Bab 2

'Tak salahkan kalau kita join sekali'kata Zen.

Entah bila masa Zen menukar pakaian.

Aria mengangguk sebelum menarik Zen ke lorong yang ramai orang.

Walaupun ragu,Izz tetap mengikut.Apabila sampai di lorong tersebut,Aria meminta Zen membelakanginya.

Aria membaca jampi yang dia sempat lihat sekilas lalu dalam buku history tadi.

Aria memetik jari.Secara tiba-tiba,baju Aria bertukar.

Walaupun powerless,Aria menarik nafas lega kerana kuasa sampingan dia masih ada lagi..

Aria menarik Zen ke tempat bidaan.Zen menggelengkan kepala.

'Kenapa la pengetua suruh aku paksa budak ni balik akademi?Macam ada rahsia yang disembuyikan'getusnya.

****

'Siapa tu,macam kenal je'

Aria cuba mengecam gerangan itu.

Baju Miku

Baju Rin

'Yow,Mike.Tiramisu'

Buk!!

Aria mengurut bahu dan lengan.Sengal badan aku.

'Balasan'kata mereka berdua.

'Kitorang ni tunggul ke?'tanya Kaito yang berada di sebelah Rin.Mereka bertiga memakai baju yang serupa.

Izz di sebelah Miku mengangguk mengiyakan.

Rin mencebik.

'Mengada'Rin berkata sebelum menarik tangan kawan-kawannya ke tempat yang ingin dituju.

'Tunggu'jerit Izz.

Mereka bertiga cuba mengejar.

'Kita kena dapatkan cincin tu walau apa cara sekalipun'kata Miku.

'Walaupun berhabis duit sekali?tanya Rin.

'Cincin tu bermakna bagi kita,aku sanggup bergadai nyawa untuk dapatkan cincin tu'kata Aria selepas membuka pintu.

Mereka berenam mengambil tempat.Izz memerhati keadaan sekeliling tanda berjaga-jaga.

'Kenapa korang beria sangat nak dapatkan cincin tu?'tanya Kaito.

'Entah la.Aku rasa kitorang kena dapatkan cincin tu sebab mungkin cincin tu berguna untuk masa akan datang'balas Miku sambil memandang ke hadapan.

****

'Aku rasakan diorang ada kaitan dengan cincin tu la'

'Aku pun fikir macam tu juga'

'Kenapa diorang tak guna je kuasa untuk ambil cincin tu balik kalau ia bermakna untuk mereka?'

Mereka bertiga menggunakan telepati.

'Aku tak dapat nak baca fikiran diorang la.Macam ada satu kuasa yang menghalang'kata Izz.

'Aku pula tak dapat kesan aura diorang'kata Kaito.

Mereka segera menghabiskan perbualan kerana sebentar lagi bidaan akan bermula.

****

'Semuanya nampak tidak sabar untuk melihat cinicin yang akan dijual sebentar lagi.Tanpa membuang masa,inilah dia ketiga-tiga cincin yang akan dibidakan'

Tibai je mana author tahu bidaan apa ni..

Aria melihat ramai orang menjerit teruja apabila cincin tersebut ditunjukkan.Apabila gambar cincin tersenyum terlayar di skrin,Miku dan Rin mengetap gigi.

Cincin tu....

'Cincin yang pertama ini sangat bernilai kerana ia merupakan harta turun temurun kerajaan Heart'

'Manakala cincin yang kedua pula ialah cincin dua buah kerajaan iaitu kerajaan Lightning dan kerajaan Thunder'

'Cincin yang terakhir pula cincin jodoh atau lebih dikenali dengan Destiny.Apabila ketiga-tiga cincin ini menemui tuannya yang sebenar kuasanya akan bertambah dan meningkat'

'Kini bidaan bermula'

Mereka berenam hanya bertenang dan tidak gelabah seperti orang lain.Rin mempunyai rancangan begitu juga dengan yang lain.

'1000 gem'

'1500 gem'

'2500 gem'

'3800 gem'

'5000 gem'

Nampak gayanya bidaan semakin tinggi...Paling mahal ialah- akhir nanti korang tahu la

'7000 gem'

'9000 gem'

'15 ribugem'

'25 ribu gem'

'34 ribu gem'

'60 ribu gem'

'90 ribu gem'

Semua orang berpandangan antara satu sama lain.

'Nampaknya bidaan yang tertinggi ialah 90 ribu gem.Dan orang yang akan memiliki ketiga-tiga cincin ini ialah.....'

Mereka bertiga mengangguk lalu--Jejaka yang duduk di sebelah mereka melopong.Biar betik?!

'90 ribu untuk satu cincin sahaja.Maknanya bidaan yang tertinggi ialah .... ehh???!!!'

'500 ribu gem untuk satu cincin,bidaan yang paling tinggi di dunia.Maknanya jumlah harga untuk ketiga-tiga cincin ini ialah ... *mata para tetamu melilai mencari orang yang membuat bidaan tersebut* ...1.5 juta gem.Orang tersebut ialah orang yang duduk di meja A10'

Lampu terarah kepada mereka berenam.Mereka berenam tersenyum nipis.Semua orang berbisik.

'Bukan ke sepatutnya cincin tu milik jutawan tadi tu?'

'Tu la pasal aku pun hairan juga ni'

Miku tersenyum sinis.

Apabila lampu dibuka,mereka berenam ghaib.

****

'Cik tahu kan akibat memotong line jutawan tersebut untuk mendapatkan cincin ni?'tanya orang yang menguruskan pembidaan tadi.

'Tahu dan awak tengok saya kisah?'tanya Aria.

'Dia hanya bida untuk satu cincin je.Kitorang beli ketiga-tiga cincin sekaligus'kata Rin.

'Saya dari wakil syarikat ni mengucapkan terima kasih kepada cik bertiga dan tuan bertiga kerana membeli cincin ni.Dan cincin ni,saya beri kepada cik kerana jumlah cincin tersebut ialah 6 dan saya menyorokkannya.Saya yakin akan ada orang yang membeli keenam-enam cincin ini'

Izz,Kaito dan Zen menandatangani satu dokumen sementara mereka bertiga mengira gem yang ada.

'Ni dia'mereka bertiga mengulurkan  dua uncang gem dan apabila dibuka satu bunga kristal di dalamnya.

'Mana cik dapat bunga ni?'tanya orang itu terkejut.

Izz,Kaito dan Zen memandang antara satu sama lain dengan seribu tanda tanya.

'Ambil la dan tanam di rumah encik.Kami tahu isteri encik sakit tenat.Apabila pokok ni berbuah,rendamkan buahnya di dalam air selama 12 jam.Kemudian,beri air tersebut kepada isteri encik'

'Cepat atau lambat isteri encik nak sembuh bergantung kepada bunga kristal tersebut'

'Kalau encik jaga dengan baik,maka isteri encik akan cepat sembuh dan sebaliknya.Hanya encik je yang boleh sentuh bunga ni dan bunga  ni akan melindungi encik.Awas!'

'Kalau encik tamak bunga tersebut akan mati dan isteri encik akan menderita'kata mereka bertiga sebelum menanggalkan topeng.

'La..kamu bertiga ke?'

'Habis tu,pak cik ingat siapa?'tanya Rin.

'Terima kasih banyak-banyak.Ada masa datang la rumah pak cik dan ni alamatnya'

Izz segera menyimpan kertas tersebut.

'Memandangkan hari dah malam,pak cik akan buka portal supaya kamu sampai ke rumah terus'

'Tak menyusahkan ke?'tanya Kaito.

Aku bukan apa..Risau je..Mana la tau kot-kot pakai banyak tenaga dan kuasa..

Mereka bertujuh menuju ke bumbung bangunan tersebut.

'Portal to Cuties's House'

'Asal cuties?'tanya mereka bertiga.

'Tu nama rumah mereka bertiga.Setiap rumah ada nama masing-masing'

'Bye pak cik ada masa datang la rumah kitorang'jerit mereka bertiga selepas masuk ke dalam portal.

Selepas portal tersebut ditutup,orang tersebut hilang dan sehelai pelepah pelangi melayang ke lantai.

Rahsia tersimpan kemas.Walaupun ada beberapa orang mengugut untuk membunuhnya untuk beritahu rahsia tersebut,dia tidak takut.Kerana mereka,dia masih hidup dengan isteri tersayang.

Tbc

28/12/17

Kenapa mereka bertiga beria-ia nak memiliki cincin tersebut?Siapa pak cik itu sebenarnya?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top