17
-Best friends are the one of
the most people you need in your life-
Hazel menekan loceng di tepi pagar. Dari luar dia sudah ternganga melihat rumah Ethan yang tersergam indah. Boleh tahan besar rumah Ethan. Tali beg dibahunya dipegang.
"Jom, masuk." Ethan yang membuka pintu pagar rumah mengajak Hazel masuk.
"Mana yang lain?" tanya Hazel. Ethan menolong gadis itu membawa begnya.
"Ada dekat dalam. Semua dah sampai." balas Ethan. Hazel mengangguk.
"Hazel!" Badannya dipeluk oleh Theo. Baru sahaja tidak berjumpa dua hari, sudah buat gaya seperti tidak berjumpa dua tahun.
"Aku ada bawa adik aku sekali join kita. Untuk teman kau." kata Lucas. Kening diangkat beberapa kali.
"Thank you." ucap Hazel dengan senyuman.
"Most welcome."
Hazel melambai tangannya ke arah Jayden yang duduk di atas sofa. Jayden membalas lambain gadis itu. Senyuman nipis turut terukir di bibirnya.
Hazel datang ke rumah Ethan kerana dia serta Lucas, Theo dan Jayden akan tidur di rumah Ethan selama empat hari tiga malam. Mereka ingin menghabiskan sisa cuti sekolah mereka bersama-sama.
Pada mulanya, mereka bercadang ingin bercuti di Madagascar untuk melihat penguin dan singa serta masuk dalam cerita kartun tersebut. Tak tipu saja.
Pada mulanya, mereka bercadang ingin bercuti-cuti di mana-mana negara tetapi disebabkan Theo ada latihan hoki semasa cuti sekolah seminggu itu, jadi hasrat mereka itu dibatalkan.
"Jom, aku tunjuk bilik kau." ajak Ethan. Hazel mengangguk. Tergamam dia apabila rumah Ethan kelihatan sangat cantik dan agak luas.
"Kalau ada apa-apa kau cakap dengan aku nanti." pesan Ethan.
Hazel menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan. Mereka melangkah naik satu-persatu anak tangga.
"Parents kau mana?" tanya Hazel ingin tahu.
"Kerja. Biasanya dia orang balik petang. Tak apa nanti kita jumpa dia orang time dinner." balas Ethan.
Hazel mengangguk faham.
"Ini bilik kau." Ethan mengetuk pintu bilik di hadapannya. Pintu dikuak dari dalam. Terpacul figura seorang gadis yang cantik.
"Ini adik Lucas, Lily. Kau orang tinggal sebilik." Hazel mengangguk. Dia tersenyum kepada gadis itu. Lily membalas senyuman itu.
Ethan menghulur beg Hazel. Hazel menyambutnya dan mengucapkan terima kasih. Ethan tersenyum.
"Bilik aku dekat hujung sana itu pintu warna gold. Sebelah ini bilik Theo dengan Lucas. Sebelah bilik budak berdua itu bilik Jayden. Kalau ada apa-apa cakap dengan aku. Kau orang kenal-kenallah dulu." terang Ethan panjang lebar. Ethan berlalu pergi.
"Jom masuk!" ujar Lily bersemangat. Ditariknya Hazel masuk ke dalam bilik. Pintu juga tidak lupa dikunci. Bukan boleh percaya dengan penghuni di bilik sebelah. Mahunya nanti diterjah bilik mereka berdua itu.
Beg Hazel diletakkan di sebelah bagasi bersaiz kecil berwarna merah. Tangan Hazel ditarik menuju ke katil. Mereka berdua duduk bersila di atas katil.
"Wah! Cantiknya akak!" puji Lily. Hazel tergelak kecil.
"Tak payah panggil akak. Panggil Hazel saja. Hazelizz Zachary. Nama Lily?"
"Lillian Harvey tapi semua orang panggil Lily." Lily memperkenalkan dirinya. Hazel mengangguk faham.
"Umur berapa?" tanya Hazel.
"Cuba teka."
"Hmm 15?"
"Five stars for you!" ujar Lily ceria sambil 5 jari tangan kanannya ditunjukkan. Hazel tergelak kecil. Comel!
"Lily sekolah mana?" tanya Hazel ingin tahu.
"Lily sekolah dekat Wilisom Art Academy. Sama sekolah dengan abang Lily, Luke kembar Lucas"
"Kembar Lucas?" tanya Hazel terkejut. Dia tidak pernah tahu pun kewujudan kembar Lucas itu malahan Lucas mempunyai kembar juga dia tidak tahu. Lily mengangguk sebagai jawapan.
"Haah. Hazel tak tahu, ke?" Hazel menggeleng laju.
"Luke itu adik kembar Lucas tapi abang Lily dua orang itu langsung tak sebulu. Dia orang selalu bergaduh." Hazel khusyuk mendengar Lily bercerita.
"Sebab itu papa Lily pisahkan dia orang berdua. Tak kasih dia orang sekolah dekat sekolah yang sama. Lucas pilih nak sekolah dekat Harlley sebab ada Ethan, Theo dengan Jayden. Lily pilih ikut Luke sebab nak tengok-tengokkan Luke." Hazel mengangguk faham.
"So Hazel pula. Hazel suka siapa antara empat orang itu?" tanya Lily dengan sengihan. Terpinga-pinga Hazel jadinya.
"Suka?" Lily mengangguk.
"Ya lah suka. Hazel crush dekat siapa? Mustahil Hazel tak suka siapa-siapa. Berkawan dengan empat orang lelaki yang hot. Kalau Lily, confirm dah crush dekat dia orang." balas Lily teruja.
"Hazel suka siapa?" tanya Lily sekali lagi.
Hazel berfikir sejenak. Theo si drama king? Lucas si badboy? Ethan si genius? Atau Jayden si dingin?
"I don't know." balas Hazel perlahan. Dia langsung tidak mempunyai rasa suka kepada sesiapa di antara mereka berempat.
"Kalau Lily kan, Lily tak tahu nak pilih yang mana. Ethan dia pandai. Kalau jadi boyfriend Lily, hari-hari Lily nak suruh dia jadi tutor Lily. Dah lah caring. Auch!" Lily memegang dadanya.
"Kalau Theo pula dia macam budak-budak. Comel saja. Walaupun dia kaki drama tapi hari-hari confirm senyum saja tengok dia sebab dia macam happy pill. Memang takkan sedih kalau jadi girlfriend dia."
"Kalau Lucas pula. Lily pun suka perangai dia walaupun perangai macam minta kaki. Bajet badboy macam itu. Kaki usik orang tapi dia protective."
"Kalau Jayden pun Lily suka. Hard to get. Dahlah hensem. Muka beku dia itu. Fuh! Mengancam! Argh! Semua lah Lily suka!" Lily teruja sendiri.
Hazel yang mendengar hanya tertawa. Tidak sangka Lily ini boleh tahan diva juga.
Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk dari luar. Serentak mereka berdua memandang ke arah pintu.
"Hish! Manusia mana yang kacau kita ini!" marah Lily.
Hazel tergelak. Tadi bukan main puji. Sekarang marah-marah pula. Lily turun dari katil lalu berjalan ke arah pintu. Pintu dibuka.
"Apa benda kau nak?" tanya Lily kasar kepada Lucas yang berada di hadapan pintu.
"Ulang balik ayat Lily." arah Lucas. Lily tersengih-sengih. Tersasul pula.
"Lucas nak apa datang bilik Lily dengan Hazel ini?" Pantang betul bercakap
'aku-kau' dalam adik-beradik mereka. Cuma Lucas dan Luke sahaja menggunakan 'aku-kau'.
"Lunch lah. Nak mati kebulur, ke?" balas Lucas. Lily mencebik.
"Ey mulut itu." Ditepuk perlahan bibir Lily. Lily menjeling tajam lalu tangannya naik memukul bahu abangnya itu.
Hazel mendekati mereka berdua yang mula bergaduh di hadapan pintu. Dia menggelengkan kepalanya. Dia menyelit di antara dua beradik itu untuk keluar dari bilik.
Dia terdengar tadi Lucas panggil untuk makan tengah hari. Hazel berjalan mendahului mereka berdua yang masih bergaduh.
"Hai." tegur Hazel kepada tiga jejaka yang sudah berada di meja makan itu. Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan mereka bertiga.
"Hai." balas mereka bertiga serentak.
"Mana budak dua orang itu?" tanya Ethan.
"Itu. Tengah gaduh." Hazel menunjuk ke arah Lucas dan Lily yang menuruni tangga.
Lucas memeluk leher Lily lalu rambut adiknya yang dibiar tidak berikat itu dikusutkan. Lily mendengus geram.
"Alah sorry lah. Nanti Lucas belanja Lily apa yang Lily nak." pujuk Lucas. Lily memandang Lucas yang lebih tinggi darinya itu dengan senyuman lebar.
"Okey!" Lucas dan Lily mengambil tempat duduk di meja makan sebaris dengan Hazel.
"Siblings goal, guys." ujar Theo lalu dia menyua makanan ke dalam mulutnya dan dikunyah.
Hazel tergelak kecil.
"Jealous lah itu. Nanti Lily suruh Noah dengan Lucy sweet-sweet dengan Theo." ujar Lily. Kening diangkat beberapa kali dengan senyuman di bibirnya.
"Memang tak lah." Theo awal-awal menolak. Abangnya itu bukan main serius memanjang. Adiknya pula boleh tahan gangster walaupun perempuan. Datang mana lah sweet itu.
"Selepas ini nak buat apa?" tanya Hazel. Air kosong diteguk. Dia sudah selesai makan. Dia bukan sejenis yang makan berjam-jam buka kedai kopi lepak-lepak dulu.
"Aku ada training sekejap lagi. Pukul 4." balas Theo.
"Lepak-lepak sajalah. Aku nak tidur. Mengantuk. Malam tadi aku main game saja." kata Lucas.
"Okey juga itu. Lily nak rehat." Lily menyokong Lucas. Kedua beradik itu melagakan tumbukan.
"Okey lah kalau macam itu." Semua bersetuju untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top