19
-Strangers can become
best friends just as quickly as
best friends can
become strangers-
"Lucas mana?" tanya Hazel apabila tidak melihat kelibat lelaki yang seorang itu. Dia mengambil tempat duduk di atas sofa. Lily pula sejak tadi sudah tidur.
Mungkin penat sebab seharian tadi mereka berenam berjalan-jalan. Berjalan-jalan ke Harrods. Mereka berenam pergi ke Skate Park dan belajar bermain skateboard daripada empat jejaka itu.
"Selepas dinner tadi dia keluar. Katanya ada hal. Tak tahu kenapa tak balik lagi." balas Ethan. Air mineral diteguk lalu dia berjalan ke meja yang terdapat di ruang tamu itu. Dia ingin mengulangkaji.
"Entah entah dia pergi club, tak?" teka Theo. Mulutnya penuh dengan makanan ringan yang diambil dari dapur.
"Banyaklah kau." balas Ethan. Dia menggelengkan kepalanya mendengar tekaan Theo itu.
"Asal tak tidur lagi, Hazel?" tegur Jayden yang baru turun dari tingkat atas. Hazel menoleh ke arah Jayden.
"Tak mengantuk." balas Hazel.
"Lily?"
"Dah tidur." balas Hazel lagi. Matanya tertancap ke arah televisyen. Dia mengikut Theo menonton televisyen.
Jayden berjalan ke dapur. Dia kembali bersama sebotol air mineral. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Ethan yang sedang leka bersama komputer riba milik jejaka itu.
"Pergi tidur, Hazel." tegur Jayden. Hazel memandang lelaki itu lalu menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu.
"Dah pukul 2 pagi, Hazel. Pergilah tidur
" tegur Ethan pula. Hazel mencebik.
"Abang-abang sangat." Hazel mengulang ayat yang digunakan Theo malam semalam.
"Macam pernah dengar ayat itu." Theo berfikir sejenak. Hazel menggeleng kepala. Dasar Theo pelupa!
Ting! Tong!
"Siapa pula yang datang?" tanya Theo pelik. Dia menggaru-garu lengannya yang terasa gatal itu.
"Gatallah pula." Kini belakang badannya digaru.
Hazel mengerutkan dahinya memandang Theo. Siap kaki diangkat dan digaru. Selepas itu nanti tangan itu juga digunakan untuk makan. Tak senonoh!
Ting! Tong!
"Hazel tolong buka pintu. Rasanya itu Lucas." pinta Ethan yang sibuk dengan komputer ribanya. Tidak habis-habis belajar. Jayden pula bermain telefonnya.
"Ya, lah." Hazel bangkit berdiri. Dia akur dengan arahan Ethan itu. Bantal yang di atas ribanya dicampak ke arah Theo. Tepat-tepat terkena muka Theo.
"Woi!"
Hazel buat tidak kisah. Dia berlari anak ke pintu utama. Pintu dikuak setelah kunci dibuka. Terdapat figura Lucas di hadapan pintu.
"Eh?" Lucas menyengetkan kepalanya. Matanya separa terbuka. Mukanya kelihatan merah.
"Lucas?" Berkerut dahinya melihat Lucas yang tersengih sendiri. Tak nak masuk ke lelaki ini?
"Comelnya!" Lucas menarik-narik pipi Hazel. Hazel mengaduh sakit.
"Ethan!" jerit Hazel apabila Lucas mengambil tindakan memeluknya kuat-kuat seperti memeluk patung.
"Apa kau ingat aku teddy bear?" protes Hazel. Makin ketat pelukan Lucas tanpa mengambil endah protes Hazel itu. Tidak dapat bernafas dengan baik Hazel dibuatnya.
"Apa hal ini?" tanya Ethan yang tiba bersama Jayden dan Theo.
"Tolong aku. Aku hampir tak bernafas." Hazel cuba menolak Lucas menjauhinya tetapi Lucas tidak mahu melepaskan pelukan.
Ethan mengambil tindakan menolak Lucas menjauhi Hazel dengan kuat. Pelukan terlepas. Hazel menarik nafas lega.
"Apa hal mamat ini?" tanya Theo pelik. Jayden mendekati Lucas. Dia mencangkung di sebelah Lucas yang terbaring.
"Comelnya kau!" Lucas memegang kedua belah pipi Jayden dan menarik Jayden mendekatinya. Terbuntang mata Jayden apabila wajahnya begitu dekat dengan Lucas.
Pap!
"Argh!" Lucas mengaduh sakit apabila dahinya ditepuk kuat. Jayden bangkit berdiri menjauhi Lucas. Dia berdiri di sebelah Hazel.
"Gila." gumam Jayden tetapi didengari Hazel. Hazel sempat tergelak kecil.
"Dia mabuk ini." ujar Ethan. Tiga pasang mata memandang ke arah Ethan.
Jayden dan Theo mengangguk setuju. Hanya Hazel menunjuk reaksi tidak percaya.
"Biasanya kalau dia stres mesti dia minum beer. Aku rasa mesti pasal twin dia." cerita Ethan ringkas. Hazel mengangguk kepala faham.
"Lagi?"
"Kalau kau tengok perangai Lucas yang kaki ponteng and sometimes pergi prank orang, kau dah rasa jahat tapi Luke lagi teruk. Kaki gaduh, selalu pergi club and also a playboy. Lucas yang bertanggungjawab nak kawal Luke. Adik dia kan. Dia tak nak parents dia orang tahu pasal perangai Luke. Sebab itu Lucas dengan Luke tak rapat. Luke tak suka Lucas sebab selalu halang apa yang dia nak buat."
Panjang lebar Ethan bercerita. Sesekali dia memandang Lucas yang bercakap seorang diri. Sudahlah masih terbaring di atas lantai. Hazel pula mengangguk faham. Baru dia tahu perkara yang sebenar.
"Sekarang kita kena angkat dia." ujar Ethan. Hazel tersenyum. Mestilah dia takkan angkat.
"Theo kau angkat." arah Jayden. Theo buat muka tidak percaya.
"Pardon?"
"Kalau Theo tak nak angkat terpaksalah aku angkat." Hazel saja memberi ayat begitu kerana dia tahu Theo tidak akan membenarkannya.
"No. No. No. Biar aku angkat." Laju sahaja Theo menolak cadangan Hazel. Dia tidak mahu Hazel bersusah-payah mengangkat Lucas.
Hazel tersengih. Dia mengangkat keningnya beberapa kali ke arah Ethan dan Jayden. Ethan menggeleng kepala.
Theo mengangkat Lucas gaya piggyback. Dia meletakkan Lucas di atas sofa. Jayden dan Hazel pergi ke ruang tamu. Ethan sempat mengunci pintu rumah sebelum ke ruang tamu.
"Tengok ini!" Lucas menjerit lalu dia berdiri.
Jayden yang sedang meneguk air memandang Lucas. Theo dan Hazel yang duduk di atas sofa juga memandang Lucas. Ethan yang baru tiba turut sama memandang Lucas.
"Baby shark doo doo doo doo. Baby shark doo doo doo doo." Lucas tergelak sendiri.
Hazel dan Theo berpandangan. Mereka turut tergelak. Theo siap menepuk-nepuk Jayden yang berdiri di sebelahnya. Habis tumpah sedikit air mineral yang dipegangnya.
"Kau nak gelak itu gelak saja. Tangan itu tak payah sibuk nak merayap sekali." Ditepuk kuat tangan Theo. Theo mengaduh sakit.
"Unicorn!" Lucas membuat gaya seperti menunggang kuda.
"Aduhai budak ini." Hazel menyeka air mata yang mengalir kerana terlalu banyak tertawa. Kelakar sungguh tingkah Lucas ketika mabuk.
"Ethan rakam tahu. Rakam. Boleh buat kenangan." arah Theo. Ethan menayang wajah toya.
"Aku juga?" Namun, tetap sahaja Ethan mengeluarkan telefonnya. Aplikasi kamera ditekan lalu dia mula merakam perlakuan Lucas.
"Hei, cantik!" Lucas menunjuk ke arah Hazel yang tertawa. Hazel terdiam.
"Nak apa?" tanya Hazel.
"Do you want to build a snowman?" tanya Lucas. Siap dia menguak rambutnya ke belakang. Lagak penuh bergaya.
"Pergi Hazel. Pergi. Dia ajak itu." Theo menyiku Hazel dan tergelak. Hazel turut tergelak.
"Ini ajak main salji versi macho." komen Jayden. Airnya diteguk lagi. Matanya masih memerhati Lucas.
Lucas sekali lagi membuat gaya menunggang kuda.Theo dan Hazel pula makin galak tertawa. Perlakuan Lucas begitu lucu dimata mereka.
"Jayden, sayang." Lucas memandang Jayden. Dia tersengih-sengih sendiri.
"Sah gila." Jayden melarikan diri. Lucas ingin mengejar tetapi dia jatuh di sebelah Theo akibat tersalah langkah.
"Theo. Hensemnya kau. Pipi dahlah lembut." Lucas mengambil tindakan mencium pipi Theo. Tercengang Theo dibuatnya.
"Bangkai kau!" Theo mengangkat kaki lalu menendang Lucas sehingga jatuh terjelopok di hadapan Hazel. Laju sahaja Theo menggosok pipinya yang menjadi mangsa ciuman Lucas itu.
"Aduh!" Lucas mengaduh sakit. Lucas mendongak memandang Hazel. Dia tersengih.
"Comelnya!" Sekali lagi Lucas membuat hal. Dia mencubit pipi Hazel. Hazel terjerit kecil.
"Siapa ini? Comel betul." tanya Lucas apabila Hazel menolaknya menjauh. Dia tersengih sendiri. Dia menarik Hazel bangun lalu memeluk Hazel.
"Nak jadi girlfriend aku, tak? Aku ini dahlah hensem. Gentleman. Baik. Aku ini rajin belajar tahu " ujar Lucas dengan senyuman.
"Kau merepek apa ini tak guna? Zaman bila kau rajin belajar?" Theo masih tertawa. Ethan turut tertawa.
"Eh kau orang!" Lucas menjerit sambil jari telunjuk menunjuk ke arah Theo. Theo dan Ethan memandang Lucas. Jayden yang duduk jauh daripada mereka turut memandang.
"Ini girlfriend aku tahu. Cantik, kan?" Lucas tersengih sendiri. Dia mencubit-cubit pipi Hazel kerana geram. Baginya Hazel terlalu comel.
"Tolong aku kau orang." Hazel menayang wajah sedih. Lucas melentokkan kepalanya dibahu Hazel. Matanya dipejam rapat. Lucas tertidur di bahu Hazel.
Hazel tidak dapat mengimbangkan badan kerana Lucas yang masih memeluknya. Dia jatuh terbaring di atas lantai lalu Lucas menghempapnya.
"Aku tak bernafas!" jerit Hazel apabila dia terasa sesak hendak bernafas. Sudahlah Lucas itu lebih besar saiznya berbanding dia yang kecil itu. Tersangatlah berat.
Ethan mematikan rakaman lalu bergegas mendekati Lucas dan Hazel. Ditarik badan Lucas daripada menghempap Hazel. Hazel menarik nafas lega.
Ethan membantu Hazel bangun dengan menarik kedua belah tangan Hazel. Hazel duduk dari pembaringan. Dia memandang Lucas yang terbaring di sebelahnya.
"Kurang ajar betul dia hempap aku." marah Hazel. Ditepuk kuat kaki Lucas kerana geram.
"Sekarang nak buat macam mana? Takkan nak biar dia tidur sini." tanya Hazel kepada Ethan. Jayden pula sudah kembali semula ke ruang tamu.
"Biar sajalah." balas Theo. Dia melipat plastik makanan ringan yang telah kosong.
"Nanti parents aku tanya karang kenapa Lucas tidur dekat sini. Lagipun esok confirm dia muntah-muntah. Dia bukannya biasa sangat minum alkohol." kata Ethan.
"Angkat masuk biliklah." celah Jayden. Dia memeluk tubuh.
"Takkan bilik atas?" Theo sudah buat muka. Mestilah dia yang kena angkat Lucas nanti. Kalau nak naik tingkat atas, jenuhlah dia nanti. Sudahlah Lucas itu berat.
"Bilik tetamu saja. Bawah ada bilik kosong." kata Ethan. Theo mendekati Lucas lalu seperti tadi dia mengangkat Lucas gaya piggyback.
Ethan menunjuk ke arah bilik tetamu yang dia maksudkan. Theo meletakkan Lucas di atas katil.
"Beratnya." komen Theo. Diurut perlahan bahunya. Mereka berdua keluar dari bilik tersebut. Ethan menutup rapat pintu bilik itu. Mereka kembali ke ruang tamu.
"Now Hazel kau pergi tidur." arah Ethan apabila Hazel menyambung menonton televisyen.
"Tapi aku tak mengantuk lagi." balas Hazel. Dia memandang Ethan sambil mengembungkan pipinya meminta simpati.
"Dah lewat, Hazel. Pergi tidur sana." celah Jayden. Dia turut mengarahkan Hazel untuk pergi tidur kerana sudah lewat malam.
"Tapi..."
"Hazel." serentak Ethan dan Jayden menyebut nama Hazel. Hazel membuat wajah cemberut.
"Ya, lah." Hazel menghentak kakinya ke lantai menunjukkan tanda protes. Dia akur dengan arahan kedua-dua jejaka itu.
"Jangan bagitahu Lily pasal Lucas mabuk tahu." pesan Ethan. Hazel mengangguk malas.
"Good night, Hazel." Ketiga-tiga jejaka itu mengucapkan selamat malam kepada gadis itu.
"Good night." Hazel melangkah naik ke tingkat atas untuk tidur seperti yang diarahkan Ethan dan Jayden.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top