29

-Having a girl friends is like
having a sister you can't get rid of.
You know whatever you do,
they'll still be there-

"Hish! Mana dia orang ini?" Hazel menghentak kakinya geram. Sudahlah panas terik, boleh pula empat jejaka itu lambat.

"Mana ini? Selalu dah ada. Kenapa hari ini lambat sangat?" rungut Hazel. Tangannya diletakkan di atas dahi menghalang sinaran matahari menerjah ke mukanya.

Telefonnya dikeluarkan dari dalam poket blazer. Nombor Ethan didail. Dia berharap Ethan yang menjawab tetapi bukan lelaki itu malahan operator yang bersuara.

Nombor Jayden pula didail. Sama sahaja. Operator yang bersuara. Nak membuat panggilan dengan Lucas dengan Theo? Dua jejaka itu bukan rajin memegang telefon.

Dia cuma membuat panggilan dengan Ethan dan Jayden kerana kedua-duanya sering bersama telefon. Telefon pasti sentiasa di tangan mereka. Tidak seperti Lucas dan Theo. Bukan diambil kisah tentang telefon jika kedua-duanya sudah bertemu.

"Mana dia orang ini?" Sudah hampir satu jam dia menunggu. Kalau seperti ini gayanya, sejak tadi dia sudah tiba di rumah siap terbongkang di atas katil.

"Tak apa lima minit lagi. Kalau tak ada, aku balik jalan kaki." gumam Hazel. Matanya memerhati di sebalik pelajar-pelajar yang lalu-lalang.

Satu minit!

Dua minit!

Tiga minit!

Empat minit!

Lima minit!

"Argh! Stres aku!" Rambutnya diserabutkan. Ditanggalkan terus ikatan rambutnya lalu rambutnya digayakan messy bun.

"Satu minit lagi." Hazel memerhati lagi mencari kelibat Lucas, Theo, Ethan dan Jayden.

"Lenguh kaki aku." keluhnya. Kakinya dihentak-hentak setempat. Ingin mengurangkan rasa lenguh.

"Aku dah penat tunggu." Akhirnya Hazel mengalah. Dia melangkah menuju ke pagar sekolah.

Gadis itu berjalan sambil memerhati sekeliling. Kereta yang lalu-lalang. Beberapa pelajar sekolah yang melepak di kedai makan berdekatan.

Dia memberhentikan langkahnya apabila terdengar suara riuh-rendah seperti bergaduh. Dia memerhati sekeliling. Tidak kelihatan dimana-mana pula pergaduhan.

Langkahnya yang tergendala diteruskan. Dia terdengar lagi suara orang menengking. Kepalanya ditolehkan ke belakang memandang lorong yang sudah dilepasinya. Dia berjalan perlahan mendekati lorong itu. Dijenguk sedikit kepalanya untuk melihat. Gelap.

Hazel mengerutkan dahinya. Dia berpaling ingin meneruskan langkah pulang ke rumah tetapi suara itu masih kedengaran.

"Nak pergi ke tak nak?" gumam Hazel perlahan.

"Jangan jadi busy body, Hazel. Kalau orang jahat macam mana?" Hazel menggelengkan kepalanya.

"Kalau dia nak pertolongan macam mana?"

"Jangan pergi, Hazel." halang Hazel. Mulut kata lain tetapi hati kata lain. Kakinya melangkah masuk ke dalam lorong itu.

Lorong itu gelap kerana bangunan di kiri kanannya yang tinggi menghalang cahaya matahari menerangi lorong itu.

Hazel melangkah perlahan agar tidak menghasilkan sebarang bunyi. Semakin dia dekat, semakin jelas suara yang dia dengar.

Dia menyorok di sebalik tong sampah yang kosong itu. Kalau ada sampah, sudah tentu dia tidak akan menyorok di situ dan niatnya pasti akan dibatalkan. Lorong itu rupa-rupanya adalah jalan mati. Patutlah gelap semacam.

"Kau bagitahu cikgu kan kita orang buli kau?"

"Tak sumpah. Aku tak bagitahu."

"Kau tak payah nak menipu! Sebelum ini pun kau pernah nak bagitahu!"

"Sekali itu saja. Selepas itu aku dah tak buat."

"Penipu!"

"Please, jangan buat macam ini!"

"Kau ingat aku kisah ke!"

"Argh!"

"Woi!" Hazel keluar dari tempat persembunyiannya. Terlihat dua orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan sedang berdiri manakala seorang pelajar perempuan duduk di atas jalan tar.

"Kau siapa?" tanya salah seorang pelajar lelaki itu. Wajahnya kelihatan bengis.

Hazel menelan air liur kesat. Dia memang buat kerja gila. Sudahlah tidak reti berlawan. Ada hati pula mahu masuk campur hal orang.

"Kau nak sibuk tahu kenapa? Biarlah aku siapa pun." Hazel terasa mahu menepuk mulutnya kuat-kuat kerana lancang sahaja apabila berbicara.

"Kau..."

"Aku dah rakam! Aku report polis!" Laju sahaja Hazel menunjuk telefonnya. Langkah lelaki itu yang ingin mendekati Hazel terhenti.

"Kau orang blah sebelum aku report polis." ugut Hazel.

Dia sudah berura-ura ingin menelefon polis. Wajahnya menayang reaksi begitu berani tetapi jantungnya begitu berdegup kencang kerana gementar.

"Kita blah saja. Masak kita kalau budak ini report polis." Salah seorang pelajar perempuan itu berkata.

"Kau jangan ingat kau terlepas." Empat orang pelajar tadi berlalu pergi. Tinggallah Hazel dan pelajar perempuan itu.

Hazel memandang ke arah empat orang pelajar tadi ingin memastikan mereka betul-betul sudah keluar dari lorong itu. Dia menarik nafas lega. Dia begitu takut sekali tadi.

Dia berpaling semula memandang pelajar perempuan tadi. Dia mendekati gadis itu. Tangan dihulur.

Gadis itu memandang Hazel. Dia menyambut huluran Hazel. Hazel membantunya bangun. Beg sekolah gadis itu diambil oleh Hazel lalu dihulur ke arah pemiliknya.

"Thank you." ucap gadis itu.

Hazel menarik senyuman.

"Welcome. Jom, keluar dari sini." Mereka berdua berjalan keluar dari lorong itu menuju ke kedai serbaneka yang lebih kurang 100 meter dari lorong itu.

"Tunggu sekejap." Hazel masuk ke dalam kedai serbaneka itu. Gadis itu mengambil tempat duduk di meja yang tersedia diluar kedai serbaneka itu.

Hazel keluar semula dari kedai serbaneka itu. Air mineral dan pek ais kecil di tangannya dihulur ke arah gadis itu.

"Nah tuam. Tepi bibir kau itu lebam." Gadis itu mengangguk. Tepi bibirnya dituam.

"Thank you sebab tolong aku."

"Terima kasih lagi?" Hazel tergelak kecil. Gadis itu tersenyum.

"Nama kau apa?" tanya Hazel. Badannya disandarkan ke kerusi.

"Antalya Johnsen tapi orang panggil aku Lya." Hazel mengangguk.

"Aku Hazelizz Zachary. Hazel." Hazel tersenyum manis.

"Cantik nama kau. Macam mata kau." puji Antalya.

"Thanks. Kau pun cantik. Mata dah lah biru." Antalya tersenyum.

"Hmm kau betul-betul rakam ke tadi?" tanya Antalya. Hazel meneguk sedikit air yang dibelinya.

"Rakam tapi tak jelas sangat. Lagipun lorong itu gelap. Takkan aku nak guna flashlight." Antalya mengangguk.

"Kau memang selalu kena buli, ke?" tanya Hazel.

Antalya tersenyum nipis lalu mengangguk. Senyuman yang cukup hambar pada pandangan Hazel.

"Dah biasa. Sejak aku menengah rendah lagi." balas Antalya.

Hazel mengangguk faham.

"Kau tak lawan?"

"Pernah tapi aku kena pukul teruk."

"Tak report dekat cikgu kau? Atau parents kau?" tanya Hazel.

Antalya menggeleng.

"Kalau dia orang dapat tahu, nanti aku kena pukul lagi teruk. Macam tadi itu."

Hazel mengangguk faham. Dia memandang sayu nasib Antalya.

"Aku okeylah. Dah biasa. Jangan pandang aku macam itu." ujar Antalya.

Hazel menarik senyuman nipis.

"Kau sekolah Harlley?" Antalya memandang uniform yang tersarung di badan Hazel. Hazel mengangguk.

"Anak orang kaya rupanya."

"Biasa sajalah. Kalau nak berkawan dengan aku boleh." Hazel mengangkat keningnya beberapa kali dengan senyuman di bibir.

"Aku orang biasa-biasa saja." kata Antalya. Dia bersekolah di Victory Highschool. Tidak jauh dari Harlley Private Highschool.

"Aku tak pandang hartalah. Lagipun yang kaya parents aku. Aku miskin saja." Hazel cuba bergurau.

Antalya tergelak kecil.

"Kau tak ada kawan?" tanya Hazel. Antalya menggeleng.

"Siapa nak kawan dengan orang yang kena buli macam aku? Semua takut kena buli sekali."

"Kau pula?" tanya Antalya.

"Ada tapi semua lelaki."

"Perempuan?"

"Tak ada. Aku baru pindah sini tahun lepas. Aku tak kawan dengan siapa-siapa. Semua cop aku sombong. Cuma kawan-kawan aku itu saja yang nak kawan dengan aku." cerita Hazel. Antalya menjauhkan pek ais itu dari wajahnya.

"Kenapa kau tak berkawan dengan yang lain?"

"Sebab aku..."

"Hazel!" Hazel dan Antalya memandang ke arah punca suara itu. Antalya menekup semula pek ais kecil tadi di tepi bibirnya.

"Dekat sini kau rupanya. Kenapa tak bagitahu?" bebel Ethan. Wajahnya kelihatan risau.

"Kita orang pergi rumah kau tapi tak ada sesiapa buka pintu. Jauh kau melencong sampai ke sini. Jalan rumah kau ke sana tahu, tak? Kau melencong sampai ke sini itu kenapa?" bebel Ethan lagi.

"Macam orang tua lah kau ini." kata Hazel kepada Ethan.

"Eh kau ini." Ethan mencubit pipi Hazel.

Hazel tersengih. Memang jalan ke rumahnya bukan melalui kedai serbaneka itu. Jalan ke rumahnya melalui jalan yang lain.

"Risau kita orang." kata Jayden.

Hazel tersengih sahaja. Lucas dan Theo awal-awal tadi bukan menegur Hazel dahulu malahan terus sahaja masuk ke dalam kedai serbaneka itu.

"Kita orang nak beli barang. Sekejap lagi kita orang datang. Tunggu sini. Jangan pergi mana-mana. Kita orang nak kau explain." pesan Ethan.

Hazel mengangguk faham.

Ethan dan Jayden melangkah masuk ke dalam kedai serbaneka itu. Sempat Ethan tersenyum nipis ke arah Antalya. Jayden pula dengan muka dinginnya sahaja.

"Kau berkawan dengan dia orang?"

"Hmm ya kenapa?" tanya Hazel pelik.

"Mesti kau berkawan dengan Lucas Harvey kan? Anak pelakon terkenal itu, Ava Martin. Aku minat dengan Ava Martin."

Hazel tergelak kecil.

"Ya, aku berkawan dengan Lucas."

"Jayden Smith itu pula. Keluarga dia boleh tahan kaya. Mak dia yang ada brand sendiri itu, kan?" Hazel tergelak kecil lalu mengangguk. Antalya menekup mulutnya.

"Rumah kau dekat mana?" tanya Hazel ingin tahu.

"Tak jauh dari sini. Dekat kawasan perumahan itu." Antalya menunjuk ke satu arah. Dari situ mereka boleh melihat rumah-rumah yang ada kerana kedai serbaneka itu terletak di kawasan yang sedikit tinggi.

"Oh."

"Selepas dia orang keluar ini aku kena balik. Nanti dia orang bising."

"Untungnya kau. Dia orang care pasal kau." kata Antalya.

"Kau jadilah kawan aku tapi nak kawan dengan dia orang itu tak bolehlah sebab nanti ramai kecam."

Sebenarnya dia tidak mahu berkongsi. Entahlah. Katalah dia tamak sekalipun tapi dia takut kehilangan sahabat-sahabatnya.

"Jadi kawan kau pun dah okey." Antalya tersenyum.

Hazel menghulur telefonnya.

"Nombor telefon kau. Nanti kita chat malam ini." Gadis itu mengangkat keningnya beberapa kali bersama senyuman manis.

Antalya memasukkan nombornya.

"Hazel! Jom!" Empat jejaka itu sudah keluar dari kedai serbaneka itu.

"Aku kena pergi. Nanti malam aku chat kau." Hazel bangkit berdiri dan berlalu pergi.

"Hazel!" Hazel berpaling ke belakang.

"Ini!" Antalya menunjuk pek ais di tangannya dan botol air mineral yang belum diminum.

"Aku belanja!" Hazel melambai ke arah Antalya. Dia berjalan bersama-sama dengan empat jejaka itu. Antalya tersenyum lebar.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top