27

-You know someone means
a lot to you when their mood
can easily affect yours-

"Theo!" Hazel tersenyum ke arah Theo. Theo menurunkan sedikit cermin mata hitam di pangkal hidungnya. Dia berdiri tegak dari bersandar pada kereta.

Theo tersenyum kacak. Tangannya didepa. Hazel tersenyum lebar lalu berlari menuju ke arah Theo.

Hazel berlari melintasi Theo lalu memeluk lengan Lucas. Lucas tersenyum bangga. Diangkat keningnya beberapa kali ke arah Theo.

"Hazel!" Theo menghentak kakinya. Cermin mata hitamnya dicampak ke atas jalan tar. Tangan di silang ke dada.

"Jom." ajak Lucas bersahaja.

"Jom!" Lucas dan Hazel masuk ke dalam kereta yang dipandu Lucas.

"Hazel!" rengek Theo. Theo bercangkung di atas jalan tar. Hazel tergelak diikuti Lucas.

Dia keluar semula dari kereta lalu menghulur tangannya ke arah Theo. Theo memalingkan wajahnya memandang lain. Mulutnya dimuncungkan. Merajuk!

"Woi! Cepatlah! Kau tak payah buat muka tenuk dekat situ!" jerit Lucas dari dalam kereta.

"Kalau aku tenuk pun bukan kacau muka tapir kau!" jerit Theo balik. Terlepas tawa Hazel. Lucas buat muka. Apa beza tenuk dengan tapir? Aduhai.

"Aku belanja kau. Kau nak apa?" tanya Hazel. Keningnya diangkat beberapa kali.

"Betul?" Hazel mengangguk.

Tersenyum lebar jejaka itu dibuatnya. Dia menyambut huluran tangan Hazel. Theo bangkit berdiri dengan riang

"Aku nak pizza hut."

Hazel membuat muka tidak percaya. Minta makanan mahal. Tak mengagak langsung.

"Ha tengok itu. Tak nak belanja sudahlah." Theo ingin berpaling tetapi Hazel menahan.

"Okey. Okey."

Theo tersenyum lebar. Mereka berdua masuk ke dalam kereta.

"Kau tak ambil sunglasses kau, Theo?" Hazel menunjuk ke arah cermin mata hitam yang terdapat di atas jalan tar itu.

"Biar sajalah. Itu bukan aku punya lagi pun. Jayden punya." Theo tergelak kecil diikuti Lucas.

Hazel sahaja yang memandang Theo tidak percaya. Sesenang itu lelaki itu memperlakukan barang milik hak orang lain.

"Relax lah. Kalau tak ada sesiapa bagitahu Jay, confirm dia tak tahu." kata Lucas.

Lucas dan Theo ber-high five. Hazel menggelengkan kepalanya. Tidak percaya dengan sikap kedua-dua lelaki itu.

"Lepak mana ini?" tanya Hazel. Dia memandang Lucas di sebelahnya.

"Rumah aku. Lily nak sangat jumpa kau. Kita singgah beli makanan dululah." Lucas memulakan pemanduan.

"Okey."

Mereka berhenti di hadapan Pizza Hut. Tukang pesan Lucas dan Theo tetapi yang perlu membayarnya Hazel. Lucas kata alang-alang dah belanja Theo itu, apa kata bayar semua sekali.

"Kurang asam betul." gumam Hazel apabila dia perlu membawa plastik yang berisi enam kotak pizza itu. Nasiblah dia bawa duit banyak tadi untuk membayar semuanya.

"Angkatlah ini!" marah Hazel. Dia menayang wajah masam.

Lucas dan Theo berpandangan. Kedua-duanya berlari meninggalkan Hazel sambil tertawa besar.

"Lucas! Theo!" Hazel menjerit geram. Tak guna betul.

"Tunggu kau orang." Hazel tersenyum jahat. Di dalam kepalanya, dia sudah merencanakan bermacam-macam idea jahat untuk mengenakan kembali dua jejaka itu.

"Hazel!" Lily memeluk tubuh gadis itu erat. Siap terlompat-lompat dengan penuh teruja apabila berjumpa dengan sahabat abangnya itu.

"Jom, masuk!" Lily menarik Hazel masuk ke dalam rumah agam itu. Hazel dalam diam teruja sendiri. Begitu kaya hidup anak pelakon ini.

'I masuk rumah pelakon guys! You ada?' jerit Hazel dalam hati.

Hazel meletakkan pizza di atas meja kopi. Dia melambai ke arah Ethan dan Jayden.

"Lily nak buat air sekejap." Hazel mengangguk. Dia memerhati langkah Lily yang dibawa ke dapur.

"Honey!"

Hazel berpaling memandang Brandon yang berada di tangga. Brandon tersenyum lebar. Lelaki itu menuruni tangga dengan pantas.

Sejak dua menjak ini dia sering sahaja bertemu jejaka itu secara kebetulan. Sampai satu tahap ada yang mengatakan dia mempunyai hubungan dengan Brandon kerana gelaran yang dipanggil Brandon terhadapnya.

"Hey." tegur Hazel dengan senyuman.

Hazel tersenyum ke arah Luke. Kepala ditunduk sedikit tanda menyapa. Luke hanya tersenyum nipis sebagai tanda membalas sapaan gadis itu.

"Apa pasal ada mamat ini?" tanya Lucas jengkel sambil memandang ke arah Brandon. Theo turut membuat muka menyampah.

"Eh suka hati aku lah. Luke yang ajak datang. Tak kacau kau orang pun." Brandon menjelirkan lidahnya.

"Kacau kau tahu, tak? Kacau pemandangan aku dengan muka tahi ayam kau itu." balas Theo.

"Kurang ajar kau." Brandon mengejar Theo yang mula melarikan diri.

Apabila dapat menangkap Theo, ditarik-tarik rambut Theo dengan geram. Theo juga membalas serangan.

Hazel duduk menyelit di antara Ethan dan Jayden. Lengan kedua jejaka itu dipeluknya. Dia ingin memulakan rencana jahatnya.

"Kau orang tahu, tak? Tadi Lucas dengan Theo buli aku." ngadu Hazel. Dia tersenyum jahat ke arah Lucas yang memandang ke arahnya.

"Pizza ini semua dia orang suruh aku bayar. Selepas itu, dia orang blah saja masuk kereta tinggalkan aku angkat seorang-seorang pizza ini semua."

Ethan dan Jayden memandang ke arah Hazel. Kemudian, mereka mengalihkan pandangan ke arah Lucas.

Lucas menarik-narik lengan Theo yang bergaduh dengan Brandon. Theo memandang Lucas pelik. Lucas menunjuk ke arah Hazel. Tergamam dia. Brandon ditendang.

"Aduh! Bangkai kau!" Brandon mengaduh sakit di atas lantai jubin itu.

Luke membantu Brandon bangun. Mereka berdua berjalan ke arah dapur apabila Luke menarik Brandon untuk ke dapur.

"Kurang ajar betul. Dia ingat aku ini apa? Bola?" bebel Brandon sambil berjalan ke arah dapur.

"Diamlah." Luke menutup mulut Brandon.

"Umph!" Brandon menjilat tangan Luke. Luke menendang punggung Brandon kerana geram. Brandon hanya tertawa sahaja.

"Ha, Jay. Theo tadi campak sunglasses kau dekat atas jalan dekat kondo aku. Bila aku tanya dia tak ambil ke dia kata biar saja. Dia kata itu bukan dia punya tapi kau punya. Lucas pula kata kalau tak ada sesiapa yang bagitahu kau confirm kau takkan tahu."

Jayden memandang tajam Lucas dan Theo yang sudah berdiri tegak tidak jauh dari mereka. Kelihatan wajah gelisah dua jejaka itu.

"Ha lepas itu kan dia orang kata kau orang gay." Hazel tersenyum jahat lagi. Dia saja menambah cerita. Sengaja ingin menambah perasa.

"Eh kau ha...Hazel. Aku err..." Theo hilang kata.

"Mana ada!" nafi Lucas laju. Kepalanya digeleng laju. Berpeluh dia apabila mendapat pandangan tajam daripada Ethan dan Jayden.

"Hazel tipu!" jerit Theo.

Hazel mengangkat sebelah keningnya.

"Kau orang tak percaya aku, ke?" Hazel membuat muka sayu. Dipandang wajah Ethan dan Jayden.

"Sampai hati." Hazel berkata dengan nada sayu. Di dalam hati dia sudah tertawa jahat.

Dia tahu Lucas dan Theo takut akan Ethan dan Jayden. Lagi-lagi apabila kedua jejaka itu membulinya. Pasti Ethan dan Jayden akan marah.

"Sini kau orang." panggil Jayden geram.

Di dalam hati Hazel sudah tergelak kuat-kuat. Siapa suruh kenakan dia? Tunggu sahajalah apa yang bakal Ethan dan Jayden lakukan. Dia sudah tidak sabar.

"Tak nak!" Serentak Lucas dan Theo menjerit.

"Baik kau orang ke sini atau lagi teruk aku kerjakan." ugut Jayden.

Lucas dan Theo menggeleng laju.

"Kau ingat aku beli pakai air liur ke sunglasses itu?" ujar Jayden geram. Sesuka hati saja membuang cermin mata hitam miliknya.

"Aku tak sengajalah!" Theo mengundur ke belakang beberapa tapak apabila melihat Jayden sudah berdiri.

"Apa? Tak dengar?" Jayden berjalan mendekati Theo. Belum sempat Theo ingin melarikan diri, Theo sudah jatuh tersungkur akibat tersandung kaki Lucas.

"Lucas!"

"Alamak aku tak sengaja! Sumpah tak sengaja!" ujar Lucas dengan gelabah. Dia ingin melarikan diri tetapi di dalam masa yang sama dia ingin membantu Theo bangun.

"Kau nak pergi mana?" tanya Ethan. Leher Lucas dipeluk.

Lucas tersengih. Hujung jari telunjuk kanan dan kiri bersentuhan. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Ethan aku minta maaf." Lucas membuat wajah comel. Berharap Ethan akan cair apabila melihat wajah comelnya itu.

"Kau buli Hazel ya? Selepas itu kau kata aku gay?" Ethan menarik senyuman. Lucas tersengih.

"Jay! Aku minta maaf!" Theo menjerit apabila Jayden mengikat tangannya dengan tali yang tiba-tiba saja muncul.

"Ikat saja, Jayden!" jerit Brandon.

Brandon yang mencampak tali tersebut untuk membalas dendam terhadap sikap Theo tadi. Dia tergelak jahat. Lily tergelak dengan keletah sepupunya itu. Luke hanya tersenyum senget.

"Aku dapat kau! Siap kau nanti!" jerit Theo geram.

Brandon menjelirkan lidahnya lalu mengajuk kata-kata Theo itu. Sengaja ingin menyakitkan hati Theo.

"Tak! Tak! Jay! Jangan, Jay! Jauhkan benda itu dari aku!" Theo ingin melarikan diri tetapi Jayden menarik kaki Theo hingga terbaring di atas lantai. Kucing diletakkan di atas badan Theo.

"Argh! Aku tak suka!"

Hazel sudah gelak terbahak-bahak.

Seorang Theo Zander tidak sukakan kucing kerana dia takut kalau kucing itu mencakarnya. Lagi-lagi anak kucing.

"Weyh! Ethan!" Lucas cuba melarikan diri tetapi Brandon sudah memegang tangan Lucas.

Ethan tersenyum sinis.

"No!"

Lucas dan Theo hanya diam sambil menikmati pizza. Masing-masing membuat muka cemberut. Mereka berdua duduk di atas lantai.

Brandon dan Lily sejak tadi meriuhkan suasana yang selalunya diambil alih oleh Lucas dan Theo. Luke hanya mendengar kedua-duanya riuh bercerita. Ketiga-tiganya duduk di hadapan televisyen.

Brandon dan Lily memang sejak dulu lagi rapat. Brandon, Lily dan Luke. Ketiga-tiga sepupu itu memang agak rapat tetapi bukan Lucas. Lucas tidak menyukai Brandon dan mereka berdua sering sahaja bertelingkah apabila berjumpa.

Hazel tergelak kecil. Dia menangkap gambar Lucas dan Theo dalam diam menggunakan aplikasi kamera. Dia tergelak memandang skrin telefonnya.

Seorang penuh bulu kucing di baju. Lagi seorang muka sudah mengalahkan badut. Bibir merah menyala. Blusher bukan main tebal. Eyeliner sampai ke pipi. Eyeshadow sampai ke dahi.

"Kau gelak apa?" tanya Lucas. Dipandang Hazel dengan geram. Theo juga memandang Hazel geram.

"Tak. Tak ada apa-apa." Hazel menggeleng kepala laju. Dia memandang skrin telefonnya lalu tergelak semula.

"Hazel." Hazel mendongak memandang Lucas dan Theo. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali dengan senyuman di bibir.

Hazel membuka aplikasi Instagram. Dia melihat beberapa post di Instagram itu dengan perasaan bosan. Dia mengemam bibir cuba menahan senyum. Jari-jemari tangan kirinya menutup mulutnya.

"Kau tengok apa itu? Tersenyum-senyum. Macam orang angau pun ada." tanya Ethan pelik. Jayden pula hanya diam menonton televisyen.

"Tak ada apa-apa." Hazel tersengih. Dia memandang skrin telefonnya semula. Ibu jari tangan kirinya digigit.

"Hensemnya." bisiknya perlahan dengan senyuman dibibirnya.

"Siapa?" Serentak Lucas, Theo, Ethan dan Jayden bersuara.

Hazel mengangkat mukanya. Tersengih dia apabila empat pasang mata tertumpu ke arahnya. Kepalanya digeleng laju.

"Baik kau cakap. Siapa yang hensem itu? Crush?" Theo memincingkan matanya memandang Hazel.

"Mana ada."

Belum sempat Hazel ingin menyimpan telefonnya, Jayden sudah merampas telefon gadis itu. Empat jejaka itu melihat skrin telefon Hazel.

Post seorang lelaki terpampang di skrin telefon Hazel. Lelaki itu meraup rambutnya menampakkan otot di lengannya. Kelihatan begitu bergaya sekali.

"Hensem, kan?" Hazel tersenyum teruja hingga matanya membentuk senyuman sekali. Barisan giginya kelihatan. Begitu manis dan comel sekali.

"Tak langsung. Kita orang lagi hensem." Theo kembali duduk di tempatnya tadi. Begitu juga Lucas. Mereka berdua sambung makan.

Hazel membuat muka apabila mendengar kata-kata Theo. Dijeling Theo.

"Kau ini kan. Jangan nak menggatal." Ethan menunjal perlahan dahi Hazel.

Hazel mengembungkan pipinya. Tangannya menutup dahinya apabila terlihat Jayden ingin menjentik dahinya. Jayden beralih target ke arah telinga Hazel.

"Argh!" Hazel menggosok telinganya.

"Tahulah muka kau orang macam cimpanzi." bisik Hazel dengan perlahan. Dijeling keempat-empat jejaka itu.

"Apa?" Empat jejaka itu bersuara dengan serentak sekali lagi.

Hazel tersengih. Jari telunjuk dan jari hantu ditunjuk. 'Peace'.

Iz update untuk kali kedua hari ini. Kalau rajin setiap hari iz buat double update. Kalau tak sehari sekali saja. Maseh baca! Muah!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top