32
-Every day, you have a
decision to make: give up,
give in, or give it your all-
"Argh!" Antalya mengerang sakit apabila dia ditolak kasar ke locker yang terdapat di hallway itu. Berdesing kuat bunyi locker akibat hentaman badannya.
"Asal kau lari semalam?" marah Que, si pembuli tegar Antalya. Owen, Iris dan Elise ialah pengikut setia Que.
"Mana ada aku lari." balas Antalya perlahan.
"Sakit!" Antalya memegang tangan Elise yang menarik rambutnya.
Beberapa pelajar yang masih belum pulang hanya menyaksikan Antalya dibuli tanpa ada rasa ingin menolongnya.
"Makin berani kau sekarang!" Elise menolak kasar Antalya ke dinding. Antalya mengerang sakit.
"Pukul saja, Elise." Owen sengaja mengapi-apikan Elise. Iris tergelak sahaja. Baru sahaja Elise ingin melangkah mendekati Antalya, dia dihalang oleh Que.
"Aku nak kau buat homework kita orang hari ini. Esok kita orang tahu dah ada atas meja." ujar Que.
"Aku tak nak lah! Kau orang nak buat lah sendiri!" Antalya melawan pembulinya itu. Dia sudah penat dilayan seperti sampah itu. Dia sudah penat dilayan sebegitu. Dia inginkan kehidupan yang normal.
"Eh perempuan ini!" Elise menampar kuat Antalya.
Antalya menahan perit di bibirnya. Disentuh bibirnya yang luka sedikit. Air matanya mengalir di pipi.
Lantas dia bangkit berdiri. Beg sekolahnya dicapai lalu dia berlari pergi. Ditolak pelajar yang menghalang laluannya.
"Kejar dia!" arah Que. Keempat-empat pelajar itu mengejar langkah Antalya.
Sesekali Antalya hampir jatuh tersungkur. Dia meneruskan lariannya. Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang.
Ethan yang baru keluar dari kedai berdekatan dengan Victory Highschool itu mendecit perlahan apabila dia dilanggar.
"Sorry, Ethan. Saya tak sengaja." Antalya menunduk sedikit sebelum berlari pergi.
Ethan mengerutkan dahinya melihat tingkah Antalya. Hairan. Mengapa gadis itu tergesa-gesa?
"Tch." Ethan berdecit lagi apabila bahunya dirempuh kuat. Dia memandang orang yang merempuhnya itu.
"Sorry." ucap Que tanpa nada. Owen, Iris dan Elise berhenti di belakang Que.
Ethan hanya memandang sahaja tingkah mereka.
"Kau nampak dia pergi mana tak, Que?" tanya Iris. Bahu Que ditepuk.
"Aku rasa dia ke sana." Que menunjuk ke arah jalan yang terus sahaja ke hadapan.
"Jom." Keempat-empat mereka menyambung larian. Ethan memandang figura empat pelajar itu.
"Ethan." tegur Theo. Ethan berpaling ke belakang.
"Hazel mana?" tanya Ethan apabila figura Hazel tidak kelihatan.
"Dia dah jalan balik dulu. Katanya nak singgah laut sekejap." balas Lucas. Disedut air kotak epal ditangannya.
"Kita pergi laut."
"Ha?"
"Theo kau dah pekak pula, ke? Kita pergi laut. Jom." Ethan naik ke atas motornya. Helmet dipakai.
Lucas, Theo dan Jayden mengikut sahaja kehendak Ethan itu. Mereka naik ke atas motor lalu helmet dipakai.
"Aduh!" Hazel mengaduh sakit apabila dia dirempuh dari belakang. Habis dia jatuh tersungkur di atas jalan itu. Sudah seperti nangka busuk saja gamaknya.
"Dah langgar minta maaflah." rungut Hazel apabila orang yang melanggarnya itu meneruskan larian.
"Macam pernah nampak muka dia orang. Victory?" Hazel bangkit berdiri. Dia berfikir sejenak. Dia cuba mengingat di mana dia pernah melihat muka pelajar dari Victory Highschool itu.
"Lya!" Hazel terus berlari mengejar langkah empat orang pelajar itu. Dari belakang dia dapat melihat keempat pelajar itu menuju ke laut.
Antalya meneruskan lariannya. Dia mengerang sakit apabila rambutnya ditarik kasar dari belakang. Dia ditarik kasar menuju ke laut. Badannya di tolak kasar ke atas pasir.
"Kau ingat kau boleh lari ke!" jerkah Iris. Antalya cuba merungkaikan pegangan Iris pada rambutnya.
"Lepaslah"
"Kau dengar sini eh. Selagi kau hidup, kau layak jadi kuli batak kita orang saja. Kalau kau nak sangat lari dari kita orang, boleh saja. Pergi mati sana." Iris melepaskan kasar rambut Antalya.
Owen menarik kasar beg sekolah Antalya yang tersandang di bahu gadis itu. Antalya cuba menarik semula beg sekolahnya tetapi Owen merampas kasar.
"Janganlah!" Owen tersenyum mengejek. Dibuka zip beg sekolah Antalya lalu beg sekolah itu diterbalikkan. Habis keluar segala barang-barang dan buku-buku yang terdapat di dalam beg itu.
Botol air Antalya dicapai oleh Elise lalu penutupnya dibuka. Dituang semua air tersebut ke atas buku-buku Antalya.
"Kau!" Antalya bangkit berdiri lalu menolak Elise kasar sehingga jatuh ke atas pasir.
"Argh!" Elise menendang kasar perut Antalya. Dia duduk di atas perut Antalya lalu ditumbuk muka Antalya.
Antalya mengerang sakit. Pipinya disentuh perlahan. Air matanya laju mengalir di pipi.
"Sudah." Que menarik Elise bangun.
"Kau apa hal!"
"Kalau kantoi dekat mak dia macam mana? Nak pukul pun jangan dekat muka!" marah Que balik.
Elise terdiam.
"Pukul dekat badanlah ini? Aku mula dululah." Iris mendekati Antalya. Ditarik kasar Antalya untuk bangkit berdiri.
Antalya menolak gadis itu menjauh. Dia ingin berlari pergi tetapi rambutnya ditarik kasar.
"Kau ini tak serik lagi, kan? Kerjanya nak lari saja." Iris menumbuk perut Antalya. Antalya terjatuh terbaring di atas pasir. Perutnya dipegang. Perit.
"Woi!" Hazel berlari ke arah Iris lalu ditolak kuat. Dia berlari mendapatkan Antalya di atas pasir.
"Eh ini perempuan hari itu, kan?" tegur Owen.
"Nak acah jadi superhero lagi, ke?" ejek Elise. Mereka berempat tergelak.
Hazel mencerlung tajam memandang keempat-empat pembuli itu. Dia bangkit berdiri. Laju sahaja tangannya menampar pipi Elise.
"Eh tak gunalah." Kemarahan Elise sudah naik memuncak. Dia menarik kasar rambut Hazel lalu ditumbuk seperti yang dibuat kepada Antalya tadi.
Hazel mengerang sakit. Dia bangkit berdiri lalu menumbuk semula wajah Elise. Tiada lagi rasa takut seperti pertama kali dia melihat Antalya dibuli. Apa yang dia tahu dia ingin melindungi Antalya.
"Kau ini semaklah!" Iris menolak Hazel kasar lalu kekura tangan Hazel dipijak. Hazel mengerang sakit.
Que membantu Elise bangun. Dia membiarkan sahaja Iris yang bergaduh dengan Hazel itu.
"Kau nak pergi mana? Nak tolong kawan kau itu?" Owen memijak betis Antalya. Antalya mengerang sakit.
"Tepi lah!" Sebelah kaki Antalya menendang lutut Owen.
"Eh perempuan ini!" Owen menendang perut Antalya. Antalya memegang perutnya yang bertambah perit.
"Woi!" Lucas membuka helmetnya lalu dilibas ke badan Que. Que jatuh ke atas pasir. Dia mengerang sakit.
"Kau orang nak kena juga, ke? Baik kau orang blah sekarang." ujar Lucas. Wajahnya kelihatan marah.
"Kau apa hal? Datang-datang nak tunjuk hero dekat sini." Owen mendekati Lucas. Ditolak kasar bahu Lucas. Lucas tersenyum sinis.
"Kau nak kisah apa hal? Suka hati aku lah nak tunjuk hero ke apa." Lucas mengangkat sebelah keningnya lalu tersenyum sinis.
Ethan awal-awal menarik Lucas ke belakang apabila dia merasakan ada potensi untuk Lucas dan Owen bertumbuk. Kemarahan Lucas bukan boleh dibuat main.
"Sebelum helmet ini melekat dekat muka kau, baik kau dengan geng kau blah. Perempuan tak perempuan. Semua aku boleh bagi merasa." ujar Lucas. Dia sakit hati apabila melihat Hazel dipukul.
"Blah lah! Apa lagi!" jerkah Lucas. Cepat-cepat empat pelajar itu berlalu pergi.
"Antalya kau balik dulu." arah Theo. Nampak gaya macam Lucas nak mengamuk. Takut dengan Antalya sekali sahaja yang kena.
Antalya mengangguk. Buku-bukunya dikutip dibantu oleh Ethan. Dimasukkan semuanya ke dalam beg sekolahnya. Botol airnya turut dicapai.
"Nak aku tolong hantar, tak?" tanya Ethan.
Antalya menggeleng kepala.
"Tak apa." Antalya memandang Hazel yang masih berada di atas pasir itu. Hazel membuat isyarat supaya Antalya pergi.
Antalya membuat wajah sayu. Hazel menggelengkan kepalanya. Gadis itu berjalan pergi. Sesekali dia berpaling ke belakang untuk melihat Hazel.
"Apa yang kau fikir ha!" jerkah Lucas. Terhinjut bahu Hazel dibuatnya dengan jerkahan itu.
"Dah, Lucas." Jayden menolak dada Lucas.
"Kalau apa-apa jadi dekat kau macam mana Hazel!"
Hazel menunduk sahaja. Bibirnya dikemam.
"Lucas cukup." Jayden memegang bahu Lucas. Lucas memang begitu kalau melibatkan orang yang sangat penting di dalam hidupnya.
"Hazel bangun." Ethan membantu Hazel bangun. Theo pula hanya memerhati.
"Kau itu perempuan tahu tak! Kau tengok sekarang! Muka kau berlebam semua sebab gaduh!" marah Lucas lagi.
Hazel menyorok di belakang badan Ethan. Takut apabila dia dimarahi Lucas. Tak pernah dia melihat sisi Lucas yang satu itu.
"Kau nak jawab apa dekat papa mama dengan muka macam itu!"
Jayden menggeleng kepala melihat Lucas yang panas baran itu.
Theo yang perasan Hazel mengalirkan air mata terus menarik Hazel ke dalam pelukan. Diusap perlahan belakang badan Hazel.
"Dah jangan menangis." pujuk Theo. Hazel hanya menangis sahaja.
Lucas mengeluh. Dia mendekati Hazel lalu menarik Hazel ke dalam pelukannya. Diusap kepala Hazel.
"Aku minta maaf." ucap Hazel.
"Lain kali kau jangan buat lagi."
Hazel mengangguk kepalanya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top