Bab 22
ANGEL Girlz menjejakkan kaki ke tempat latihan apabila tergerak hati ingin mengasah kemahiran yang sudah beberapa minggu menjadi tumpul.
"Lepas habis latihan, kita kumpul sini semula," ujar Miku. Rin dan Aria mengangguk.
Mereka menuju ke tempat latihan senjata, bermakna mereka mengambil haluan masing-masing buat seketika.
Miku menarik nafas sebelum memusingkan tombak di atas kepala beberapa kali sehingga aliran kuasanya terhasil. Dia cuba mendengar pergerakan patung jerami sebelum menghalakan tombak ke hadapan. Bunyi letupan kedengaran apabila dia melakukan pelbagai gerakan beberapa kali. Miku tidak sedar wajahnya berubah warna malah bibir merah jambu menjadi pudar.
"Sikit saja lagi, Miku. Jangan mengalah. Lawan kau lagi hebat dan kuat daripada kau. Kau kena kuat demi mereka," bisik Miku sendirian apabila pandangannya mulai berbalam.
"Kenapa ni? Jangan pitam sekarang, aku nak berlatih lagi." Sedar atau tidak, sudah tiga jam dia berlatih tanpa henti. Air yang dibawa sudah habis diminum 15 minit yang lalu.
Dia tumbang ke belakang namun dia bernasib baik apabila terjatuh dalam dakapan seseorang.
"Kenapa degil sangat ni? Aku dah kata sweetheart kena banyak berehat. Sweetheart bukan seorang lagi tahu," bebel Izz.
"Aku tahu la jaga diri aku. Kau pergi mana tadi? Aku cari kau tak jumpa." Air mata mulai bergenang, tunggu masa untuk turun sahaja.
"Abang sweetheart ajak pergi kafe tadi," balas Izz sebelum mengendong Miku yang kepenatan.
♡♡♡♡
RIN pula membelek busur kesayangan lalu jarinya menyentuh permata yang tiada calar atau retak lagi. Anak panah diambil dari beg yang digantung di belakang badan sebelum tali busur ditarik. Sebelah mata dipejam untuk mengagak sasaran. Beberapa patung jerami bergerak ke kiri dan ke kanan kurang daripada kelajuan angin.
Rin menarik nafas sebelum tiga anak panah dilepaskan serentak. Perbuatan yang sama diulang sebanyak dua kali. Rin menujah badan ke hadapan sebelum menendang patung jerami yang cuba melakukan serangan dari hadapan. Busur itu digunakan sebagai senjata kerana dia sudah kehabisan anak panah.
"Boleh tahan juga kemahiran aku, tak ada la lemah semacam," puji Rin sebelum menoleh apabila terhidu minyak wangi. Haruman minyak wangi itu tidak asing lagi baginya.
"Kau buat apa dekat sini?" tanya Rin sebelum mengambil anak panah yang dihulurkan. Anak panah itu ditukar kepada anak panah petir.
"Saja tengok honey. Kenapa tak boleh ke?" tanya Kaito sebelum riak wajahnya menjadi tegang. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati melihat wajah pucat Rin.
"Tak tahu," balas Rin sebelum membongkokkan dan memegang lutut. Tiba-tiba, tekaknya terasa loya.
"Honey okey tak?" tanya Kaito cemas sebelum berlari mengambil sesuatu. Jaket diambil lalu diletakkan di bahu Rin. Gadis itu digendong tanpa dipinta kerana kehilangan tenaga selepas berlatih tanpa henti serta muntah-muntah. Risau pula dibuatnya.
"Kau hilang ke mana?" tanya Rin perlahan.
"Abang honey la. Dia suruh aku belajar dengan pegawal hebat yang hampir setara kemahiran dengan dia. Sakit belakang aku kena senjata mereka. Kesian kan aku?" adu Kaito.
Rin ketawa perlahan sebelum terlelap.
♡♡♡♡
ARIA menahan dan membalas tetakan daripada patung jerami. Aria hampir kehabisan tenaga selepas berlawan tanpa henti selama hampir tiga jam. Tanpa Aria sedar, serangan hendap dilakukan dari awah belakang. Aria tersentak apabila seseorang membantunya namun bunyi pergerakan itu membuatkan dia menarik nafas lega.
"Zen..."
"Kenapa princess datang sini tak bagitahu prince? Kalau jadi apa-apa macam mana?" Kata-kata Aria dipintas dengan bebelan Zen. Aria terkebil-kebil sebelum matanya berair. Zen menyerabaikan rambut apabila Aria menangis sambil menekup wajah.
"Hei... prince tak marah la. Prince cuma geram je," pujuk Zen lalu dia menarik Aria dalam pelukan.
"Pergi mana?" tanya Aria sebelum mendongakkan kepala.
"Aryan ajak berlatih tadi. Jangan nangis. Nanti dia ikut la," pujuk Zen. Perut Zen disiku melepaskan geram.
"Ee... pergi sana la!" marah Aria sebelum menyimpan semula katana. Aria mengikat rambut gaya ekor kuda sebelum menjengketkan kaki untuk mencapai sesuatu. Tidak lama kemudian, Aria pengsan.
"Aria!"
♡♡♡♡
FERADOSSA dan Lyana menarik nafas lega selepas mendapat perkhabaran tentang Angel Girlz.
"Nasib baik mereka tak apa-apa. Boleh ke mereka sertai perlawanan dengan keadaan mereka sekarang ni?" tanya Yuri risau.
"Aku tak tahu. Susah la kalau macam ni,"balas Tiara.
Bad Boy pula dipanggil menghadap Scarlet selepas menghantar Angel Girlz ke hospital. Sudah tentu telinga mereka merah menyala kerana dibebel oleh Scarlet yang sememangnya garang.
"Kenapa la mereka mesti... geram pula aku," kata Hatori. Hatori mencapai sekeping macaron lalu disumbat ke dalam mulut. Makan lagi bagus!
Baru saja dia ingin mencapai gajet game tetapi dijeling oleh cik tunang. Terkubur begitu sahaja niat ingin menghilangkan rasa bosan.
"Mereka memang tak berfikir dulu sebelum bertindak. Kau macam kenal mereka baru semalam," balas Ryunosuke. Dia pula berdiri di sebelah cik tunang yang berasap.
"Kau rasa mereka okey tak?" tanya Rin selepas bersandar di birai katil.
"Aku yakin mereka tak okey. Kau macam tak kenal Kak Scarlet bila dia marah. Dia lebih teruk daripada Hulk," balas Yuri dan Tiara apabila terbayang kemarahan Scarlet. Nasib baik Lucas dibawa bersama ke mesyuarat tergempar Aryan dan rakan-rakan.
Aria mencicip sedikit teh sambil berfikir. Adakah nyawa mereka berdua akan diambil nanti atau hanya nyawa dia saja menjadi ganti?
"Yuri, transfer moon hanya akan ambil nyawa seorang sahaja bukan dan bukannya berdua?" tanya Miku.
"Bulan hanya ambil satu nyawa sebagai ganti, nah ubatnya. Maaf tapi aku terpaksa bagi korang minum awal sebelum perlawanan berlangsung sekurang-kurangnya sehari. Kuasa naga akan lindungi korang nanti. Mungkin ubat ni sempat meresap ke dalam darah kau orang nanti."
Angel Girlz meneguk posyen yang diberi dengan rakus. Tiada titik pun yang tinggal. Botol diserahkan kepada Tiara yang menatang dulang.
Rin membelek gambar hitam putih dengan linangan air mata.
"Hidup baik-baik," ujar Rin sebelum mengucup gambar itu lama. Feradossa dan Lyana tidak mahu air mata mengalir di hadapan Angel Girlz lalu mereka keluar dari wad dengan tergesa-gesa.
"Aku tak nak kehilangan mereka," kata Lyana sebelum terduduk. Hatori menghampiri Lyana sebelum menepuk belakang gadis itu perlahan.
"Aku tak nak mereka menjadi korban. Kenapa mesti mereka, Ryunosuke? Kenapa?" Tanpa sengaja, Feradossa mengurung diri dalam bebola air manakala Lyana pula menggunakan kuasa api biru.
"Jangan seksa diri. Kau ingat macam ni mereka akan pulih ke? Mereka akan kembali nanti? Tak! Ini takdir, Feradossa! Percaya kepada takdir," balas Ryunosuke sebelum menggunakan pedang mililinya untuk memusnahkan pelindung Feradossa.
Hatori mengendong Lyana sebelum meletakkan gadis itu di kerusi. Feradossa tersedu-sedu di bahu Ryunosuke.
"Jangan macam ni. Nanti mereka akan sedih. Nak ke nanti beberapa bulan lagi mereka ikut perangai kau dua orang?" tanya Ayako.
Siapa saja yang tidak sedih apabila hari semakin hampir, masa semakin suntuk untuk mereka meluangkan masa bersama.
"Bad Boy baru jumpa kebahagiaan mereka. Tak akan mereka perlu berpisah lagi? Cukuplah mereka hilang Angel Girlz dulu. Mereka jadi orang lain selama empat tahun," rungut Nia.
"Kita akan jaga mereka selepas Angel Girlz pergi. Itu yang mereka nak kita buat," kata Fiyu sebak.
Mereka berenam menganggukkan kepala tanda setuju.
Jika itu yang korang mahu, kami akan tunaikannya walaupun jiwa dan raga menjadi taruhan!
Tbc
1/12/19
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top