang membacanya.
"Hazel. Jom."
Hazel menarik senyuman nipis dan mengangguk kepala. Cuba menutup rasa sedihnya.
"Jom." Bagasinya ditarik mengikuti langkah kedua ibu bapanya. Mereka menguruskan segala hal untuk penerbangan itu.
Kemudian, mereka menunggu mengambil tempat duduk di ruang menunggu. Keluarga kecil itu mempunyai lebih kurang 15 minit lagi sebelum pintu balai pelepasan dibuka.
"Mama dengan papa nak pergi makan sekejap. Hazel nak ikut?"
"No need. Mama dengan papa pergilah. Hazel tunggu sini." Hazel menolak ajakan mamanya itu.
"Okey. Nanti mama dengan papa tunggu dekat depan balai pelepasan."
Hazel mengangguk kepalanya. Kedua ibu bapanya pergi dari situ.
Dia mengeluh. Matanya melilau memandang orang ramai di dalam lapangan terbang itu. Sesekali telefon di tangannya di pandang.
Hazel masih setia menunggu empat jejaka itu membalas mesejnya. Namun, masih lagi tiada jawapan. Dia mengeluh lagi.
__________
THE STUPIDOS💩
Aku ingat nak jumpa kau orang
Aku kena pindah
Papa naik pangkat
Kalau sempat aku nak jumpa kau orang
Aku dekat airport sekarang ini
Guys
Tak apa lah
Take care kau orang
__________
Hazel mengeluh apabila masih lagi mesejnya tidak dibaca sesiapa. Dia mengembungkan pipinya. Matanya merenung mesej yang dihantarnya di grup tersebut.
Kelihatan empat jejaka sedang berlari di atas trek larian walaupun salji sudah lama turun. Sedikit demi sedikit jatuh di atas trek larian itu.
Masing-masing berjalan ke tempat duduk penonton. Mereka mengambil tempat duduk kerana kepenatan.
"Penat betul kena lari sepuluh pusingan." rungut Theo. Dia meneguk air mineralnya. Mereka di denda oleh Mr. Nolan kerana pecah rahsia ponteng kelas.
"Kau orang perasan tak sesuatu?" tanya Ethan. Matanya memandang salji yang turun itu lalu memandang sahabat-sahabatnya.
"Perasan apa?" tanya Lucas. Airnya diteguk.
"Dah tiga hari Hazel tak datang sekolah."
Masing-masing terdiam.
Lucas sudah dengan muka tegangnya apabila mendengar sebaris nama itu dari mulut Ethan. Hatinya masih sakit.
"Aku takut dia fikir yang kita benci dia." sambung Ethan. Lucas menjulingkan matanya. Ethan menggelengkan kepala dengan tingkah Lucas itu.
"Sekarang dah pukul 3. Kita pergi jumpa dia." celah Jayden.
"Telefon. Mana telefon?" tanya Theo kalut. Tangannya bergerak mencari telefon.
"Kau punya kan tanya kita orang kenapa?" tanya Lucas pelik. Theo mencapai telefonnya di dalam beg sekolah.
"Gosh! Hazel ada call aku! Dia ada chat dekat grup WhatsApp sekali! Check phone kau orang cepat!" jerit Theo. Semua mula melihat telefon masing-masing kecuali Lucas.
"Kita pergi airport sekarang." Jayden terlebih dahulu bangkit berdiri. Beg sekolahnya dicapai dan di sandang.
Ethan dan Theo sudah bangkit manakala Lucas masih duduk. Lelaki itu dengan wajah tanpa riaknya memandang kasutnya.
"Kenapa kau orang nak kisah pasal dia?" tanya Lucas pelik. Adakah sahabat-sahabatnya itu sudah lupa tentang pergaduhan mereka?
"Lucas, please." Theo memandang Lucas dengan serius.
"The past is the past." ujar Ethan pula.
"Jangan ego sangat, Lucas." kata Jayden dengan wajah tanpa riaknya. Lucas mengemam bibirnya. Dia bangkit berdiri.
"Jom, naik kereta aku." Lucas mencapai begnya dan disandang. Dia berjalan melepasi sahabat-sahabatnya. Theo, Ethan dan Jayden tersenyum nipis lalu mengikuti langkah Lucas.
Hazel menunduk melihat lantai. Dia mengeluh apabila melihat tali kasutnya tidak terikat. Telefonnya diletakkan di sisi. Dia menunduk mengikat tali kasutnya.
Dia mengeluh sekali lagi apabila dia terasa ingin ke tandas. Dia bangkit berdiri. Bagasinya ditarik menuju ke tandas.
Usai dia menggunakan tandas, dia mencuci tangan di singki lalu melangkah keluar dari tandas. Bergema di segenap ruang lapangan terbang itu mendengar pengumuman.
"Gate 3? Eh?" Cepat-cepat Hazel pergi ke balai pelepasan itu. Ibu bapanya sudah menunggunya di situ. Mereka sama-sama melangkah ke kapal terbang yang akan mereka naiki.
Tempat duduk diambil. Tali pinggang dipakai seperti yang diarahkan. Dia teringat sesuatu.
"Telefon." gumamnya perlahan. Dia meraba-raba poket seluar jeans yang dipakainya. Dia baru teringat. Telefonnya berada di atas tempat duduk di ruangan menunggu.
Hazel meraup rambutnya ke belakang. Dia memaki hamun dirinya di dalam hati kerana terlalu cuai.
"Macam mana aku nak contact dia orang lagi selepas ini?" Dia mengetuk kepalanya. Kesal dengan dirinya yang cuai. Dia mengetap giginya.
"Hazel."
"Ya, ma." Hazel mencelik matanya lalu memandang Puan Rozy.
"Okey, tak?"
"Okey. Hazel okey. Hazel nak tidurlah."
"Tidurlah."
Hazel memandang ke luar tingkap. Kapal terbang mula terbang ke udara. Air matanya mengalir. Dia memejam matanya.
Lucas, Theo, Ethan dan Jayden berlari masuk ke dalam lapangan terbang. Masing-masing berpecah. Mereka mencari kelibat Hazel disebalik lautan manusia yang membanjiri lapangan terbang itu
"Ada, tak?" tanya Theo apabila terserempak dengan Lucas dan Jayden. Masing-masing menggelengkan kepala sebagai jawapan.
"Aku try call." ujar Jayden. Lucas dan Theo mengangguk. Mata mereka melilau mencari kelibat Hazel sementara menunggu Jayden.
Jayden mengeluarkan telefonnya dan cuba membuat panggilan dengan Hazel. Hanya operator sahaja yang bersuara menyebut nombor Hazel.
Jayden mencuba lagi membuat panggilan. Perkara sama yang berlaku. Orang nak dengar suara perempuan lain, perempuan lain yang tolong jawabkan.
"Kau orang!" Ethan berlari ke arah Lucas, Theo dan Jayden. Ethan menunjuk telefon di tangannya.
"Telefon Hazel, kan?" tanya Lucas. Dicapai telefon Hazel di tangan Ethan. Punat hidup ditekan.
"Haah. Aku track guna GPS tadi." balas Ethan. Nafasnya tercungap-cungap. Kelihatan asap nipis keluar dari mulutnya setiap kali dia menghembuskan nafasnya.
"Ada password. Siapa tahu password phone Hazel?" tanya Lucas sambil menunjukkan skrin telefon Hazel.
"Aku." balas Theo. Theo mencapai telefon Hazel. Dia mencubanya. Salah.
Lucas, Ethan dan Jayden memerhati sahaja tingkah Theo. Kata tadi tahu. Theo mengangkat wajahnya. Dia tersengih.
"Aku lupa." Lucas, Ethan dan Jayden mengeluh. Theo berfikir sejenak. Dia teringat sesuatu. Dia cuba mengingati perbualan tentang kata kunci telefon Hazel dengan Hazel.
"Lucas. Bila first time kau jumpa Hazel?" tanya Theo. Lucas berfikir sejenak.
"2 hari bulan 2." balas Lucas. Theo menekan nombor 2 di skrin Hazel.
"Bila tarikh kita kena detention sekali dengan Hazel?" tanya Theo.
"4 hari bulan 2" balas Ethan. Theo menekan nombor 4.
"Jay. Birthday kau bila?"
"3 Mac." Theo menekan nombor 3.
"Ethan birthday kau?"
"8 Januari." Theo menekan nombor 8. Salah. Theo berfikir sejenak.
"Jay nombor favourite kau."
"6." Theo menekan nombor yang sama. Cuma menukar nombor 3 kepada 6. Kata kunci tersebut berjaya dibuka.
Masing-masing terharu melihat wallpaper telefon Hazel merupakan gambar mereka berlima yang membuat mirror selfie.
"Eh sinilah. Sampai bila nak tenung?" Lucas merampas telefon Hazel dari pegangan Theo. Dia cuba menelefon Encik Zachary. Hanya masuk peti suara sahaja.
Nombor Puan Rozy dicari di dalam kenalan. Lucas membuat panggilan. Telefon dilekapkan ke telinga.
"Hello, mama." Theo, Ethan dan Jayden memandang Lucas.
"Kita anak tunggal lah. Mana ada adik-beradik lain. Kita panggil ibu lah. Bukan mama. Abang ini siapa tiba-tiba panggil ibu kita mama?"
"Err. Sorry, dik. Salah nombor." Lucas cepat-cepat mematikan panggilan.
"Kenapa?" tanya Jayden.
"Aku tak tahu anak siapa yang jawab. Rasanya mama dah tukar number phone." Theo menahan gelak. Takkan nak gelak waktu genting seperti ini.
"Sekarang ini macam mana?" tanya Lucas. Masing-masing menggeleng kepala tanda tidak tahu. Mereka mengeluh. Nampaknya Hazel sudah meninggalkan mereka.
"She has left us." ujar Ethan. Lucas, Theo dan Jayden mengangguk kepala mengiyakan kata-kata Ethan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top