Bab 32
BAD Boy meletakkan tiga orang kanak-kanak itu di bawah. Ice menarik hujung baju Izz supaya memandangnya.
"Kenapa?" tanya Izz sebelum melutut di hadapan Ice. Rambut Ice diusap perlahan.
"Ice nak pergi sana boleh? Nak pergi beli makanan," ujar Ice dengan senyuman. Bad Boy saling berpandangan sebelum menyerahkan tiga keping gem Kerajaan Light.
"Jangan lari-lari, nanti kamu jatuh," pesan Kaito sebelum mengambil tempat di sebelah Zen.
Mereka menghela nafas lelah selepas puas bermain dengan Ice, Kira dan Zed. Satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan apabila memandang tiga orang kanak-kanak itu.
"Kan bagus kalau budak bertiga tu anak kita. Hari-hari kita bawa jalan-jalan di pekan," ujar Zen sebelum menghembus nafas.
Mereka berdua mengangguk sebelum menoleh ke belakang.
"Mana Abang Aryan?" tanya Zen pelik.
"Hmm... Scarlet suruh balik sebab takut identiti Luke dan Aryan akan terbongkar, begitu juga dengan Rei dan Kyle," balas Sora. Nasib baik hari ini dia cuti. Entah ke mana Feradossa dan Lyana menjalankan misi rahsia.
"Kau tak rasa pelik ke? Menurut kata Luke, sepatutnya masa ni tiga orang puteri misteri tu muncul, tapi tak ada pun," rungut Elias.
Bukan saja dia, bahkan semua pengawal, tentera dan dayang-dayang istana mahu perkahwinan tiga orang raja dibatalkan. Mereka mahu mendiang menjadi permaisuri mereka selamanya.
"Aku rasa ada sesuatu yang tak kena la dekat sana. Kenapa rakyat berkumpul?" kata Izz sebelum menuju ke tempat yang ditunjuk sebentar tadi.
"Habis kotor baju beta! Kenapa tak pandang depan?" herdik seorang puteri yang memakai sepit rambut.
"Zed tak sengaja..." balas Zed sebelum memandang gula-gula kapas yang sudah kotor.
"Banyak la kamu punya tak sengaja! Siapa nak ganti baju beta? Baju ni bukannya murah, kamu belum tentu dapat bayar ganti rugi!" marah seorang puteri yang memakai gelang berwarna hitam. Matanya tajam memandang Kira yang berdiri di hadapan Zed.
"Memang kami tak dapat ganti, tapi sekurang-kurangnya kami boleh bayar secara ansuran. Tak perlulah mak cik nak herdik kami," balas Kira pedas. Dia berpeluk tubuh sebelum membalas pandangan itu.
"Eh budak ni. Beta bukan mak cik, tak ada kelas. Beta bakal permaisuri Raja Zen, kamu sepatutnya panggil beta tuanku," ujar seorang puteri yang memakai kasut tumit tinggi sebelum menyepak Ice. Badan Ice menghentam sebuah gerai sayur. Kira dan Zed berlari mendapatkan Ice yang terbaring lemah.
Bad Boy menolak tiga orang puteri itu ke tepi sebelum berjalan ke arah tiga orang kanak-kanak itu.
"Berani kau..." kata-kata Kaito dipintas oleh wanita berkeruding biru.
"Berani kau cederakan anak aku. Terimalah akibatnya! Serangan petir dan angin!"
Si dia menghiraukan raungan tiga orang puteri itu sebelum mengambil Kira dalam dukungan Kaito.
"Maafkan bonda, Kira. Bonda tak dapat lindungi kamu." Kira menggelengkan kepala sebelum memandang Kaito.
"Pak cik ni tolong kami," ujar Kira sebelum mengukir senyuman.
"Sampai bila kau nak denda mereka?" tanya wanita berkerudung oren. Dia menyeret sesuatu sebelum berhenti di sebelah Izz.
"Anak aku..." rintih wanita itu sebelum memandang tiga orang puteri yang berada dalam kurungan sahabatnya.
"Tak salahkan kalau kita cederakan mereka?" cadang wanita berkerudung ungu cair. Mereka berdua mengangguk sebelum angin menjadi kencang.
"Kuasa Pembunuh Naga..."
"Kuasa Pelindung Naga..."
"Kuasa Penyembuhan Naga..."
Tiga kuasa itu dibisik perlahan sebelum angin menyapa lembut kerudung mereka.
"Serang!" Bad Boy melindungi Ice, Kira dan Zed daripada habuk-habuk sebelum mereka berenam tercampak jauh.
"Alamak..." Elias berlari mendapatkan mereka berenam. Rakyat jelata bertempiaran lari menyelamatkan diri daripada terkena serangan itu.
"Itu hanya sebagai amaran. Jangan ingat beta tak tahu kamu cederakan anak beta."
"Lemah," ejek Rin sebelum ketawa jahat.
"Dah, dah. Aku takut nanti mereka demam pula," sindir Aria sebelum melepaskan lelah. Tiga orang puteri misteri dibawa ke istana dengan kereta kuda.
"Masa untuk kita pulang," ujar Miku sebelum berpaling dan melangkah mendapatkan Ice.
Ice, Kira dan Zed diambil daripada dakapan Bad Boy. Aria menggunakan kuasa penyembuhan untuk menghilangkan luka-luka dan lebam-lebam di tubuh Bad Boy.
"Jangan bagitahu mereka kami masih hidup." Elias mengangguk sebelum memandang Izz.
"Istana." Izz membaca sesuatu sebelum cahaya menerangi mereka berempat.
Angel Girlz memandang cahaya itu sebelum menghilangkan diri. Cukuplah mereka bertemu tanpa saling mengenali.
"Bonda..." panggil Ice perlahan. Dia membuka mata sebelum memandang sekeliling.
"Kenapa?" soal Miku sebelum meletakkan semangkuk bubur di atas meja.
"Kenapa Pak Cik Izz lindungi Ice?" Miku ketawa sebelum mengusap pipi Ice.
"Maknanya, dia sayang anakanda."
"Kalau macam tu, pak cik sayang bonda la," balas Ice sebelum menepuk tangan apabila melihat pipi Miku menjadi merah.
"Dia ni. Kenapa cakap macam tu?" soal Miku geram.
"Pak cik cakap dia kirim sesuatu untuk bonda." Ice menyelongkar beg sandang sebelum menyerahkan sebuah kotak kecil. Miku tergamam sebelum memandang Ice.
"Anakanda yakin pak cik yang bagi?" tanya Miku untuk kepastian.
Ice mengangguk sebelum mengambil mangkuk bubur. Dia menyuap bubur ke dalam mulut tanpa memandang kiri dan kanan. Perut yang berkeroncong mesti diisi terlebih dahulu.
Mata Miku berkaca sebelum mengeluarkan seutas rantai yang terukir namanya.
"Cantiknya..."
"Pak cik nak sangat jumpa bonda," kata Ice dengan mulut penuh.
"Pak cik kata dia nak berterima kasih kepada bonda kerana selamatkan dia tiga tahun lepas. Pak cik nak ucapkan terima kasih secara berdepan dengan bonda," sambung Ice sebelum meletakkan mangkuk kosong di atas meja.
"Izz... kau tak pernah berubah. Masih lagi seperti dulu. Seperti lima tahun lepas," gumam Miku sebelum menyeka air mata. Rantai ditelek dengan senyuman.
"Kenapa bonda pintas percakapan Pak Cik Kaito? Kenapa tak biarkan pak cik habis cakap?" tanya Kira selepas berpeluk tubuh. Dia mahu mendengar kata-kata Kaito.
"Kalau bonda biarkan Pak Cik Kaito habiskan kata-kata dia, nanti Pak Cik Kaito kamu akan dicederakan oleh mereka bertiga. Kamu nak ke Pak Cik Kaito cedera kerana kamu?" balas Rin tanpa memandang anak perempuannya. Dia juga tidak mahu Kaito cedera lagi. Cukuplah ketika peperangan berlaku lima tahun yang lalu.
"Bonda... kenapa Pak Cik Kaito nak bawa Kira jalan-jalan? Kenapa bonda benarkan?"
"Kira sayang. Bonda sibuk dan tak ada masa nak bawa kamu jalan-jalan di pekan. Kamu selalu cerita yang Pak Cik Kaito selalu belikan kamu sesuatu. Kamu selalu bising bonda tak ada masa untuk kamu. Bonda yakin dia bukan orang jahat."
Kerana dia ayahanda Kira, sambung Rin dalam hati.
Kira menggangguk sebelum memandang Zed yang masih menangis.
"Mak cik tu jahat... Zed beli gula-gula kapas untuk Pak Cik Zen. Bonda kata pak cik suka makan gula-gula kapas, tapi mak cik tu dah pijak," adu Zed kepada Aria. Aria menarik nafas sebelum menarik Zed ke dalam pelukannya.
"Zed... Nanti bonda beli yang baru, ye. Bonda akan lakukan sesuatu agar mak cik jahat tu tak buli Zed lagi," pujuk Aria. Dia mengetap bibir apabila setiap kali tiga orang puteri misteri turun padang, tiga orang kanak-kanak itu akan menjadi mangsa buli mereka. Kononnya, budak bertiga ni patut dihalau kerana bukan rakyat Kerajaan Light.
"Kamu bertiga boleh jejakkan kaki ke istana tanpa sebarang halangan. Kalau pengawal atau sesiapa tahan kamu, tunjukkan tatu kamu. Mereka akan bagi kamu masuk," kata Aria sebelum menyerahkan sesuatu.
"Kenapa bonda bagi cincin ni dekat Zed?" tanya Zed polos.
"Bonda nak kamu bagi cincin ni dekat Pak cik Zen. Cakap kawan bonda bagi. Jangan cakap bonda bagi ye, sayang..." Aria mengukir senyuman sebelum meleraikan pelukan. Terlupa pula tentang masakan di dalam kuali.
"Ni apa pula kali ni?" tanya Ayako apabila melihat garisan halus di dahi Ice.
"Siapa lagi kalau bukan dia?" balas Nia lalu menumbuk dinding. Nasib baik tak tinggal kesan.
"Kita kena rancang sesuatu untuk balas dendam demi budak bertiga ni. Aku rasa aku tahu. Memandangkan Sora bekerja di istana sementara waktu, kita boleh minta tolong dia," cadang Fiyu dengan senyuman jahat.
"Aku setuju!" jerit Aria dari dapur.
"Macam mana dengan perkahwinan diraja mereka? Kau nak hadir ke?" tanya Miku kepada Rin.
"Mestilah hadir untuk buat kacau. Mereka belum kenal siapa Angel Girlz lagi," balas Rin sebelum ketawa jahat.
Ice, Kira dan Zed saling berpandangan sebelum menjongketkan bahu tanda tidak mahu masuk campur.
Tbc
14/12/19
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top