Bab 31

LUCAS mengejutkan tiga orang raja yang tertidur di bilik bacaan.

"Pak cik! Bangun!" Lucas mengelap peluh sebelum menghela nafas penat.

"Kenapa ni Luke? Jangan la kacau pak cik. Pak cik penat," balas Bad Boy selepas menguap. Rambut dibetulkan sebelum Lucas yang bercekak pinggang dipandang hairan.

"Eh? Sejak bila panggilan dah bertukar? Bukan ke lima tahun lepas budak ni panggil abang?" gumam Bad Boy dalam mamai.

"Pak cik kata hari ni nak pergi pekan. Cepatlah siap," gesa Lucas. Mereka menguap sekali lagi.

"Baru pukul..." Mata mereka terbeliak apabila terpandang jarum jam.

"Kita dah lambat!!" Mereka menghilangkan diri dengan kuasa teleportasi milik Izz.

"Hilang dah?" tanya Aryan sebelum memandang Lucas. Kanak-kanak lelaki itu membaca buku dengan tekun.

"Jom gerak," ajak Izz sebelum memimpin tangan Lucas.

"Sesaknya," kata Elias apabila mereka berada di lorong sunyi.

"Bebasnya rasa. Dah lebih sebulan aku tak menjejakkan kaki ke pekan," ujar Kaito.

Zen mengangguk. Dia melemparkan pandangan namun matanya memandang kiri dan kanan. Bimbang jika tiga orang puteri itu mengecam penyamaran mereka.

"Apa tu?" tanya Elias apabila terpandang sebuai gerai makanan.

"Itu gerai sushi dan sebelah tu kedai udon. Sedap," ujar Kaito.

"Jom pergi sana." Mereka mengejar Elias yang berjalan laju ke hadapan. Lucas menyelak tirai sebelum mengambil tempat di sebelah Kyle.

Mereka terliur melihat pelbagai bentuk macaron yang ada. Tiga orang pelayan wanita menghampiri mereka.

"Selamat datang. Encik nak makan apa?" tanya pelayan yang memakai apron kuning cair.

"Kami nak set B dan set E," balas Aryan sebelum memandang sekilas lalu tanda nama tiga orang pelayan itu.

"Cik Ayako!"

"Cik Fiyu!"

"Cik Nia!"

Tiga orang kanak-kanak tersenyum sebelum menghulurkan sesuatu.

"Terima kasih," balas Ayako sebelum berlalu pergi ke kaunter. Nasib baik mereka sudi membeli barang-barang masakan.

"Mana kamu pergi? Kenapa lama sangat?" soal Nia selepas menggosok kepala tiga orang kanak-kanak itu.

"Ice, Kira dan Zed. Berapa kali Cik Fiyu nak pesan? Jangan main jauh-jauh. Kenapa muka kamu bertiga calar-balar ni? Apa Cik Fiyu nak cakap dengan bonda kamu?"

Mereka memandang Fiyu yang membebel sebelum memandang Ice, Kira dan Zed. Tiga orang kanak-kanak itu tidak menyampuk sebalik memandang lantai.

"Maaf," pinta Zed dengan linangan air mata. Air mata itu dikesat perlahan sebelum cahaya hijau mengelilingi tiga orang kanak-kanak itu.

"Siap," ujar Nia sebelum menekan loceng meja. Ayako berpaling sebelum menatang dua dulang menuju ke meja 12.

"Ini pesanannya." Mereka terliur melihat macaron di hadapan mata.

"Mana bonda?" tanya Kira dengan perlahan. Dia mengikut perangai bondanya ketika remaja. Suka berpakaian seperti lelaki tetapi masih ada sifat feminin.

"Hmm... kalau tak silap Cik Ayako, bonda kamu pergi ke pulau tu kerana perlu uruskan sesuatu. Nanti bonda kamu balik la," ujar Ayako sebelum kembali ke datang. Kira mengekori Ayako kerana mahu menolong, begitu juga dengan Ice.

"Bila kami dapat jumpa ayahanda?" tanya Zed sayu. Ada satu perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh Zen apabila Zed bertanya tentang keberadaan ayahnya. Jika Zed ialah anak kandungnya, alangkah indah.

"Tidak lama lagi sayang," balas seorang wanita berkerudung ungu cair.

"Bonda!" Zen berpaling sebelum memandang makanannya semula. Dia cuma dapat melihat mata wanita itu sekilas lalu.

Cantik, macam mata Aria, getus Zen.

"Mana Ice dan Kira?" tanya wanita berkerudung oren.

"Dekat dapur dengan Ayako. Ada la benda yang mereka nak minta tu," balas Fiyu sebelum berlalu ke kaunter.

"Tak banyak perubahan yang berlaku di pekan yang berlaku selama lima tahun ni," ujar wanita berkerudung biru. Dia sibuk melakar lukisan dalaman untuk pengubahsuaian gerai mereka kepada kafe.

"Dah siap. Aku nak hantar dekat Majlis Light untuk mereka luluskan lakaran ni."

"Nak ikut!" jerit wanita berkerudung oren dan ungu cair. Mereka bertiga menanggalkan kerudung sebelum pergi.

"Dah jadi mak orang pun perangai masih seperti kanak-kanak," bebel Ayako.

Gerai macaron semakin sesak sehingga beberapa orang pelanggan terpaksa beratur menunggu giliran. Ayako, Fiyu dan Nia tidak menang tangan, nasib baik tiga orang kanak-kanak sudi menolong.

Mereka beredar selepas membayar harga makanan. Ice, Kira dan Zed pula sudah lama menghilangkan diri ke dapur sebelum tiga orang wanita berkerudung beredar.

"Kita nak ke mana?" tanya Rei. Dia bercekak pinggang memandang Bad Boy.

"Kita jalan-jalan dulu. Mana tahu kita dapat tengok kejadian yang dapat membuka mata rakyat?" cadang Zen sebelum membetulkan cermin mata.

"Kita tak boleh berpecah ke? Mana tahu kita tahu sesuatu?" tanya Kyle.

Mereka berfikir sebelum mengangguk tanda setuju. Mereka berpecah kepada dua kumpulan, Bad Boy dan Elias satu kumpulan, selebihnya kumpulan kedua.

>< >< >< ><

ELIAS memandang Bad Boy sebelum menggelengkan kepala. Kenapa la tiga orang raja ni leka dengan candy apples walaupun mereka sedang mencari maklumat?

"Macam mana la perangai korang dekat istana? Aku tak boleh bayangkan la. Bila dapat keluar istana lama-lama seperti sekarang, macam rusa masuk kampung."

Bad Boy berhenti sebelum memandang Elias. Mereka mendongak memandang langit sebelum mengukir senyuman. Air mata turun tanpa dipinta.

"Aku tak dapat tengok festival hampir lima tahun kerana sibuk menguruskan masalah rakyat di perkampungan terpencil. Setiap tahun aku akan tolong mereka. Tak ada masa nak lepak atau singgah dan lawat gerai-gerai semua ni. Aku risau jika ini kali terakhir aku jejak kaki ke sini," ujar Izz sebelum ketawa hambar.

"Aku pula ikut adik aku pergi balik istana semasa hari festival untuk membantu apa yang patut kerana keesokan malamnya ada makan malam dengan para pekerja istana," terang Kaito sebelum menghabiskan candy apple miliknya.

"Disebabkan aku tak dapat lupakan apa yang berlaku malam tu, aku berlatih seorang diri setiap tahun. Kebetulan pula, selepas hari peperangan tu, hari festival berlangsung. Aku memang terkesan sebab aku dah janji dengan Aria nak bawa dia ke sana selepas peperangan tamat."

Kerudung ditarik menutupi wajah yang sudah lencun dibasahi air mata. Elias melepaskan keluhan sebelum kembali melangkah.

"Pak cik!" Bad Boy memandang ke bawah sebelum menarik Ice, Kira dan Zed yang memeluk erat kaki mereka lalu mendukung tiga orang kanak-kanak itu.

"Mana bonda?" tanya Izz. Dia melepaskan rindu dengan membelai rambut Ice.

"Sama seperti rambut Miku," gumam Izz perlahan sebelum mengucup ubun-ubun Ice.

"Bonda tolong Cik Healer di gerai. Kami pula disuruh menolong pak cik, bonda suruh," balas Ice sebelum melekapkan dahinya pada pipi Izz. Ice mahu mengenali gerangan yang dia jumpa tiga tahun lepas lebih mendalam. Dia mahu Izz berjumpa dengan bondanya.

"Nak ikut pak cik pergi jalan-jalan di pekan tak? Pak cik dah tak ingat jalan dekat sini," ajak Kaito. Sebenarnya itu, umpan sahaja. Dia mahu mengenali Kira lebih mendalam. Seperti ada sesuatu dalam diri Kira apabila dia melihat rantai yang dipakai oleh kanak-kanak perempuan itu.

"Hmm... nak. Tapi bonda..." Kira serba salah mahu mengikut Kaito atau tidak.

"Jom ikut Pak Cik Kaito. Pak Cik Rei dah cakap dengan bonda kamu bertiga nak bawa kamu jalan-jalan," ujar Rei sebelum ketawa.

"Pak cik, nama pak cik siapa?" tanya Zed sambil bermain dengan rambut putih milik Zen. Bonda kata rambut ayahanda warna putih seperti salji, sama seperti rambut Zen.

"Nama pak cik, Zen. Pak cik tak tinggal di sini. Sekali-sekala jika ada masa baru pak cik datang sini." Zen membalas lalu meletakkan Zed di atas bahunya. Kedua-dua kaki Zed dipegang lalu dia menyuruh Zed pegang kuat-kuat.

Bad Boy berlari-lari anak diselangi dengan suara Ice, Kira dan Zed.

"Aku nampak seperti Bad Boy bermain dengan anak-anak mereka," ujar Aryan sebelum memandang Lucas yang terlena.

"Aku tak pernah nampak senyuman mereka macam ni sejak kejadian tu. Akhirnya, aku nampak senyuman mereka semula," ujar Kyle sebelum meregangkan badan.

"Kau bayangkan. Kalau betul budak bertiga tu anak Bad Boy, maknanya kita ada seorang tuan puteri," ujar Sora seraya menepuk bahu Elias.

"Baguslah," ujar mereka sebelum memandang Bad Boy yang leka melayan keletah tiga orang kanak-kanak itu.

Tbc

12/12/19

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top