36

-The tragedy of life is not that
it ends so soon, but that
we wait so long to begin it-

Hazel berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah. Seminggu ini dia akan berseorangan. Empat orang sahabatnya itu digantung sekolah.

Dia teringatkan Antalya. Air matanya ditahan dari mengalir. Dia mengeluh. Dia berjalan ke locker. Buku-buku yang ingin di bawa ke kelas diletakkan ke dalam beg.

Sebaik sahaja dia menutup pintu locker dan memandang kanannya, seseorang menyimbah wajahnya dengan air. Nasib
sahaja air mineral.

"Sebab kau Lucas, Theo, Ethan dengan Jayden kena gantung." Serang seorang pelajar perempuan. Hazel langsung tidak mengenali pelajar perempuan tersebut.

"Kau ini menyusahkan betullah." Ditolak-tolak bahu Hazel menggunakan jari telunjuknya. Dia terundur setapak ke belakang.

Hazel memandang sekilas pelajar perempuan itu lalu menuju ke kelas. Diraup wajahnya yang basah. Ketika dia berjalan, seseorang merempuh bahunya kasar.

Dia berpaling ke belakang. Lucy tersenyum sinis ke arahnys sebelum berlalu pergi. Keluhan dilepaskan lalu menuju ke kelas.

Banyak mata yang memandang sinis ke arahnya sepanjang dia berjalan menuju ke kelas. Sudah tersebar berita bahawa Lucas, Theo, Ethan dan Jayden digantung sekolah.

Setiap berita tersebut mengatakan bahawa semua adalah salahnya. Hazel berharap empat jejaka itu tidak melihat laman web sekolah kerana di laman web itu banyak berita tentangnya yang dimuat naik.

Hazel sudah agak bahawa zaman persekolahannya tidaklah seindah mana. Hanya bersama sahabat-sahabatnya itu dan Antalya yang mencipta kenangan manis di zaman sekolahnya.

"How's your life?" tegur satu suara.

Hazel mendongak memandang Lucy. Perempuan yang seorang ini memang tidak penat hendak mengacau hidupnya.

Segera dia bangkit berdiri. Baru sahaja dia hendak rehat di tempatnya selalu melepak itu tetapi ada pula yang datang mengacau.

Hazel berjalan melepasi Lucy. Langkahnya terhenti mendengar kata-kata yang dilemparkan Lucy.

"Tak sangka kawan kau itu mati awal." Hazel berpaling menghadap Lucy.

"Mesti kau sedih, kan? Eh mestilah sedih. Almaklumlah kawan baik."

Hazel mengetap giginya menahan sabar. Panas telinganya mendengarkan sindiran itu.

"Dua misi aku dah berjaya. First, buat hero-hero kau itu kena gantung. Second, buat kawan baik kau itu mati."

"Kau apa hal?" Hazel menggenggam kolar baju Lucu dengan kuat. Lucy hanya tersenyum sinis.

"Aku belum bagitahu misi terakhir aku. Misi terakhir aku, aku nak buat kau keluar dari sekolah ini." sambung Lucy.

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku?" tanya Hazel dengan serius. Dia menahan diri daripada menjerkah Lucy.

Lucy mengangkat kedua belah bahunya. Dia menggenggam kolar baju Hazel.

"Sebab aku rasa benda ini seronok. Nak buat macam mana?" Lucy menolak kasar Hazel ke belakang.

"Kau pembunuh!" jerit Hazel.

Lucy tergelak kuat. Perutnya dipegang. Gaya seperti kata-kata Hazel itu begitu pada pendengarannya.

"Kau ada bukti nak kata aku bunuh? Kau nak bagitahu orang lain? Bagitahulah. Kau tak ada saksi. Cctv dekat sini pun tak ada yang nak tunjuk aku ada jumpa kau. Kau nak buat apa?" balas Lucy.

Hazel terdiam. Betul apa yang dikatakan Lucy. Dia terasa sebak tiba-tiba. Semuanya salahnya. Bermula dari empat jejaka itu bergaduh sehinggalah Antalya mati.

"Kau kena ingat. Bukan aku saja yang buli Antalya tapi budak Victory itu pun sama. Mana tahu Antalya itu mati bukan sebab aku."

"Kita tengok siapa yang menang dan siapa yang kalah. Ini baru permulaan Hazel. Good luck, dear." Lucy menepuk bahu Hazel sebelum berlalu pergi.

"Kau memang tak guna!" jerit Hazel geram.

"Argh!" Hazel mencangkung. Rambutnya ditarik kuat. Dia menangis teresak-esak.

Hazel berjalan perlahan. Tanpa hala tuju dia berjalan. Tahu-tahu saja dia sudah sampai ke laut. Tempatnya dan Antalya selalu melepak.

Dari jauh Hazel ternampak geng Que yang bergelak tawa. Dia melangkah laju menuju ke arah empat orang pelajar itu.

Hazel menumbuk kuat wajah Que. Que jatuh ke atas pasir. Terkejut Owen, Elise dan Iris dibuatnya.

"Kau apa hal!" Elise membalas dengan menumbuk wajah Hazel. Hazel terundur ke belakang beberapa tapak.

"Kau orang pembunuh! Dasar pembunuh! Sebab kau orang Antalya mati!" jerkah Hazel geram. Wajahnya kelihatan merah kerana marah.

"Kau cakap jangan nak ikut sedap mulut kau eh! Dah dia yang nak mampus! Bukan salah kita orang!" balas Owen.

"Kalau kau orang tak buli Antalya, dia tak akan depression sampai nak bunuh diri!" jerkah Hazel lagi. Dia melempiaskan segala amarahnya ke arah pembuli-pembuli itu.

"Eh buka mata kau luas-luas! Kau ada nampak kita orang yang bunuh dia ke!" ujar Iris dengan nada yang naik seoktaf.

"Memang kau orang tak bunuh dia dengan tangan kau orang sendiri! Tapi kau orang bunuh dengan kata-kata kau orang! Kau orang selalu kata dia patut mati! Kau orang bunuh dia dengan perbuatan kau orang! Kau orang selalu buli dia! Pukul dia! Dia macam kita juga! Dia ada hati dan perasaan!"

Mata Hazel sudah berkaca-kaca. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Hanya tinggal untuk jatuh ke pipi sahaja.

"Dia memang layak pun mati!" ujar Que. Bagai ada pisau yang mencarik-carik hati Hazel. Kata-kata itu telah merobek hati seorang Hazel.

"Kau memang jantan tak guna!" Hazel ingin menyerang tetapi ada tangan yang memegang lengannya menghalang dia daripada menyerang.

"Hazel!" Jayden memegang lengan Hazel.

"Lepaskan aku! Aku nak balas balik apa yang dia orang dah buat dekat Antalya!" Hazel cuba melepaskan pegangan.

"Hazel! Kau jangan macam ini boleh tak!" jerkah Jayden. Kedua belah bahu Hazel dipegang sambil mereka bertentangan mata. Air mata Hazel mengalir jatuh ke pipi.

"Kau orang blah sekarang." halau Ethan.

Hanya ada Ethan dan Jayden di situ. Lucas dan Theo pula diperintahkan berkurung di rumah oleh kedua ibu bapa mereka.

"Blah!" jerkah Ethan. Que, Owen, Elise dan Iris menunjukkan riak tidak puas hati. Mereka berlalu pergi.

"Hazel kau..."

"Lepas." Hazel menepis tangan Jayden di bahunya. Dia ingin berpaling tetapi Jayden menarik lengan Hazel supaya memandangnya semula.

"Lepas aku kata!" jerkah Hazel. Matanya memandang tajam Jayden. Ditolak Jayden ke belakang.

Jayden dan Ethan memerhati Hazel yang berjalan menuju ke persisiran laut itu. Langkah gadis itu kelihatan longlai sahaja.

Hazel menutup mulutnya dengan lengan tangan kanannya. Dia menangis teresak-esak. Gadis itu jatuh terduduk di atas pasir itu.

Dia menunduk menggenggam pasir. Dia menangis mengenangkan Antalya. Walaupun dia menyerang Lucy mahupun geng Que dan mengatakan itu adalah salah mereka tetapi hakikatnya hatinya mengatakan itu adalah salahnya.

'Antalya Johnsen tapi orang panggil aku Lya.'

'Sweet lah kau orang ini.'

'Nasib muka aku masih cantik.'

'Arkitek? Ayah aku arkitek.'

'Ya, ke?'

'Aku pun nak jadi arkitek.'

'Sep sikit.'

'Kau suka bunga apa?'

'Daisy putih.'

'Again sama!'

'Happy birthday!'

'Comel, kan?'

'Comel. Macam aku.'

'Comelnya hamster ini.'

'Cantik kan ini?'

'Cantik.'

'Aku belikan untuk kau tahu.'

'Sini tangan.'

'Satu kau punya.'

'Satu aku punya.'

Masih terngiang-ngiang suara dan gelak tawa Antalya di mindanya. Masih terngiang-ngiang lagi kenangan yang mereka cipta bersama.

Hazel memukul dadanya dengan esakan di bibirnya. Setiap apa yang dia ingat tentang Antalya pasti dia rasa serba salah.

Bertambah lagi rasa sedihnya kerana di laut itu tempat mereka meluangkan masa bersama. Duduk sambil menikmati pemandangan laut itu. Bunyi ombak bagaikan sebuah lagu yang tenang untuk mereka berdua.

"Aku minta maaf, Lya. Aku minta maaf. Aku dah cuba jadi yang kawan kau yang terbaik." ujar Hazel perlahan.

Ethan dan Jayden memandang sayu Hazel. Hanya mampu memerhati gadis itu dari jauh.

Dan Hazel masih lagi menangis di tepi laut itu dengan ditemani bunyi ombak menghempas laut. Kenangannya dengan Antalya berlegar-legar di kepalanya.

'We will stay together as a best friend forever.'

'Forever.'


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top