"One"

Ailsa PoV

Ailsa Adiputeri binti Amato, itulah namaku. Anak sulung dari pasangan Amato dan Bella, juga Kakak kepada superhero bumi, BoBoiBoy.

Aku ialah Laksamana Muda dari Tempur-A dan Tapops. Tugasan dan tanggung jawab besar sudah aku tanggung sejak usiaku 10 tahun. Bukan hal yang senang tapi syukurlah aku sudah terbiasa.

Ayah aku ialah Laksamana Tapops yang telah mengabdi sejak dia duduk dalam bangku kuliah. Mak aku pula juga seorang Laksamana Tempur-A yang mengabdi semenjak remaja.

Adik lelaki aku pula seorang Kapten Muda Tapops. Sejak kecik, dia ada cita-cita nak jadi superhero macam ayah dan terwujud juga semasa kitorang balik kampung masa cuti sekolah dulu.

Dia dah jadi superhero bumi sejak usia 8 tahun dan masuk Tapops masa usia 16 tahun. Selepas pertarungan dengan Reta'ka, dia dianugerahi gelar Kapten Muda dan juga gelar 'Penguasa Elemental Galaksi'.

Boy, macam tu lah aku panggil dia, ada buat misi dengan pasukan dia yang terdiri dari kawan-kawan dia masa kitorang bercuti kat Pulau Rintis yakni Lans Kopral Yaya, Lans Kopral Ying, Lans Kopral Gopal, dan adik kepada Kapten Kaizo, Lans Kopral Fang.

Pasukan dia dah banyak torehkan prestasi dengan selamatkan banyak Power Shpera dan tangkap ramai penjenayah kelas atas, betul-betul adik yang berbakat dia ini.

Tak hanya berbakat dalam kalahkan penjenayah sahaja, tapi dalam pendidikan dia pun pandai terutama bidang biologi dan tekno. Tak de sesiapa yang lagi pandai dalam perkara tu daripada Boy.

Boy dah tamatkan gelar sarjana tekno dia masa usia 7 tahun dan dia dah cipta beberapa alat yang aku dan keluarga aku gunakan sehari-hari maupun masa misi.

Ailsa bila cakap pasal diri kau? Oke aku akan cerita pasal aku pula.

Aku ni pun superhero bumi, sama macam ayah dan adik aku. Kuasa aku ada masa usia 6 tahun, masa aku tak sengaja aktifkan sebuah Power Shpera yang ayah selamatkan dulu dan kuasa aku ialah manipulasi ruang dan masa.

Aku masuk dalam Tapops masa usia 10 tahun, tepat selepas aku dan Boy balik dari Pulau Rintis. Pangkat Kadet ku hanya bertahan 3 hari dan aku langsung naik pangkat Lans Kopral hingga usiaku 12 tahun dan akupun naik pangkat menjadi Kapten Muda lepas tu masa 15 tahun, aku baru jadi Laksamana Muda sampai masa sekarang.

Aku pun ada pasukan juga macam Boy, tapi kitorang jarang sangat nak berjumpa sebab kesibukan misi individu kitorang. Aku hanya akan bersama sepupu aku yang juga wakil aku kat pasukan, Maira Asyifa binti Amirul.

Kitorang berdua dah macam stem dengan perekat, tak boleh nak pisahkan. Latihan bersama, misi bersama, makan bersama, bahkan tidur pun kitorang satu bilik.

Aku pun pandai dalam akademik terutama matematik dan sains. Aku dah tamatkan sarjana matematik ku masa usia 8 tahun dan sarjana sains masa 10 tahun.

Kini usiaku 21 tahun sedangkan Boy 19 tahun. 11 tahun kitorang dah tak jumpa sesama sendiri dan hari ini, akhirnya aku akan jumpa dengan dia semula.

Author PoV

Di pagi hari, di stasiun Tapops, nampak tokoh utama kita sudah siap dengan seragam  anggota Tapops namun tak lupa dengan topi dino miliknya yang bertengger di kepalanya.

"Siap pun, tak sabarnya jumpa diorang balik. Gopal! Jom kita kat kantin sebelum kat dek utama!" ucap BoBoiBoy bin Amato, superhero galaksi dan penguasa kuasa elemental.

"Kejap! Uniform aku tak jumpa lagi!" kata temannya sejak kecil, Gopal.

BoBoiBoy melihat ke arah kasur Gopal dan mendapati seragam milik Gopal terletak di sana. Dia hanya menggeleng pasrah dan memberikan seragam itu kepada Gopal.

"Kau ni, uniform ada kat katil pun tak tahu ke? Dah cepat pakai, aku nak tengok kawan-kawan kita. Jumpa kat kantin nanti." kata BoBoiBoy memberikan seragam Gopal dan berjalan keluar dari kamarnya.

BoBoiBoy pertama berjalan ke kamar temannya yang sangat “populer”, Fang. Letak kamarnya tidak jauh dari BoBoiBoy dan Gopal.

"Fang, kau dah sedia ke?" ucap BoBoiBoy dari luar kamar Fang.

"Kejap! Cermin mata ku hilang lah." BoBoiBoy masuk ke dalam kamar Fang dan terkejut dengan kondisinya yang seolah baru saja di terjang badai, sangat berantakan.

"Kau ni nak cari cermin mata pun sampai sepahkan bilik?" tanya BoBoiBoy mengambil buku yang ada di dekat kakinya yang berjudul, “Bagaimana Jadi Popular dalam 1 jam.”.

'Masih gila popular budak landak ni.' pikir BoBoiBoy sweatdrop kemudian meletakkan buku itu di rak terdekat.

"Nak macam mana lagi. Tadi masa nak gunakan uniform ada lagi, sekarang dah tak tahu kemana, Ish mana ni?" BoBoiBoy melihat sesuatu bertengger di atas kepala Fang dan tertawa kecil.

"Apesal pula kau tertawa ni? Bukan ke tolong cari, ni pulak tertawa." omel Fang dan BoBoiBoy mendekat kemudian menurunkan kacamata Fang yang ada di atas kepala.

"Sebelum sepahkan bilik, baik tengok diri dulu. Cermin mata kau tu ada kat atas kepala kau lagi lah. Dah aku nak tengok Yaya ngan Ying pula, jumpa kat kantin nanti." BoBoiBoy pun keluar diikuti hembusan angin kuat yang merapikan kamar Fang.

"Budak tu... aneh betul lah. Biasanya pukul 05.30 ni masih tidur lagi. Lepas tu, bila masa dia boleh kemas laju dengan kuasa angin dia ni." gumam Fang melihat jam yang menunjukkan pukul 05.30 pagi kemudian melihat ke kamarnya yang kembali rapi dan bersih.

BoBoiBoy berjalan menuju ke kamar anggota perempuan di timnya dengan bersenandung tipis, sesekali dia menyapa anggota Tapops lainnya yang kebetulan lewat.

Dia akan ke kamar Duo Y, atau Yaya dan Ying.

Saat akan berbelok ke lorong kamar Yaya dan Ying, mereka bertiga berpapasan. "Hai Kapten BoBoiBoy, selamat pagi." sapa Yaya dan Ying bersamaan.

"Hai Yaya, Ying, selamat pagi. Tak payah lah nak panggil Kapten lah, aku ni tak selesa bila korang panggil aku macam tu." kata BoBoiBoy.

"Eh apesal pula? Kita kena hormat yang pangkat dia lagi tinggi bukan?" tanya Ying heran.

"Kalau tu anggota lain aku tak masalah, tapi ni korang lah. Korang kan kawan aku dari kecik lagi, tak payah formal bila tak dalam mesyuarat penting." jelas BoBoiBoy dan diangguki oleh keduanya.

"BoBoiBoy, awal kau bangun ni. Baru pukul 05.30 tau." kata Yaya menanyakan keheranannya.

"Saja, aku tak boleh terus bangun lambat kan. Aku dah pangkat kapten sekarang ni, tak boleh terus bangun lambat." jawab BoBoiBoy dengan senyumannya.

"Betul tu Kapten BoBoiBoy, kamu tidak boleh terus bangun lambat. Kemajuan yang bagus." seseorang dari belakang BoBoiBoy mengeluarkan suara dan ketika ketiganya berbalik, mereka melihat sosok Komander Koko Ci dan Laksamana Tarung.

"Selamat pagi Komender, Laksamana." ucap ketiganya, hormat Tapops.

"Selamat pagi, tahniah kepada Kapten BoBoiBoy yang dah mula berubah. Jom kita sarapan bersama, Laksamana belanja." ketiganya hanya bisa menuruti perkataan laksamana mereka.

"Terima kasih Laksamana Tarung." kata ketiganya sedikit kikuk. Walau sudah tahu perubahan sifat Tarung, mereka masih segan bila duduk satu meja dengannya apalagi sekarang mereka akan di traktir sarapan.

"Korang tak payah risau, Laksamana tengah dalam suasana hati baik ni, tak payah nak segan." kata Koko Ci melihat ke kikukan mereka.

Sesampainya di kantin, mereka mengambil meja dan memesan makanan mereka kepada Qually, koki di Tapops, yang menghampiri meja mereka.

"Selamat pagi, Laksamana, Komender, Kapten, Lans Kopral, ada yang boleh Qually masakkan?" ucap Qually hormat Tapops sebelum mengeluarkan buku catatannya.

"Saya dengan Koko Ci macam biasa, korang pula?" kata Tarung.

"Kitorang pun macam biasa je Qually, tapi saya tambah sayur sikit lagi boleh ke tak?" Qually mengisyaratkan jari “Oke” sebelum dia beralih ke dapur untuk menyiapkan pesanan.

"BoBoiBoy, kenapa kau nampak lain je hari ni? Kau biasanya sayur sikit je, ni pula nak lebih." kata Ying yang ada di sebelah kiri BoBoiBoy, sedangkan Yaya ada di sebelah kanan BoBoiBoy.

"Em... ah... aku baru je terima talipon dari akak aku semalam, dan... dia agaknya tahu bila aku kurangkan porsi sayur aku. Aku pun kena marah lah." jawab BoBoiBoy menggaruk belakang lehernya yang tidak gatal, malu.

"Tu lah, kitorang cakap tak nak dengar. Kan dah kena marah dengan Akak Ailsa pula." ucap Yaya dan BoBoiBoy hanya bisa menahan malu hingga tak lama pesanan mereka datang.

Seusai mereka menghabiskan sarapan dan akan segera beranjak, kedua temannya yang lain baru saja datang.

"Lambatnya korang ni, kitorang dah habis sarapan dah." kata Ying saat melihat Fang dan Gopal yang baru saja datang.

"Aku tadi tengah cari cermin mata dan lencana aku lah." jawab Fang tidak terima.

"Aku pun tengah cari lencana, nasib baik jumpa." sambung Gopal menunjukkan lencana miliknya.

"Jumpa kat mana kau Gopal?" tanya BoBoiBoy merasa tidak asing dengan lencana yang Gopal gunakan.

"Bawah katil aku, tak sengaja masuk sana." BoBoiBoy memperhatikan secara jeli lencana milik Gopal dan dia menggantikan lencana itu dengan lencana yang tidak jauh beda.

"Tu bukan lencana kau lah, ini baru lencana kau. Aku tak sengaja jumpa kat bawah bantal kau." jawab BoBoiBoy setelah mengganti lencana milik Gopal.

"Sama je rasanya, apesal pula kena ganti?" heran Gopal.

"Ni lencana untuk para Laksamana je lah. Bentuk dia pun dah macam tua sikit." kata BoBoiBoy menunjukkan perbedaan lencana miliknya dan yang di temukan Gopal.

"Betul, ini lencana lama. Macam mana kau tahu, Kapten?" ucap Koko Ci membuka kacamatanya dan mengamati kedua lencana itu.

"Baca kat buku." jawaban singkat yang mereka dapatkan dari BoBoiBoy.

'Macam punya Ayah atau tak Akak Ail, tanya diorang lah nanti.' pikir BoBoiBoy setelah mengamati lebih lencana yang ada di tangannya.

Merasa keheranan dengan sifat BoBoiBoy hari ini, mereka ingin bertanya sesuatu namun tiba-tiba mereka menerima sinyal pesawat angkasa yang akan mendarat di hanger mereka.

"Sinyal para Laksamana. Jom kita kat hanger utama." mereka langsung menuju ke hanger utama, meninggalkan dua orang yang masih di sana untuk membeli sarapan.

Sesampainya di hanger utama, mereka melihat banyak anggota Tapops yang berlalu lalang untuk membuatkan jalan agar pesawat angkasa para Laksamana dapat mendarat.

30 menit mereka menunggu dan tepat saat jarum jam menunjukkan pukul 7, tepat dengan Gopal dan Fang yang baru saja tiba bersama anggota Tapops yang lain, dua pesawat angkasa besar mendarat di hanger utama.

Begitu pintu pesawat angkasa terbuka, mereka sontak hormat Tapops kepada orang-orang yang keluar dari pesawat angkasa.

'Pakai kapal angkasa keluarga pula. Ayah, Mak, Pakcik, apesal guna kapal angkasa keluarga?' batin BoBoiBoy saat menyadari pesawat angkasa itu memiliki sebuah lambang.

"Selamat datang ke Tapops, Laksamana sekalian." ucap para anggota Tapops kompak.

"Terimakasih atas sambutannya semua. Kemana Double-T?" ucap pria yang menggunakan armor merah dan jubah hitam yang bertengger di pundak, Laksamana Amato.

"Agaknya masih kat kapal angkasa lah, Abang." jawab wanita berkerudung yang di sebelah Amato, Bella, istrinya.

"Nak aku panggilkan diorang ke?" tanya pria bertopeng yang ada di belakang Amato dan Bella, Maskmana.

"Tak payah, kejap lagi diorang pasti keluar." jawab Amato dan tanpa sengaja, matanya bertemu dengan BoBoiBoy.

Tatapan mata keduanya sama-sama memancarkan kerinduan yang hanya di sadari oleh Bella dan Maskmana. Hingga tak lama terdengar suara keributan dari satu pesawat angkasa lainnya.

"Mak! Ayah! Pakcik! Ada lipas kat kapal angkasa Ail! Tolong!" nampak seorang wanita berkerudung yang memakai jubah hitam yang menutupi pakaiannya berlari dengan cepat menuju Bella dan bersembunyi di belakangnya, Ailsa Adiputeri binti Amato.

"Apelah Laksamana ni, dengan lipas pun takut." ejek remaja laki-laki dengan mata berwarna ungu pucat berjalan dengan membawa sebuah toples yang berisi kecoa, Rey Khairi.

"Bukan takut lah, geli." ucap Ailsa yang masih bersembunyi di belakang Bella.

"Jangan nak buat main la, tengok Kapten Mai. Dah lemas tu." ucap laki-laki yang mirip dengan remaja yang membawa kecoa, hanya saja warna matanya adalah coklat kekuningan, Ryan Khairi, menunjuk ke remaja perempuan yang juga memakai kerudung, Maira Asyifa binti Amirul.

"Korang ni boleh tak tenang sekejap tak?" tanya remaja yang memiliki rambut putih dengan beberapa helai rambut coklat, Zein Han.

"Perhatian!" teriak Maskmana yang langsung menenangkan anak-anak yang adalah pasukan Double-T.

"Siap Maskmana." ucap Double-T serempak dan berubah menjadi serius.

Tentu anggota Tapops kagum dengan kecepatan perubahan Double-T yang awalnya terlihat main-main, kini berubah menjadi serius.

Bahkan Ailsa yang takut akan kecoa tadi langsung berubah walau toples yang berisi kecoa itu ada di dekatnya. Maira yang lemas karena kecoa tadi juga sudah kembali segar bugar.

"Hebatnya, diorang boleh berubah secepat itu." kagum Yaya.

"Ha ah lah, hebatnya perubahan diorang." sambung Ying dengan mata bersinar, penggemar Double-T.

"Diorang benar-benar hebat lah, aku pernah jumpa masa berlatih dengan Laksamana Amato dan Maskmana. Diorang masa tu dah hebat sangat." kata Fang yang juga penggemar Double-T sejak kecil.

"Diorang hebat kan, BoBoiBoy?" Gopal melihat ke arah BoBoiBoy dan dia sedikit terkejut dengan temannya itu karena BoBoiBoy hanya bergumam tidak jelas dengan wajah tertekan.

"BoBoiBoy, kenapa kau ni?" tanya Gopal berbisik kepada temannya yang ada di sebelahnya.

"Tak de ape, saja nak hantuk kan kepala kat batu atau tak dinding stesen ni je." jawab BoBoiBoy dengan senyum kikuk dan jawaban itu dianggap tidak penting oleh Gopal.

"Jom kita pergi ke bilik mesyuarat tingkat tinggi, kita bincang kat sana sahaja. Kapten BoBoiBoy, tunjukkan jalan." kata Koko Ci menunjuk BoBoiBoy.

"Baik Komander, mari ikuti saya semuanya." kata BoBoiBoy yang kembali seperti normalnya dan dia berserta anggota timnya memimpin jalan kemudian di susul para Laksamana baru beberapa anggota tapops yang memiliki pangkat Kapten ke atas.

Pengecualian untuk tim Kokotaim yang sudah menjadi tim yang hampir setara dengan Double-T.

Amato, Bella, dan Maskmana jalan sejajar kemudian di susul Double-T yang urut dari ketua mereka hingga ahli termuda mereka.

"Abang, Boy dah besar e. Dulu dia masih sembunyi kat belakang Ail masa ada anjing." bisik Bella saat ia melihat punggung BoBoiBoy yang sudah semakin tegap.

"Ha ah, tak sangka dia dah besar. Rasanya dulu dia masih kecik lagi, masih main dengan Konco dan Mechabot lagi. Sesal tak tengok dia tumbuh." balas Amato, tentu dengan berbisik. Namun tiba-tiba, Ailsa yang merupakan kapten Double-T menimbrung pembicaraan mereka.

"Tu lah, Ail ajak melawat taun lepas tak nak. Kan dah sesal sekarang." kata Ailsa dengan wajah mengejek.

"Dah dah, jangan gaduh. Tak elok gaduh kat sinilah." lerai Maskmana yang tidak tahan dengan pertengkaran mereka.

"Pakcik, betul ke kita boleh latih pasukan Abang Boy?" tanya Maira mendekat ke arah Maskmana.

"Kalau tak boleh pun kau akan paksa Maksmana kan?" sinis Zein dengan wajah malas.

"Diam lah kau." kata Maira menatap tajam Zein.

Mereka berbincang-bincang tanpa ada yang tahu apa yang di bicarakan karena mereka berbicara sembari berbisik.

Kemudian tak lama, setelah menaiki lift ke lantai teratas stasiun Tapops, mereka diarahkan ke sebuah ruangan yang hanya dimiliki akses oleh pangkat kapten keatas.

~~𝙽𝚎𝚡𝚝~~
2336 word
21/02/2023

☆Note from Amy:

Yaho~ ketemu lagi ma Amy. Ehe~☆

Dan ya sesuai janji, Amy bakal publish story yang yang paling banyak vote yaitu book ini.
(。•̀ᴗ-)☆

Oh sekedar info, book ini akan ada 2 cerita dan kalau kalian udah baca yang book Bbb fandom sebelah, pasti tahu lah siapa aja charanya. Cuma di sini bakal Amy tambahin beberapa OC.

Chapter “Two” spoiler

"Kejap, Laksamana Ailsa cakap bila Kapten Maira ni anak ke tiga. Mana anak kedua?" - Fang

"Ah..." - Ailsa

"Korang akan tahu nanti. Nama dia..."

See you in the next chapter~☆

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top