O3 |

______

Daniel Jung pov.

Aku duduk bersama dengan keluarga Jinran di meja makan yang boleh dikatakan panjang. Aku melihat mereka mula menyantap makanan yang telah dihidang oleh makcik Tiram.

Tidak aku sangka yang Jinran mempunyai adik beradik yang bilangannya cukup ramai, ada yang masih kecil dan baru menginjak dewasa. Tepat dengan selera aku.

Lebih lagi dengan wajah kembar itu, kata nenek 'dia' lebih suka budak kembar kerana mereka lebih enak dari yang keseorangan.

"Daniel, kenapa? Dari tadi makcik tengok kamu asyik menguis makanan dalam pinggan tu, tak sedap eh." tegur makcik Tiram.

Aku terkejut dengan sergahan soalan darinya. Laju saja kepala menggeleng tidak, kemudian sudu yang sudah penuh dengan nasi dan lauk itu aku suap ke dalam mulut.

"Eh tak ada lah, cuma saya terpesona tengok anak-anak mak cik yang kelihatan comel kesemuanya."

to be continue
━━━━━━━━━

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top