TNKP | 73
Violet menarik nafas lega. Mujur dia sempat mengeluarkan dinding api tadi. Ataupun dia yang akan dibelah dengan pedang tajam itu.
Syakila memandang Violet tidak berpuas hati. “COME TO ME MY ARMIES! COME AND HELP ME!” jeritnya lantang.
Serentak dengan itu, mereka semua terdengar bunyi laungan yang bersahut-sahutan. Semua orang mulai berjaga-jaga.
“Portal tu…” Delisya memandang portal Alam Syaitan.
Mereka melihat ke langit. Awan gelap menutupi sebahagian portal. Kilat mula menyambar. Jeritan raksasa semakin kuat.
Satu saat…
Dua saat…
Tiga saat…
“GROAHHHH!!”
BOOMMM!
Raksasa bersaiz pokok oak tua keluar dari pintu portal. Tawa Syakila mula bergema.
“Selamat datang ke ‘rumah’ baru, sayang…” Syakila ketawa jahat. Di tangannya ada dua bebola kegelapan.
“TUTUP PORTAL TU!!” jerit Ray, kuat.
Semua yang berada di langit cuba menutup portal tetapi diserbu dengan raksasa tadi. Lebih banyak raksasa hodoh keluar dan menerkam mereka. Angel dan demon di udara jatuh ke tanah. Tubuh mereka hancur.
Leo tidak membuang masa. Dia menarik tangan Star dan Ryssa ke portal itu menggunakan sayap yang selama ini disimpan. Rise juga menarik Aurora dan mengheret Kai.
Leo memandang ke bawah. “KAMI AKAN TAHAN PORTAL NI! HENTIKAN SYAKILA!!’ jeritnya. Dia kembali fokus ke hadapan dan cahaya emas terhasil di sekelilingnya.
Star, Aurora dan Ryssa masih bingung sementara Kai dan Rise pula sudah menutup mata. Cahaya yang mereka hasilkan mula mengelilingi dan menutupi portal.
The Great Knights terus mara menyerang raksasa yang berbagai bentuk itu. Lebih menggeramkan mereka, raksasa itu mampu berubah bentuk. Shapeshifting?
“Ergh!” Hanza membuat riak jijik apabila darah hitam berlendir meleleh mengenainya apabila dia menikam salah satu makhluk aneh itu.
“Qinny! Jom bantu!!” Violet memanggil pegasus kesayangannya. Dia melompat naik ke atas dan pegasus itu mengepak sayapnya.
“Rain of poison!” Violet melancarkan serangan serangan ke atas sekumpulan syaitan. Apabila hampir terlanggar dengan raksasa berbentuk zirafah, Violet pantas mengeluarkan busur. Daripada serangan jarak dekat, menjadi serangan jarak jauh.
Dia memandang seekor kucing di atas raksasa pokok yang diseru Riane. Kucing itu diam.
ZZAPPP!!
“Jangan teragak-agak, Violet. Mereka bukan pihak kita,” kata Delisya, dingin, sebelum menghilang. Hancur mood dia apabila terpaksa berhadapan dengan makhluk lain.
Violet mengangguk faham. Makhluk hitam di sekelilingnya dipandang sekilas. Nafas berat dihembus sebelum dia mengarahkan Qinny terbang agal rendah. Sekumpulan jaguar hitam dipanah dengan racun dan Violet mula menyasarkan makhluk lain.
“Kenapalah syaitan ni semua bentuk haiwan,” bisik Violet dengan penuh rasa geram. Tiba-tiba suara Qinny bergema dalam fikiran.
'Timur kau.'
ZZAPP!
Violet pantas memanah. Dia tersenyum lemah melihat seekor harimau syaitan yang mahu menyerangnya. Mujur anak panah itu tepat di jantung harimau itu.
SLASH!
Qinny mengelak ke tepi. Sayapnya terluka sedikit tetapi dia tidak risau kerana tubuhnya boleh menyembuh dengan sendiri. Qinny mendengus geram. Sayapnya dikepak lebih kuat. Gelombang terhasil. Juga ceracak ais. Ceracak itu mencucuk syaitan yang mahu memutuskan sayapnya tadi.
“Wuuuu Qinny mengamuk!” Violet tergelak. Kemudian wajahnya diseriuskan semula.
'Diamlah kau!’ Qinny terbang tinggi di langit. Dia mengelak apabila gegelung api menuju ke arahnya.
“MAAF, QIN! MAAF, VIO!” Kedengaran suara Ryn. “Gegelung api berganda! Bebola api maksima!”
Qinny mendengus lagi. Qinny memfokuskan matanya dan ternampak sahabat hydranya sedang bertarung dengan enam raksasa gergasi. Ia mengabaikan sahaja kerana hydra itu bertukar menjadi gergasi.
Apabila dia memandang ke hadapan, sekali lagi dia mengelak kerana bebola api nyaris terkenanya. Nak marah, bukan Ryn yang buat. Sebaliknya, Cerberus, anjing yang menjaga underworld.
Qinny mendekati Cerberus. Violet membuat muka.
“Kau dah kenapa? Pergi cari Syakila lah!” Violet ‘memarahi’ pegasus itu sebelum tergelak. Syakilalah? Syakilalalalalalalalalala
Qinny membuat tidak endah dengan amarah Violet. Tanduknya bersinar dan sebiji bebola salji terhasil. Salji itu dihala ke arah kawasan Cerberus dan salji mula turun.
Violet menepuk dahi. “Tak cukup ke dengan salji yang aku dan Ryssa hasilkan?”
Qinny mengabaikan tuannya. Pegasus terbang ke mana-mana yang suka. Violet yang sudah fed-up terus terbang sendiri. Dia berdiri di atas badan Qinny dan terjun. Sayapnya dibuka apabila dia hampir menyentuh tanah.
Violet terbang di udara semula. Dia mencari-cari Syakila Fumakila. Sambil-sambil itu dia memanah syaitan yang dia jumpa.
“Rien!” jeritnya apabila ternampak Rien sedang membelasah ubat nyamuk tu.
Prak!
Violet kaku seketika. Dia memegang dadanya yang dah dup-dap dup-dap dek kerana sebatang pokok tumbang di sebelahnya gara-gara sambaran kilat seekor pari-pari.
Pari-pari itu tersengih. Dia menunduk maaf.
“Takpe, teruskan. Teruskan…” Violet pula tersengih. Sempat kepala pari-pari itu diusap menggunakan jari telunjuknya. Dia terbang ke arah Syakila yang membelakanginya. Tali busur ditarik.
Syakila sudah berubah. Gaunnya hitam. Tiara silvernya ada sebutir permata hitam. Tergantung seutas rantai pada lehernya. Kasut but bertumit tinggi diselitkan dengan pisau belati. Mata kiri Syakila berwarna hitam. Mata kirinya sahaja yang normal.
Aura kegelapan menyelubungi gadis itu.
ZZAPP!
Swoooshh!!
Anak panah itu terbakar begitu sahaja apabila hampir menyentuh gadis itu.
Violet terkejut. “Dia semakin peka?”
BUK!
Violet terbatuk. Dia tahu Syakila menyerangnya. “Kepantasan dia pun meningkat… Kekuatan?” soalnya sendiri. Dia melompat apabila Syakila mahu menyerangnya lagi. Kelibat Rien sudah hilang.
TSK!
Sebilah pisau tercacak pada bahu Violet. Gadis itu mencabut pisau dan mencampak jauh. Tangan kanannya menekup luka pada bahu kiri dan cahaya ungu terhasil.
PRAK!
Violet dapat merasakan tulangnya retak atau patah. Dia terbatuk darah. “Kalau berani keluarlah hadap aku!” cabarnya, lantang.
Bunyi pedang diheret atas tanah membuatkan Violet berjaga-jaga.
ZZAP!
“DUDUK DIAMLAH!” jerkah Syakila. Dia menujah Violet dengan pisaunya berkali-kali. Pedangnya sudah dicampak ke tepi.
Violet memerhati ukiran pada pisau itu namun bahasa itu langsung tidak dia fahami. Dia mengeluh sebelum cahaya ungu dihasilkan. Tubuhnya yang luka sembuh walau agak mengambil masa.
Violet melompat dari satu pokok ke satu pokok. Mujurlah pokok-pokok raksasa itu tidak kisah. Setiap kali dia mendarat pada dahan, dia mengambil sedikit daun dan dicampak kepada Syakila yang mengejar di belakang.
Dia tidak mendengar jeritan Syakila tetapi dia tahu Syakila terkena serangannya. Daun yang diambil bukan daun biasa. Violet sempat menyalurkan racun kepada daun itu. Violet juga tahu Syakila tidak dapat bertahan lama. Sudah banyak racun yang terkandung dalam tubuh puteri syaitan itu.
Syakila takkan sempat menyembuhkan dirinya sendiri. Lagipun healing crystal Syakila sudah pecah dan tidak dapat digunakan lagi.
"Devil’s fire force!"
Violet semestinya tidak dapat mengesan serangan itu. Dia jatuh dari dahan raksasa pokok dan berguling ke tepi apabila nyaris dipijak seekor gajah syaitan. Kaki Violet melecur. Baru sahaja mahu menggunakan kuasa healer, Syakila menerpa dan menikam perut Violet berkali-kali.
L yang berada di situ terkejut lalu menikam Syakila menggunakan pedang cahaya di tangan.
“Kau okay?” soalnya perlahan.
Violet menjeling tajam putera itu. “Aku okay sangat…” sindirnya. Perut yang sudah bagaikan paip bocor ditekup. Cahaya ungu muncul lagi.
POW! POW!
BOOM!!
“Aku rasa kau kena bantu Hanza. Dia akan mati kalau keadaan tu berterusan,” tegur Violet apabila L leka melihatnya.
L tersedar. Dia lantas terbang meninggalkan puteri itu.
Violet bangkit mahu berdiri, namun suara bingit menerjah fikiran.
Bunyi seolah-olah kuku tajam bergesel dengan sesuatu yang kasar. Dia menekup telinga dan meringis kesakitan. Gegendang telinganya akan pecah kalau macam ni!
“Tidurlah, sayangku. Tidur dan alami mimpi ngerimu.” Syakila menyeringai. Tangannya diletakkan di atas kepala Violet dan diusap-usap. Kukunya yang panjang dan tajam itu membuatkan kepala Violet sedikit luka.
Syakila duduk bertinggung di hadapan Violet. Senyuman yang menyeramkan diukir. Dagu Violet dicengkam kuat. Darah mengalir dan Violet meringis perlahan.
Matanya yang terpejam rapat tiba-tiba terbuka luas. Syakila tersentak.
Violet menjerit dan cahaya hijau pekat muncul. Ia meresap ke dalam dada Syakila.
Gadis syaitan yang tidak sempat mengelak menjerit sakit. Jantungnya bagai direntap dan ditikam.
“Rasakan racun aku. Tidur baik-baik. Selamat malam.” Violet meniup debu racun kepada Syakila.
Tetapi malang, Syakila sempat membuka sayap bagi melindungi diri. Sedikit serbuk itu telah dia hidu. Kepalanya pening dan sakit, tetapi apabila terlihat rantai permberian Kayla, dia menguatkan semangat.
"THE GREAT DARKNESS! THOUSAND SHOTS!"
Violet terperangkap dalam kubah yang sangat gelap. Dia tidak nampak apa-apa. Apabila dia menggunakan kuasa api, Violet terkejut kerana jutaan jarum ada di atasnya.
Semuanya bagaikan dislow-motion. Jarum itu jatuh tepat mengenai Violet. Gadis itu jatuh bagaikan sebatang pokok yang tiada lagi akar untuk menahan. Erk?
Darah dimuntahkan dengan sangat banyak. Tenaganya melemah.
“The deepest hell’s arrow.” Kedengaran suara Syakila.
Berkat pendengaran yang tajam, dia dapat mendengar bunyi anak panah membelah angin menuju ke arahnya.
SWOOOSHH!!
ZZAP!
Buk!
Violet membuka mata apabila terdengar bunyi seseorang jatuh. Matanya membulat.
“Rien?”
“Pfft, jangan risaulah, bangang! Aku cuma tergolek je!” Rien bangun dan mengibas-ngibas gaun yang sedikit kotor.
Lebih bulatlah mata Violet. Tangannya laju sahaja menampar bahu Rien. Ah, masih ada tenaga nak main tampar-tampar?
“Sudahlah. Aku nak tamatkan semua peperangan bodoh ni.” Rien memunculkan pedang di tangan. Setapak demi setapak dia mara ke arah Syakila yang sudah dia cederakan tadi.
Violet menahan. “Tak.”
Rien mengerutkan dahi. “Hah?”
“Bukan kau akan tamatkan dia...
... Tapi aku.”
Rien diam.
“Kau… Kena bantu mereka. Itu tugas sebenar kau…” Violet tersenyum. Dia memandang White Warrior, Light Knight (kecuali Rayyan) dan juga pasangan syaitan yang bertungkus-lumus mahu menutup portal.
Rien diam lagi.
“Rien… Aku tahu kau takut. Kan? Tapi atasi ketakutan kau. Semuanya akan baik-baik sahaja. Tutup portal dan kembali ke sini. Okay?” Violet tersenyum lembut.
Air mata Rien tumpah jua. “Ya.”
Violet pelik. “Ya?”
“Ya. Aku takut. Sangat takut. Aku tak kisah untuk mati tetapi aku kisah kalau kalian sedih kerana aku. Aku takut aku gagal. Aku takut aku tak dapat penuhi tugas aku. Aku takut kalau aku tersalah langkah. Aku—“ Tubuhnya dipeluk erat. “—Dan aku lagi takut untuk hilang seorang kembar.”
“Ah, aku pasti kau akan selamat! Dah, pergi bantu mereka!” arah Violet dengan suara tegas. Jauh di sudut hatinya, dia risau. Namun, dia tetap tersenyum.
“Kau ambil ni.” Rien membuka gelang di tangannya.
“Tapi. Inikan gelang yang keluarga kau beri!” Violet terkejut. Gelang itu adalah gelang pemberian keluarga angkat Rien. Keluarga yang mencurahkan kasih kepada gadis itu sebelum dia hilang tempat bergantung kerana kemalangan.
“Kalau macam tu, ambil ni.” Rien membuka anting-anting yang dia pakai. Ianya berbentuk bulan sabit dan bintang.
Violet mengeluh. “Yalah!” Gadis itu membuka rantainya lalu dihulur kepada Rien.
Mereka bertukar barang. Rien tersenyum. Kepala Violet digosok dan rambut itu diserabaikan.
“Jumpa nanti, Violet Zeilian.”
“Jumpa nanti, Qrienshes Relveyn Zeilian.”
Mereka berpisah di situ. Seorang ke udara, seorang pula melangkah ke arah si pengganggu dunia.
••••
“Hai,” sapa Rien dengan sengihan.
“Hai.” Mereka menjawab perlahan namun tangan masih fokus menyalurkan kuasa. Sangat memenatkan.
Lagi-lagi White Warrior dan dua syaitan Dark Knight itu. Sudah beberapa jam tercongok di depan portal. Mujur sahaja tidak disedut ke dalam!
Rien menarik nafas. Dia tersenyum kecil. Hydra kesayangan dipanggil.
“Salurkan kuasa dekat aku,” kata Rien.
Semua terhenti seketika dan memandangnya pelik.
“Buat apa?” soal Hanz.
“Ini arahan.”
Semua terpaksa akur. Mata Hyn, Wyn dan Zyn membulat.
“Diam triplets.”
Hydra terdiam.
Tangan diangkat ke hadapan dan cahaya muncul. Ianya terus menuju ke arah Rien. Tubuh gadis itu juga mula bercahaya. Dia terbang betul-betul di hadapan portal. Tangan menyentuh portal yang tidak lagi mengeluarkan raksasa. Portal itu seolah-olah suatu objek pepejal yang mampu dipegang,
Rien menarik nafas, dalam sekali. Apabila menghembus nafas, dia memejam mata. Bibirnya melontar suara dari peti suara. Gadis itu seolah-olah menyanyi.
Semakin lama ‘nyanyian’nya semakin kuat. Cahaya juga semakin terang dan—
Ada yang tersedar sesuatu.
“HENTIKAN DIA!”
“Huh?” Light Knight terpinga-pinga apabila Star menjerit kuat.
“JANGAN SALURKAN KUASA! BERHENTI!!” Star juga mahu berhenti tetapi dia tidak mampu. Kuasanya terus-menerus tersalur kepada gadis puteri itu.
“Ke—Kenapa?” soal L.
“RIEN SEDANG KORBANKAN DIRI DIA! ITU SIHIR PURBA!” Serentak Star, Aurora dan Ryssa menjerit lantang.
Ryn dan Delisya yang terdengar memecut laju ke arah portal.
“Sihir purba?’ Delisya memahukan kepastian. Tetapi apabila terlihat Rien, dia juga terjerit kuat.
Ryn sedaya-upaya menarik tubuh rakan-rakannya daripada berada di situ. ‘Lagu’ yang merupakan mantera itu di’nyanyi’kan dengan semakin kuat. Tubuh Rien bagaikan cahaya. Dia juga kelihatan semakin memudar.
“VIOLET! HENTIKAN RIEN!” pekik Ray dengan cemas.
Violet yang sedang berlawan terus terhenti. Melihat si kakak di hadapan portal, dia memanggil Qinny dan terbang ke sana.
Ray, Rez, Delisya, Ryn dan Riane masih berusaha menarik sahabat mereka. Tetap tidak berjaya. Tubuh hydra itu pula menjadi mangsa. Tetapi tetap gagal.
Qinny sudah tiba. Dia menendang sahabatnya berkali-kali.
‘Dah terlambat.'
Semua terdengar suara Qinny dalam minda.
“Ter…Terlambat?” Hanza gagap. Tangan masih memberi kuasa kepada Rien.
‘Sihir purba yang Rien lancarkan bertujuan untuk menutup sesebuah portal yang sangat bahaya.’
‘Ianya memerlukan banyak tenaga.’ Wyn menyambung kata-kata Hyn.
‘Dan orang yang melancarkan sihir adalah korban.’ Zyn menyampuk.
“Kor… Korban?” Violet sudah lemah.
“Sekali dilancarkan.” Delisya diam sekejap.
“Mustahil dapat dihentikan.” Ryn membuka mulut.
Mereka memandang Rien yang sudah berhenti ‘menyanyi’. Rien berpaling dan memberikan senyuman manis. Bibirnya bergerak-gerak sebelum…
Dia lenyap. Tubuhnya termasuk ke dalam portal.
Violet kaku. Sayapnya berhenti mengepak. “Rien…” Dia berbisik dan terjatuh.
“VIOLET!”
Qinny terbang menjunam. Mujurlah Violet sempat mendarat di atas tubuhnya.
Aurora mendekati gadis itu. Jari telunjuk diletakkan di dahi Violet. Cahaya bersinar dan Violet kembali sedar.
Violet duduk dan diam. Matanya berkaca. Masih bermain-main di mindanya bagaikan pita,
“Selamat tinggal.”
Dia tidak ada kembar lagi. Dia tidak ada sahabat bumi lagi. Dia tidak ada kakak lagi.
Dia… Keseorangan dalam sebuah mimpi ngeri.
Violet terjun dan terbang ke satu arah. Wajah seseorang yang dia benci ditatap dengan pandangan membunuh. Gadis itu sedang membelasah Crya.
Violet terbang dan mencekik leher Syakila. “Kau datang sini, buat kacau! Keturunan kau pisahkan aku dan dunia ni. Kau cuba tawan dunia aku. Kau cuba bunuh aku. Kau hancurkan persahabatan aku.”
Syakila cuba melepaskan diri. Kuasa syaitannya tidak berguna tika itu.
“Kau tahu? Everything comes with a price. Now, you need to pay.” Violet berbisik di telinga Syakila. Cekikannya semakin kuat.
Syakila menyepak Violet dan cuba terbang pergi. Dia mahu masuk ke dalam portal tetapi dia terkejut melihat portalnya sudah tiada.
“Kakak aku mati sebab nak hapuskan portal bodoh kau.” Violet muncul. Perut Syakila ditumbuk berkali-kali. Tumbukan terakhir disertakan dengan api.
Syakila mengerang sakit. Violet muncul lagi. dia menumbuk kuat dada Syakila dengan tumbukan ais. Mata Violet berubah. Anak mata kanannya berwarna biru dan anak mata kiri berwarna merah. Ada sedikit warna hijau lembut dalam kedua-dua anak matanya.
“Kau tahu?”
Buk!
“Kau.”
SLASH!!
“Memang.”
SWOOOSH!!
“Patut.”
PRAK!
“Mati.”
BOOM!!
Lunyai Syakila dikerjakan gadis itu. Dia terbaring kaku.
Violet tersenyum sinis. Dia berpaling dan berjalan pergi.
Krak!
“Aku belum cukup bodoh untuk tidak tahu pasal ni.” Violet mematahkan tangan Syakila. Jarinya diletakkan di dahi Syakila. Gadis itu diikat dengan kuasa api.
“Selamat malam.”
Syakila menjerit kuat. Darah tersembur dengan sangat banyak. Violet mengetatkan ikatan berapinya dan memarakkan lagi api itu.
Buat kali yang terakhir, dia mengeluarkan sebiji bebola hijau. Ia dimasukkan ke dalam tubuh Syakila. Gadis itu semakin kuat menjerit sebelum akhirnya mati. Organnya sudah habis diracun.
Violet melepaskan keluhan dan tersenyum hambar. “Akhirnya…”
“Kebahagiaan.”
To be continued
Epilogue in a few days!
Ayeee akhirnya Rys berjaya siapkan TNKP | 73 seperti yang dirancang!
Sorry kalau pendek. Sorry kalau tak best. Sorry kalau tak menepati cita rasa korang ufufufu
Ready for the ending?
Ummmm DAH JAWAB KE BELUM SOALAN RYS AAAAAAA
Hei pigi follow Rys dekat ig @nuttynut._
Tanak follow sudah Rys tak kesah pun HAHAHA
Rys ada dua ig ufufufu kalau jumpa jumpalah yang kedua tu
Rys cakap macam korang nak follow pulak. Eheh dasar perasan
All casts : Tau takpe
Rien : APAHAL AKU DAH—
Rys : //sepak Rien// Bye!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top