Bab 18
RIN menarik nafas sebelum menolak sebuah pintu. Pemilik kedai itu tidak menyedari Rin berdiri di belakangnya.
"Pak cik, Rin datang ni..." sapa Rin ramah.
"Bulan lepas Miku, bulan ni kamu pula. Bulan depan mungkin Aria pula," bebel Pak Cik Heiz sebelum menggelengkan kepala.
"Kenapa dia datang sini?" tanya Rin cuba untuk mengorek rahsia Miku. Dia terlupa dari mana datangnya rantai yang diberikan oleh Miku tempoh hari.
"Kenapa kamu sibuk nak tahu? Jaga urusan sendiri lagi bagus." Rin mencebik seraya melihat gula-gula di dalam balang.
"Pak cik tahu tak siapa Kaito sebenarnya?" Pak Cik Heiz menoleh ke belakang sebelum mengeluh.
"Kenapa la kamu berdua sama saja perangai? Sorang tanya pasal tu, kamu tanya pasal dia. Pening tahu," rungut Pak Cik Heiz lalu duduk di hadapan selepas menukar papan tanda. Rin menggulingkan mata sebelum melihat kotak muzik.
"Cantiknya..." Pak Cik Heiz menoleh ke belakang sebelum ketawa.
"Ada seorang jejaka bagi pak cik macam tu je. Katanya tak ada guna dia simpan lagi kalau kekasih hati dia dah pergi. Bila dia terpandang kotak tu dia akan teringat kekasih dia. Dengar cerita mereka berdua sama umur dengan kamu berenam."
"Nama dia?" Rin seperti berminat untuk mendengar cerita tetapi dia tak tahu kenapa.
"Zack, kalau tak silap pak cik la."
"Zack? Macam kenal je. Tu bukan lawan Miku ke?" omel Rin sebelum mendongak.
"Saya nak beli kotak muzik tu dengan harga 10 gem!" Pak Cik Heiz melopong.
"Mahal sangat tu, apa kata tiga gem?" tawar Pak Cik Heiz walaupun tahu agak mustahil untuk tawar-menawar dengan Rin.
"Tak, 10 gem." Rin meletakkan 10 gem biru ke dalam karung sebelum membelek kotak muzik dengan teliti.
Entah kenapa hatinya sayu melihat kotak muzik itu. Dia dapat rasakan perasaan pemilik kotak ini apabila kehilangan orang yang disayangi.
"Sudah-sudah la tenung kotak tu macam nak tembus. Apa yang kamu nak tanya tadi, pak cik dah lupa," ujar Pak Cik Heiz, mengalihkan perhatian Rin. Sebenarnya, dia tidak mahu Rin melihat memori yang ada.
"Pak cik kenal tak Kaito?" Pak Cik Heiz mengusap janggut sebelum menganggukkan kepala.
"Dia budak yang baik dan rajin. Dia selalu tolong pak cik kemas kedai ni. Dia la yang aturkan kedudukan rak-rak ni semula. Dia ada kembar, kalau tak silap nama panggilan dia Ian, tapi dia sangat misteri. Kenapa kamu tanya pak cik tiba-tiba ni?"
"Saya tak tahu tapi saya rasa ada sesuatu yang dia sembunyikan daripada saya. Saya lihat dalam mata dia, tiada sinar cahaya langsung."
"Maksud kamu?" tanya Pak Cik Heiz. Dia menghantar telepati kepada Kaito supaya jangan datang ke sini.
"Saya rasa nanti ia akan jadi kali terakhir saya meluangkan masa bersama dia. Pak cik tahu apa yang akan berlaku nanti, kan? Jangan bagitahu mereka bertiga, kalau tidak rancangan kami akan menjadi sia-sia."
"Empat tahun kamu merancang, kenapa kamu harus pilih jalan ni? Mesti ada jalan yang lain." Pak Cik Heiz meraup wajah. Dia cuba menghantar telepati kepada ibu bapa mereka namun gagal. Telepati bukan kuasa milik Angel Girl tetapi mungkin kuasa milik adik mereka.
>< >< >< ><
RIN meraup wajah selepas keluar dari kedai antik. Dia mendongak memandang langit sebelum mengeluh. Air mata yang turun dibiarkan tanpa dikesat.
Kenapa Kaito, kenapa? Kau jahat!
Rin melangkah menuju ke taman meredah hujan. Walaupun kaki lenguh, dia endahkan. Dia duduk di atas rumput sebelum memeluk lutut di bawah sebatang pokok. Orang ramai berlari bertempiaran apabila hujan semakin lebat dan mengendahkan Rin yang bermandi hujan.
"Mesti seronok kalau dapat mandi hujan," gumam Rin sebelum menyengetkan topi. Rin membetulkan kedudukan kaki sebelum menari. Dia mengendahkan pandangan orang ramai terhadapnya.
Rin tercungap-cungap menarik nafas apabila habis menari. Dia memejamkan mata seraya memandang langit.
Langit biru cantik sama macam mata kau, Kaito, getus Rin.
Rin membuka mata apabila tiada titisan hujan menitis di wajahnya. Matanya bertembung dengan pandangan mata biru. Mata Rin tidak berkelip selama beberapa minit. Kaito menyuruh Rin memegang payung sementara dia membetulkan baju sejuknya di bahu Rin.
"Kesian budak ni kemaruk nak mandi hujan," ujar Kaito selepas mengeringkan rambut hitam Rin. Rin terkebil-kebil sebelum mengembungkan pipi.
"Hei! Aku bukan budak lagi," marah Rin sebelum menolak bahu Kaito. Kedua-dua pergelangan tangannya digenggam oleh Kaito.
"Kalau kau nak jatuh, tolak la aku," ujar Kaito sebelum mengendong Rin. Rin tidak dapat mencerna apa yang berlaku kerana kepalanya terasa berat.
"Kenapa kau mesti bahayakan diri kau, Rin? Cukuplah kau menderita kerana kehilangan Airis, tak akan kau nak aku jadi zombie kerana terlalu rindukan kau bila kau tiada nanti?" tanya Kaito geram. Dia tidak sedar Rin tertidur kerana kepenatan.
"Kau nak aku jadi orang yang tak ada perasaan ke? Kau nak aku gantikan tempat kau dengan orang lain, macam tu ke maksud kau? Aku tak faham apa yang kau fikirkan sejak kita jumpa kali pertama tempoh hari? Kau dingin, garang tapi kau baik. Kenapa kau tak cerita masalah kau dekat aku, atau kau anggap aku orang luar yang tak perlu ambil tahu tentang kau?"
"Sebab aku tak nak susahkan kau."
"Aku marah sebab aku sayang kau, Rin."
"Aku sayang kau juga, Kaito." Ketika mereka meluahkan perasaan, kilat sambar-menyambar dan guruh berdentum kuat. Kaito segera berlari menuju ke bilik rawatan sekolah.
"Kenapa aku dengar Rin macam cakap sesuatu atau hanya khayalan aku semata-mata?" kata Kaito sebelum menghantar telepati kepada Izz dan Zen supaya membawa Miku dna Aria ke bilik rawatan.
"Apa yang berlaku?" tanya Aria risau.
"Dia mandi hujan," balas Miku selepas melihat wajah Rin yang pucat.
"Buang tabiat ke Rin ni?" ujar Izz sebelum menggelengkan kepala.
Aria terpaksa merawat Rin dengan kuasanya. Cahaya merah bercampur putih dan cahaya hijau kegelapan mengelilingi Rin lalu wajah Rin tidak sepucat tadi. Miku pula membantu Aria dalam diam kerana kuasa pemulihan naga memerlukan tenaga yang banyak.
Kuasa pembunuh naga, kuasa pelindung naga dan kuasa pemulihan naga saling memerlukan. Jika salah seorang pemilik kuasa naga terbunuh, pemilik kuasa naga yang lain akan menjadi lemah. Ada kebaikan juga mereka memiliki kuasa kegelapan. Kuasa kegelapan yang termasuk dalam badan mereka melindungi kuasa-kuasa mereka yang lain. Permata pada senjata mereka juga kembali seperti asal, tiada rekahan atau kesan calar.
"Pindahkan Rin ke dorm kami. Aku boleh rawat dia dengan herba yang ada dengan tenang tanpa gangguan."
Bad Boy saling berpandangan sebelum terpandang rantai yang dipakai oleh Angel Girlz.
Macam kenal je rantai tu, getus Bad Boy.
"Kenapa aku rasa macam pernah nampak rantai tu? Hanya pewaris naga saja yang mewarisi rantai itu, kan?" tanya Zen.
"Kalau tak silap aku, dua bulan lepas aku pernah pergi kedai antik yang aku cakap dengan korang tu. Aku terpandang tiga utas rantai seperti itu, corak pun sama."
"Maksud kau Raja Heiz, pemerintah Rainbow Kingdom? Orang yang minta tolong kita supaya jaga Angel Girlz?" tanya Izz.
"Sebenarnya, Raja Heiz hanya sampaikan pesanan daripada raja tiga buah kerajaan supaya tengokkan mereka bertiga. Mungkin mereka orang penting bagi raja," balas Kaito.
"Hah? Kerajaan jiran yang ada anak kembar tu ke?" tanya Izz teruja.
"Kau dah kenapa?" tanya Zen pelik.
"Putera-putera dan puteri-puteri tiga buah kerajaan tidak pernah menunjukkan wajah sebenar mereka tapi kalau tak silap aku mereka akan datang untuk melihat perlawanan kita di Adroit Kingdom. Mereka juga akan menunjukkan wajah sebenar mereka," balas Izz.
"Hmm... kau jangan lupa, kita juga kena dedahkan identiti kita nanti. Hari yang sama dengan perlawanan berlangsung. Kau rasa Angel Girlz boleh terima ke kalau mereka berkawan dengan putera-putera kerajaan jiran yang tak pernah munculkan diri setiap kali majlis penting berlangsung?" balas Zen sebelum meraup wajah.
"Tapi aku rasa macam pernah nampak wajah mereka bertiga empat tahun lepas. Kalau tak silap aku semasa festival, di mana Alex, Kevin dan Zack hilang kekasih hati mereka," ujar Kaito.
"Tuan puteri juga kehilangan kuasa mereka, kan? Mereka membawa diri ke kerajaan kau, Kaito. Kerajaan Thunder atau lebih dikenali sebagai Kerajaan Light. Tapi pengawal yang menjaga pintu masuk kerajaan tak ada catatan tentang kemasukan puteri-puteri tu. Pelik," ujar Izz.
Feradossa dan Liyana saling berpandangan sebelum berlari-lari anak ke dorm Angel Girlz. Kebetulan mereka mahu mencari iodin dan kain pembalut untuk merawat Aria dan Miku, secara tidak sengaja mereka mendengar perbualan Bad Boy.
Feradossa dan Liyana ditarik ke lorong sunyi. Mereka meronta untuk melepaskan diri.
"Jangan bagitahu Angel Girlz," bisik Hatori.
"Tak akan kau nak tengok Bad Boy kalah teruk gara-gara Angel Girlz tidak mempedulikan mereka? Habislah reputasi Akademi Harmony kalau mereka bertiga kalah teruk," ujar Ryuno.
"Mata kau..."
Tbc
26/10/19
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top