Bab 24
ELEMENTS menggenggam tangan beberapa kali apabila peluh menitik.
"Mana kau pergi, Aria?" tanya Zen risau apabila memandang cincin kerajaan yang berada di dalam kotak berwarna biru diraja.
"Kenapa mereka pergi tanpa beritahu kita dulu? Macam mana kalau jadi apa-apa dengan..." Izz menyerabaikan rambut apabila mengenangkan keadaan Miku.
Bertarung tanpa kami. Kami perlu selesaikan beberapa hal sebelum bertanding. Bertahan selama yang boleh. Kami akan muncul tepat pada masanya.
Angel Girlz.
"Airis... tolong lindungi Rin." Mata Kaito bertembung dengan mata Airis. Airis mengangguk sebelum menghilangkan diri.
"Jom gerak," ajak Alex sebelum mengikat tali topeng.
Mereka berdiri di tengah gelanggang sebelum menundukkan sedikit badan tanda terima kasih kepada penonton kerana sudi hadir pada hari ini.
"Mula!!"
Elements kecuali Angel Girlz bertahan dengan senjata masing-masing apabila Phantom menyerang tanpa henti. Hatori menggunakan kuasa masa untuk menghentikan pergerakan Elements. Mereka kaku namun mata mereka masih lagi bergerak.
"Serang!"
Ryunosuke menujah badan ke hadapan sebelum menepis pedang Alex. Pedang jejaka itu terpelantung jauh sebelum terpacak di atas tanah. Mata pedang Ryunosuke terkena pipi Alex menyebabkan satu garisan halus kelihatan.
Sora menggunakan kuasa ais untuk membekukan kaki Elements. Hatori pula berjalan sambil bermain dengan dua bilah pedangnya. Mata Zen berair apabila dia tidak dapat merasai kakinya.
Aria... tolong aku! jerit Zen dalam hati.
Seorang gadis berkerudung terjaga apabila diseru oleh seseorang.
"Abang... bangun." Gadis itu gigih mengejut abangnya serta dua orang jejaka yang tidur mati. Melihat tiada sebarang pergerakan, gadis itu melilit tubuh mereka bertiga dengan akar duri.
"Sakitlah!!"
"Bangunlah cepat!!"
"Kami akan menang!" jerit Sora sebelum menguak kerudung ke belakang. Dia memetik jari sebelum ais mencair lalu Elements jatuh melutut. Mereka memeluk tubuh apabila mengigil kesejukan. Baju rasmi akadami diganti dengan baju diraja yang terpampang lambang kerajaan masing-masing pada bahu kiri.
Phantom melontarkan senjata ke arah Elements serentak apabila darah mengalir di sisi kepala Elements.
Bunyi senjata bertemu sesuatu membuatkan mereka mendongak walaupun pandangan agak kabur.
"Rin..."
"Kau tak akan menang! Kuasa Pelindung Naga!" Pelindung emas melindungi Bad Boy dan Triplet.
"Kuasa Pemulihan Naga!" Aria muncul dari atas sambil mendepakan tangan ke hadapan, tepat di atas kepala mereka berenam.
"Kuasa Pembunuh Naga!"
"Serangan berganda! Element!!" Mereka menyerang Phantom namun serangan mereka menghentam sesuatu yang berada agak jauh daripada Phantom.
"Apa yang kau nak Lucia?" tanya Miku selepas menjeling sekilas bagi memastikan Bad Boy tidak memecahkan pelindung Rin. Darah yang mengalir di tepi bibir diseka kasar.
"Tak ada apa, cuma nak kuasa aku kembali," ujar Tyuzu sebelum ketawa jahat. Entah macam mana Lucia dapat mengambil alih badan Tyuzu.
"Kami dah buat apa yang kau suruh. Apa lagi kau nak? Kau nak bunuh kami macam kau bunuh mereka ke?" tanya Aria sebelum melangkah ke hadapan.
"Haa... Puteri Sulung Kerajaan Destiny, Puteri Aria. Puteri Sulung Kerajaan Lightning, Puteri Arin. Tak lupa juga..."
Tyuzu menyeka darah yang mengalir dari luka di pipinya kerana serangan angin milik Miku.
"Puteri Miku Rish Heart. Puteri Sulung Kerajaan Heart. Kakanda kepada Wendy Rish Heart yang terkorban kerana melindungi korang daripada serangan aku," ejek Tyuzu sebelum menghalakan tangan kanan ke hadapan lalu sebiji bola api berwarna hitam muncul.
"Guardian!!" Sebelum serangan dilancarkan, Angel Girlz memanggil pelindung mereka.
"Leo!" jerit Miku.
"Victor!" seru Rin.
"Yumi! Yuto!"
Para penonton terperanjat apabila identiti Angel Girlz didedahkan. Mata mereka terbeliak melihat empat orang pelindung milik Angel Girlz mengibarkan sayap bagi menepis serangan Lucia.
"Jangan harap kau dapat cederakan mereka!" marah Leo sebelum menggunakan kuasa api lalu Tyuzu terkurung dalam bulatan api.
"Merpati duri beracun! Singkirkan semangat jahat dalam diri dia!" Yumi mengarahkan sekumpulan merpati berwarna hijau yang mempunyai duri di badan terbang mengelilingi Tyuzu.
"Ini padahnya kau cuba mencederakan tuan aku! Serangan berganda, tanah dan angin!" Victor dan Yuto melancarkan serangan terakhir namun serangan itu tidak mencederakan Tyuzu kerana tujuan mereka ialah menghalau Lucia.
Kepulan asap hitam keluar daripada tubuh Tyuzu lalu mereka bertujuh berganding bahu mengunci pergerakan Lucia.
"Kau nak kuasa kau, kan?" tanya Rin dingin. Baju rasmi akademi bertukar kepada baju diraja. Gaun hitam paras lutut dipadankan dengan kasut hitam.
"Tapi kau jangan ingat kami akan bagi macam tu saja! Kuasa cahaya! Light Attack!!"
Rantai yang mengunci kuasa cahaya mereka pecah apabila mereka menggunakan kuasa itu.
Mata para pemerintah terbeliak melihat rupa sebenar Angel Girlz termasuklah bonda dan ayahanda mereka. Mereka terpaksa menutup mata apabila cahaya menyinari Adroit Hall.
"Pemenangnya ialah... Elements!!"
Phantom mengangkat tangan separas telinga apabila senjata Angel Girlz berada di sisi leher.
"Kita menang?" tanya Aria selepas katananya diletakkan ke dalam sarung.
"Aku tak percaya," kata Miku sebelum berpaling ke belakang.
"Kita menang!!" jerit Rin sebelum memeluk Kaito erat. Bad Boy kaku apabila dipeluk secara mengejut manakala Triplet mengendahkan pandangan mata Bad Boy meminta pertolongan.
"Baiklah tuan puteri, masa untuk pakai tiara." Suara Leo mengganggu saat gembira itu. Yumi menendang kaki Leo tanda bengang.
"Kau ni!!"
"Apa?" tanya Leo dengan wajah tidak bersalah. Pergaduhan mereka dileraikan oleh Victor dan Yuto.
"Korang... tuan puteri?" tanya Izz selepas Miku meleraikan pelukan. Miku mengangguk sebelum menyentuh kening Izz.
"Luka..." bisik Miku dengan mata berkaca.
"Kenapa tak bagitahu prince?" tanya Zen.
"Kenapa kena bagitahu? Kalau begitu, kami akan dapat lebih ramai kawan yang gila harta," balas Aria sebelum memakai tiara.
"Malangnya, honey tak bawa gajet honey ke sini. Kalau tidak boleh honey tangkap gambar wajah yang calar-balar ni," sakat Rin sebelum ketawa apabila melihat wajah cemberut Kaito.
"Mana boleh macam tu," bentak Kaito sebelum memakai mahkota.
Mereka berenam menyarung cincin kerajaan masing-masing sebelum berdiri di atas pentas menghadap keluarga diraja Adroit.
"Dengan ini, Battle Year Adroit Kingdom dimenangi oleh Elements!! Beta bangga dengan kamu wahai anak muda." Mereka menundukkan sedikit kepala sebelum pingat dikalungkan ke leher mereka.
"Tuan puteri..." Yumi, Leo, Yuto dan Victor melutut dengan tangan kanan di atas lutut.
"Bangunlah..." ujar Angel Girlz.
"Aria!!" Feradossa berlari mendapatkan Aria yang tersenyum memandang rakyat Kerajaan Destiny yang turut hadir.
"Kau tak nak tahu identiti mereka ke sebelum malam ni?" tanya Lyana dalam nada berbisik selepas menarik lengan Angel Girlz dan Feradossa mendekati dirinya.
"Kami memang nak tahu, tapi kalau mereka tak nak bagitahu pun tak guna juga," balas Angel Girlz perlahan.
"Anak bonda..." Mereka bertiga didakap erat oleh bonda mereka.
"Bonda, anakanda..."
Air mata Angel Girlz turun dengan laju apabila mereka dipeluk oleh ayahanda serta kakanda.
"Pemandangan yang indah bukan?" tanya Alex selepas dirawat.
"Hmm..."
"Jom pergi menghadap bonda dan ayahanda, mereka nak soal siasat kau tentang Angel Girlz. Habislah kau."
"Siapa suruh kau bagitahu mereka tentang Miku?"
"Aku..." balas Alex sengaja.
"Ayahanda sedang tunggu kau tu, pergi jumpa mereka," arah Zack sebelum menolak belakang Zen ke arah ayahanda mereka.
"Ayahanda, anakanda..." Zen dipeluk dengan erat oleh Raja Zue.
"Anakanda bertarung sepenuh hati, ayahanda bangga dengan anakanda Zen."
Zen membalas pelukan Raja Zue sebelum Zack mencelah dan berada di antara mereka berdua.
"Sibuk!"
"Biarlah! Ayahanda tak marah aku pun!!"
"Kau rasa bonda marah tak aku tak bawa menantu dia?" tanya Kaito apabila berdiri di sebelah Kevin.
"Bukan setakat kau kena marah je, silap haribulan kau kena perintah kurung sehari," balas Kevin sebelum ketawa jahat.
"Melampau," ujar Kaito lalu menyekeh kepala Kevin.
"Mana bakal menantu bonda??"
Bad Boy saling berpandangan sebelum tersengih.
"Sebenarnya, bonda... bukan bakal menantu, tapi menantu."
"Hah?"
Topeng Akademi Harmony
Miku
Rin
Aria
Tbc
3/12/19
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top