#TPG4:NEVER LOOK AWAY MY TOY..
Ken dan Kira dalam perjalanan ke sekolah mereka. Mereka berjalan Agak jauh kerana rumah mereka dengan sekolah kira-kira 5 km jaraknya.
"Abang...jauh lagi ke. Kira dah penat," Kira mengeluh panjang.
"Sikit je lagi. Dan jangan harap abang nak angkat kau nanti. Kau tu dah lah berat macam gajah!" sindir Ken. Kira hanya memandang marah kepada abang dia.
"Badan kurus macam kerengga pun abang kata berat?" Kira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia berhenti untuk berfikir.
"Dah! Kita dah lambat ni!" Ken menarik tangan adik dia dan pecut ke sekolah.
"Wah, cantiknya!" Kira memandang sekolah baru dia. Sampai ternganga lagi nasib lalat tidak masuk.
"Kira nanti ada orentasi jadi abang hantar kat dewan dan daftar kat situ selepas itu abang pergi kelas abang, dah jom!" Ken memandang adik dia.
"Baik!" Kira mengangkat tangannya dan mengekori abang dia. Sesampai sahaja mereka berdua ke dewan, Ken meninggalkan adik dia dan terus menuju ke kelas dia.
Kelihatan sebuah papan yang bertulis "3 Naisuu👍". Ken termenung melihat papan tanda yang berada di atas pintu kelas dia.
"Tiga tahun aku belajar kat sini, aku paling benci nama kelas ni. Aku selalu terfikir, pengetua sekolah aku suka ejen ali ke apa sampai kelas nama naisuu. Ada emoji lagi. Kelas lain cemerlang terbilang, ini kelas pertama naisuu. Haish pening aku," Ken mengharukan kepalanya yang tidak gatal.
"Wuii wat apa tu?" Kedengaran satu suara datang dari dalam kelas. Seorang budak perempuan menegur Ken sambil melambai-lambai kepadanya.
"Tengah goreng cekodok!" sindir Ken. Dia pun masuk ke dalam.
"Ooh lupa nak letak garam ke? Meh aku letak dalam mulut kau tu, " Gadis itu pula membalas.
"Dah lah tu Itsuka, aku malas nak gaduh dengan kau hari first ni. Mana tempat aku?" Ken membulatkan mata dia.
"Ooh kat sana tu!" Itsuka menunding jari dia ke tempat tong sampah.
"Aihh nasib kau perempuan kalau tak dah lama aku bagi tamparan percuma tau. Serius lah kat mana?" Ken sudah pun panas hati. Itsuka tak berhenti-henti gelak sampai meja diketuk olehnya nasib tak pecah.
"Yelah. Tempat kau sebelah Higari lah. Takkan sebelah aku pulak!"
"Kalau ye pun jangan marah.. Alaa..". Ken meletakkan beg dia di meja dia yang berada selang dua meja dari Itsuka dan di sebelah kiri.
"Selamat pagi!" Tiga orang gadis pula mula menghampiri Itsuka.
"Eh, Flora, Asami, Qey! Lama tak jumpa!" Itsuka bangun dan peluk mereka bertiga.
"Alaa...padahal dah jumpa semlam kan?" Ken meletakkan dagunya di atas tangan dia dan mengangkat kening dia sebelah sambil tersengih.
"Haih.. Dia ada kena tendang seribu batu." Itsuka menjeling Ken.
"Dah lah tu.." Flora memegang bahu Itsuka.
"Ok jom duduk!" Itsuka mengajak kawan mereka.
"Weh nak rehat ngan korang boleh?" Ken bertanya kepada Itsuka.
"3 tahun kau rehat dengan kita orang. Kau tak rasa janggal ke?" tanya Asami.
"Tak sebab dah biasa lagipun adik aku kan dah sekolah kat sini. Aku nak dia berkawan dengan korang." jelas Ken. Semua pandang Ken.
"Adik kau?"
"Ooh korang tak tahu. Nanti aku tunjuk,".
Guru mata pelajaran mereka mula memasuki kelas dan memulakan pembelajaran mereka.
____________
Deringan loceng mula kedengaran menandakan masa untuk rehat. Ken dan geng-geng dia keluar dari kelas mereka.
"Korang pergi lah dulu aku nak tunggu seseorang sekejap," ucap Ken.
"Ok lepak kat tempat biasa tau." Itsuka dengan yang lain beredar meninggalkan Ken di belakang.
Ken meletakkan kedua-dua tangan dia ke dalam poket dan bersandar di tepi pintu kelas sambil melihat sekeliling dia.
"Mana pula dia ni?" tanya Ken sendirian.
"Abang!" teriak Kira lalu berlari mendapatkan abang dia.
"Lambat! Kau lewat 30 saat tau!" rungut Ken. Kira hanya memeutarkan bebola mata dia. Malas nak layan.
"Yelah-yelah jom lah adik lapar," Kira menggosok-gosok perut dia. Ken hanya mengeluh dan terus pergi ke kantin.
Sesampai sahaja mereka di kantin, Itsuka sudah pun duduk di sebuah kerusi. Ken memberi isyarat kepada Kira untuk pergi ke sana.
"Siapa tu abang?"
"Kawan abang,"
"Kawan? Kenapa perempuan?"
"Tak nampak ada dua orang lelaki kat situ!" balas Ken. Kira hanya terdiam.
"Ken! Sini!" Asami melambaikan tangan dia. Ken duduk di sebelah dua orang lelaki manakala Kira duduk di sebelah Itsuka.
"Wah abang Rayz dengan abang Aaron pun ada!" Ken menepuk bahu Aaron.
"Biasalah takde abang mana boleh!" Aaron meletakkan dagu dia di antara jari telunjuk dan ibu jari sambil tersenyum bangga. Semua hanya 'sweat drop' sahaja.
"Siapa ni Ken?" tanya Itsuka.
"Itulah adik aku, nama dia Kira." Semua terkejut dan memandang Ken dan selepas itu Kira.
"Tak sama pun..." Ken dan Kira menepuk dahi mereka.
"Aduhai, memang lah tak sama sangat tapi perangai 50% sama, lagipun Kira ikut muka ka...tak apa lah," Kata-kata Ken terhenti sebentar.
"Ka apa? Kaki?" tanya Aaron.
"Takkan sama ngan kaki abang ni!" marah Ken.
"Yelah jangan marah. Sorry," Aaron menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Yelah," balas Ken.
"Ok ke topik lain pula, korang pernah dengar tak The Bloody Forest?" tanya Itsuka. Ken dan Kira terkejut.
"Tau yang ada The psycho girl ke?" balas Asami.
"Tepat sekali, aku dengar peihak polis ada hantar banduan pagi tadi kat situ, korang rasa diorang hidup lagi ke?" Itsuka bercakap seperti seorang inspektor sedang menyiasat.
"Mestilah tak, mereka hanya bunuh orang jika mereka masuk ke dalam hutan tu je!" jawab Ken.
"Macam mana kau tahu?" Flora pula bertanya kepada Ken.
"Kalau diorang bunuh sesiapa, korang tak hidup kan sekarang ni?" balas Ken.
"Betul juga tu, jom pergi ke sana nak?" Itsuka membulatkan mata dia dan tersenyum riang.
"Kau gila ke apa! Tak nak aku!" marah Qey.
"Kau tahu tak risiko dia tinggi kalau masuk. Walaupun kita ada kuasa, tak mungkin kita boleh lawan." Kata-kata Rayz membuatkan Ken terkejut.
"Betul kata Rayz, walaupun keturunan kita ada kuasa tapi mereka sudah biasa bunuh orang." sampuk Aaron. Semua hanya terdiam sepi.
Kringggggg
"Rehat dah habis, pergi ke kelas. Kitaorang ada peperiksaan. Chaw dulu!" Aaron melambai kepada mereka semua.
"Kira, kelas apa?" tanya Ken.
"1 Naisuu," Ken tersenyum sedikit.
"Meh abang hantar, korang pergi dulu lah." Itsuka dan semua mengangguk dan bangun dari kerusi mereka.
Ken dan Kira berjalan sehingga ke kelas Kira. Selepas itu, Ken memesan kepada Kira supaya tunggu di pintu sekolah.
Ken terus berjalan ke kelas dia sambil memikirkan sesuatu.
"Kalau diorang betul-betul pergi macam mana, mesti akak bunuh diorang... Tak boleh jadi, walau apa pun aku mesti halang diorang!" monolog Ken.
To be continued
____________________________________
Hambarkan! 😭😭
Akibat dah lama tak update buku, idea hilangggg!!!
Nantikan chap terbaru ye 😄
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top