34
-People cry, not because
they're weak. It's because they've
been strong for too long-
Antalya duduk memeluk lutut di dalam biliknya. Gelap sahaja bilik itu tanpa ada cahaya yang menerangi. Hanya sedikit cahaya matahari menerjah masuk melalui celahan langsir.
"Lya. Buka pintu ini, sayang. Lya tak keluar pun dari semalam. Hari ini Lya pun tak pergi sekolah. Kenapa, sayang?"
Antalya hanya diam sahaja. Terdengar ketukan pintu diselang-seli dengan suara
ibunya, Puan Amy.
"Lya kenapa ini? Kalau ada masalah bagitahu ibu. Lya. Buka pintu ini, sayang."
"Mati."
"Mati."
"Mati."
Perkataan itu yang sering didengarnya sepanjang minggu ini. Semua orang ingin dia mati.
Antalya menggigit ibu jarinya. Wajahnya basah dengan air mata. Dia takut. Dia trauma. Dia teringat apa yang berlaku sepanjang minggu ini. Lagi-lagi petang semalam. Hampir mati dia kerana dibuli.
"Kau nak pergi mana?" tanya Lucy. Di sisinya tiada Sabrina, Natalie atau Victoria seperti selalu.
Sejak empat hari yang lalu, Lucy dan gengnya sering sahaja membulinya. Dia juga diugut. Jika dia memberitahu sesiapa tentang hal ini termasuk Hazel, Lucy akan pastikan yang Hazel mati.
Sebab itu, dia sering melarikan diri dari Hazel. Lucy juga sering memperhatikannya dari jauh. Dia dibuli lebih teruk daripada geng Que lakukan.
Antalya yang baru keluar dari tandas itu terkaku. Dia memandang kiri dan kanan untuk melihat ada sesiapa di tandas itu.
"Cari siapa? Nak minta tolong?" tanya Lucy dengan senyuman sinis.
"Macam mana kau boleh masuk sini?" tanya Antalya takut-takut.
"Tak susah pun. Ada lah cara aku sendiri." Lucy tersenyum. Dia melangkah maju ke hadapan dengan perlahan.
Antalya mengundur beberapa tapak. Dia takut. Lucy ialah seorang psiko. Lucy tidak menyukai Hazel tetapi dia terbabit sekali.
"Kau nak buat apa lagi?" tanya Antalya takut-takut. Setiap apa yang Lucy lakukan kepadanya membuatkan dia trauma.
"Aku nak sangat tengok kau mati. Nanti Hazel mesti sedihkan? Masa itu lah aku mulakan rancangan aku. Tak sabar."
"Aku benci betullah dengan Hazel itu. Aku tak suka dia lah." Lucy menggigit ibu jarinya. Wajahnya ditunjukkan reaksi takut.
"Gila! Perempuan gila!" Lucy mencerlung tajam ke arah Antalya.
"Memang aku gila! Aku tak suka Hazel! Aku nak tengok kau mati dulu! Aku suka tengok Hazel menderita!" jerit Lucy. Dia tergelak.
Antalya mengalirkan air matanya. Tidak percaya.
Terdengar bunyi air yang melimpah. Lucy tersenyum gembira. Dia tergelak kecil. Dia memandang ke arah singki.
"Dah penuhlah." ujar Lucy. Antalya memandang ke arah singki. Dia cuba melarikan diri tetapi Lucy menarik rambutnya kuat.
"Lepaskan aku!" Antalya cuba melepaskan tangan Lucy dari menggenggam rambutnya.
"Tak akan. Sini." Ditarik Antalya kasar sehingga di hadapan singki yang sudah melimpah airnya.
"Kau nak..." Kepala Antalya ditolak kasar ke dalam singki yang bertakung dengan air itu.
Ditarik kepala Antalya. Tercungap-cungap gadis itu dibuatnya. Nafasnya tersekat apabila kepalanya ditenggelamkan ke dalam air.
"Mati kau." Ditolak lagi kepala Antalya ke dalam air. Satu minit selepas itu baru ditarik kepala Antalya.
"Aku nak kau mati. Faham, tak? Mati kau." Ditolak lagi kepala Antalya ke dalam air. Kali ini lebih lama.
Antalya menangis. Badannya menggigil perlahan. Lucy menolak Antalya jatuh ke atas lantai jubin itu.
Dikeluarkan pisau lipat dari poket blazer yang tersarung di badannya. Antalya memandang Lucy. Dia mengundur ke belakang.
"Jangan lari. Sini." Ditarik kasar tangan kiri Antalya. Antalya menolak Lucy.
Lucy jatuh terduduk di atas lantai. Pisau terlepas dari tangannya. Antalya bangkit berdiri ingin melarikan diri.
"Kau ini." Lucy menendang kuat kaki Antalya sehingga jatuh tersungkur. Lucy bangkit berdiri lalu duduk di atas perut Antalya.
Lucy memukul Antalya. Antalya sedaya-upaya cuba menghalang mukanya dari dipukul. Lucy menarik rambut Antalya. Apabila dapat peluang, dia menumbuk-numbuk muka Antalya.
Lucy mencapai pisau lipat di atas lantai. Ditarik tangan kiri Antalya kasar. Digenggam kuat pergelangan tangan gadis itu lalu dihiris dengan pisau beberapa kali.
"Argh!" Darah menitik jatuh ke atas lantai. Lucy bangkit berdiri. Wajahnya ditunjukkan riak terkejut.
"Ada darah. Mesti sakit, kan? Sini aku tolong cucikan luka kau." tawar Lucy dengan mimik wajah yang dibuat sedih.
Membulat mata Antalya.
"Tak nak! Lepaslah, gila!" Antalya menepis tangan Lucy yang cuba memegang lengannya.
"Sinilah." Lucy masih cuba memegang tangan Antalya.
"Jangan dekat!" jerkah Antalya.
Lucy menyengetkan kepalanya lalu tersenyum. Perlahan-lahan senyuman pudar dari bibir gadis itu.
"Sini aku kata!" Ditarik kasar tangan Antalya lalu dia memaksa Antalya berdiri. Dibawa Antalya ke singki.
"Lepas!" Antalya cuba melepaskan pegangannya Lucy pada lengannya.
"Diamlah!" Lucy terus merendam tangan Antalya yang dihirisnya ke dalam air yang bertakung di dalam singki itu.
"Argh!" Antalya mengerang sakit. Dia menangis teresak-esak. Sakitnya tidak terkata. Lucy memang seorang yang gila.
Air yang pada mulanya jernih kini sudah bertukar warna merah. Dia cuba menolak Lucy tetapi lengannya dicengkam kuat.
"Kau tengok muka kau dekat cermin ini." Lucy mencengkam rahang Antalya lalu menolak memandang cermin.
"Gaya macam dah layak nak mati, kan? Macam mayat saja. Maknanya kau patut mati."
Antalya menangis teresak-esak. Mukanya kelihatan sungguh pucat. Darah juga mengalir di bibirnya yang sudah pecah.
"Menangis pula kau." Lucy tergelak. Ditolak Antalya ke lantai. Dia tersenyum sinis.
"Bodoh juga kau dengan Hazel itu, kan? Hari ini aku dah buat Hazel lemas. Tak tahulah dah mati ke belum. Rasanya tak lagi."
"Bodohnya dia sebab takut kena ugut. Aku kata jangan bagitahu sesiapa kalau tak nak kau mati tapi hakikatnya aku dah buat kau rasa macam nak mati pun." Lucy tergelak.
"Mesti sekarang kau rasa macam kau tak layak hidup saja kan. Kena buli. Orang asyik suruh kau mati saja. Sebab kau itu memang layak mati saja. Lemah."
Antalya menunduk. Ya, dia memang rasa di tidak layak hidup sahaja. Dia takut. Dia trauma. Dia stres. Apa yang difikir sekarang hanya mati sahaja.
Antalya terkejut apabila Lucy menolaknya terbaring ke atas lantai lalu mencekiknya. Nafasnya tersekat. Dia cuba mencari oksigen.
"Le...lepas." Lucy mencekik Antalya dengan lebih kuat. Antalya terasa seperti dia sudah di hujung nyawa sahaja.
Lucy bangkit berdiri. Dia tergelak melihat Antalya yang tercungap-cungap mencari oksigen. Perutnya dipegang sambil ketawa.
"Bye, Antalya. Tak sabar nak tunggu kau mati." Lucy menendang kuat perut Antalya sebelum berlalu pergi.
Antalya tercungap-cungap. Sebelah tangannya memegang lehernya manakala lagi sebelah memegang perutnya. Sakit. Itu yang dia rasakan.
Antalya memejam matanya rapat. Air matanya laju mengalir di pipi. Dia sudah penat dengan semua ini.
"Kenapa aku?" Antalya memukul dadanya. Rambutnya ditarik kasar.
"Argh!"
"Lya. Lya buka pintu ini. Lya kenapa? Jangan buat ibu risau. Lya."
Antalya mencapai telefonnya. Nombor telefon Hazel dicari di dalam kenalannya. Dia membuat panggilan.
"Hazel mana kau?" Antalya menangis teresak-esak apabila Hazel langsung tidak menjawab panggilannya.
"Hazel. Aku takut. Semua orang suruh aku mati. Patut ke aku mati? Hazel."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top