11

-Always remember, things will
get better-

"Theo! Mana theo?" Tersentak Hazel dibuatnya. Dia memegang dadanya. Agaknya boleh mati terkejut dia kalau hari-hari Lucas jerkah macam itu.

"Mana aku tahu." Hazel menyusun barang-barang yang digunakan untuk menghias khemah tersebut. Kalau tak disebabkan cikgu yang menyuruhnya, memang tidaklah dia hendak buat.

"Mana dia pergi, eh? Lepas dah dengki aku blah macam itu saja." bebel Lucas seorang diri. Rambutnya diraup kasar.

"Kau apa hal ini? Gaya macam putus cinta." tegur Ethan pelik. Jayden turut ada di situ mengikuti Ethan.

"Kau nampak Theo?" tanya Lucas kepada Ethan. Ethan menggelengkan kepala tanda dia tidak nampak.

"Kau pula Jay. Nampak Theo?" tanya Lucas kepada Jayden pula.

Jayden mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sesekali tangannya mengusik barang-barang di dalam kotak tetapi tangan Hazel laju menepuk. Jayden menjeling.

"Kenapa cari Theo?" tanya Hazel ingin tahu. Pelik juga dia kerana Lucas kelihatan marah.

"Kau tahu dia buat apa semalam?" tanya Lucas.

Hazel menggeleng laju. Jayden hanya diam. Dia tahu apa yang Theo buat.

"Dia masukkan nama aku dalam acara lumba jalan kaki tahu tak!"

Tanpa dapat dibendung lagi, Hazel dan Ethan tertawa. Jayden menahan tawanya. Jarinya dibawa ke bibir manakala ibu jari di bawah dagu.

"Tak boleh bayangkan kalau kau jalan lenggok-lenggok macam itu." usik Hazel. Dia menyambung tawanya.

"Sekarang ini mana mamat jambu itu?" tanya Lucas geram.

Matanya melilau memandang antara pelajar-pelajar di padang. Matanya turut melilau memandang ke tempat-tempat duduk ala-ala stadium itu.

"Tak tahu." balas Hazel. Dia memandang Ethan.

Ethan turut membalas pandangan. Tawa mereka terlepas apabila membayangkan Lucas ala-ala badboy itu berjalan dengan penuh lenggok.

"Hish! Kau orang ini!" Lucas menjeling sahabat-sahabatnya itu sebelum berlalu pergi ingin mencari Theo.

Semalam dia tidak hadir latihan rumah sukan kerana menghantar adiknya ke klinik. Alih-alih dia datang latihan rumah sukan hari ini, pengerusi Topaz kata salah satu acara yang dia masuk adalah acara lumba jalan kaki.

Dia sepatutnya tidak percaya kepada Theo supaya memberitahu pengerusi Topaz acara yang ingin dia masuk. Sepatutnya dia suruh Hazel.

"Theo!" jerit Lucas apabila melihat Theo yang sedang melepak di atas tilam lompat tinggi bersama Brandon.

"Alamak! Mampus aku!" Theo bangkit berdiri ingin melarikan diri.

"Apa...argh!" Brandon mengerang sakit apabila Theo memijak badannya. Rasa macam nak terkeluar segala organ badannya.

"Bangkai lu!" jerit Brandon kuat.

"Sorry woi!" jerit Theo. Kasutnya dicapai dan dia mula melarikan diri.

"Kau nak pergi mana?" Lucas memulakan langkah mengejar langkah Theo.

"Jangan kejar aku!" pinta Theo. Ditolak-tolak pelajar yang menghalang laluannya.

"Kau dah buat hal! Lepas itu nak lari pula!"

"Sorry!"

Dari jauh dia dapat melihat Hazel, Ethan dan Jayden yang sedang berbual. Theo berlari menuju ke arah sahabat-sahabatnya itu.

Lucas dapat mencapai baju sukan yang tersarung di badan Theo. Lucas yang tersilap langkah telah memijak belakang kasut Theo.

Theo yang tidak dapat mengimbangkan diri itu jatuh terbaring di atas rumput. Lucas pula jatuh menghempapnya.

Hazel yang sedang berjalan sambil berbual tidak perasan ada batu lalu terlanggar batu tersebut. Tepat-tepat dia jatuh terduduk di atas badan Lucas.

"Argh!"

"Aduh!"

"Bangun! Bangun!" jerit Theo kuat. Boleh mati dia kena hempap dengan dua orang dalam satu masa. Ethan dan Jayden menarik Hazel bangun.

Lucas turut bangkit dibantu oleh Jayden. Hanya Theo yang masih terbaring meniarap di atas rumput. Tangannya didepakan. Dia menarik nafas. Sesak nafas dia sebab kena hempap.

"Kau okey tak? Sorry." Hazel melutut di sebelah Theo.

Theo mengalihkan posisi kepada menelentang. Wajahnya kelihatan merah. Theo menggeleng.

"Nak air?" tanya Jayden. Di tangannya ada sebotol air mineral. Theo mengangguk.

Splash!

"Jay!" Jayden sekadar mengangkat bahunya.

Hazel membantu mengelap wajah Theo menggunakan tisu. Jayden ini bukan boleh di agak pemikirannya.

"Siap kau, Jay." ugut Theo. Habis basah wajahnya kena simbah. Jayden tidak kisah langsung dengan ugutan Theo.

"Rasakan " kata Lucas. Puas hati dia. Rasa bagaikan Jayden membalas dendam untuknya.

"Suka hati kau saja masukkan nama aku dalam acara lumba jalan kaki!" marah Lucas tidak puas hati, Theo bangkit dari pembaringan.

"Gurau sikit saja " Theo tertawa. Siapa suruh minta tolong dia? Sudah tentu dia akan beri ganjaran.

"Kepala otak kau lah gurau." marah Lucas.

Theo masih tertawa. Tidak takut langsung dengan kemarahan Lucas itu.

"Jom, blah. Dah boleh balik." ajak Jayden. Tangannya mengeluarkan telefon pintarnya. Dia memilih aplikasi COD.

"Aku nak ambil beg dulu " ujar Hazel. Dia bangkit berdiri.

"Aku teman kau. Kau orang tunggu dekat parking dululah." Theo, Lucas dan Jayden mengangguk sebelum berlalu pergi.

"Sini kau! Aku belum habis dengan kau lagi!" Lucas mengejar langkah Theo. Mereka bermain kejar-kejar semula.

Ethan menggelengkan kepalanya. Perangai Lucas dan Theo itu tidak ubah seperti budak-budak. Dia dan Hazel berjalan beriringan menuju ke khemah Emerald.

"Kau tak masuk apa-apa acara, ke?" tanya Ethan kepada Hazel. Dia lihat gadis itu selalunya hanya duduk di khemah sahaja.

"Nope." balas Hazel. Dia malas.

Bukan dia tidak pernah letak namanya di dalam senarai acara sebelum ini tetapi sesenang adabi saja orang membuang namanya dari masuk apa-apa acara.

"Why?" tanya Ethan ingin tahu. Belum sempat Hazel ingin mencapai begnya, tangan Ethan terlebih dahulu mencapai dan menyandang ke bahu. Botol air Hazel diberikan kepada gadis itu.

"Because..." Ethan mengangkat sebelah keningnya menunggu jawapan daripada Hazel.

"Because I don't want to. That's all." balas Hazel tenang.

Tidak pada Ethan. Dia tidak percaya kata-kata gadis itu. Ethan memberhentikan langkah lalu berdiri di hadapan Hazel. Dia merenung mata Hazel.

"Kenapa?" bisik Hazel perlahan. Ethan tersenyum. Terkedu apabila dia ditenung sebegitu.

"You are lying." ujar Ethan ringkas. Ethan berdiri semula di sebelah Hazel. Mereka menyambung langkah.

Hazel memegang dadanya. Berdebar betul bila kena renung macam itu! Ethan memandang sekilas gadis itu lalu dia tersenyum.

Pengajaran dekat sini adalah jangan sesekali menipu Ethan. Lelaki itu tahu bahawa orang menipu dia.

"So apa jawapan yang sebenar?" tanya Ethan. Hazel menggaru pipinya.

"Kau tahu yang aku ramai haters dalam sekolah ini. So..."

"So?"

"Secret. Aku tak suka mengadu dekat orang. So jawapannya rahsia." balas Hazel.

Hampir saja dia memberitahu. Dia pun pelik. Kenapa ringan sangat mulut dia nak hendak memberitahu Ethan perkara yang selalu dia pendam sendiri.

"Oh my gosh! Hampir saja." bisiknya perlahan. Nasib tidak didengari oleh Ethan.

"Okey." ujar Ethan ringkas. Dia memegang lengan Hazel. Memberhentikan langkah si gadis.

"Longkang itu. Be careful." ujar Ethan. Hazel tersengih malu.

"Okey " Dia mempercepatkan langkahnya. Meninggalkan Ethan di belakang. Ethan tertawa perlahan. Comel! Dia mengejar langkah Hazel.

"Masuklah! Pintu tak kunci!" ujar Hazel separa kuat apabila pintu biliknya diketuk dari luar.

Pintu dikuak dari luar lalu terjengul wajah Puan Rozy. Hazel yang sedang berbaring menukar posisinya kepada duduk. Dia duduk bersila di tengah-tengah atas katilnya itu.

"Ya, ma."

Puan Rozy mengambil tempat duduk di birai katil. Wanita itu tersenyum.

"Macam mana sekolah?" tanya Puan Rozy. Dia terlalu sibuk sehinggakan dia selalu risau dengan keadaan Hazel. Dia tidak ada masa untuk anak perempuannya yang seorang itu.

"So far so good."

"Mama terlalu busy sampaikan abaikan anak mama seorang ini. Mama risau."

"Naa it's okay. Mama busy kan nak cari duit. Lagipun Hazel tak sunyilah. Hazel kan ada empat orang kawan Hazel itu." ujar Hazel dengan senyuman.

"Dia orang sihat?"

"Sihat."

"Kalau dia orang tak sibuk, cuti nanti bawalah dia orang datang lagi. Mama suka dengan dia orang. Tak sombong. Ramah pula itu." kata Puan Rozy. Siap memuji lagi.

"I will." balas Hazel ringkas.

"Okeylah. Mama nak tidur ini. Good night, sayang." Dahi Hazel dicium lalu dia dia bangkit berdiri.

"Good night too, ma " balas Hazel dengan senyuman. Puan Rozy berjalan ke pintu. Dia berpaling semula.

"Dah lawat kakak?" tanya Puan Rozy.

Hazel tersenyum kelat. Sudah lama dia tidak menjenguk kakaknya itu.

"Tomorrow. How about you? Papa?"

"Almost everyday." Puan Rozy berlalu keluar dari bilik tidur Hazel. Hazel hanya memerhati sahaja.

Hazel melihat skrin telefonnya yang memaparkan lockscreen itu. Wallpaper diletakkan gambarnya bersama seorang gadis yang berlatar belakangkan pantai.

"I miss you a lot." ucapnya perlahan.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top