TNKP | FUNFACTS?

Rys nak senaraikan beberapa fakta sebenar tentang watak-watak dan plot asal TNKP sebelum dipesongkan dan juga fakta TNKP yang lain. Merepek sebenarnya hehe...

1. Dark Knight dan Puteri Syaitan ialah villains yang sebenar. Entah macam mana terpesong pula Dark Knight jadi baik. Rys dah buat dah pun scene Dark Knight lawan Light Knight.

2. Watak White Warrior tidak sepatutnya wujud.

3. Dark Knight sepatutnya demon, bukan dewa bukan syaitan.

4. Riane dan Vladeric tidak sepatutnya wujud.

5. Permaisuri Naga sebenarnya baik. Rys terpesongkan beliau. T^T

6. Rayyan bersatu dengan Rien, L bersama Violet.

7. Rien dan Violet sepatutnya mati.

8. Putera Zeilian dan Puteri Alexa sebenarnya dah mati.

9. Bab kewujudan Nyea dari 'Lagenda Si Pari-pari', karya hanyalah bertujuan untuk melepaskan kemarahan terhadap dua ekor raja tak guna tu hehe...

10. Dark Knight dan Light Knight sepatutnya bermusuhan sampai mati hehe...

11. Dark Knight sebenarnya mati dalam plot asal.

12. Rys tambah kuasa ikut suka hati sampai pening kepala.

13. Sepatutnya Light Forest dan Dark Forest tidak wujud.

14. Secret Kingdom juga tidak wujud.

15. Tidak sepatutnya ada watak dari dunia lain.

16. Tidak sepatutnya ada bantuan daripada watak dunia lain.

17. Crya watak sampingan sahaja. Muncul dalam bab perlawanan lepastu dah takde.

18. Rien dan Violet sepatutnya hidup. [Rys tukar plot LAGI] :')

19. Syakila dan Kayla sebenarnya hasut L dan Rayyan mengatakan mereka pewaris sebenar. Rien dan Violet dihalau dari istana. Hidup dengan entah siapa-siapa. Tiada scene mereka ke Kerajaan Demon. Dalam bab yang diterbitkan, Syakila dan Kayla pukau seluruh istana. Rien dan Violet akhirnya dibawa ke Kerajaan Demon dan bekerjasama dengan Dark Knight.

20. Hanz dan Hanza bukan kembar, sepatutnya. =_=||

21. Crya tidak disatukan dengan Hanz. Sepatutnya... =_=||

22. Star dan Aurora pari-pari biasa. Bukan Puteri Cahaya.

23. Vladeric Neflos tidak sepatutnya mati. Dia akan jadi seperti Merlin, ahli sihir terhebat. Tapi... Terbunuh pula. Eheh...

24. Ray patut ambil 'jawatan' Kai sebagai Dewa Kegelapan sebab Ray ada kuasa kegelapan. Kai tidak ada kuasa kegelapan.

25. Dark Knight tidak bercinta sesama sendiri. Mereka hidup macam biasa eheh...

26. Kai dan Ryssa bukan syaitan.

27. Rien bunuh Syakila, Violet bunuh Kayla. Tetapi akhirnya, Violet bunuh dua-dua, Rien pula terkorban.

28. Rien sepatutnya kembali dalam epilog.

29. TNKP sepatutnya tamat pada bab yang ke-50. Tapi dah terlebih pula. Adeh!

30. Yang melarikan diri ialah puteri generasi ke-98. Iaitu bonda Alexa dan Diandra. Bukannya Alexa melarikan diri.

31. Diandra juga sepatutnya hidup.

32. Zeilian sepatutnya mati.

33. Perbezaan kerajaan memeningkan Rys.

34. Tiada Cerberus.

35. Kerajaan Naga tidak sepatutnya musnah.

35. Tiada gadis bersayap hitam.

36. Syakila sepatutnya mati dipancung atau apa-apa sahaja, bukan mati diracun.

37. Tiada kristal penyembuh

38. Tiada unsur animasi Boboiboy, contohnya Adudu dan Probe.

39. Plot asal : Hutan suci, hilang ingatan, queens, Diamond Kingdom, Diamond Academy, kemunculan kuasa, guardians, latihan, perang, hilang, devil, cinta, fantasi, kuasa. [Jangan tanya, Rys dah tak faham. Ini berdasarkan nota Rys]

40. Rien ada sebut satu mantera [?] sebelum memulakan pertarungan sebenar dengan Syakila. Merepek.

We lived in fear
We were haunted by our past
We lost our memory
We had some nightmares
We fought for our family
We want to survive
We are the hundred
We were born to save the world
We were born to end the war
And today
We stand in the front line
To keep them safe
And today
We stand in the front line
To end
The WAR
We
The 100 Night Knight Princesses
Will fulfill our destiny
Rise and wake
Come and help
Fight till death
For the world
Sacrifice your life
OUR GUARDIANS!

41. Qinny, Hyn, Zyn dan Wyn tidak wujud. Yang menjadi guardian Rien dan Violet ialah naga dan phoenix.

42. Bila Rys baca balik kuasa Violet, Qinny sepatutnya milik Rien dan 'hydra' sepatutnya milik Violet. Qinny akan memudahkan Rien kerana Qinny seekor pegasus, boleh terbang dan persis kuda. Lebih sesuai untuk berlawan berbanding 'hydra' rekaan Rys yang berkepala tiga. Hydra akan memudahkan Violet kerana satu kepala satu kuasa, antara api, ais dan racun. Serangan jarak jauh, bersesuaian dengan Violet.

43. Rys lupa fakta hydra. Sebab tu Rys hentam je.

44. TNKP dimulakan pada 10/6/2018 dan ditamatkan pada 11/12/2019. Iaitu bermula ketika Rys tingkatan 1, tamat pada tingkatan 2.

45. TNKP ditamatkan pada tarikh istimewa hehe...

46. Pada mulanya, Rys bersemangat untuk menaip TNKP, kemudiannya mula update lambat. Akhirnya, Rys kelam-kabut taip TNKP kerana Rys nak tamatkan pada tahun 2019.

47. Kebanyakan bab dalam TNKP adalah lebih kurang seribu patah perkataan dan ke atas, malangnya Rys masih merasakan bab itu pendek. Walhal, jika penulis lain menaip sekitar seribu hingga tiga ribu patah perkataan, ianya kelihatan panjang. Bila Rys taip tiga ribu dan lebih, masih kelihatan... PENDEK?

48. Rys banyak kali rasa give-up tapi masih meneruskan penulisan.

49. Rys banyak typo, banyak merepek, banyak membazir bab.

50. Sepatutnya, ketika Aurora bertemu Rien dan Violet, Aurora masih membenci mereka kerana keistimewaan sebagai guardian fairies mereka. Disebabkan itu, Aurora membenci Star.

51. Rayyan sepatutnya berdarah naga, bukan separa naga, separa ahli sihir syaitan.

52. Makhluk yang membelot akan menjadi syaitan, lalu dipancung untuk mengelakkan peperangan awal? Iya, itu merepek.

53. Rys pernah taip empat bab TNKP yang panjang dalam sehari menggunakan telefon.

54. Bab 65 ke atas, Rys taip guna laptop. Kalau tak silap...

55. Wattpad selalu doublekan sesebuah bab sampai Rys terpaksa publish dan unpublished banyak kali. Rys tension sampai rasa nak campak telefon. :')

56. Dulu Rys selalu tertukar antara TNKP dan TKNP.

57. TNKP terlampau banyak kembar. Pada mulanya Rys okay, lama-lama Rys pening. Watak yang banyak juga membuatkan Rys perlu berfikir banyak lagi-lagi bila scene perlawanan. Malangnya, scene perlawanan tetap tidak menyeronokkan. Haih...

58. Mitos Greek tidak sepatutnya ada.

59. Puteri Pahlawan Malam sepatutnya seorang sahaja, bukanlah kembar.

60. Rys akhiri semua fakta di sini memandangkan Rys dah takde idea dan tak ingat dah fakta lain. Fakta terakhir ialah.......







































Rys dapat idea tentang TNKP dalam bilik air, masa tengah basuh baju sekolah guna tangan. Mama Rys tak bagi basuh baju kurung sekolah guna mesih basuh. Katanya nanti warna baju biasa bercampur. Hmmm... Apa-apa jelah.

TNKP ni berdasarkan perkataan yang sama sebutan, berlainan ejaan dan maksud dalam bahasa inggeris. Rys lupa apa nama dia.

Contohnya : night-knight, end-and, sun-son dan sebagainya.

Dari situlah Rys terfikir tentang pahlawan malam. [night-knight]



Nah cover TNKP. Ada tiga, satu hilang HAHAHA. Gambar sama je adeh... Burukkkkkkk!

Hiks.... Cau ah..


Sekian,
Terima kasih.

The end ♡

i_am_kacang

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top